13 March 2014

Happy Bithday to me !

11 Mac 2014 aku dah genap 28 tahun. Alhamdulillah.. 

Diumur 28 ni.. tiada hadiah lain yang aku nak. hanyalah ZURIAT. Tapi aku redha dengan ketentuan. (bukan bermakna aku tak berusaha / berputus asa) 

Ok.. tak nak cakap banyak pasal tu.. =)

Malam kul 12 lebey macam tu dapat wish dari group shidiziwa. lepas tu pagi-pagi aku dapat wish dari group whatsapp H2m.. Thanks kengkawan ! :)

Somi ? HAHA ! pagi-pagi lagi dah wish. simple je. bangun-bangun tido..

" Happy Birthday, Yang !! "

pastu adik-adik aku. SEMUA wish. Alhamdulillah.. Adik-adik ni ingat gak kat Kakak depa.. =P

--------------------------------------------------❤-----------------------------------------------------------------



Abah aku. Muka cenge'(garang) . Dalam hati ada taman. Dia tak pandai buat ayat bunga-bunga. ayat dia camtu ja. Mungkin nampak biasa. Tapi bagi aku. Luar biasa. Seorang lelaki mampu mengingati tarikh sebegini. 5 orang anak + seorang isteri = 6 tarikh . Hafal.Setiap tahun sama macam mak. Tak pernah missed antar sms macam ni. (Semenjak aku merantau) cukop. Ni hadiah aku.

Encik Abd Rohman B. Kamis, ❤ u Abah. 



Sejak aku hidup merantau.. mak tak pernah missed ucap Happy Birthday kat aku. Kali ni aku tak nak tunggu. Tahun ni aku yang ucap Terima Kasih. 

Puan Rabiah Bt Saot.
TERIMA KASIH mak, melahirkan Kakak. ❤ u Mak. 

------------------------------------------❤-------------------------------------------------------------------------

Balik keja.. Incit Somi ajak makan sushi. sempena Birthday aku kata dia.. disebabkan aku diet.. aku makan sikit.. yang best nya.. dia buleh pulak tanya aku..

"Dah ka ? cukop ka? tak nak makan lagi?? " ok, cumel laki aku.. =P

muahahaha ! kalau ari Sabtu .. mesti aku dah menkedarah dah.. T_T (cheatday untuk aku menkedarah)



Semoga aku tabah mengharungi tahun ke 28 aku diatas bumi. In Shaa Allah..





ok, bye ! =)




12 March 2014

Langkawi : Island Hopping (Part 2)

ini adalah sambungan dari entry INI

Hari Ke-2 hanimun berjemaah :

Hari ke - 2 kitorang g Island Hoping. Alaaa.. yang kitorang beli pakej semalam tu.. kitorang amek yang pukul 9am. senang..mulakan aktiviti diawal pagi.. kitorang tunggu van kat lobi (dari agent yang kitorang amek tu) datang amek kitorang untuk ke pantai..

kitorang pegi terus pakai baju untuk swimming. memang dasar pantang jumpak ayaq ! Kan nak g Tasik Dayang Bunting tu.. hasrat dihati memasing.. nak berendam la.. nak minum air tu la.. ikhtiar nak mengandung... HAHA ! (Jangan ikut. ni khurafat)

harus la aku bergedik santai.. hihi ! 
Lepas tu van datang amek kitorang... erm.. yang tak boleh blahnye... rupa-rupanya.. tempat nak naik bot tu.. hanyalah di belakang hotel kitorang. yea.. BELAKANG Hotel.. kalau diikutkan.. kalau kitorang jalan kaki dari blik ke pantai tu LAGI DEKAT dari pegi ke lobi.. pastu tunggu van.. hoihhh !

ni suasana Pantai Chenang dipagi hari... 

nampak yang ramai-ramai tu ?? haa.. diorang pon nak naik boat jugak.. 

masa ni on the way ke Tasik Dayang Bunting.. happy sangat la tu Incit Somi aku tuh.. kemain peace bagai.. kalau tidakk.. JANGANN HARAPP die nak peace bagai macam ni.. 

gemok eh ? arghhh ! ade aku kesahhh !! =P
awal Seli bagi Day ubat stress. kehkeh 

Lokasi pertama.. kami dibawa ke Tasik Dayang Bunting.




Jaga-jaga yea kak Senahhh.. banyakkk kott monyet berkeliaran.. berani-berani pulak tu ! kalau ko bawak plastik.. haaa.. hati-hati.. dia memang boleh sesuka hatii ja rampas.. memang menjerit jugak aku dengan Day. ade pelancong.. yang beria amek gambar.. pastu skirt die kena tarik.. yea lah dek nonn ! kot ya pon nk stailistaaa.. p pakai skirt pulak dek nonn.. aku ni.. siap pakai suar mandi & tshirt bodo jek! kehkeh !  sebab kitorang memang jenis pantang jumpak air.. hewhew !

Day : Ermmmhhh !
Seli : merajok la tuhh ! ermmmhh ! 
nampak tak sebelah kanan bawah.. haa.. tu memang menunggu la tuh.. huhu  ! 
Tasik ni terletak kat atas bukit.. korang kena mendaki sikit. tapi bagi pompuan yang dah takde stamina macam aku.. memang mencungap lerr.. kuikui !! nak mandi Tasik Dayang Bunting punya pasaiii ! Aku ni tak pandai sangat berenang. setakat nak apungkan diri dalam swimming pool memang aku confident ler.. masuk tasik ni.. yang memang dalam gila.. aku MEMANG sewa jaket la.. punya lahhh nak berendam.. dah memang jenis pantang jumpa air.. haihh ! ghasa RUGIIII sangat kalau stakat p celop-celop kaki. huhu !

nampak muka happy jumpa air?? 

hamboi.. kemain kan ?? padahall.. kalau aku bukak jaket tu.. memang tenggelam.. 

ewah-ewah diaaa.... 

Si Day ni mamng pandai berenang. so.. memang penat jugak la dia. 'mengayuh' . aku jugak yg rilekkk ... kehkeh 

best kan orang pandai berenang ? tgk blakang aku . main terjunnn je.. air dalam gilaaa ! berenang macam ikan ! Huntonggg laaaa !! lagi 1.. aku tau.. korang mesti tengah 'cuci mata' kan ? =P

Dah la si Day ni dok mengayuh sakan. aku rilek g kat dia. haha ! naseb bek dia ok.. 

sebenarnya Seli yang amek gambar. tapi.. korang buleh agak tak.. die amek gambar kitorang ke sape? -_-"


Day dah penat. aku ja berendam. manfaat betul-betul la. sewa kot jaket tu,. RM10 hiang tauuu ! 

Tinggal aku sorang ja antara kitorang berempat dok berendam. hoihh !! Bahagiaaa ! 



Incit Somi pon turun,. die pon cam berani tak  berani jek.. 

Haa.. rilek kan aku ? 

nampak macam kitorang berempat kan ? haha ! tu ntah sape-sape
oh lupa nak cakap. masa boat turunkan kitorang.. adik boat tu cakap.. die bagi masa 1 jam untuk kitorang bersuka ria disini. kehkeh ! dah puas mandi. pastu dah agak-agak sampai 1 jam.... kitorang pon naik.. dah kembali kat tempat bot tinggal kan kami tadi. alah.. kat tempat yang banyak monyet tu la... huhuh..

SEKALI !

Cari bot kitorang dah takde.. pehhh ! KENA TINGGAL !

peace bagai lagi.. walaupon kena tinggal bot. 


boleh agak kot mana gambar Seli amek dengan Day amek.. gambar ni agak-agak sapa? -_-"
alang-alang dah kena tinggal.. bergambo ler

tempat yang sama. tuka orang jek. hewhew

buang masa dalam stengah jam menunggu bot trip seterusnye datang amek. haaa.. bila bot kitorang sampai.. siap kena marah la dengan adik bot tuh. cesss ! yea la.. salah kitorang.. asyikkk sangat berendam... -_-"

Lepas g Tasik Dayang Bunting.. destinasi seterusnya.. pegi tempat helang makan tu.. tapi tengok je la helang makan jauh-jauh..

Lepas ke tengok helang makan.. kitorang ke Pantai Beras Basah. Tak mandi pon kali ni. dah pukul 12 tgh hari. memasing tak nak hitam.. duduk je bawak pokok tunggu adik bot tu nak gerak balik...

dah takde mood dah. tapi kami para isteri sememangnye sentiasa bersemangat untuk bergambo. kihkih  !
 Settle island hopping kami.. kat jeti.. terus tengok.. cenderahati . alah.. pinggan yang ade gambar kitorang tu.. hehehe !

senang buat duit. pinggan mcm ni je dah RM10. huhu  !



Van tadi hantar kitorang balik tempat yang dia amek tadi.. balik.. penat. lapar. terus balik bilik. Tido sekejap ! Haha ! aku pon tak tau letih tang mana.. kihkih ! buat terokk !



Ok.. habis cerita bab island hopping.. pheww !




ok bye ! =)

11 March 2014

Restoran Makanan Korea Di Kajang / Bangi

Anda peminat Kpop? Anda penggemar drama Korea ? Senang cerita.. Anda sorang yang jatuh cinta habiss dengan Korea sampai tahap berangan nak kawen laki Korea dan bermaustatin di Korea ? HAHA ! ok.. aku overr ! =P

Ayat yang sepatot aku guna..

 "Anda sedang mencari Restoran Makanan Korea di Kajang/ Bangi ? " 

Haaa !! sini tempatnyaaa !!! 

Milk Moustache Cafe ! 




nahhhh ! Koordinat : lat 2.979722261 , long 101.774444580

Restoran kat sebelah Tol Sungai Ramal jek.. Dalam area Kajang Putra.. Tak pon kalau tak tau lagi.. alah.. belakang Restoran Cibiuk sebelah Tol Sungai Ramal tuhh ! haaa.. yang tu laaa ! =)

Restoran ni memang halal. tukang masak, tukang amek order, bancuh ayaq.. semua Melayu. 100% Melayu.. 

Kedai die.. kecik jek. comel gituuu ! pastu dah masuk kedai makanan Korea.. opkos la ada barang-barang or gambar retis Korea sikit kanzzzz... 


Abaikan budak tudung pepel muka garang itteww


Belakang tu dah nampak tukang masak. kedai die cumel jek.. 

bagi peminat barangan IKEA.. mesti dah tau dah perabot-perabot ni dari mana kan ? 

Sorry aku tak kenal artis kpop. aku tengok muka diorang samaaa jekk ! :P





lorong untuk ke toilet. pandai orang yang lukis.. cumelll je kartun ni




Yang aku tengok. majoriti perabot dalam kedai ni , IKEA mariii.. hehe !

Ahhh ! asek dok cita pasal deko je kan ? nak tau pulak makan dia macam mana kan ?

Harga makanan kira sedang-sedang. kira masih dalam logik akal. rega macam korang g makan Secret Recipi. (Tapi aku dah rasa mahal. maklum la.. g kedai makan nasi campur hari-hari baru RM6-7 sehari.. huhu !) kalau ko datang makan sini hari-hari.. kalau jenis gaji 7k.. aku asa ok.. kalau jenis gaji cukop-cukop makan macam aku ni.. hehe ! cukop la tu.. berbulan-bulan sekali datang.. hikhik ! 

Haa.. ni antara makanan yang kitorang order hari tu.. Tapikk ! SORRY ! aku tak ingat nama.. aku tau tengok gambar.. lepas tu order.. kehkeh ! 

aku tak ingat nama.. tapi rasa dia aku rasa macam makan yong tau foo.. 

yang ni yong tau foo ade maggi 

yang ni aku tak ingat

lagi makanan 2 orang.. ntah kemana gambar tu hilang.. T_T.. maafkan saya diatas kecuaian diri.. -_-"

warna makanan dia memang MERAH-MERAH.. tapikk ! jangan risauu ! TAK PEDAS ponggg ! huhuhu ! boleh je makan.. 

memasing kebulor.. 
masa ni makanan si day je tak sampai lagik 



nagntok ke Liya ? Muahahah ! 

bagi aku la kan.. rasa dia macam kurengg skit lah.. maybe jugak sebab aku lebih suka sushi.. erm.. tapi ikut tekak masing-masing lah kan ? ehh ! lagi satuu.. kalau nak carikk tempat lepak.. kedai OKK SANGATTT ! 

Tapikkk !!! kan sebelum ni aku penah g makan kat restoran makanan Korea gak.. aku rasa makanan sana lagi sedap...nama restoran tuh.. The Street Cafe  tapi restoran ni jauhh sket..  kat Subang nuhh ! (yang aku pegi ari tu la.. selain kat Subang kat Sunway Pyramid pon ada ) weekend boley la pergi.. huhu ! 


nak tau sedap ke tak.. hampa mai lah sendiri.. rasa sendiri.. baru hampa tauuu sedap ka daq.. kena ka daq dengan tekak hampa tuuu...



Selamat Menjamu Selera !!




ok, byee !





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...