23 February 2017

Dear Zindagi

Aku suka jugak layan hindustan ni. Hindustan era baru ni aku layan Dilwale, Bhaajrani Bahijan ( tak sure ejaan betul ke x.hihi) dengan Bajirao Mastani. Tu pon sebab viral jek. Orang cakap best.. best.. aku pon try la tgk.

Ok kali ni tergerak hati nak layan cerita Dear Zindagi. 

Macam mana tergerak? Opkos lah sebab ada SRK kat situ. 

Layan... ermmm. Dekat sejam baru SRK keluar nye. Haha! 

Cerita ni mengenai budak pompuan nama Kaira ni. Cerita pasal kehidupan dia. Pastu dia buat terapi kat SRK. Sinopsis dia mohon google la senang. Sebab bagi aku cerita dia biasa ja. Tak berat pon.

Tapi benda yang aku tertarik dalam cerita ni adalah

Segala macam pemandangan indah dalam filem ni. Pemandangan di India ja. Tapi lawaaa! Pandai yang membikin filem ni. So tak la boring asek nampak India ni kotor ja kan. (Tipikal kalau aku cerita aku berangan nak ke India, mesti orang cakap India kotor padahal dia tak lernah sampai pon) pantai dia cantik, ada sawah pagi, ada laut, deco rumah pon menarik! Hehe! 

Aku kan masih dok teringat filem era 90an. Ya masa tu kan zaman kegemlangan hindustan di Malaysia. Sekarang hindustan tenggelam sikit dek kerana Kpop. 

So bila tengok cerita ni. Walaupon aku rasa cerita ni boring. Tapi aku tunggu jugak sampai habis sebab sukaaaaa sangat view yang ada. Heroin dia biasa la lawa semestinya. Hero biasa-biasa. Masih tak dapat menandingi SRK. Aura SRK masih kuat ya! 

Lagu dalam cerita ni pon biasa saja bagi aku. 

Macam aku cakap tadi. View cerita ni memang lawalahhh! 

Kepada yang nk tengok.. silakan. 

Aku tengok kat web ni 



13 February 2017

Hi,2017!

dah bulan Feb dah pon. baru nak update. hari ni baru moood datang. ntah la aku ni macam mana nak bagi konsisten ntah. ada ari tu aku beria menaip kat hp bajet nak update la kan. ntah macam mana tak publishh pon. tak pa lah ada la tu silap kat mana-mana kan..

aku ni ada mood berbeza bila lap top aku berada di kedudukan yang berbeza.


bila laptop aku dalam kedudukan macam ni, memang takkkk lah aku nak blog walking ke ape. susah nau nak menaip. so bila keadaan laptop aku macam ni, selalunya aku layan movie or drama je sambil baring-baring. hihi !

Bila laptop dalam posisi ni, tetiba aku jad rajin nau nak  menaip. tetiba pulak idea datang. tetiba rajin.. tetiba eh, banyakkkkknya idea nak taip ni.. tetibe eh! nak mula mana 1 nihhhh ! tetiba je semuaaaa ! 

dalam bilik aku ni ada 2 ekor kucing ja yang dibenarkan masuk. si Opi dengan si Shiromok. diorang kalau tengah hari aku ada dalam bilik, memang mencakar-cakar pintu nak masuk. nak tau kenapa? sebab air cond. kemain la tido telentang la menungging la apa. kemain lagi. sekarang Langkawi panas. laaaagi la beria nak masuk bilik. sebab tu la aku akan vacum & mop bilik aku hari-hari.. 

eh! dah tetibe cerita pasal kucing pulakkk ! 


swafoto 2017 kihkih
weh, apa azam korang 2017? bulan Februari baru gigih kannnnn..

kali ni aku cerita eh, just jangan gelak je sebab ada setengah tu azam mengarut jek. tapi aku rasa perkataan yang sesuai untuk aku ni.. Target kot.. azam macam serius sangat. sebab aku ni kadang jadi tak serius ! haha! 

TARGET 2017 -Shela Abd Rohman
  1. income 2k sebulan. haha ! aku je la peniaga yang jenis target 2k je sebulan. peniaga lain target 20k, 30k. aku 2k jek. tak pernah jejak lagi la. jangan kan 2k, 1k pon tak perna sampai lagi. so, aku target, untuk 2017, aku nak capai 2k sebulan. kalau dapat lebih, Alhamdulillah la kan? kata meniaga kannnn
  2. Holiday. aku tak mampu ke eropah lagi. so, pegi ke negara yang mata wang rendah je la yang mampu. lokasi bergantung tiket murah AA! hahaha !
  3. Handphone baru
  4. Kuali non stick Tefal
  5. Periuk Tefal
haa tu je la kot. Zuriat? tu memang sentiasa jadi azam aku. bukan azam 2017 ni ja. tu azam setiap tahun.


semoga segala target dapat dicapai dengan terbaiknyaa.. 

aaminn ! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...