31 January 2013

Perutusan Ketua Pengarah 2013 & Sanjung Sujana 2012

Assalamualaikum




Setiap awal tahun sepanjang aku kerja... akan ada Majlis Perutusan Ketua Pengarah opis aku.. Tapi tahun ni lain sikit sebab 2 majlis disatukan dalam 1 majlis. (korang paham ke tak aku cite nih ? kikiki )
Tapi aku tak nak cite sangat ape yang dibentangkan Ketua Pengarah aku. Tapi saje nak tayang baju  kitorang  !! hahah ! :P

Lunch kitorang berempat : Aku, Zura, Dudud, Uyah g makan kat Bandar Baru Bangi seksyen 7. Memula nak makan kat restoran Belauk. tapi ntah kenapa, tutup pulak hari ni. pastu Zura bawak kitorang makan kat Lengkuas. Tengok tak ramai orang. Masa nak bayar baru taw kenapa tak ramai.. sebab dia... MAHAL !!! kukukukuuuu !! memang aku tak pegi dah restoran tu... kecuali terdesak yea ! 

Lepas lunch g solat + make up di rumah Zura. Untung la.. umah atas tanah. tak penah panjat tangga.. kikiki ! Depan rumah dah tanam daun pandan + serai.. heshh ! bila la aku nak dapat tanam menda macam tu.... Selesai kitorang gerak g hotel. Disebabkan kitorang sampai lambat, parking kat luar jek.. jauhnyaaa lahai nak jalan masuk.. naseb bek ade ni.... solamat la.. dah la pakai kasuit tinggi.. kikiki

yang belakang lagi excited dari yang depan.. huhu
mampu amek gambar macam ni jek sebelom handphone aku matiiiii
tadi versi flash.skrg versi takde flash.. kikiki
si day je takde mase sebab dia kena iring ketua Pengarah.. kuikui ! 
hahah ! Day tak de kawan nak gosippp :P
punya boring dengar perutusan.. masing2 pegang hp. gosip guna wassap la weyy ! kuikui ! 
lepas habis majlis.. orang makin kurang.. baru start sesi posing..

ini la pengiring Ketua Pengarah tadik.. kuikui ! merahhnyaaa mak ngahhh !! ;P

disebabkan handphone dah mati..mintak tolong Dak Leya snap kan.. :)

ni gambar carik pasal.. aku takde.. saje je amek gambar.. then tayang kat aku.. puiii !!

sebelom aku balik.. :)

Macam biasa.. Tetiap taon.. Uyah yang dapat lucky draw.. dan Kak Epah dapat AKP.. kuikui ! yang lain ??? Belom rezki.... 





Tatatititutu~~





(^_^)V

30 January 2013

Sushi

Assalamualaikum




Kali ni nak cita pasai makan sushi.. Aku pon tak taww sejak kurun keberapa aku minat sangat makan sushi. haha ! Maybe sejak aku taww.. Incit Somi sangat sekepala bab makan sushi la kott.. hehe ! Incit Somi aku memang takdaq masalah nak makan sushi.. Dia kata SEDAPPPPPPP ! Alhamdulillah.. ada jugak orang tolong bayaq bila aku nak makan.. kihkihkih! kali ni kitorang g waktu balik kerja. makan di Metro Point, Kajang. senang makan kat situ sehala jalan nak balik rumah.. :)


Incit Somi dengan overall 

aku dah lupa nama  menda alah ni. tapi sedapp sebab ada chees



sos yang dicampur dengan wasabi, haa.. wasabi tu yang hijau2 tu.. 
Okk.. kali ni seyes aku salah order.. niat dihati memang tak nak try menu baru.. tapi ntah kenapa hati memberontak sangat nak try.. last sekali menyesal tak sudah ! tak sedappppp !!! rugi rm16.. selalu aku order Mixed Bento jek.. sebab set tu dah ade ikan dengan ayam. cukop sedap dah aku rase... kali ni memang salah banyak laaaa !! eeeeeee !! sumpah menyesalll !!! 


ok.. seyes sup ni tak sedap.. haha

aku punya, yang aku rasa menyesal gilaaa !


Incit Somi punya.. 

dalam menyesal.. licin la jugak.. :)
Masa nak bayar.. biasa la.. cashier tu mesti la tanya ada kad ke tak.. pastu tetibe Incit somi tanya macam mana nak apply la.. blaa.. bla.. blaa.. last-last suh aku isi nama aku. kahkah ! macam tak caya.. aku ada kad sushi !! nampak beno kerap makan sushi.. kahkahkah !! 










Tatatititutu~~








(^_^)v



29 January 2013

Berendam di Bukit Ayer, Perlis

Assalamualaikum




Kali ni aku nak cerita hari kedua dari 5 hari aku bercuti. wahh ! bercuti sangat la kan ? Di sebab kan hari ke 2 ni hari Jumaat.. kami decide nak jenjalan lepas Solat Jumaat la. senang sikit kan? maniss sikit kuar.. untuk Incit Somi la... tak la buruk sangat tengah ari waktu orang solat Jumaat dia dok melilau sama dengan kami.. :)

Selesai ja Incit Somi balik.. lepas lunch.. kitorang gerak g Simpang Empat untuk amek Mak Jang aku dengan  2 orang anak dia. Ilyas dengan Shikin. Aku suka bawak diorang ni jalan-jalan. Ilyas ni mesra alam.. ada-ada ja topik dia sembang. Baru darjah 5.. pak lawak pon ya jugak.. sebab tu suka bawak. Adik-adik aku dah besaq panjang. 3 orang tak ada kat rumah. tinggal sorang ja.. si Maggi ja yang tinggal. Sejak dia makin besar ni.. dia makin malu pulak.. malu dengan Incit Somi la.. Semalam masa majlis Along bertunang tu.. aku dah cakap siap-siap kat Mak Jang aku. ari ni nak bawak diorang jenjalan..nak p bekelah. Plan asal aku nak p Gua Kelam. Tapi dapat tau pulak Gua Kelam tak boleh mandi sebab kes kencing tikus. Terus tak jadi p. Tapi untuk masuk gua tu boleh la.. heshh ! aku tak mauuu la p.. sebab motip utama aku.. aku nak berendammmm !! Masa bagitau ni.. Mak Jang aku cakap Ilyas ngadu demam.. lepas Mak Jang cakap aku ajak p bejalan,, terus baik demam dia.. ! haha ! bukan men lagi kan ang Ilyasss!! Aku cita kat incit Somi.. gelak besaq dia.. hehe! seronok layan budak-budak ni.. :)

Seyess Perlis panasss gilosss... Petak @ sawah padi memang kering kontang.. so, sekarang masa terbaik untuk menuai. banyak la mesin padi.. sorry aku terlupa nak amek gambar.. aku baru taw... ada orang tak penah tengok mesin padi.. kikikiki ! next time aku balik... aku amek gambar banyak-banyak yea... :)

Dalam pukul 3.30pm kitorang sampai rumah Mak Jang. Cepat ja si Ilyas kuar. Tak sabar g jenjalan kan.. dengaq pulak nak p main ayaq.. lagi lahh.. dah siap-siap bawak beg dah.. nak masuk dalam keta.. hehehe ! Ilyass.. Ilyass... terhibur la ada hanggg ! hahaha ! 

Kami sampai Bukit Ayer dalam pukul 4.30pm macam tu. tak ramai sangat orang masa tu.. Maybe sebab dah petang la kot.. before ni kalau aku p.. waktu pagi.. kitorang lunch kat sana.. maybe sebab faktor tu jugak kot orang tak ramai.. nampak ja ayaq.. aku terusss tak sabaq.. haha ! bukan budak-budak tu yang tak sabaq,.. aku ni yang tak sabaq... kikikiki ! mak aku dok tak bagi kitorang mandi. mak aku kata takot kencing tikus.. aku cakap.. kencing tikus tu kan kat Gua Kelam ja.. mana nak sampai sini.. tudiaa.. ounya ketegaq nak mandi kan ? kikiki !! oh yaa ! lupaa... kali ni atas permintaan Maggi.. aku masal la spagetti.. masak banyak-banyak bawak skali. lepas berendam.. makan-makan. lepas tu mandi balik.. kikiki ! aku ni sama ja dari dulu.. macam budak-budak ja kan ? aku rasa.. kalau orang lain besaq aku ni.. mesti tak minat mandi manda macam tu. tapi aku tetap kata aku ni muda.. hahahaha ! yang bestnya si Ilyas ni.. ntah dengan sapa-sapa jaa dia berkawan.. haha ! mudah dapat kawan dia ni.. tengok-tengok dah dok mengelungsor dengan kawan baru. haha ! Ilyassss oiii !!! Haa.. sepanjang kitorang dok piknik ni.. dah macam retis dibuatnya.. haha ! mana tak retis.. monyet asek mengekoq sebab nak makanan.. mak aku tak senang duduk. si Ilayas, Shekin , Maggi tak habis-habis dok gelakkan mak aku.. hahah ! 

Sorry la.. sepanjang aku dok berendam.. makan.. semua aku tak amek gambaq.. telupa, hahah ! kitorang bergambar masa nak balik ja... hihih !

yang pakai spek tu mak aku. yang pakai kameja ungu tu Mak Jang aku. Si kecit tu Shikin 


yang ni.. mestila kesayangan aku :)


ini Ilyas,. tengok muka dia pon dah taw kan dia ni mesra alam :)

Shikin tak nak masuk sebab dia kata dia comot makan aiskrim. hamboi! bukan men kan.. tapi teselit jugak.. :P Maggi sejak 2 menjak ni tak suka bergambaq. tak taww pasai apa.. haha

Keesokan hari aku dapat sms dari Along :








Agaknya kalau bawak p i-city tak taw la macam mana Ilyas dengan Shikin dok cerita.. hahaha !


28 January 2013

Selamat Bertunang Along !

  






Kali ni saja nak hapdet cepat-cepattt lagi pantas.. dengan harapan moto belog aku ni tak lah macam selalu.. kikikiki ! :)

Cuti 5 hari kami manfaatkan sebaik mungkin. (Khamis cuti Maal Hijrah. ambik cuti ari Jumaat. Sabtu Ahad memang cuti. Ahad Thaipusam dibawa ke Isnin. Total 5 hari cuti. wehoo ! ) 

Aku mula dengan hari Khamis.

Kitorang plan nak balik Perlis pagi sebelum Subuh Ari Khamis tu. Plannya nak gerak dari rumah pukul 3am.Malam tu aku dah tak tido.. Pukul 9 lebey aku dah suruh Incit Somi tido. yea la.. die kan nak drive kan ? aku boleh je tido mase die drive nanti. kihkihkih ! incit Somi dah tido nyenyak. aku dok packing beg. aku paling boring bab packing nih. haish ! aku packing rilex-rilex. packing ja pon selesai pukul 2am macam tu. kira ok la kan ? dah tak nak tido. takot telewat bangun untuk bertolak balik. Kitorang plan balik jugak Khamis sebelom Subuh sebab pukul 11 am macam tu cousin aku tunang. Cousin paling rapat la.. tu yang sanggup tu.. kikiki ! 

Pukul 2.30am aku dah siap. Bukan apa.. aku mandi awal sebab aku dah ngantok sangat dah.. Aku dah siap.. barulah aku kejutkan Incit Somi. Sebab aku taw.. Incit Somi memang siap cepat. 10 minit dah siap. Lepas je Incit Somi bangun.. Die dah gerak ke toilet.. boleh pulak aku telelap. Aku sedar pon lepas Incit Somi kejut sebab die baru kuar toilet dan plan nak g Terengganu ( bukan men lagikan laki aku.. ) tapi aku okay jek. sebab aku taw.. die yang drive.. kahkah ! i ikut jewwwww... Tengok jam.. dah pukul 3.30am !! cepat -cepat aku kumpul-kumpul barang yang nak dibawa. tak nak bising-bising. kang nanti dikata aku ni cepattttt jekkk bertindak kalau aku nak balik kampung aku.. huhuhu ! 

Masuk je dalam keta.. sebenarnya aku cam nak sambung tido la. tapi tak boleh. sebab Incit Somi tak pandai sangat jalan ke Jalan Duta tu.. kan bersimpang siur.. takot die salah masuk jek.. Die kalau jalan ke Karak memang die terer la. nama pon nak balik kampung dia kan ? hehe ! Lepas ja restoran Jejantas Sungai Buloh.. memang aku terus membuto.. ngantok kottt !! Bukan tak kesian k at Incit Somi.. tapi nak buat macam mana dah mengantukkk sangat-sangat... Aku sedar bila Incit Somi benti isi minyak. Lepas aku tengok Incit Somi jalan g bayar.. Aku kembali zzzzzz.. tak tau aku kat mana......

Dalam pukul 7am macam tu.. aku tersedar.. Kat kepala hotak aku.. maybe aku dah sampai Taiping or Kuala Kangsar.. Sekali tengok kat signboard... Ooomakkkkgadddd !!! Aku dah kat Seberang Perai ! dah nak masuk tol Sungai Dua  !!! berapa lajuuuuu Incit Somi bawak tadikkk ?? heshhh !! Sabaqqq ja la aku.. Terus aku tak boleh tido... Aku tanya.. tadi benti kat mana .. bukan ke kita benti kat Sungai Buloh ? Takkk ! Sebenarnya kitorang benti kat Tanjung Malim !! Incit Somi aku cakap, kali ni die try isi RON 97 untuk TAX. sebab kitorang tak penah isikan dia dengan RON 97. Sebab isi RON 97, TAX BLM putih kitorang tu cepat pick up. sedap bawak untuk perjalanan jauh.. sebab tu la cepat sampai. Hamboi laki aku.. Memang patot la cepat sampai.. 

So, kami sampai rumah tok pukul 9am macam tu.. So, Incit Somi rehat. tido tak henggat.... letey sangat kan.. aku memang tak tido la.. aku g umah mak jang aku yang sebelah umah tok aku tu.. orang dah makin ramai dah kat rumah mak jang aku. cousin aku ni tak balik make up lagi.. so, aku kembali ke rumah tok aku.. aku rehat-rehat dan bersiap...Rombongan meminang datang pukul 11am. pukul 11.30am aku baru siap bersiap. haha ! mengalahkan petunang kan ? heheh ! 

Petunang dah siappp !! 

Perantin lama dengan petunang. kikiki ! 
dengan adek aku... Hanim

Adek aku jugak.. Maggi

saat disarungkan cincin

maka sahla Malia tunangan Mizi :)









In Shaa Allah diorang akan disatukan sebagai suami isteri bulam Mac nanti. Semoga segalanya berjalan lancar.. Aaminn..


Selamat Bertunang Along ! 


Pendapat aku : Along segak macam dah nak bernikah ! kikikiki! 


5pm.. tetamu pon dah beransur pulang..so kitorang pon balik la.. tah.. aku kalau balik Perlis, mesti la nak tido umah mak abah aku kan.. Sepupu kecik aku dok ajak ja tido umah tok.. tapi sorry la memamg aku tak selesa. sekecik-kecik umah mak abah.. aku lagi selesa tido disana.. :) Dalam pukul 5.30pm kitorang sampai rumah.. aku tukar baju, cuci makeup.. terusss zzzzzz.. gilaa ! aku mengantokkk tak hengattt ! Laki bini tido petang tu.. sedar.. pukul 8.30am keesokan harinyaaa !! hari Jumaattt ! gilaaa ! aku tak penah tido selama tuuu ! kikiki ! solat entah kemana... maybe mak abah aku ada ketuk pintu. tapi kitorang laki bini tak sedar. letih gila kannn... :) 










Tatatititutu~~








25 January 2013

Happy Belated Birthday , My BFF ! (Part ii )


Ini sambungan dari entry sebelum ni.. 


9/10/2012 kalau tak salah.. kitorang celebrate birthday Day awal. Sebab birthday die jatuh pada hari cuti. okay. kali ni tak nak cite panjang lebau. kali ni aku nak suk korang tengok gambar jek.. kikikiki ! takpe kan ? atleast aku hapdet ! muakakaka !! :P


woi ! cepat la orderrr !! 

'tengok la gigi i.. tersusn cantek je tawww.. 'kata dak epot

posing senget menyengettt 

day, cepat la pilih.. ko nak makan ape nihh ? 

saranghae shidududzee

kalau amek gambar, saye kene pose tunduk sedikit yea.. ;)

minah arab celop dengan bakal perantin baghu (masa ni zura tak kawen lagik)

kak epah : erkkk.. zura : kak, buat muka senonoh sket boley ? 



ok.. akak dah senyum elok dah ni zura oi ! 



24 January 2013

Happy Belated Birthday , My BFF ! (Part i )





Mesti memasing berpikir-pikir kan ? Birthday siapakah ini ? Jeng ! Jeng ! ini cita bulan November la weh ! aku ulang.. bulan NOVEMBER yea..  biasa la aku.. mood nak hapdet ni memang selalu ke laut.. aku rasa macam banyak ja cerita aku tak cerita kan ? teruk betoi ! ceghita taun lepas, taun ni baru sebokk nak hapdet.. haish ! bila nak berubah nih ?? :) maybe belum terlambat kalau aku cakap, aku nak rajin hapdet belog pada tahun 2013. Tak salah kan ? hehehe ! Disebabkan azam tu la yang aku dok sebok hapdet cita taon lepasss ! kihkihkih ! naseb la.. belog aku kanzz ? lepas ni kena letak nama lain lah. maybe 'Belog hapdet tapi.. cerita dah basi'  maybe sesuai kot kan ? kan ? 

Aku kenai Dia masa sama-sama belajar.  kami 1 asrama. tapi lain-lain kos. Dia ni perangai macam jantan. sempoi. senang. entah macam mana kami boleh rapat. So, habis ja belajar, kitorang still berhubung. Tu pon melalui sms, kadang-kadang tu Friendster (masa tu internet tak macam sekarang, so, selalu aku g cc la.. ) Masa aku sambung belajar kat Nismilan, Dia dah keja masa tu. so, kadang-kadang aku sms dia.. mintak tolong die topup kan.. hehe ! jahat ke aku ek ? tapi bukan aku tak bayar tau ! 3-4 bulan baru aku dapat bayar. sebab, biasa la.. student.. kiki ! masa tu.. bagi aku.. RM10 tu banyakk kott ! pastu yang paling aku ingat, masa aku nak bayar, Dia cakap. "Tak pe, aku belanja. lagipon ko kan student". Dalam hati aku terus cakap.."Bapak ar kaya !! untung laaa gaji lebattt ! " haha ! aku ingat sampai sekarang... :')

Sebelom aku habis belajar aku terus telefon tauke kedai spek yang aku keja dulu. Miss Ong Aku cakap nak keja. Alhamdulillah.. masa tu ada kosong. so, die terus tanya bila aku nak masuk. mesti la aku cakap secepat mungkin !! Pastu Miss Ong suruh aku masuk keja lepas Raya Haji. Ngam dua hari sebelom Raya Haji, aku dah habis dah belajar kat Nismilan.. haish ! bapak la boring.. dan tak sabaqqq nak kejaa.. sebab aku ni jenis suka cari duit poket sendiri. tak suka mintak duit mak abah aku. So, aku start keja kat sana, dalam sebulan macam tu.. lepas tu aku benti. Biasa la.. kalau Melayu kerja dengan Cina. Kalau tak cukop kesabaran yang tinggi.. ko jangan kerja dengan Cina.. Aku ni antara orang yang habis sabar la nih.. 

Nak dikatakan rezeki.. Dia call aku. tanya nak kerja ke tak. Mesti la aku nak kerjaaa !! Tapi kena datang keja kat Kajang la. Dalam hati aku dah terpikir.. Abah aku ni nak bagi ka aku p keja jauh-jauh ni.. Memang tepat apa yang disangka. Abah aku memang berat nak lepas aku masa tu. Mesti la aku kena soal siasat ! dah la tak de surat tawaran ! interview pon tak ! kata Dia.. Dia nak tolong aku. Dia nak aku gantikan Dia. sebab Dia dapat jawatan lain. jawatan sekarang dia nak bagi aku. Dalam soal siasat tu aku still buat persiapan untuk g Kajang. (huhhh ! duk refresh cita lama ni, buat aku rasa nak menangiss ! wuwuu ! ) aku memang dengill... Dalam hati aku.. aku sangat yakin dengan Dia.. Dia tak tipu aku.. 

Abah tanya : Betoi ka nak p jugak? rumah macam mana. nak tinggal mana.. ??
Aku : aku cakap aku dok rumah sewa dengan Dia. Kalau Kakak tak dapat keja tu. Kakak balik la Bah..
Abah : Okay, bagi no telefon mak Dia. Abah nak tanta betoi ka tak ni dapat keja.
Aku : Okay. 

Aku terus terang kat Dia, aku takde duit untuk bayar deposit. Dia cakap, Dia dah tanyakan kawan Dia. boleh tak aku duduk dulu sebelum aku bayar deposit. So, kawan Dia pon cakap ok. Alhamdulillah. Aku dipermudahkan.  

Abah : nanti sampai sana sapa ambik ?
Aku : Dia ambik
Abah: Nanti dah sampai sana jangan lupa telefon.
Aku : Okay , Bah. :'(

Akhirnya Abah bagi jugak. maybe dia tak sedap hati. seyes masa tu aku nak nangis. tapi aku tahan. masa dalam bas.. aku terpikir-pikir apa naseb aku. Aku dapat ke tak keja tu. Ya la.. sapa nak percaya aku dapat keja tak interview !

Seyes cakap, aku tak penah sampai Kajang. stesyen bas Kajang pon aku tak tau macam mana rupa. So, bila bas dah hantar orang kat Pudu, aku dah tak tido dah. Abah telefon tanya macam mana keadaan aku. Dan aku tenangkan Abah. Aku okay ..  Aku sampai Kajang. Aku telefon Dia. dan Dia cakap Dia datang amek aku ditemani Ayah dan Ibu Dia. okay. Aku rasa aku tunggu dekat 2jam. Diorang sampai. Alhamdulillah. Dipermudahkan lagi, Aku ingat masa tu. Aku pakai jeans, tshirt lengan panjang kaler merah. Bawak beg balik kamping adidas hitam merah, toto, bantal. tu ja benda yang aku bawak untuk aku menapak di bumi Kajang. Aku tak taw apa naseb aku. 

Sampai ja di rumah sewa.. Alhamdulillah.. rumah sewa selesa ! Aku duk bilik master bedroom. Aku share bilik. Roommate aku okay. Banyak cakap. So, Alhamdulillah. Aku dapat kawan yang baik.. Aku melepak di rumah 3 ari jugak. tanpa kerja. Abah call. selalu tanya betul atau tidak dapat kerja. Dan Abah suruh aku BALIK kalau aku tak dapat kerja. Aku cerita kat Dia. dan Dia menenang kan aku. Aku call Abah..cakap, bagi masa kat aku seminggu. Kalau tak dapat kerja.. memang aku balik. Lepas 3 hari, Alhamdulillah.. aku diterima bekerja di sini. Dan aku kekal bekerja di sini hingga sekarang. 

Susah senang aku.. Aku memang dengan Dia. Aku ingat semua.. pahit manis.. waktu susah, Dia ada dengan aku .(dari aku belajar sampai sekrang) In Shaa Allah aku senang, aku tak lupa dia. :') thanks everything Siti Nurhidayah Bt Osman ! Awak sahabat sejati saya ! 



" Happy Belated Birthday Friend !! "


9/10/2012



8 tahun lalu.. macam tak caya dah 8 tahun. Muka aku pon macam ustazah. ahaha ! seli yang cakap kan ?

Gambar terbaru.22/1/2013 dah jadi isteri orang dah.. :)







*emosi tak post aku kali ni? kihkihkih ! aku bukan jenis Melayu yang mudah lupa ! Sayang seribu kali sayang kita  tak amek gambar mase malam 10/11/2012 kan ? moga memori tu tersemattt di kepala hotak ko dan aku ! muahaha ! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...