27 August 2014

Entry Poyo Dari Pemilik Blog

Maaf jika blog ni bersawang. bukan apa.. kadang-kadang aku seyessss tak sempat. sekarang mood update blog memang membuak-buak. biasalahh.. disaat mood membuak-buak ni lah aku sibok.. waktu cani nak kena siapkan data urgent bagai.. sampai bawak balik keja kat rumah. weekend pon siapkan kerja.. aku pon tak tau kenapa aku tak boleh nak siapkan kerja cepat macam orang lain.. maybe kena LEBIHHH fokusss semasa di opiss... -__-

ni aku cita nihh bukan suh nampak aku macam pekerja cemerlang ehhh.. cuma nak cita kesukaran aku nak update blog sekarang ni.. *kalau nak tau.. aku adalah staff yang kerappp kena marah dengan bos. sob!sob! tapi.. redho je laaa..*

TAPI aku nak bitau nih..

AKU TAK UPDATE BLOG DI OPIS , okkk ?

ulang suara..

AKU TAK UPDATE BLOG DI OPIS

Kalau ade masa terluang masa tunggu Mie datang amek aku waktu balik kerja tu.. aku edit gambar je. tu pon kalau aku bawak laptop aku arr.. kalau aku tak bawak laptop.. malas aku nak edit gambar or letak watermark kat gambar menggunakan pc opis. ntah.. feel lain la kot.. ngengada kann aku nehh..??

Dihari bekerja.. waktu pagi ke.. tengah hari ke.. dalam masa 8pagi - 5petang laa maksud aku.. nampak aku update.. jangan percaya sangattt lahh.. sebab aku selalu schedule kan entry aku. kehkeh ! kot-kot pelik aku update blog, tapi dalam masa yang sama aku dok siapkan kerja urgent ke.. aku dalam meeting ke.. ulang suara.. jangan pelik.. nak merepek dalam ni.. makan masa beb ! alahhh, macam korang dulu masa sekolah buat karangan lahh..1 jam tak cukop beb !  untuk orang yang suka buat karangan macam aku lahh..  *ehem !! bajet ada orang tertunggu la entry hang tu shela oi ? *

So, bila aku dah shedule post entry aku, automatik 2 hari sekali akan ade entry baru aku. kehkeh ! tu aku yang decide lah.. ko nak shedule kan hari-hari.. terpulang lah kat ko.. aku stakat 2 hari sekali jek. jadi lah tu.. lagi pon.. cerita aku tak la banyakkk sangat ! bukan tahap macam Namee Roslan ke, Cik Epal ke, Fatin Liyana ke.. cukop ar tu.. untuk orang biasa macam aku, aku upadate 2 hari sekali. mihmihmih !

Kalau nak tau.. KALAUUUU ok.. Aku nihh selalu update blog dihujung minggu.. Dulu aku ngaku la.. aku update blog kat opis.. dan diwaktu bekerja. (8am-5pm) kehkeh ! sejak keja aku banyak.. dan kena marah dengan bos. aku masuk unit baru lagi.. pastu sekarang dah start kena kerja luar.. aku memang update kat rumah sajer. pastu.. set kan.. 2 hari sekali baru entry aku publish.. *sekali lagi.. ko ingat ramai ke baca blog hang tu ? perasan woi ! penampa sedaih, pleaseeee !*

Kalau rasa entry aku kali ni POYO. maaf lah.. aku nak bitau orang yang asek bising blog aku tak berupdate jek..rasanyaaa anda tau siapa andaa.. kahkahkah ! tak lain tak bukan, kawan-kawan aku la jugak..

Tak ramai pon baca blog aku. kengkawan rapat aku ja yang menjadi pembaca setia. dan aku pon pembaca setia kepada kawan-kawan aku. untuk kawan-kawan aku yang rajinn baca repekan aku.. TQ sesangattttt... sudi baca repekan ablasa aku. kahkahkah ! *repekan ablasa? amukan ablasa penah la dengaq kan ? lantakkk la komeee*

nahhhh.. pos istimewaa untuk orang yang asek bising aku tak update belog.  


wehhh ! meh sini.. tak habehh lagikk..


ada rahsia nak habaqqq nihh...

kat opis kannn.. aku kannn dalam kategori rajin... 

RAJIN SELFIE ! 


KAHKAHKAH !




21 August 2014

TIPS : Hilangkan Bau (II)

Kabinet dapur korang berbau tak ? hehe ! kebinet aku ni berbau. sebabnyaa.. aku letak segala bawang, kunit, halia., aku sumbat sini. bukan apa.. kalau letak kat luar.. sakit mata memandang. ecewahh ! bukan main lagi aku ni kan.. padahal.. kekadang bersepah pon aku buat tak tau.

bakul aku yang kaler putih tu.. kiranya.. selepas aku menjinakkan diri dengan susun atur la.. yang berwarna tu.. bakul hamper. taun-taun lepas.. opis aku selalu buat pertandingan. bila menang je. hamper. hamper. hamper. so.. ade la bakul-bakul berwarna-warni itu. 
Kalau perasan.. gambar kat atas tu.. ada sekeping roti terdedah. Ada sebab aku letak situ.. 

Haaa... tu lah.. tips aku.. untuk hilangkan bau kat dalam kabinet ni.. aku letak roti. roti aku ni dah expired. kaau nak letak roti tak expired pon boleh jeeee.. tak de salahhh pon... nak letak roti jenama apa pon tak salah.. macam aku.. aku letak Gardenia. bukan sebab dah kayoo. tapi roti ni dah expired. 

Selain letak dalam kebinet dapur ni.. bole ja letak kat dalam kereta. kekalau susu anak korang tumpah dalam kereta.. dah 1 hal bau masam.. betul ? yang tu aku suggest letak bebanyak dalam kereta. semalaman yea.. semalaman... in shaa Allah.. hilang bau tu.. 

Dalam peti ais pon boleh letak sebenarnya.. selain gunakan arang macam entry yang lepas tu. tapi.. kalau letak roti.. sekejap je la. sehari dua je. lepas tu roti ko tu keras. dia tak serap bau dah.. sebab tu aku letak arang dalam peti. dalam kabinet dapor ni. aku letak bila ada roti expired je. nak letak selalu pon boleh. 4 ari ke.. tuka la roti tu.. letak yang baru.. 

roti sekeping
macam kabinet aku ni.. seleloknye.. letak la 2 keping. atas 1. bawah 1. standart la.. lepas tu kabinet tu bau roti.. ok la.. dari bau busuk masam.. hehehe !



20 August 2014

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Opis

Hari ni ada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat opis aku.

meriahkan pusat aku.. 

Ada makan-makan sikit.. pastu setiap pusat diwajibkan untuk sediakan kudap-kudapan. macam pusat aku kena sediakan Pencuci Mulut Basah dan teh tarik. macam.. koktel, bubur kacang ke, cendol ke.. 

Selain menyediakan Pencuci Mulut Basah ituhh.. kami juga perlu menghiassss booth kami.. se-kreatif mungkinn.. 

Selama 7 tahun di opis ku.. kami.. TAK PERNAHHH sepakat nak hias-hias booth ni.. selama ni.. memang asal bolehhhh jek.. sebab apa? sebab.. SEMUAAA orang busy dengan kerja hakiki. so, nak deco-deco ni.. macam buang masa la.. bek tumpu kat kerja hakiki.. so, tak pelik bila tiap-tiap taon booth kami dapat no last. yeaa... no LASTTT ! kami redho. sebab memang koboi je pon meja kitorang. 

Taon ni.. berubah.. bila kami, para ARORA, sepakatt untuk menghiasss booth pusat kami untuk taon ni dengan semangatnya.. malam semalam.. punya la bincang whatsapp.. sampai ke tengah malamm.. orang tu bawak itu ini. orang tu buat itu ini. memang terbaekkk ! semuaa SEPAKAT ! best ! bersungguh-sungguh la semua orang.. 

Hari yang ditunggu telah tiba. Maka. awal pagi lagi.. bagi yang datang awal.. dah siap dah hias-hias booth. yang anyam ketupat lah.. pelekat lah.. lipat lah.. haaa.. kitorang siap bawak turun sofaaaa lahhh ! punya lahh nak lain dari orang.. dalam hati.. memasig harap dapat no 3 pon jadi lahh.. dari dapat no last... 

Pagi-pagi lagi dah set up. aku dengan pejal ni memang datang awal.

dah nak hampir siap..

dah siap ! dan ada sikit -sikit nak touch up.. nak letak ketupat pulak.. naseb bek ada yang pandai anyam ketupat. aku nih.. ketupat palas pon tak pandai anyam. ni kan pulak ketupat nih.. 
Ni jela gambar booth kitorang yang sempat snap.



gigih nena buat prop. tak pelah.. mana tau boleh guna taon depan kan ? kan ?

rojak. dessert la kan ?

Kek lapis ni Pejal bawak. nak meriahkan meja kata dia

Keputusan pon diperolehi. 

kitorang dapat no LAST ! Hahhhhhhh ??? tak boleh terima beb ! TAKKKK bolehhh ! sebab taon ni.. kitorang hias bersungguh-sungguh kott.. ada yang sanggup buat prop baru.. yang pinjam kain, prop segala dari kawan bawak pelita. sekali.. result diaaa... LAST ! apa nih ?? apa nih ? TAK ADIL okayy ! 

Yang dapat no 1 tu.. memang tak pelik. memang cantek pon..  memang layakkkk la.. ada booth yang lagii simple dari booth kitorang. tapi boleh dapat no atas dari kitorang. Sedeyy kot ! kalau macam ni cara.. bek kitorag buat booth koboi je macam diorang. senang. tak sakit hati macam ni. 

So, taon depan.. kitorang nak koboi je. tak nak hias-hias dah.. dapat no last pon tak pe.. tak sakit hati cam nih... 

untuk taon nih.. TERBAEK lahh ARORA ! kerjasama yang amat bagossss !


ok bye !


19 August 2014

Susun Atur : Bekas Simpan Susu Pekat

Dulu sebelum kawen.. susu pekat ni.. bukanlah suatu benda wajib ada dirumah. kadang-kadang rasa nak buat / bancuh apa-apa , baru aku beli. memang jarangggg sesangat lahhh senang cita.. Lepas kawen.. susu pekat menjadi barang yang WAJIB ada dirumah. Mie ni suka minum teh letak susu, milo letak susu..

So, bila kita buat air.. tak kan nak letak semuaaa susu tu kan? Aku dulu suka tebuk 2 lubang. tapi mie ni.. cerewet la jugak.. tak sukaaa . dia suruh aku tuka letak susu tu dalam tupperware. kalau tak tuka bekas lain, tak bagus untuk kesihatan kata dia. nanti karat ! ohh ok.. baru aku teringat mata pelajaran Kemahiran Hidup - Ekonomi Rumah Tangga. Cikgu ada cakap.. 

"sekali kita bukak tin susu.. kita kena salin. kalau lama-lama dalam peti ais.. tin tu boleh berkarat. tak elok untuk kesihatan"

korang selalu bukak susu macam mana ? sejak Mie mewajibkan aku tuka bekas ni.. aku memang bukak macam ni.. 

Luas mulut dia.. hehe !
Lepas tu aku akan tuang dalam tupperware ke tipuware. tapi.. lelama. aku rasa macam tak praktikal la.. sebab susu kita akan amek guna sudu kan? sebab bila kita letak dalam peti sejuk.. susu pekat ni akan pekat sedikit kan ? ke beku eh ? nak tak nak.. memang kena ceduk guna sudu... jadi masalah pulak bagi aku.. kadang-kadang.. dah bancuh dah teh ke milo tu.. pastu rasa macam susu tak cukup la... air tak cukup manis la.. tak rasa susu la.. aku akan tambah lagi.. haa.. waktu ni masalah timbul. (ecewah) susu aku ni akan 'kotor' dengan milo or susu yang aku bancuh tadi. tak best pulak kan ? 

Lepas tu aku cari alternatif lain.. letak dalam botol Eco Tupperware. sebab ? sebabnyaa.. botol tu tak guna. aku isi air dalam botol Herbal Life. Botol eco tu kecik untuk aku. tak cukup aku nak minum ayor.. maklum la.. jenis orang banyak minum.. hehehe !

sumber : google
Tak praktikal weh ! sebabnyaaa.. botol ni keras. macam mana nak picit bagi susu keluar? aku ni sengal gak berkilo-kilo jugak.. haihhh ! dah satu hal kena tunggu dalam 15 minit ke.. bagi susu tu ok.. dan mengikut suhu bilik.  so, tak membantu mempercepatkan kerja aku.

Sekarang.. aku dah temui solusi. *hamboi pekataan aku*

Taraaaaa ! 

Aku guna botol sos ! 
Hehehehe ! Ulang suara.. aku guna BOTOL SOS ! kehkeh ! sebab dia? walauponn susu tu masih bersuhu peti sejuk.. aku tak payah tunggu susu tu ikut suhu bilik ke apa jadah.. aku hanya PICIT sahaja ! ngehngeh ! yessss !!!! aku sukaaa !

Kos untuk botol ni ? RM1.80 sahajaaa ! beli kat Speed Mart. tapikkk ! tu lahhh.. tak kaler putih.. sebab aku beli botol ni dah lama bonaaa.. masa beli ni belum dapat wahyu untuk berdeko , bersusun atur bagai lagik.. naif lagik. hahahaha ! sekali je aku guna botol sos ni. mesti la guna letak sos kan ? .. so.. bila nak letak susu.. aku dah rendam dengan sabun. dan basuh berkali-kali dahh ! takkan nak basuh memain kan? kang Mie minum teh ke ape.. ade rase sos pulak.. lagi naya aku !

kalau ni botol baru.. semestinyaa aku akan carikk kaler putih.. tapi tu lahh.. tak kan semata-mata nak kaler putih.. aku buang benda yang masih elok dipakai ni ? ishk.. ishk.. tak mau ikut perangai syaitonnnn !

Ni haaa.. susu pekat aku.. hehehe ! 


17 August 2014

TIPS : Hilangkan Bau Peti Sejuk

Peti sejuk korang berbau tak ? ke peti sejuk aku je ?? mihmih ! ni tips yang dignakan oleh Mak aku. kalau tak salah aku. Arwah Tok aku pon gunapakai tips nih..

Masalah peti sejuk berbau ? ini penyelesaiannyaaa !

Letak ARANG dalam peti sejuk . yea.. A R A N G. arang.. tak kesah lah arang batu ke.. arang kayu ke.. janji.. arang.

Aku penah tengok arwah Tok aku letak arang dalam peti. dia just letak ja. tak balut-balut. pastu tempat letak arang tu.. hitam la dengan arang tu.

Kali ni aku ikut cara mak aku. Mak aku balut sikit arang tu dengan tisu..


aku balut camni je. janji tak lekat hitam. hehe 
 lepas balut.. letak je dalam peti sejuk. tempat yang mana sesuai..

macam aku.. aku letak kat sini...

nampak tak ade 2 bungkus putih ? 
Biar je. in shaa Allah.. peti sejuk anda.. tidak bebau tengikk ! haha ! kalau perasan.. dalam peti tu.. ada aku potong limau purut.. saja nak bagi peti aku bau limau. haa.. arang ni takde bau ape-ape tau.. dia serap bau busuk je. jangan anggap peti ais terus wangi macam bau buga ros pulak eh ?



Ok, Bye ! =)

14 August 2014

Susun Atur : Periuk Belanga

Kuali tu.. aku panggil belanga. rasanya orang utara ja panggil macam tu. err.. ye ke? 

Sebelum ni.. periuk belanga aku, aku sangkut je kat tingkap.. tapi lelama.. jadi tak best.. sebab berminyak. hasil dari tumis menumis tu. dapurkan kat bawah tu..

hehe! tak kemas kan ? epat kotor jugak. 


Pastu.. aku dapat wahyu . kali ni nak simpan periuk belanga ni. tak nak bagi nampak. 

aku susun macam ni lah. susunan periuk tu.. aku perati kat kedai periuk masa kat Langkawi aritu. gantung belanga macam tu.. aku perati kat group Susun Atur kat FB. heeee ! 
Sebenarnya.. sebelum periuk belanga ditempatkan disini.. tempat ni , tempat letak gula kopi bagai.. lelama rasa macam tak best pulak.. so.. kita kasi tukarrr lahh !

hehehe ! tauuuu.. tauuu ! nampak serabai kan ? label pon tak kemas.. ni bukan apa.. print label tak cukp.. okkkk.. nanti aku buat label baru k.. heeee ! 
Rumah aku ni jenis flat kos rendah. Aku tak buat lagi kitchen kabinet yang cantek menarik tu.. aku guna macam ni je dulu.. Mudah mudahan murah rezeki. boleh buat kitchen kabinet lawo - lawoo ! Ada yang buat instalment kan? Tapi.. Mie tak suka berhutang. Ada duit..beli.. tak de duit.. tengokkk saje lahhh ! ( Takk termasuk beli rumah dengan beli kereta yea.. takkan nak beli rumah dengan kereta nak kena bayo cash kottt.. )

Mie selalu pesan kat aku. 

"Kita hidup, ukur baju kat badan sendiri. "

Yeaaa ! baeklahh ! 


ok, bye ! =)

13 August 2014

Susun Atur : Pisau

Kali ni saja nak share tempat aku letak/simpan pisau. Nak kata aku beria menyusun.. erm.. takkkkkkkk kot.. aku buat keja mudah jek..

Taraaaa !!

hehe ! tak sempat nak biarkan pisau tu kering semasa pengambaran berlansung. 
Senang kan keje aku ? hehe ! Pisau ni aku beli memang didatangkan sekali dengan magnet tu.. murah ja.. bawah RM20. beli kat Hot Market. Kalau dekat IKEA.. magnet ni sahaja RM40++ kalau tak salah aku la. tuu harga tak termasuk pisau yea.. pisau lain harga..

Ni la rupa bentuk magnet aku tu..
ada karat sikit-sikit. tapi karat tak lekat di pisau. jadinyaa.. saya tidakk risauuu ! =)
size kat IKEA lagi panjang dan lagiii kukuh dan smart ! padan la dengan harga yang IKEA jual tu.. tak gitu ?

magnet aku ni.. ngam-ngam untuk pisau 4 bilah. Untuk lekat kat dinding, kena drill la sikit.. bila drill dia lagiii kemas dan kukuh. untuk orang kasar macam aku ni.. memang sesuwaiiiiiiiiiii sangatt !  so, best ar.. senang keja. jimat ruang.

Pisau ni aku letak dekat dengan sinki. kenapa tempat ni dipilih ? 

sebab tempat ni je yang sesuai kat dapor aku yang kocikk nih. dan tinggi. bukan apa.. kot-kot la risau.. ade budak capai dan buat main masak-masak ke.. main ninja-ninja ke.. aku memang amat pasti lahh budak memang tak dapat capai. dijamin selamat

Disebabkan ada space lagi.. aku letak gunting dengan penyepit tu kat situ.

Ni ja la cara aku simpan pisau.

oh.. Abaikan tempat sudu dan senduk tu. aku belum dapat wahyu nak pikir mana nak letak bagi lagiii kemas.. hehehe !


Selamat Bersusun Atur ! =)


ok, bye ! 

12 August 2014

Pesuruhjaya Sumpah Area Bandar Baru Bangi / Kajang

Aku ni setiap tahun kena jumpa Pesuruhjaya Sumpah. Untuk apa? untuk renew kontrak kerja aku la.. apa lagii.. Selalunyaaa.. aku akan ke Warta Bandar Baru Bangi. Tak pun g Hentian Kajang. Hentian Kajang yang paling mencabar sikit. mencabar apa.. ramaiiiiinya orang. bukak pukul 9pagi.. tapi dah ramai yang mula beratur...

Tahun ni.. Dayah bitau aku.. dia jumpa 1 opis Pesuruhjaya Sumpah kat Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Dia cakap tak ramai orang. Aku pon pegi la.. LENGANG nak mampos wei ! tak sampai 5 minit.. dah settle.. hewhew ! iols sukaaaa ! tak buang masa. tak gitu ? 

Nahhhh.. aku bagi alamat.. Ampun Maaf dipinta.. koordinat takde. Sebab? Aku telupa nak on location kat handphone aku masa amek gambar alamat. selalunya.. koordinat automatik kat detail gambar. 

Aku rasa.. alamat ni pon dah ok dah.. In Shaa Allah.. jumpa. senang ja.. 

Landmark dia. MyMydin. Open Universiti Bandar Baru Bangi.  

Pejabat Pesuruhjaya Sumpah ni kat tingkat 1. kena panjat tangga. lif takde.. so, jangan malasss! hehe ! 

ada no telefon sekali. so, senang.. kalau carik tak jumpa.. call jer.. 


Lupa pulak nak cakap.. kene bayaran yea kat sini.. RM5 shj.. kalau nak free, pegi mahkamah yea.. :)


Okay.. semoga serba sedikit dapat membantu.



ok, Bye ! =)

**update 2016




10 August 2014

Susun Atur : Tempat Letak Span Cuci Pinggan

Heeeeeeeeeee ! Lama tak post pasal susun atur. hehehe ! Sebenaqnya.. tak ada mood. mood rajin belum sampai.. selama ni 'serap' ilmu dulu.. samada dalam group Kami Suka Susun Atur di FB atau pon di blog para otai.. heeeee !

Yang ni aku 'serap' dari blog Uyah Nazura .

Dah lama tengok post dia pasai susun atur singki tu. tapi.. amek masa lamaa jugak untuk aku aplikasi di rumah aku.. bukan apa.. aku cerewet. sebab aku nak cari menda ni kaler putihhhh jugakk.. selain kaler putih.. aku tak nak.. 

kenapa PUTIH ?

Dimata aku.. ulang suara.. dimata aku la ehh.. sebabnya aku tak nak nampak barang-barang kat rumah aku berwarna warni. bila kaler putih. nampak kemas. selaras.. ecewahh aku ni bukan main lagik kann.. padahal.. tempat susun pinggan aku kaler pink. tempat letak sudu kaler biru.. ehem !!  tu zaman belum terjebak dengan Susun Atur lahh wehh ! mihmihmih ! 

sejak aku terjebak nihh asek carik yang kaler putih ja.. padahal.. aku ni.. penyakit malas lagii banyakkk dari penyakit rajin.. tak sedaq diri.. putihkan orang cakap susah jagaa.. cepat kotor.. kuikuikui ! =)

Taraaa !! tempat letak sabunn ! :) 

Kadang-kadang jumpa jugak kaler putih. tapi dia bukan jenis melekat. aku cari yang jenis melekat. sebab tak nak tebuk lubang. kalau aku nak kena tebuk lubang.. alamatnyaa lagiii lambat nak siap tempat letak span ni.. bukan apa.. aku kena tunggu mood Mie. Kalau mood dia rajin nak menebuk.. ok la.. kalau tak de mood.. makan tahun jugak aku kena tunggu.. tak sanggup lahh akuuu... 

macam ni la maksud 'melekat' aku tadik. . 
Taraaaa ! haa.. kan dah siapp.. senang kan ? tak payah nak drill bagai. tapi.. kalau untuk dinding yang bersimen sahaja.. memang terpaksa lahh drill atau pon paku. 
haa.. dah boleh letak span and the geng. 

pandangan jauh sikit. ehemm.. perasan tak kat kanan tu bekas susun pinggan kaler pink ? masa beli tu belum punya kesedaran lagi. so.. tak kan nak buang kan ? =)
Lupa pulak nak tepek gambar sebelum.. ok.. nah.. 

Tak best kan ? makan space. ohh ! aku memang pakai 3 beradik ni. =)
Aku jumpa tempat letak sabun ni kat Billion PKNS Bandar Baru Bangi.. Hargaaa.. tak berapa nak ingat harga yang tepat. tapi aku yakin.. harga dia RM15 kebawah. TAPII ! tak semestinya menda alah ni ada kat Billion jer.. tempat lain pon ada.. kena rajinn la. g carik.. erm.. kalau tak silap aku. aku penah terbaca.. tempat letak sabun macam ni ada je kat Daiso.. OMG !! berapa banyak pembaziran dah belaku ni ?? Nyesal tak g cari dengan bersungguhnya di Daiso. Kot-kot korang ada plan nak buat macam ni. cuba-cuba lah rajin belek kat Daiso.. jimat sikit.. jangan jadi macam aku. T_T tapi.. nak buat macam mana.. da beli...


Selamat bersusun atur ! =)  


07 August 2014

Cerita Aidilfitri 2014 / 1435

Selamat Hari Raya uolss ! hehehe !

Seperti aku ade cerita dientry yang INI dan INI ..

Ni lah antara cerita raya aku..

Pagi raya, balik ja dari cuci luka Abah, aku dengan Mie rilek- rilek depan tv. Mie cakap tak rasa macam raya pon.. yea lah.. selalunya raya pertama family aku ni memang tutup pintu. raya pertama kitorang se-family selalu pegi beraya.. so.. tak de lah nak tunggu orang datang.. nak orang datang beraya.. kena tunggu raya kedua.. sedara mara semua dah paham dahh.. lagi satu.. Mie rasa sunyi.. dan dia rasa macam hari biasa.. sebab tak dengar orang bertakbir kata dia. ntah la. masjid kat umah aku tu tak la jauh mana.. tapi tak dapat dengar takbir pon.. walaupon kawasan rumah aku tu sunyi.. sepatotnya dengar la kan ? dah Mie cakap dia rasa sunyi.. aku pon bukak la TV1. ada takbir semua. ok.. aku pon baru la rasa raya ! kehkeh !

Masa pegi klinik tadi.. Abah ja pakai baju melayu . kami laki binik pakai tshirt dengan jeans macam biasa jek. balik pon tak tukar. dah rasa macam boring ja raya kitorang.. aku pon siapkan la baju raya.. sebab aku pikir..

"hari ni kan hari raya.. walaupon kita tak kemana-mana.. kita pakai la baju raya !"

Mie malas nak layan aku.. aku pon siap-siap la.. gosok semua baju.. make up kan diri sendiri dan adik-adik aku.. pastu.. apa lagi.. kami selfie ja la.. HAHAH ! Aku bawak balik monopod yang aku beli kat Lazada. tapi sebenarnya aku order benda lain kat Lazada tuh.. tapi sampai kat aku monopod la pulak. layan kan aje. sebab kira murah la jugak.. sebab aku amek kira kalau aku pos balik monopod ni.. kos pos dah ada kat situ. malas aku..

ni hasil dia.. sefie sekeluarga.. kehkeh

Gambar ni lah menjadi gambar pertama kali nya.. kami cukop 5 beradik dalam satu gambaq. selalunya.. mana penah cukop.. adik aku Jeff tu selalu sangat menghilang. beraya dengan kengkawan la apa la... ntah apa-apa.. sepatutnyaa.. raya dengan family la kan ? haaa.. nak cita adik aku yang si Bang Cik tu.. (yang pakai spek ) seyes.. dia tak mandi semasa pengambaran ini berlansung ! HAHAHA ! sebab nak amek gambaq family punya pasai.. semua tak mau tunggu dia mandi dah.. dia pakai baju melayu.. dan seluar dia tu.. seluar pendek. HAHAH ! tak kesah lah.. janji tak nampak dalam gambaq.. naseb baik la.. dalam gambaq tak boleh bau.. kehkeh

Disebab kan Abah tak sehat.. kami pon tak kan nak pegi beraya beria-ria pulak. tak syok la kan.. kami layan selfie ja la. janji gambar raya ada.. HAHHA ! makan tu memang dah kenyang sangat dahh.. raya kali ni Mak aku buat mee rebus.. layan kan aje.. agenda dalam kepala memasing.. lepas makan.. tido.. HAHAH ! 



Mak dengan Abah. beza umoq Mak dengan Abah 10 taon woo

Ada yang cakap.. aku ikut muka Abah. betoi kaa? 

Ni adik aku umoq baru 18. size.. besaq gedabak. baju kalau nak cari.. memamg size xl. kuikui ! muka kami tak sama. ramai yang cakap muka dia ni ikut Mak

ni adik yang bongsuu.. bongsuu pon.. dia laaa pompuan paling tinggi dalam rumah.. kalau ada barang yang nak amek kat tempat tinggi-tinggi.. memang panggil dia la.. 

ohh ! aku tau.. aku comel banyakk dari dia. ekekekek ! :P

ni mak aku.. hehehe ! ada ka muka aku iras Mak aku ? Hidung la kot eh ? ntahhh.. Mak aku nampak muda ? HAHA ! Mak aku kawen umor 19.. dia beranak aku, umor dia 20. maunya tak nampak macam adik dengan kakak. tak rugi lahh kawen muda dan ada anak di usia muda. Aku ja.. umur dah berapa.. Allah tak bagi rezki lagi.. huhu

ni pon tinggi gak.. ntah la. samada aku ni memang katik or memang diorang ni tinggi-tinggi.. 

kami 5 beradik. 2 lelaki 3 perempuan. muka lain-lain kan ? dan paling comeyy haruslah akuu , kan ? kan ? kan ? Hahahaha ! *panggg !! bunyi penampar kat muka aku *
tengok muka Abah aku tak pakai gigi . HAHAH ! (bahan Abah sendiri  :P )
Selfie beria-ia la hai.. Last skali baru teringat nak beraya..

nampak Abah aku dok tahan gelak ? HAHAH ! Aku ni jenis suka main-main.. so, bila aku nak jadi seyes, memang tak nampak seyes lahh.. kehkeh
Baju raya taun ni.. aku pakai balik ja baju masa adik ipar aku kawen.. cuma.. masa dia kawe.. baju aku tu takde lace.. dah raya.. nak bagi nampak lain la ikit.. aku letak lace.. ok la kan ? dari takde.. huhu !

Settle dok selfie bagai.. niat dihati.. dah puas dah amek gambar.. nak tuka baju la.. nak pakai baju biasa.. panas kottt.. tup, tup Pak Teh aku datang.. haaa.. kira nya ada jugak la tetamu.. lepas tu.. dah berturut-turut sampai malam. Haaa hambek kauuu..

Nak tengok warga emas berselfie ?

Taraaaa !!

Tengok Abah aku.. kunun macho la tu.. dengan gigi tak pakai.. duduk pon atas bantal tu.. sebab sakit..kalau perasan.. butang baju pon tak betul.. kaluittt sangat.. orang datang baru nak pakai baju.. HAHA
family belah aku ni.. memang gila selfie. Mie yang tak berapa suka..layankan ajaaa.. 

Tak kesah dah backround macam mana.. senyum.. tetap senyum..

Ni cerita raya di Perlis. aku sempat puasa 2 hari di Perlis. sempat beraya selama 2 hari jugak. Petang raya ke 2 kitorang dah bertolak balik Kelantan. Sapa kata kat Kelantan raya puasa tak meriah ? Mengarut semuaa tuhh ! Sama meriah jaa dek nonn ! Tambah-tambah pulak rumah mertua aku tu.. memang tak putus orang datang beraya.. phewwww ! carikk nyawaaa.. carik nyawaaa! tapi besttt.. jangan la nak mimpi ko nak diet.. rugiii beb ! macam-macam adaaa ! nak-nak Ayah Cob (Ayah sedara Mie) memang rajinn ke dapur.. rajin buat bbq bagai.. perghh ! makanan semuaaa homemade. nak makan apa.. cakap ja.. nant buat sama-sama..

Gambar ? tu yang aku kata paling rugi.. dok umah mertuaa.. aku cukop mallewww nak bergambar.. ekekekeke ! ntah la.. maybe diorang tak gila selfie or bergambar macam adik beradik aku kottt.. huhuh !

Raya ke berapa ntahh.. Ida roomate aku masa belajar di IKBN Chembong datang beraya. Terima Kasih Ida.. 2 bulan lepas.. dia datang jugak kenduri adik ipar aku.. raya pon datang.. hehehe ! dengan dia ni.. aku tak malu nak bergambar.. sebab dah tau dah.. dia pon memang gila gambar.. Mek Sunezal pon datang.. kami 1 asrama di IKBN Chembong dulu.. Mek Sunezal tu lagiii la.. dia kawan aku panjat pagar masuk asrama ! HAHAH ! penangan badminton punya pasal.. orang suruh masuk asrama awal-awal.. aku dengan Mek Sunezal ni.. balik dari dewan badminton pukul 1 pagi ! dia je yang panjat pagar. aku tak berani.. kang aku panjat pangar, silap-silap menda lain yang koyak kangg.. HAHAHA ! tiap-tiap kali jumpa .. Ida mesti ungkit cita ni.. benciii akuu ! huhhh ! pastu gelak kuat2 kat aku.. haihh ! naseb bek la kenangan.. hahaha !

Sekarang kitorang bertiga dah kawen dah.. Ida ja ada rezki lebih dah ada anak dah dia.. Aku dengan Mek Su masih honeymoon.. 

Selfie sikit. hhahah ! 
Keesokannya.. aku dengan Mie beraya pulak umah Ida.. Sampai jugak la kami di rumah Ida.. banyak kali dia duk ajak.. nak buat macam mana.. tak berkesempatan..

Akhir kata..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin.. 

Sopan kan aku ? propaaaa sangattt ! =P

06 August 2014

Abah Berhari Raya

Lebih kurang seminggu sebelum raya.. Abah dimasukkan ke hospital. Sakit apa? erm.. bunyi memang kelakar.. tapi tu lah. agak bahaya jugak..

BISUL.

Kelakar kan ? Jadi kat bahagian bontot. terseksa tengok Abah dok tahan sakit. nak duduk secara normal pon tak boleh. kena mengiring. tido pon bermasalah.. kena meniarap..la.. mengiring la..  so.. dah tak boleh nak duduk.. tak dapat la Abah bawak teksi untuk mencari rezeki. dah la nak raya nih.. 

Beberapa hari sebelum raya.. Abah dah operate. Adik-adik aku semua gilir-gilir tunggu Abah kecuali aku dengan Bang Cik. Bang Cik praktikal di Bera, Parang. Lagi pon.. dia memang tak lama dah nak balik beraya.. erm.. Aku pulak.. memang tunggu nak cuti raya la.. lagi pon selang berapa ari ja nak balik. Abah aku memang ada kencing manis. sepatotnya.. dah lama dah Abah pantang makan.. biasa la orang tua kan.. dia pantang jumpa ja.. bukan pantang makan.. dah masuk wad.. baru la ada rasa insaf nak berpantang. hehe !

air dalam badan kurang. garam kurang jugak dalam badan.. 

tidur pon mengiring. 

Bisul ni besar jugak.. sampai demam la Abah aku tu.. risau la jugak.. demam lama.. so.. sepanjang berada di hospital dan apa jua perkara.. adik-adik aku memang update dalam group we chat kitorang. Alhamdulillah.. ada teknologi macam ni sekarang.

Alhamdulillah.. segalanya selamat.. Abah pon dah operate. sekarang ni.. hari-hari kena g cuci luka tu di Klinik Kesihatan. Masa mula-mula.. Adik aku si Jeff tu ada.. Jeff tu la yang drive teksi Abah bawak g klinik. hehehe ! yea la.. kitorang tak de keta lain.. melainkan teksi tu.. sampai la aku balik.. aku merasa sekali ja bawak Abah g cuci luka tu.. tu pon masa pagi hari raya. orang lain sibuk g solat sunat hari raya.. kitorang g klinik. yang penting Abah.. solat tu.. taon depan pon boleh pegi.. In shaa Allah. lagi pob sunat kan.. tak pegi.. tak berdosa.. =)

Hari kedua.. Abah pegi sendiri Klinik Kesiahatan tu.. nak tau naik apa ? Naik MOTOR. haaa ! ai mengamuk la aku.. macam anak ni tak guna sangat dah.. Memang balik tu.. aku perli ja Abah..

Abah, tolong p kedai beli ketoi aih boleh ?

Diam ja la dia. Buat-buat tak dengaq pon ada.

dipagi hari raya

Sekarang Abah aku cakap.. dia dah tak pegi klinik dah untuk cuci luka tu.. Mak aku yang buat sekarang ni. hebat2.. kalau aku yang cuci tu.. mau nya lutut aku lembik.. bukan geli.. aku seriau.. sakittt ! Luka Abah kena cuci sampai tumbuh isi baru.. dengan umur pon dah berapa.. dengan kencing manis nya.. memang makan masa la nak baik.. tak pa.. kami adik beradik doakan kesihatan Abah.. =)

Sekarang hari-hari Abah makan pati ikan haruan. sebab susah nyaa nak cari ikan haruan.. walaupon duduk kampung.. pernah nak beli.. sekilo sampai rm60 ! wowww ! mahai bebenooo ! makan pati ikan haruan ja la.. pastu makan vitamin c. harap-harap luka Abah cepat baik.. 

Hari raya ? Hari raya kitorang di rumah saja. tak kann orang sakit pulak nak pergi beraya sakan.. kan ? kitorang punya raya tiap-tiap tahun.. raya pertama.. kitorang 'balik kampung' sekangkang kera. umah tok aku kat Smpang Empat, dengan Felda Chuping.  pastu pusing-pusing rumah sedara sekitar Perlis. so taun ni.. orang yang datang rumah kitorang beraya dan melawat orang sakit.. hehe ! 

Abah den gan Tok dan Adik beliau

Jangan ditanya mana baju raya Abah. dah kemana dah.. seronok dia.. ramai orang datang rumah. ni anak-anak sepupu Abah. rumah kitorang flat. kebetulan jiran-jiran semua balik kampung.. so.. angkat la semua kusi meja.. berkampung kejap kat luar.. =)

Tiap kali raya.. kitorang memang akan ke rumah cousin aku yang ini.. tapi taon ni.. depa pulak mai rumah kami.. ya lahh.. Pak Ngah kesayangan tak sehat.. hukhuk

Yang baju hijau tu.. Adik Abah yang bongsu..

ni dah petang dah.. haa.. Mie pon dah tukau baju dah.. biasa la dia.. bukan mau pakai baju melayu lelama.. 

Kitorang adik beradik.. memang mengambil berat. tapi bukan jenis cakap lembut-lembut kat Abah. haa.. sat g ada pikir kitorang adik beradik tengking-tengking Abah pulak.. tidakk lah.. cara kami.. kalau nak pesan.. kami guna cara PERLI.

Contoh. 

Abah, Kakak nak p kedai ni.. nak kirim rokok ?  
Abah, tak mau makan ayam ka ? teloq ka? (kena pantang, sebab menyebabkan gatal pada luka)

Abah aku muka redha.. geleng kepala. dia tau anak-anak dia kuat perli.. tak pon.. Abah aku buat-buat tak dengaq.. kuikui ! ni cara kami.. memang dari dulu macam ni.. Mie tak biasa.. aku kena pulak kena marah sebab dok perli Abah. HAHAH ! 

Lain orang.. lain cara kan ? 

Semoga Abah cepat sehat hendaknya.. =) 


*aku tau adik aku dok baca belog aku nih.. saheh dia tunjuk kat Abah ni.. *
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...