27 July 2013

Teman Baru

Aku ni tak pandai masak. Setakat yang senang-senang jek.. terutama sardin , sapgetti tu.. aku boleh la masak. Sekarang ni rasa best sikit. Sebab dah ada teman baru.. hewhew! Kalau aku post cakap aku masak tu..

sebab aku perasan jadi je masakan aku tu. Haha ! Stakat sayur air.. sape pon boleh kan... hewhew !

Nak memperkenalkan teman baru aku...

Taraaaaa !!! Tak rugi wehh beli buku nih.. ! Seyessss.!! =)

15 July 2013

Bazar Ramadhan Teluk Intan 2013

Hari ni aku outstation kat Teluk Intan, Perak. Berkesempatan la jugak pegi Bazar Ramadhan kat pekan Teluk Intan nihh.. Paling aku sukaa.. makanan kat sini MURAH wehhh ! Syiokkk ! TAPI aku beli 2 jenis je makanan. (Tak mo membazir.. hikhik ) Popia basah dengan laksa. Aku tengok harga laksa RM2.50. Murahhh wehhh !!  Sebab tu aku macam tak tenterammm ! HAHA ! ingat nak makan waktu sahur nanti.. TAPI..

Dah beli baru aku teringat.... kat hotel mana nak ada mangkuk dengan suduu !! Alahaiii !!





Ni ja gambar yang aku mampu snap. Bukan apa.. maluu kot.. tengah ramai-ramai orang tetiba aku benti nak amek gambar.... hihi ! 


SELAMAT BERBUKA !!! 



13 July 2013

Selamat Berbuka !

Sementara menunggu waktu berbuka.. aku nak ucapkan....

Selamat Berbuka Puasa kepada muslimin dan muslimat.

Ini sajian berbuka puasa kami yang serba sederhana... (ecewahh) hehe ! Jenis sempoi jek.. periuk nasi pon join sekali.. =)

12 July 2013

3 Ramadhan

Dugaan untuk Ramadhan yang ke 3. Aku accident.  Sikit jek. Tapi dekat 1k gakss habis. Wuwuuu ! T_T Sorry Sayanggg....

Cerita dia macam ni..

pagi tu aku masuk opis lambat. Sebab aku ada hal. Aku rushing jugak masa tu sebab nak meeting pukul 10. Dekat-dekat pukul 10 tu.. dekat simpang depan Asset Keretapi tu.. aku tengah follow lori.lori tak besar sangat. Die nak belok ke kiri. Dan aku ke kanan. Die dah belok dah pon. Dann tetiba dia STOP!! Tapi pada masa yang sama.. aku dah amek side nak belok untuk ke sebelah kanan. BAMMM !! kene sebelah kiri. Tapi aku tak terus keluar. Sebab betul-betul tengah simpang. Aku bawak kete ke kanan. Berhenti kat tepi.. dan pemandu lori tu pon keluar. Dia cakap dia elak 1 keta kat depan yang break mengejut. Bila dia stop.. aku pulak yang kene... T_T

Tayar kereta aku sampai pecah lah.. aku tak tau aku langgar bahagian mana sampaikan tayar kereta boleh pecah. Lori tu memang 'bogel' dibahagian belakang. Pemandu lori tu nak tolong bukak kan tayar tu. Sebab aku tanye.. boleh ke aku nak bawak ke Miros. Parking kat sana. Kat sana lagi better dari aku parking kat situ yang betul-betul lepas simpang..

Aku telefon Dak Liya. Mintak tolong datang kat tempat aku. Tapi Shahril sampai dulu. Thanks wehh! Atleast aku tak takot sangat aku sensorang. Pompuan laks tuu.. pastu aku tepon Incit Somi. Memang menangis la aku masa tuu.. wuwuuu ! Pastu Incit Somi mintak datang amek dia. Aku ajak Liya tolong amek. Masa dalam kereta... Incit Somi marah jugak. Tapi dikontrol lagi sebab depan Liya. Liya senyummm je kat aku. HAHA !

Sampai kat tempat kejadian... aku mintak Liya balik je kat opis. Sebab aku tau dia banyak kerja.. Aku call Day. Day datang dengan Seli. Pastu buat muka kat aku..
"Tu laaa.. bawak laju sangatt... Macam aku tak tau ko bawak cane.. "
Arghhh ! Stress lak aku... hahahaha ! Dalam masa kitorang borak tu... Incit Somi sedang tukarkan tayar depan.. betul kan apa yang patot sebab nak bagi kete tu boleh bergerak ke bengkel. Masa tu Abang Syam & Hanif Rubc datang. Pastu tayar spare yang digunakan tu pulak angin kurang. Seli cakap pump kat Miros jek. So, Abang Syam tolong bukak kan palang kat parking basement tu.. isi angin kat bawah... pastu Seli bawak g bengkel kat Taman Kajang Mewah.
Masa dalam perjalanan ke Taman Kajang Mewah tu..

Aku cakap kat Incit Somi :
"SORRY sayang.. B tak sengaja. Tak kan b sengaja nak langgar.. sayang tak tanya pon b ok ke x... kira Alhamdulillah b tak apa-apa.. nape sayang kereta lebih dari sayang b... duit boleh cari kan.. "
"Yea - yea... " sambil pegang tangan aku. Pujuk la tuhhh ! Hahaha ! ;)

sampai kat Taman Kajang Sentral.. tokey bengkel tu pulak takde. Kena tunggu tokey tu datang.. Aku rasa dekat 1 jam jugak... haihh ! Menguji kesabaran! Dah la puasa!  Bila tokey tu datang.. tengok-tengok... die cakap sediakan dalam 1k. Esok boleh dapat. Aku... asa bersalahh sangatt.. tapi nak buat macam mana.. takkan aku sengaja nak langgar lori tu..  aku pon tau sayang duit.....

Lepas settle kat bengkel.. Seli siap offer suh guna kereta dia dulu. Macam tak caya ! Yea la.. Seli tu sayang gila kottt kereta dia.. ! Terharu aku.. Incit Somi cakap tak nak... tak nak susah kan Seli. Seli offer lagi.. esok dia datang amek kitorang untuk g bengkel tu amek kereta. Wahhh ! Terharu lagik.... pastu aku cakap lagi.. aku ada order makanan kat Yati. Seli teruss cakap.. nanti masa nak balik umah dia.. dia tolong amekkan dan antar kan kat umah. Wahhh ! Terharuu ! Dah alang-alang nak tolong hantar makanan.. aku mintak tolong Day antar kan sekali tupperware.. hihi !
Tapi teringat jugak perbualan aku dengan Day... 

"Nasib baik ada jugak duit waktu ni.. kalau takkk.. mane nak gagau.... "
"Aku kan ada..... " kata Day.. ecewahhh ! Asa nak nangisss...
Kat rumah...
Aku ingatkan Incit Somi nak sambung marah aku... rupanya TIDAK! sembang, buat lawak bodoh macam biasa... yea la.. aku paham kalau aku kena marah. Sebab Ramadhan ke 2 dia pon accident ! Tapi tak seteruk aku...

Lepas tu.. dapat la call dari Abah, Mama, Kak Long. Semua cakapp yang penting aku selamattt.. hehe !
Abah tau sebab aku post gambar kereta dalam whatsapp family aku. Saje la nak bagitau. Kak long dapat tau sebab Incit Somi plan nak pinjam kete Kak Long. Kak Long pulak bagitau Asma. Asma bagitau Mama...

Terima Kasih untuk semuaaa !! ♥♥



11 July 2013

Tebiat

Aku ni ade tebiat yang tak boleh nak hilang..

aku suka CAMWHORE ! HAHA ! Memang tak boleh belah kan? Camwhore macam ni memang wajibbb bila make up aku tak cair lagi.. bedak pon masih gebu2. Muka pon tak berminyak lagi.. DANNN yang paling WAJIBBB.. adalah.. Camwhore dalam KERETA masa incit somi tengah DRIVE.. Haha

Selalunya waktu cam tu ar aku akan dok camwhore. Atau istilah aku.. tangkap gambaq.. syiokk sendiri. Kadang-kadang bila posing kekunun best tu.. kene jugak kutuk dengan incit somi. Tapi... ADA AKU KESAHHHH?? Hahahahaha !  Lagi tak menahan.. bila kadang-kadang incit somi akan saje-saje je bagi keta tak stabil. Bagi bergoyang masa aku tengah senyum sensorang tu.. haa.. masa tu.. dia memang PUASSS ! Aku ni haa TAK PUAS HATI. Lenguhh kott dok senyum posing syiok sendiri sensorang.. (rasa nak penampor x?? HAHA )

Mesti korang ade yang jenis macam aku kan? Kalau same.. jomm sep skittt ! =)

Hehe. Colour block la sangattt kanzz =P

09 July 2013

Ahlan Wasahlan Ramadhan !

Alhamdulillah kita bertemu lagi bulan yang mulia ini.

Selamat berpuasa kepada yang beragama Islam.  Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna buat anda semua.

Kalau nak tau.. Happy sangat nak puasa esok. Ramadhan kali ni.. aku asa nebesss sangatt.. tak tau pasai apa... hihi!

Selamat Berpuasa !

08 July 2013

Sukan Inter-Agency Indoor Games 2013




6hb Julai 2013

Aku mewakili MIROS dalam kejohanan Sukan Inter-Agency Indoor Games 2013 untuk sukan badminton.
Kejohanan ni berlangsung di Sport Planet Ampang. Puspakom menjadi penganjur sukan ini.








bergambar bukan main lagi kan ? kan ? HEEEEEE 

Kitorang main berkumpulan.

Single (L/P)
Double (L/P)
Mix double

Musuh pertama kami ada lah MOT. Ternyata MOT sangat hebat bagi kami.

Keputusan keseluruhan :

Single Lelaki - Kalah
Single Wanita - Menang
Double Lelaki - Kalah
Double Wanita - Menang
Mix Double - Kalah

Geng MIROS sampai awal

Air Mineral Comel sumbangan Puspakom

yea. aku bergadoh dengan Dayah

Badminton Team


Ni gaya poyo aku. HAHA ! :)
In Shaa Allah akan dipertingkatkan usaha untuk berlatih semoga menjadi sehebat MOT.


Walaupon kami kalah digelanggang.. Tapi kami MENANG bergambar.. HAHA ! :)

05 July 2013

Ammar Mikhail

Rasanya.. aku tak pernah lagi cerita pasal Ammar si mata bulat nih.. sebenarnya.. aku dah banyak kali jugak jumpa si Ammar ni.. dan dah berapa kali dah bergambaq..tapi aku tak hapdet pon sebab gambar tak santekk !! Tapi kali ni aku hapdet.. sebab.... gambar santek la jugakk dari gambar yang lepas-lepas.. HAHA! 


Ammar ni anak Amad dan Adda. Dua - dua ni dak opis aku. Cuma sekarang si Adda dah kerja kat tempat lain..

Aku suka sangat tengok mata si Ammar ni.. Mata hitam dia... bukan main booolat lagi... besaqqq ! Macam pakai contact lens baby doll.  HAHAHAHA! 




Besaqkan mata hitam dia ? Comell sangattt ! :)



**Orang tak daq anak... Anak kawan-kawan la tempat menumpang kasih... ;)

04 July 2013

Bazaar Miros 2013

Busy betol aku minggu nih.

Minggu ni berlangsungnya Kejohanan Badminton Tertutup Miros. Aku pulak bendahari dalam ajk kejohanan nih. Haihhhh ! Berserabuttt !! Bab pegang duit orang ni kan TAK BEST ! Huhu ! Pastu aku la jugak peserta. Pastu aku kena pindah workstation.  Haihhhh !! TAPI aku bukan nak cerita yang tu.... In Shaa Allah aku akan cerita di next entry..

Hari ni.. berlangsungnya Bazaar Miros. Aku, Rara , Dayah , Uyah, Liya tak lepaskan peluang untuk mencuba nasib. Sewa meja RM20 jek. Kira okay lah tuu.. suka-suka.. Nak try naseb kan.....

Dayah jual kain pasang. Uyah jual shawl custom made. *memang cantek2* Rara jual blous... Liya jual jubah import from Egypt.  *adik dia beli stok kat sana *. Aku jual blous.. Barang-barang kitorNg dah murah gila dah.. tapi... bukan rezeki la... Takpe.. maybr rezeki di tempat lain.. ;)

Bazaar Miros ni ada setaun sekali ja. Berlangsung selama 1 hari sahaja. So, suka - suka memasing try naseb la. ;) Miros letak syarat.. kalau jadi peniaga.. kena amek cuti... disebabkan cuti aku tinggal 2 hari ja... so.. aku amek keputusan.. tak nak cuti. HEHEHE ! Nasib baik la Dayah sanggup jaga. Uyah pon tak boleh cuti. Liya pon same. Rara datang bila nak dekat tengah hari. Yea la.. orang tu suri rumah sepenuh masa sekarang ni...

Eh ! Lupa pulak.. kat Bazar Miros ni ada jual makanan jugak. Macam - macam ada la... sediakan ongkoss dengan secukopnye jerkkk... ;)

In Shaa Allah.. kalau ada rezeki.. next year nak join lagi... kannn kawan-kawan H2m ? ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...