15 December 2013

Tetamu di Teratak Kecil Kami

Sabtu : 14/12/2013

Kami menerima tetamu yang dah lama nak jumpa. jarak memisahkan kami. ecewah ! :P

Tetamu kami ni orang jauhh ! tapi dekat dengan kampung aku.. Oghang Penang ! Nisa & Isa. dann.. ARISSA ! sejak Arissa lahir.. aku tak pernah jumpa dia lagi. ya la.. tak berjodohan berjumpa. Last skali aku jumpa Nisa masa ni. waktu tu Arissa dalam perut lagik.. Kiranya kami kalau g Penang.. memang wajib la singgah rumah depa ni.. Kalau tak singgah.. siap lahh ! HAHA ! =)

Diorang sampai petang umah aku.. masa tu Incit Somi masih ditempat kerja. So aku sorang ja la.. sambut kedatangan depa ni.. excited jugak la.. orang jauh mai kan... HIHI !

Sampai ja.. Isa cakap kat aku..

"Bandar Sunway Semenyih ? Awat tak macam BANDAR pon ? "

HAHAHA ! aku mampu gelak ja la.. hampagass betoi ! salahkan orang yang bagi nama ni laaa ! =P

Akhirnyaa ! kami berjumpa jua..
Buasnyaaa budak nihhh !!  =)

Lepas diorang rehat-rehat.. Incit Somi balik.. dan rehat sekejap.. lepas maghrib kitorang dicide nak bawak tetamu special kami ni p jalan-jalan IKEA. HAHA ! biasa la.. aku rasa IKEA ni tempat wajib la kot bagi orang yang dah kawen ni. Tambah-tambah pulak Nisa ni suri rumah sepenuh masa. Mana la tau.. kot2 ada terbekenan apa2 or nak amek idea deco-deco kat IKEA tu.. hikhik !

Nisa, Arissa & Isa. Semuaaa ada pekataan 'isa' . dari Daddy , mummy, baby.. 
Yeyyy ! Arissa dapat kerusi ! Kopak duit Daddy. hikhik !
kemain suka dok kat sini. sampai kan nak keluarkan pon susah.  Payah nak dapat budak suka duduk kat kusi ni.. 
kenapa saya kena pakai topi ni Mummy ? uwwaaa !! 

Mummy ! tak nak laaa !! tak nakkk !! wuuuuwuuuuu 

Eh, aunty nak amek gambar eh.. ok la. saya senyummmm

yesss ! saya boleh bukak sendiri !! 

balik dari IKEA dalam pukul 11.30pm aku rasa.. *aku baru tau IKEA akan bukak lame bila weekend*
terus cari tempat makan. Isa ni nak makan satay.. pegi kat Ramal Junction tu.. opkos la satay willy tu dah habess... lepas tu decide pegi Sup Gear Box kat Bandar Baru Bangi. makan kat situ.. erm.. tak sedap mana.. tom yam ceroi .. huhhhh

Keesokan ari.. kitorang breakfast kat Roti Canai atas bukit Bandar Baru Bangi.. *hehe ! aku malas nak masak * Puass hati bila Isa cakap dia suka tempat ni. SEDAPP dia kata.. Otak-otak dia sedappp.. roti canai sedap... HAHA ! Pasni kalau hampa mai lagi.. kami bawak p sana ja la no =)

roti canai kat sini tak berminyak sangat

hihi ! Arissa tidoo jek.. 
Lepas breakfast kat sini.. Terus pegi Petaling Jaya. untuk apa ?? SALE pensonic ! HAHA ! siap mintak tolong Sue antar location. begitu bersungguh aku nih ! yea la.. nak beli vacum niat asalnya.. tapi dah pegi sana.. beli menda lain. vacum kat sana x mengikuti citarasa Incit Somi. So, tak beli la.. Diorang pon.. sama... join skali.. pon shopping jugak.. hekhek !

Settle je beli apa yang patut kitorang terus g Mid Valley. nak melawat orang sakit. kedengaran pelik kan ? Aku pon tak sangka atas midvalley tu ada Hospital ! HAHAHAH ! iHEAL Hospital. Diorang nak melawat mak saudara diorang. Pestime la aku masuk hospital swasta. HAHA ! 

lepas melawat.. kitorang g jalan-jalan Mid Valley. Ya rabbi ! Bapak ramai orang.. aku pon tak paham.. jalan sat ja. sebab orang terlampau ramai. geng-geng somi ni tak suka. tapi bagi geng isteri ni.. takdaq masalah.. shopping boleh diteruskannn ! Disebabkan geng somi tak suka.. so, kena balik lah.. :( 

isa nak makan kebab. aku tak tau pulak nama kebab tu. lokasi pon tak tau. so.. kami p KFC Sg Besi. sebab lapaq.. tak daq idea dah nak p kedai mana. masa kat KFC tu la baru la.. dapat whassapp dari Shahril.. tunjuk dia makan kebab. aku tunjuk kat Isa. Isa kata.. 

"yang tu laaaaa ! "

Aiyo ! dah tak sempat dah nak pegi.. kebab tu kat Bangsar Village. tak pa.. len kali.. kan nak mai lagi bulan ni ? HAHAH ! Nanti kita p naaa ! 

pastu nak ajak p Daiso. nampak gaya cadangan tidak diterima pihak somi. sedih hati isteri. nak pegi beli bakul ja pon kat Daiso Mines tu.. lagipon kereta isa nak kena repair. sebab ada rosak kat break kata depa ni.. erm.. tak pa lahhh !! 

masa on the way balik .. Amin call. jadi nak datang umah kitorang. Alhamdulillah.. ramai tetamu kami weekend ni . bawak isteri & anak dia. Anak dia.. perghh ! Hyper jugakk ! maybe anak-anak depa ni hyper sebab gen dari bapak la kot. HAHA ! anak aku nanti aku tak tau la.. 

lepas lepak umah aku sekejap. dan pihak somi-somi sibok repair break keta isa.. kami pon pegi ke tempat yang diidamkan Isa.. MAKAN SATAY. 

opkos la Satay Willy . Nampak tak ada tag. "jalan-jalan cari makan " 
aku tukang amek gambaq. memang takdaq dalam gamabq. yang 3 somi orang tu.. depa tu bestfriend masa belajaq dulu. ni tak cukop lagi geng ENAM JAHANAM . kena sabaq tunggu bulan 4. harap-harap menjadi lah =)

arissa, jom kita selfie . hekhek ! 

Arissa ni aku suka ciom-ciom dia sampai dia marah,. HAHAH ! sapa suruh wangi + tembam ??


Mudah-mudahan plan bulan 4 menjadik ! 


Aaminn ! 




Ok, Bye ! =)

14 December 2013

Terharu Di Hari Sabtu

Ari ni dtg opis buat keje. Sampai opis kul 645am. Sbb? Terpaksa awal gila, tumpang incit somi . Dia pon kena keja weekend. Pastu kena ada kat bengkel dia sebelom pukul 8. So.. aku memang tak da pilihan. Memang kena awal..

Sampai opis.. jumpa kak Noriah. Tekejut beruk.. tetiba Kak Noriah bawakkan makanan untuk aku. Kata nya. Beli siap2 makanan tengah hari. Takot RBZ x bukak kata dia. Terharunyaaa !
Terima Kasih , kak. Terharu betol saya . Lagi terharu. Sebab saya memang tengah LAPAR. semoga Allah mudahkan urusan akak dunia akhirat. =)



Ok, bye ! =)

12 December 2013

Masak - masak : Pizza Suka Hati

Percubaan pertama buat pizza. Dari uli doh.. sampai la bakar. Semuaa sendiri. Orang cakap beli yang segera kan senang.. tapi bila buat sendiri ni kepuasan dia lain macam..

Seronok bila yang dibuat menjadi. Hekhek ! Bertambah seronok sebab aku ni spesis x pandai masak, pastu menjadi pulak. Memang Yeayyy laaa ! Hakhak !

Lagi plak.. apa yang aku buat ni dibantu Incit Somi yang selalu mengkritik dan bagi tunjuk ajar. Mentang2 dia penah buat pizza dengan mak dia dulu.. apa yang aku google.. sumaaa salahhh.. yo lahh.. ikut cara awak lahh incit somi oii !!

Resipi? Alah... korang google jek. Aku pon google jugak. Cuma modified sikit2 ikut cara incit somi.

Ok, bye ! =)

04 December 2013

Suprise !!!!

Seperti title tuh.. kali ni memanggg aku buat suprise kat Incit Somi. Kehkeh ! Menjadi jugak rupanya...
Sebenarnya ada 2 plan. 1 plan aku kena SABARRRR sikit. Tapi aku ni jenis TAK SABAR. So.. aku pilih plan yang aku buat nilah. Hasil idea Uyah & Dilot. (Sebenarnya aku tak sure sapa yang bagi cadangan. Hikhik )

Hadiah Incit Somi taon ni memang sengaja bagi lambat. Sebab.. last minute gak aku decide nak bagi hadiah nih. Kihkih ! Aku beli Rayband. Motif lain aku beli Rayband tu adalah... supaya dia tak berebut lagi dengan aku nanti ! HAHAHA ! selalu dia akan pakai Rayband aku. Tapi.. bukan la yang original. Original 1k lebih okayy ! Tak mampu iolsss ! =)

Okay. Pagi Isnin yg baru lepas ni aku dah dapat rayband. So, petang tu aku pulak berdebar-debar. Jenis orang tak cool memang macam ni. HAHAHA ! Rayband tu aku letak dalam handbag aku . Naseb lah muat. Selalunya aku sampai rumah dalam pukul 7 lebey. Kebetulan hujan.. terus masuk bilik. Masa tu incit somi tengok tv. Aku masuk bilik kononnya nak charge handphone. Masa tu.. aku dah cepat2 letak kat bucu bantal die.

Lepas tu aku terus kuar bilik. Masak nasi. Sementara nasi aku nak masak. Aku mintak incit somi tolong amekkan gambar aku gayakan telekung-telekung yang aku nak jual tu. Lepas amek gambar.. aku kembali lagi ke bilik. Dalam hati.. rasa tak sabarr nak suruh incit somi pakai. Nak tengok ok ke takk. Naseb bek la terkawal. Incit somi datang baring2 kat tilam kitorang sembang2. Masa dia baring tu..tak kena pulak kat bantal tu. Die pon baring2 pon bukan la dalam kedudukan nak tido tu.lagipun menda tu aku lindung sikit dengan bantal lain. Yea la.. tak kan senang2 je dah jumpe kan? Tak suprise laa... =)

Masa nak tido. Aku memang tido awal ari2. Pukul 10, 11 tu kira awal la tu.. pastu aku sibokk konon2 membebel kat dia tido lambat susah bangun la.. kena tido awal.. bagi banyak tenaga la.. dia tak perasan pon.. HAHA ! aku ni plak berdebar bukan main. Tengah pejam mata tu pon aku boleh senyum2. Dalam hati.. dok rasa.. lambatnyaaa dia nak masuk tidooo !!

Jeng! Jeng! Masa yang ditunggu telah tiba !! Bilik memang sedia gelap. Incit Somi pon mula la nak baring. Masa tu ya rabbi !!! Nak gelak ada.. excited pon ada! Bila dia baring ja.. die terkejut.. sampai terlompat sikit lah.. HAHA !

"Apa ni?!!!! Apa ni?!!! "

Amek hp.. suluh...

"Laa.... " pastu senyum lebaq.. muahhhh kiss kat pipi aku. Tanda terima kasih kononnya ! =p (takpe ke aku cite mcm ni? Hahaha ! )

"Naseb baik tak patah"

Dalam gelap2 tu dia bukak hadiah die tu. Berlampukan lampu hp. HAHAHA ! aku pon excited suruh dia try.  Dia pon try. DALAM GELAP. pastu suluh2 dengan lampu hp. HAHAHAHA ! tang ni aku rasa memang lawakkk. Bukannya nak bangun bukak lampu ! Try rayban tu dalam gelap pastu suluh dengan lampu handphone. Kahkah ! Punye la PEMALASSS memasing.



Yeayyyy ! Suprise aku MENJADIKKK !!! ♥ ♥

Rania Alisha

Alhamdulillah...

Sepupu aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 26 Novermber 2013.
bayi comel tu diberi nama:

Rania Alisha - Kesenangan Dilindungi Allah 

Sebenaq nya.. dari dalam perut lagi mama dia dok tanya2 aku.. kot2 aku ada idea nak bagi nama.. pulak tu.. suruh cari nama start huruf 'R' . memang payah la kan.. depa nak huruf 'R' sebab nak bagi sama la.. huruf depan nama depa.. Sorang Rusmalia sorang lagi Roshamizi.

naseb bek la Ummi Long dia ni memang ghajin.. Cari la nama.. ada la aku list kan beberapa. Tapi sebenarnya.. aku list nama Rania ni ja. Alisha tu mama dengan baba dia la pilih...

hamboi.. tidoq tenganga.. ikut sapa ni ?? HEHEHE !

dah celik mata dah.. Ummi Long tak sabaq nak balik jumpa Rania tauu ! =)

Tengokk.. tidoq tenganga lagi ! yang ni muka sebijik muka mama dia.. =)

Yea la.. Rania ommey angattt ! 

Tunggu ummi long balik.. ummi long kaco diaaa ! 
Disebabkan budak kecik ni.. Aku ghasa tak sabaq nyaaa nak balik kampung !! hihi ! 20hb 12 ni aku balik kampung.. Sepupu aku kawen . So.. nant boleh la jumpa Raniaa !


Eh lupaa.. Tahniah kepada sepupu aku. dah jadi mak orang dah.. nant Rania besaq aku tak sabaq nka ceghita ang kencing dalam seluaq masa mengaji dulu.. Takot Tok Guru mengaji punya pasai ! HAHAHA !



Ummi Long tumpang manja dengan anak buah ja la.. Ummi long tak daq baby lagi..

Doakan Ummi Long ya ! =)



Bye =)

01 December 2013

Surirumah Separuh Masa

Hari ni datang mood mengemas. Mood mengemas luar biasa maksud aku. Dari pagi.. sampai malam... baru habis (kalau diikutkan tak habis lagi)
Sapa kata.. weekend ni hari rehat? TIDAK bagi wanita. Betol kan? Tambah2 yang ada anak. Mana nak layan anak. Mana nk mengemas.. mana nak masak.. mana nak layan suami. Erm.. tapi jangan dilupa.. semuaa yang kita buat tu.. PAHALA.

Alhamdulillah.  Bila weekend.. berlipat ganda pahala kita yang surirumah separuh masa ni. Sebab kita extra mengemas. Extra membasuh. Extra masak. Kan? Untuk surirumah sepenuh masa.. LAGIII banyakkkk pahala kan? =)

Memang salute kepada mak aku. & mak mertua aku. Balik kerja penat2. Terus masak untuk anak2.  Dah la anak ramai. Bayangkan. Aku yang belum ada anak ni pon.. macam nak tercabut pinggang. Itu la dipanggil kuasa ibu.. kan? Tu belum di kira mengemas lagi. Pergh... memang superwoman lahh... =)

Ntah apa aku dok bebel kan? Aku tengah penat 1 ari mengemas , memasak.. dok  cakap dalam hati.

"Macam ni la mak2 kita. Patot la dia selalu membebel umah bersepah. " =)

Kesimpulan.

Takde istilah cuti untuk wanita. Weekend pon 'kerja' =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...