08 June 2016

Anniversary Ke 5 !

Dah 5 taon aku kawen. Rasa macam baru ja lepas pakai baju pengantin yang panas, tak selesa tuh.. haihh.. dah 5 taon dah masa berlalu? Pantass... pantas...

28/5/2016 genap 5 tahun.

di tahun ke 5 ni.. Kitorang dah tak berdua dah. Kami ber 6 sekarang!


Cheminah


Milo


Yen


Opie

kucing yang menjadi penghibur kami suami isteri. Dan bakal ber 8 lepas raya nanti ! Hehe! Sekor datang dari Melaka. Sekor lagi dari Alor Setar. Tak pa.. yang tu kendian kita cerita.

Sepanjang 5 taon berkahwin, kitorang tak pernah lagi la bercuti sempena anniversary ni. Haha! Tak de rezki selalunya.tak pa.. maybe anniversary yang akan datang. Selalunya anniversary kitorang just kuar makan sedap la orang kata.

Berlainan pulak untuk tahun ni...

Aku pon tak tau kenapa. Laki bini tak da rasa apa.. haha!

Maybe jugak sebab aku kerja. Maybe jugak kitorang baru ja lepas makan sedap sebelum tu. Maybe jugak sebab tak banyak tempat sedap kat Langkawi ni. Tempat cantik tapi makanan tak sedap maksud aku. Jangan percaya sengat la yang viral tu. Kadang yang viral tu.. tak kena dengan tekak kita. So.. kita rasa tak sedap la.

Last-last.. kitorang g makan pasemboq ja kat Pekan Rabu. Tepi jalan. Hahahaha !


Sempoi ke tak??

Naseb bek lah pasemboq tu sedap. Servis bagus. Koteow goreng pon sedap. Layaannnnn... tapi sebelum tu ingat nak beli kek. Mie dah pesan. Tak payah beli. Nanti membazir. Lebih tak da orang makan. So.. tak beli la..

Pasemboq tu punya la banyak Mie amek. Kebetulan kitorang memang betul-betul lapar. Sebab memang sediakan perut untuk kitorang nak makan malam ni. Amek punya amek, sampai orang kat gerai tu tego. Banyak nyaaa kitorang amek! Tapi aku dengan Mie ni kompiden boleh habis kan.. sekali dah makan.. haaa.. penuh perut ! Rasa macam nak keluar balik semua tu! Yea la.. pasembor. Pastu koteow goreng lagi. Macam mana laaaa tak terkeluar balik kan??

Last-last.. surrender. Tapau je. Haha!

Di tahun ke 5 ni memang tak mintak lain lah. Memang nak baby tersangat-sangatlahh! Mohon doa dari korang.. moga lahirlah Azmi / Shela jr nanti.


Amin...

07 June 2016

Selamat Berpuasa!

Ramadhan tiba! Ramadhan tiba! Ramadhan tiba!

Alhamdulillah hari ni dah 2 Ramadhan.

Ramadhan yang ke 5 untuk aku dan Mie.

Ramadhan yang ke 2 di bumi Langkawi Permata Kedah ni.. (nak jugakk letak Permata Kedah tuhhh)

Semoga Ramadhan kali ni kami memperlipat gandakan segala amal ibadat kami..

Ramadhan kali ni jugak, aku dah tak berdua dengan Mie. Kami dah ber 6! Meriah Ramadhan kali ni.

Ramadhan korang macam mana taun ni? Meriah macam aku takk? Hihi!

Semoga segala amal ibadat kita diterima oleh Nya...


Selamat Berpuasa !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...