05 March 2016

Mimpi

Aku mimpi buruk hari ni.

adik ipar aku, Amri meninggal dunia.

Kendian dalam hari yang sama (dalam mimpi tu) Mie pulak meninggal dunia.

Menangis aku dalam mimpi tu. Rupanya, realitinya pon aku nangis. Mie kejut aku, aku sedar. Aku masih menangis.

Dah subuh.

Tak boleh nak bayang, kalau realiti.

Aku tak bersedia.

01 March 2016

Welcome March!



Alhamdulilah, bertemu lagi kita. Bulan yang aku suka.

Hari ni hari pertama aku keja. Keja apa? Site clerk. Tapi opis kat site tu tak siap lagik ! Acaner nak keja? Haha ! Aku ditempatkan lagi 1 opis. Tak pasti cawangan ka hq ka apa. Sebab nama lain dari nama company yang aku keja tu.

So, tercangok lahh aku disini. Opis ni merangkap kedai hardware. Bersih ja kedai ni. Macam showroom barang-barang hardware pon ado. Duduk je la aku kat sini. Tak buat apa pon. Tengok orang kuar masuk beli barang ja. Lepas tengok, aku main telepon. Tu je la keja aku.

site yang aku keja tu, akan siap dalam masa 3 taon. Kakak2 clerk sini cakap.. lepas 3 taon, if aku masih kerja.. aku transfer ke sini. Erm.. ntah wujud ke tidak aku masa tu dengan company ni.

Bukan apa.. walaupon tak sampai 1 hari lagi aku keja. Ya ampunnnnn ! Aku rasa.. lambatnyaaa masa berjalannn! Bosannn! Bek aku duk rumah kalau macam ni. Ntah.. tak rasa ada jiwa nak keja. Tak minat. Asek dok tengok jam. Bila nak balikkk ! Tu tak sampai 1 hari lagi tuuu! Serius ar.. tak da jiwa. Seronok keja sendiri. Yea lah.. walaupon aku ni home manager sebelum ni.. aku kan ada jual kain secara kecil kecilan tu.. Alhamdulilah aku ada income jugak.

Sapa cakap aku dok umah dok saja? Bekerja jugak. Cuma tak la nak bergaya, make up bagai. Yang bestnya keja dari rumah, aku bangun je tido, tak yah gosok gigi ke, tak yah cuci muka, dah boleh layan customer kat whatsapp. Tengok kalau ada rezki waktu tu.. haa.. ada la income. Income aku masa dok umah, boleh la. Cukop makan. Cukop la buat aku shopping sikit-sikit.

Sekarang bila dah masuk keja. Rasa tak suka. Rasa tak selesa. Rasa tak kena betul dengan jiwa. Tak seronok. Opismate setakat sekarang ok. Tapi masalah tak kena dengan jiwa.

Aku pon tak tau sampai bila nak kerja. Maybe sampai modal aku cukop kot. Yea lah. Modal nak besarkan sikit bisnes kecilan aku tu.


Doakan aku berjaya .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...