24 July 2019

Dinner

saja la aku dok melayan story kat whatsapp tu. pastu ternampak si Yati post susunan pinggan suhi yang sudah dimakan.

aku cam, eh BONANZA!

terus tanya dia, betul ke tidak. dan betul la Bonanza hari ni sehingga 25 Julai. si Yati ni siap tolong check kan samada Kedah sama tarikh ke tak Bonanza ni dengan Selangor. hahaa cuwittttt! selalunya bila datang bonanza ni Dayy yang selalu ingatkan. :( hidup aku ni banyak berkait dengan dia. nama pon bff kan.. 

Lama dah aku tak layan bonanza ni sebenarnya. selalu nampak orang uplod kat FB/IG pon aku cam buat tak tau. maybe jugak masa tu aku tak terigin nak makan. tak pon masa tu semangat nak makan masakan sendiri. ecewah macam laaa sedap sangat masakan aku tuu.  Mie ni tak suka makan luar sangat.tapi tak de la sampai tak keluar makan lansung. kadang bila aku jemu dah makan makanan sendiri, dia ok ja ajak g makan luar. seminggu sekali ke.. ok la. kalau hari-hari makan luar, dia tak nak. aku pon dah 8 tahun kawen. dah terbiasa jugak. teringat masa aku keja kat Kajang sekejap ari tu. hari-hari makan luar sampai muak dah. aku masak jugak kadang tu walaupon goreng telur, goreng ayam makan dengan kicap. janji masakan sendiri. mie pon masa tu walau bini tak ada kat rumah, dia pon masak jugak. masak yag simple-simple je janji kenyang. kadang goreng telur makan dgn kicap. kadang masak sardin.. gitu la. tak da la tetiba makan sorang, dia masak ayam masak merah ke ape. lebih kepada yang simple-simple je. selalu nye yang simple-simple ni yang buat makan bertambah. ye dok??

oh lupa nak habaq. Langkawi dah ada Sushi King! haha! setahun dah kalau tak silap. so bila teringin ja makan sushi king senang dah. tak payah tunggu nak keluar pulau dah.. pastu dok terlioq tengok orang dok update makan sushi kat FB/IG nun. Selalunya kalau aku jumpa Dayy, dia dah tau dah nak ajak aku makan kat mana. mesti dia cari masa untuk kitorang g makan Sushi King. selalunya memang Sushi King la. Sushi yang lain tak pernah. ntah sebab tak kena dengan tekak kot. dah memang terbiasa dengan Sushi King. pernah la kitorang g Sakae Sushi, tapi ntah la tak kena dengan tekak. 

Macam biasa time Bonanza ni kompom la kena beratoq kan. barisan tak panjang sangat. so aku dok no 4 dari 3 group kat depan. beratoq dalam 10 menet rasa nya terus dapat tempat duduk. sebab tempat yang available adalah untuk 2 orang. alhamdulillah rezeki. kami dapat dulu dari 3 group depan dari kami tuh.. 

kali ni memang aimmm nak makan pinggan pepel ja. ya la dah dari harga RM6, jadi RM3 (RM3.80 termasuk tax) so kita serrangggg! maka sebab tu pinggan setinggi itu. haha!

Laki aku  ni camera shy. Time bergambar la nak basahka bibir la apa. nak malu apa ntah. bukannya ko kena buat aksi pelik-pelik ponnn. kalau amek gambar dengan dia memang kena banyak kali. seeloknya snap banyak skaligus. pakai burst tuuu.. 

serabai teruk laki aku. dia mai mood nak simpan rambut panjang pulak. tapi aku ok je. tak da terganggu ke apa.. ko boleh bayang masing-masing bangun tido macam mana keadaan? dua dua menyinga weyyy! rambut kembang. kahkah!
Sushi King Langkawi ada di Chenang Mall. Chenang nunnn. bukan di Kuah. so kalau hampa mai kat Langkawi, tapi dalam masa yang sama tekak nak makan Sushi King jugak... boleh la ke Chenang Mall. Mall kecik je. ada Starbuck, Fish Manhantan, Old Town White Coffee, KFC, Yubiso, and Guardian. aku list ni yang aku rasa nama-nama besar la yang akan orang cari, kan. nak-nak Guardian tu. mesti ada ja benda nak beli. selain ada kedai-kedai ni, ada kedai coklat jugak. jangan risau. kedai coklat bersepah-sepah disini. tapi kalau tanya murah ke tak... hat tu aku tak tau. sebab aku selalu beli coklat kat HIG, Langkawi Saga, Billion & Langkawi Parade je.

Buat masa sekarang, aku memang jadi suri rumah sepenuh masa. ada apply keja. mungkin bukan rezeki lagi untuk aku bekerja. sekarang rezeki aku sebagai suri rumah kot.. yea la ada yang dah keja nak jadi suri rumah kan. so aku layannnnkan ja jadi suri rumah ni. aku masih jual kain cotton, dan sekarang aku ambik keputusan tambah lagi benda yang aku jual. aku jual baju siap. korang follow la ig kat sidebar tu. baju cecantik dan ada baju yang tak perlu gosok pon. murah je wey.. aku  jadi dropship ja. ada 3 jenama besar yang aku jadi dropship diorang. aku tak mau amek banyak-banyak takut aku plak yang pening. 

22 July 2019

Sweetnyaaaaa Diaaaaaa!!

entri ini adalah entri tertangguh. aku selesaikan entry tahun 2017 punya. 

ya.. tahun 2017.. 

---------------------------------------

Ni cerita sehari sebelum puasa.

Day cakap dia nak sambut puasa kat Langkawi. Kebetulan dapat tiket murah masa tu.

Yeayyyyy !

Bestttt gilerr! yea la bff kata ko! Asek aku ja p rumah dia. takkan dia tak mau mai rumah aku kan.. kali ni, kali ke 2 depa laki bini mai rumah aku. Sebelum ni mai Langkawi masa aku dok rumah kedai kat Pekan Pandak Mayah, Kuah. Kali ni rumah sewa baru pulak...

------------------------------------

aku cuba ya habiskan ayat tahun 2017 tadi.. jap.. aku cam............

-----------------------------------

ok sambung ya..

memang segar diingatan Dayy dengan Seli datang untuk kali kedua. macam biasa kitorang g amek kat airport. kali ni aku tak pegang sepanduk dah. sebab kitorang lambat.. yea.. paham.. Langkawi tak jem.. tapi biasalahhh ntah apa yang disebukkan...

kalau tak silap aku.. aku ada bagitau Dayy kali ni aku menyewa rumah taman. rumah teres la maksud aku. dan dia pon tau aku bela kucing.

(aku sebenarnya tak berapa selesa nak ajak orang datang umah. sebab aku bela kucing 6 ekor. kecuali yang betul-betul rapat ataupun pencinta kucing. pepaham la orang ada 6 ekor kucing. aku risau orang tak selesa)

bila masuk ja kawasan perumahan kitorang, Dayy macam terkejut.

"Aku tak sangka dalam Langkawi ada perumahan! wahhh! siap ada kedai runcit!" dia tunjuk kat Seli.

"rumah ko yang mana Sel?"

aku gelak ja.

"Kejap lagi sampai" kata aku.

Bila dah selamat sampai...

"Laaaaa rumah ko ke sebelah kedai runcit! hahahahaha! weyy! aku tak sangka Langkawi ada perumahan. selalu nampak rumah kampung je!"

"yea la selama ni kan kalau datang Langkawi akan ke tempat peranginan. so tempat-tempat macam tu mana datang nya tiba-tiba ada perumahan dekat situ.. ape daaa" aku sambung gelakkan dia

sebenarnya aku dah tak ingat Dayy sampai hari apa. maybe Kamis. tak pon pagi Jumaat :P sebab nya tengah hari tu geng lelaki pegi solat Jumaat, aku dengan Dayy g merayau kat pekan Kuah.

perempuan kan, lighting helok sket, selfie la. haha
masa waktu solat Jumaat tu, kitorang di HIG nak beli coklat. Dayy ni sejenis manusia suka survey mana murah. aku pon layankan je la. lagi pon jarak antara kedai dekat ja pon. bukan nya nak kena tempoh jem ke ape.. so pegi HIG, HIG tutp plak sebab solat Jumaat. HIG memang tutup waktu solat Jumaat ni walaupon ramai staf pompuan tapi dia tutup jugak. 

so aku bawak Day pegi tempat yang aku selalu pegi makan. Dayy pon macam aku. suka Laksa. so aku bawak g makan laksa dan cendoi sedap. kat sebelah Maybank Pekan Kuah. Dayy kata dia kenyang lagi. baruuu lepas makan kat umah aku, tak larat nak sumbat dah.. ok, aku pon tak ingat aku masak apa masa tu.. haha! so kitorang just makan cendol ja. buat basah-basah tekak sambil menunggu kedai bukak. 



Tengah tunggu order

cendoi dah sampai
masa makan cendoi tu, dah nampak orang laki dah lalu lalang habis solat Jumaat, so kitorang ke kompleks HIG. 

tengah tengok checklist orang order kata dia 

busy.. busy.. 
aku kalau bawak sesiapa pon mai sini, memang aku suka selfie bagi nampak nama kedai. yea la.. macam tak lengkap mai Langkawi kalau tak p HIG kannnn
  
depan ni pon sama. memang aku akan pastikan. ada gambar . haha
selesai apa yang patot, kitorang terus ke next kedai. pegi Langkawi Prade. aku tak de gambar kat situ. Dayy cakap coklat kat Langkawi Prade lagi murah dari HIG. so dia beli banyak kat situ. selain beli coklat, aku bawak jugak la dia jalan-jalan dalam Langkawi Parade tu. yeeeee, tauuu kat Kajang nun ada mall lagi besaq dari Langkawi Parade. haha! dalam Langkawi Parade ada PDI. kitorang masuk, dah ada size kitorang. kitorang beli baju sorang selai. sama corak tapi lain warna. ;) 

kitorang memang macam ni. taste sama. kadang dia bekenan baju aku, kadang aku bekenan baju dia. aku pernah mintak tolong dia beli kasut. kebetulan masa tu clarks ada sale. beli 2 free 1. dia sanggup call aku tanya nak ke tak nak. aku malas nak tengok gambar. aku cakap kat dia..

"yang mana lawa di mata ko Dayy.. lawa la di mata aku.. aku percaya ko"


sebabnya, aku selalu bekenan sneakers yang dia beli. so aku memang percayaaaaa ja.. 

ngam-ngam bayar baju kat PDI, Mie dah call aku tanya bila nak balik sebab nak siap-siap p pantai pulak.. haaa.. ko jangan main-main.. kami memang kuat berjalan. tak rehat sangat pon, pap, pap, pap terus gerakkk.. so balik rumah siap nak pegi mandi pantai pulak.

selama aku dok Langkawi, aku baru 2 kali mandi laut. 1 masa island hoping dengan geng dorm masa aku belajar dulu dan ini adalah kali kedua mandi pantai. tak da keja wey nak mandi laut bila aku berdua ja dengan Mie. macam krik krik jaaa . haha! jangankan kata nak mandi pantai, piknik pon ni la pestimeeeeee. aku cakap dengan Dayy, aku tunggu dia mai Langkawi la baru aku nak mandi laut. macam meriah la sikit kan dari dok berdua ja.. 



para suami bawak barang. isteri just bawak diri . haha
sebelum mandi manda dan makan-makan

ntah la.. sejak lama tak travel, aku jadi malas bawak gopro g memana. ni pon memang semua pakai handphone ja. so tak ada la gambar kitorang main air. beria kitorang mandi sampai lapar. so terus la terkam bekal. haha


Mie macam biasa. tak pernah nak helok muka kalau bergambar 


makanan yang tak sedap pon boleh jadi sedap masa ni

kitorang berpiknik di Pantai Tengkorak. ok la tempat nya. air nak kata cantik sangat tu tak la. ok ajer. tapi yang problemnya kat sini, ada toilet tapi berkunci. dah tu macam mana nak tukar baju??  memang haru. tukar pakai kain batik sambil aku bergilir dengan Dayy jadikan diri sendiri sebagai tembok. hadoi kelakar! 

Dekat Maghrib jugak kitorang balik dari Pantai Tengkorak tu dan still ramai lagi manusia kat situ.

Balik rumah, bersiap pulak nak pegi makan malam kat tepat feberet kitorang. sebab aku ni kalau boleh, segala tempat yang best bagi aku.. aku nak Dayy pon sampai. so malam tu kitorang g makan kat Wonderland. nama kedai dia Wonderland. kedai ni kedai Cina. tapi tukang masak Islam dan bahan-bahan yang digunakan pon tak ada la pork segala macam. semua hanya seafood. 

kucing aku ni penakot orang. ntah macam mana elok plak g dok sebelah Seli. amboi-amboiii 

sementara nak menunggu semua orang siap, saja suruh Dayy bagi snack kat kucing-kucing aku. tu yang kena serbu tu. yang penakut pon tak jadi takut. haha
macam biasa. memang selalu akan berempat 

makan besar laaa.. sebab esok nya puasa. macam makan-makan sempena puasa laa
lepas makan, kitorang tolong la kemas yang mana mampu.. 
masa kitorang makan ni, ada Misbun Sidek makan jugak. aku dok nampak la orang dah tunggu kat tepi nak bergambar dengan lejen kannn.. aku pon dengan harapan Mie nak la tunggu.. segalanya punahhh harapan. Mie tak nak tunggu. sebabnya masa tu orang ramai gila kat kedai ni sampaikan ada yang kena berdiri untuk tunggu meja. kalau kitorang tunggu macam selfish la kan.. pulak tu, Misbun Sidek tu baru je nak start makan. takkan la aku nak kacau dia tengah makan kan.. so aku simpan ja memori aku nampak Misbun Sidek secara live di dalam hatii.. ecewahhh! moga suatu hari nanti dapat la bergambar dengan dia.

macam aku cakap tadi, keesokan nya kan puasa.. ini adalah pertama dan terakhir kali kami bersahur bersama. alhamdulillah aku ada ambik gambar dengan muka bangun tidur masing-masing tu..

muka bangun sahur wey.. nak segak lagu manaaa.. haha! yea aku macam mak cik - mak cik dengan pakai tudung sarung dengan bajukelawar tu.. moment yang takk kan berulang lagi........ ;(
Disebabkan keesokan harinya puasa. maka tak ada lah aktiviti makan-makan. aku tanya diorang nak pegi mana.. diorang nak g mancing. haha! punya la kerap mai Langkawi sampai semua tempat dah p. last-last ajak g mancing. Mie memang ada pancing lebih. so elok la amik sorang satu. aku kurang sangat minat mancing guna rod canggih ni. aku lebih minat mancing ikan puyu ja. haha! rilek-rilek ja.. so aku macam habiskan masa aku dengan ambik gambar ja la. ikan sekor pon tak dapat dah air pon surut. haha! tak pa la. atleast merasa la meancing di Langkawi.

Mie bawak g mancing kat Telaga Harbour. dekat area Petronas nak ke Cable Car tu. kat situ tempat parking boat-boat mewah. so cantik pemandangan nya. air pon cantekkkkk






dah memang anak pemancing tegar kan.. dia memang pandai la guna menda alah ni. sabar je tunggu walaupon ikan tak dapat-dapat
 

kami berempat

kan aku cakap keja aku ambik gambar je kan. haa memang aku amik gambar je. abaikan lah kening aku tu. takkan nak g mancing pon aku kena lukis. haha! 
untuk berbuka puasa, Seli ajak g buka kat area Chenang. kalau Chenang kitorang akan ke Restoran Lubuk Buaya. situ ja makanan yang kena dengan tekak dan harga pon berbaloi. malam tu diorang belanja kitorang makan

macihhh blanja kitorang 

Keesokan harinya diorang dah nak balik. flight dalam tengah hari kalau tak silap. biasa la dalam kereta memang tak ada kerja lain.. melainkan selfie. haha! dok seronok main snapchat.




Bila dalam kereta, kitorang dah ada kedudukan masing-masing. selalunya kitorang memang akan dok blakang. suami akan dok depan. lepas tu kedudukan kitorang pon dah atur elok. aku akan duduk blakang Seli. Dayy akan duduk blakang Mie. sebab senang, kalau para suami nak apa-apa, dia kalih je blakang, dah nampak isteri dia dulu. haha! bleh bayang tak? kalau driver bertukar, kitorang ni pon bertukar.. hehe!

Kali terakhir aku hantar Dayy ke airport. 


-------------------------------------------------

kepada yang belum tau, Dayy sudah kembali ke rahmatullah pada 25 Disember 2018 yang lalu.. mohon sedekahkan Al-Fatehah kepada sahabat aku ni..

-------------------------------------------------

sepanjang aku taip, segala yang aku recall.. 

rasa macam baruuuuuu sangat kejadian ni berlaku. sampai sekarang aku kat rumah masih boleh 'nampak' dia datang rumah, jalan, mengeluh panas, baring depan tv, membebel bahan aku...........

18 November 2018

Finally!

Kemain tajuk.

Setelah setahun aku bertangguh, akhirnyaaaa aku settle layan drama Korea, Goblin. Bukan senang wehh nak perabihhh! Sejak berumoq ni, ada ja halangan aku nak perabih. Aku pulak jenis, kalau dah start layan, aku tak boleh ada gangguan. Sebab tu la setahun baru habis! Aku dah 2-3 kali dah dok bukak episod 1. Tapi tengok suku ja. Lepas tu aku tutup bukak movie. Moviekan cerita sekali habis ja. So pilihan aku sekarang ni, movie atau telefilem yang sekali tengok boleh habis. 

Banyak keja lain weh nak kena buatt! Nak kemas rumah la, basuh baju la, macam-macam lagi lah! Hal-hal dewasa ni. 

Kagum wehhh! Dengan orang yang masih banyak kelapangan nak melayan drama korea ni. Erm, maybe dia boleh bahagi masa sehari sejam kot. Dah aku jenis tak sabar, kena la layan sampai habis. Uuuu! Bukan senang untuk aku bagi komitmen. HAHA! 

Ada lagi 1 drama Korea yang hot aku tak layan lagi. Masih dalam waiting list. Descendats Of The Sun. 

Cerita 2 tahun lepas. Aku takkkk layan lagi. Aku kalau dah tak datang mood tengok drama Korea, memang ke sudah aku tak layan. 

Aku bukan nak cerita sangat sinopsis drama ni. Cuma sebagai rekod untuk diri sendiri, aku nak kata aku dah settle tengok Goblin! Dan tanda tahniah untuk diri sendiri! 

Kat sini aku tepek scene yang membuatkan air mata bergenang. Tengok cerita ni setakat bergenang ja. Tak meleleh. 













Haha! Gigih! 


K, bye! Hahahahaha 

Nyesal tak beria baca? HAHAHAHAHA! 


08 October 2017

Cerita Raya Aidiladha 2017

Tadi baru ja baca pasal raya puasa kan? hahh! nahh ! raya haji dah. haha!

Raya haji untuk tahun ni giliran beraya di Perlis. untuk Mie, dia macam tak best la. tempat dia lagi meriah. rumah dia dalam kawasan kampung. memang la rasa raya tu. macam aku, rumah mak aku kat flat. tak buat kurban pon. nak balik kampung kat Batas Lintang, family Mak Jang aku balik raya kat Selama, Perak pulak. kereta kitorang tak bawak keluar pon. sebab Mie cakap balik sekejap dan tak ada plan nak balik Kelantan jugak. sewa kereta ja la kat Kuala Perlis tu. kos masih rendah dari keluarkan kereta dari pulau.

sekali call nak sewa kereta, naik harga gila babiii punya! viva/axia harga dah RM120! biasa RM40 or RM5o sehari. penangan raya punya pasal. bukan main tinggi lagi naik harga. terus tak jadi sewa. lepas tu macam pikir tak ke mana-mana. Kalau setakat nak g Kangar tu, nak moto je lah. 

Kereta Abah aku masuk bengkel. cat sebab teksi nak masuk puspakom la cadangnya. dari sebelum puasa lagi tak siap-siap. lepas tu naseb la ada kereta adik aku. pinjam kereta dia ja la. tu pon payah. biasa la.. memang payah pon guna barang orang kan. dia nak keluar sama time dengan aku keluar la. kata 1 hari tak nak guna kereta. tapi aku balik sekejap, papp! dah amek kereta balik. susah-susahhh..

dah nama rumah flat, memang sunyi la kawasan flat ni. masing-masing dah balik kampung belaka. 

Masa raya tu aku tak pakai baju raya pon. aku buat soto. lepas semua dah masak, makan-makan so masing-masing buat hal sendiri la. main handphone or tengook tv je la. (bapak boring kan?) dapat whatsapp dari group Shidiziwa ajak beraya rumah Wan. rumah Wan ni memang meriah setiap kali raya. sebab wa duduk dengan mak ayah dia. so ramai la. sebelah rumah Wan ni pulak rumah tok dia. so memang jadi tempat berkumpul la dia dengan sedara mara. makan besar la lebih kurang.

Dina duduk Batu Caves, Azirah pulak Putrajaya. diorang berdua ni pon balik untuk raya kali ni. so Wan ajak la datang beraya rumah dia. dah alang-alang aku tak kemana, pakat-pakat berkumpul la kat rumah Wan. 

Aku, Dina & Azirah senasib. tak rapat sangat dengan ramai sedara mara. macam aku la. rapat sorang dua ja. 

maka berkumpul la rumah Wan.

ni rumah Tok wan.Rumah kampung. so ada ruang luas kat depan. tak payah pasang khemah. letak meja ja settle  
masa kitorang pegi, memang dekat nak sembahyang Jumaat. aku sampai tak dan 5 minit, lepas tu suami masing-masing dah siap-siap g solat. so waktu ni memang sembang macam bujang la. gelak memang all out la. bahan Aji, opkos all out. makan? all out! hahaha! 

macam biasa lepas sembang-sembang memang akan ada sesi bergambar la kan. jarang nak dapat spent time macam ni. berkumpul 4 orang sekali gus. selalu mesti Wan tertinggal. 

ok sebelum bergambar, harus lah 'bergaduh' dulu. hihi ! 




terhasil la gambar ni. naseb la muat aku dengan Wan duduk di tangga yang sama. sempit pon sempit lahhh 
perasan tak kain baju aku? hahahaha ! aku tolong sapu lantai! 
Kesah baju ni. aku beli ada la 2-3 bulan lepas. Imaan Boutique ada sale. asek la bertangguh nak potong kain tu. sampai ke malam raya. malam raya aku ingat aku nak jahit sembat je la. yea la nak bersungguh sangat pon buat apa. aku jarang pakai baju macam ni. penyudahnya sampai beraya aku biar je kain tu meleret. Kahkah! punya malas nak pendekkan kain tu.. masa nak beraya ni aku ingat nak pakai baju ungu raya puasa hari tu. cari puya carik, tertinggal pulak baju tu kat Langkawi. aku try baju adik-adik aku, try baju mak aku semua tak muat! hahahaha ! aku makin sado atau diorang yang makin kurus ni?? 

Lepas beraya rumah Wan, aku ajak mai beraya kat rumah aku pulak. yea la aku masak soto kan. bukan senang nak rasa aku masak. kahkah! Wan tak dapat nak join sebab dia balik Sungai Petani. balik raya rumah mertua pulak. so kitorang teruskan sesi beraya tanpa Wan.

masa diorang sampai aku yang sebuk sediakan makan minum. tak dan la nak ambik gambar. lepas makan rumah aku, Azirah ajak beraya rumah dia pulak sebab rumah dia buat korban.

gambar diorang laki bini ni je la yang jadi bukti diorang mai rumah aku. oh! Dina tu tengah mengandung. moga tak lama aku pulak 'berjangkit' . aamin
p rumah Azirah @ Aji..

wahhh ! tak sangka ada menu special! pertama kali aku g beraya dapat makan durian ! 

yummyyyy !
orang kata, ni buah last musim durian. sebab aku dah kenyang makan kat rumah Wan ja, aku jadi tak rancak nak makan durian ni. kalau bagi sekarang ni. sebijik po boleh habis lahhh! uishhh ! dah nampak durian teringin duriannnn ! sedapnyaaaaa!

Mie pon apa lagi. memang tak lepas peluang la. sayang betul masa datang ni memang tengah kenyang. raya kan.. pergi la rumah sesiapa pon mesti la makannn! 
lepas makan durian, kebetulan lauk korban tadi dah siap. makan nasi pulak lauk sup daging, air asam cicah daging. haihh ! masa taip ni pulak aku dah terliur. teringat betul! sedapppnyaaaa! 

mampu cakap macam tu ja la. nak buat memang tak la buat masa sekarang. selesai beraya di rumah Aji, kitorang balik rumah masing-masing. rumah Dina kita sambung esok pulak. tak larat bawak perut. haha! 

keesokan hari sebelum aku beraya rumah Dina, aku hantar Mie dulu kat jeti Kuala Perlis. dia nak kena balik dah. esok dia dah kerja. dia izinkan aku duduk lama sikit kat sini. so aku memang tak lepas kan peluang la. hihi!

beraya rumah Dina, makan laksa kecik. memang sedap, aku bertambah-tambah. laksa kecik ni buat kita lambat kenyang. tu yang sama naik ja sembang dengan tambah laksa tu. haha! 

aku pon heran kenapa aku tak amek gambar laksa tu. yang ada kat handphone aku gambar aku selfie dengan Azirah ja. tu ja la sebagai bukti kami beraya rumah Dina. 


Dina, ni bukti eh tingkap rumah hang. 
sembang punya sembang, Dina ajak p makan capati sedap plak kat warung Labu Sayung , Jalan Bintong keesokan pagi nya. memang on la jawabnyaaa ! 

So keesokan pagi aku ambik Aji, terus ke Labu Sayung. Siap ajak Pak Su classmate masa kitorang sekolah dulu. kenal dari tingkatan 1. Pak Su ni sekarang kerja kat KLIA2. bukan la pramugara, tapi Imegresen. sampai pukul 8 lebih kurang, sembang punya sembang sampai pukul 11 pagi. hadoii ! banyak la cerita keluar! 



Puas hati la balik kali ni. lepas tu plan nak g Kuala Perlis pulak.. haihh ! memang tak lekat kat rumah. sebabya lama dok peram dook tengok ja orang update makan sedap kat area Perlis. waktu ni la kami pakat atoq kedai!  betul la jugak apa yang status yang viral mengenaik Perlis tu. salah 1 nya, bila balik bercuti, set ja nak jumpa kat mana. memang boleh jumpa sebab jarak antara rumah masing-masing dekat ja. tak la makan masa sampai berjam-jam. sebab tu la kot kami selalu dapat jumpa kawan-kawan kalau balik Perlis. Kalau masa mengizin kan la kan. kadang tak free. tak dapat jumpa jugak. 





07 October 2017

Cerita Raya Aidilfitri 2017

ni adalah cerita dah basi teruk berkulat. tapi saja nak tepek kat sini.

Tahun ni, turn raya Aidilfitri di Kelantan. Kalau kat Kelantan, memang aku kerap di dapur la. mil aku dengan ipar duai aku memang suka masak. suka masak tapi tak makan sangat. aku ni la yang kerap makan. asik berulang ja. haha! gila weh, semua sedap-sedap. takkan nak tengok saja? dah la aku suka makan! yangg tak untung aku ni, dah la kuat makan, metabolisma rendah plak. tu yang gemok! 

ceyyy.. salah kan metabolisma.

Kalau kat rumah mil aku ni, makanan breakfast baru ja luak. dahh ready nak masak untuk lunch. so kalau sesapa yag lambat breakfast, berganda-ganda la kenyang nya!

lagi 1, kami ada turn masak. raya pertama mesti la menu utama dari mil. raya kedua dan ketiga tu bergantung sapa yang nak balik dulu. kalau raya ketiga ko nak balik, makanya turn ko masak adalah raya kedua. aku team masak dengan Mazura. Mazura nak balik raya ketiga. so raya kedua kami masak la menu bihun soto. buat la soto. raya ketiga turn Kak Long, Asma & Anis.

Ni rupa aku bila balik kampung. haha ! bapakkk la malas nak bersiap. setakat duduk dapur je kan. duk rumah mil aku pakai tudung. so bila ada barang tak cukup.. nak kena g kedai, aku kuar jek. xde nak tuka-tuka baju ke ape. melantak je la selebet.
Raya kali ni Kak Long anak beranak bertolak dari KL ke Kelantan tengah hari. sampai Bachok tengah malam jugak. semua pakat menunggu. haha! so tak ada la nak photohoot raya dipagi hari raya. Amri & Mazura pulak raya Gua Musang. Diorang sampai Bachok petang. Rumah sunyi je la tak de budak. dah aku tak ada anak. kalau aku ada anak, riuh la jugak. huuuuu nak  buat macam mana... 

kiri Asma, Anis dan aku la paling selebet. haha!


dah la muka sebesar alam, dah rasa macam sebiji tembikai pakai tudung dah kat depan tu. haha !

kitorang photoshoot tengah malam raya kedua. pukul 11 malam macam tu. haha! dah masing-masing jarang balik kan. kebetulan esok nya Amri & Mazura dah nak balik Gua Musang dah. Baju raya pertama tu pakai balik nak ambik gambar ikut tema punya pasal. tahun ni tema warna kegemaran mil aku.warna ungu.

Kali ni geng lelaki kemain ha nak pakai sampin. ni dikira disebalik tabir. 
Kemain ha siap bukak youtube k! yang pegang handphone tu adik Mie yang last. Afiq. yang pakai baju warna biru tu Amri. adik Mie jugak. yang tengah landing sambil tengok handphone tu Amir anak Amri & Mazura.


Nak sangat pakai sampin. ni semua sampin Fil aku. Mil aku pon rajin melayan. haha!
Aku plak dah amek gambar waktu malam, kan.. aku tenyeh blusher bagi nampak pink betul. lipstik merah betul. kalau tengok secara live, memang nampak aku macam badut. haha! tapi dalam gambar, tak nampak la.. 

tak nampak sangat la kan. kalau tengok depan-depan memang aku ni dah macam badut. haha!

paling lebaq harus lah aku. haha! adehhhh ! 
Khayra Zhufairah dengan Mama Anishh
Mata budak niiiiii.. eeeee ! ni Adik Amir Muhsin. Ammara Mukhlisa

complete la gambar raya Aidilfitri 2017
macam biasa, Kitorang je la tak ada pertambahan ahli. yang lai, setiap tahun ada ja pertambahan ahli keluarga. nak buat macam mana kan... moga 2 taon lagi ada la yang bertambah. aminn..

Tok ayah & Tok mama bersama cucu-cucu
Sado betul aku. haha! 
Keesokan hari, kami g makan sotong di Setiu, Terengganu. Biasa la musim-musim raya ni. sotong pon dapat somtong kembang. 

budak kecik 2 orang ni dah banyak cakap, banyak soalan, banyakkk mainnn
geram aku dengan budak kecit yang suka makan tu. pipi dia tu simpan apa ehh! ipar-ipar aku ni segan sikit bergambar kalau aku ajak bergambar. TAPI, kalau biras aku si Norman yang tengah sengih tu.. memang pantang. pantang ajak. haha! 
Aku dengan Norman ada persamaan. persamaan dari segi size sikit, makan, bergambar. hahaha!

kadang aku cakap kat adik ipar aku. 

"mama punya menantu besar-besar. Norman versi lelaki. Saya versi perempuan."

kadang kat meja makan, yang dok berulang makan, memang aku dengan Norman. Aku dengan Norman memang ngam la bab makan. kadang aku nak makan, aku ajak dia sekali. tak la aku sorang kat meja tu! hahaha! 

Mazura tak kuat makan sangat macam kitorang. sebab tu dia slim! kehkeh ! 

Khayra bersama Opah dan aunty gojesss
Rumah mil aku ni memang tempat berkumpul adik beradik. so ni mak saudara Mie. Duduk Shah Alam. turn raya dia kat Perak. raya kedua balik la raya Kelantan. memang rumah Mil aku meriah dihari raya. 

adimoe dengan Ayah Nyah. masa ni g beraya. dengan Adimoe ni macam tak serapat dengan Kakak Suchan la. sebab masa dia membesar, kitorang dah pindah Langkawi. agaknya kalau duduk Kajang lagi, maybe jadi rapat sebab selalu akan jumpa macam selalu jumpa Kakak dulu.

ni Kakak Suchan dah besar. tak boleh kita silap speaking sekarang ni, dia tego kita. ok la tu Kakak. Ummi tak pandai speaking, Kakak ajar k? Doa Dhuha pon pandai. sekarang kebanyakan tadika akan ajar baca doa Dhuha kan. 
Bila sorang-sorang duk rumah, jadi rindu kat budak-budak ni. tak pe lah. adelah rezki nanti tambah cousin kat korang eh..


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Korang ada masalah ni?

- muka berjerawat
- nak hilangkan parut jerawat
- nak kulit sihat dan berseri

Ni jawab dia.
Face Mask Kunyit.
Diperbuat dari ekstrak kunyit. So, muka kita akan serap segala kebaikan kunyit.
RM29 jek. Tahan 6 bulan, tauuu!
Nak?
Kena cepat order  012 415 7127
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...