26 April 2015

Sabah : Jambatan Tamparuli

Secara jujur nyaa.. aku memang pernah dengar nama Jambatan Tamparuli ni. Tapi tak terasa pon nak google ka apa.

dan juga.. aku tak dak rasa macam

" suatu hari nanti aku nak sampai sini"

tak daq ponnn rasa gitu..

tup tup.. aku sampai sini.. haha




Aku sorang teruja asanya.. yang lain cool jek.. ohh ! masa ni tak pandai guna monopod lagi. asek nampak monopod jek bila bergambaq.



Pemandangan disekitar memang cantek.. cuaca , dengan langit membiru.. sungai dia kaler teh ais. Tak daq sampah tu kira ok la kan?


Ni lah Jambatan Tamparuli. Berlatar belakang kan bukit bukau. Jambatan ni, kalau aku.. aku panggil, titi gantung. memang bergoyang-goyang la. nih, kalau aku bawak mak aku.. mau mak aku merangkak sambil menjerit ni. punya la dia gayat.. hikhik





Penghujung jambatan ni.. ada pasar. Pasar basah.. tu je la yang ada pon. Mahapkan patik kalau rasa naik mual tengok gambar patik berselfie. hihi !


Ok, Bye ! =)

24 April 2015

Honeymoon Berjemaah Sabah [ Day 2 ]

Hari kedua kami di bumi dibawah bayu..

Subuh kat Sabah ni kan awal. Dalam pkl 5 lebey kot kalau tak salah. Lepas Subuh, terus lah bersiap-siap untuk ke destinasi seterusnya. KUNDASANG ! malam ni kitorang tido Kundasang. nak amek feel sejuk-sejuk macam Uyah . Sebab tengok dia pegi la yang aku terasa nak pegi Kundasang ni.

Pukul 7 kat Tuaran ni dah cerah dah. Tengok anak-anak sedara Seli.. pukul 5.30 dah bangun pegi sekolah. padahal malam tadi diorang tido pukul 1 lebeih kott.. hoihhh la.. kalau aku zaman sekolah.. 5.30 pagi ni aku membuta lagik..

Masa otw, jalan opkos la berbukit bukau kan.. Lepas habis kabu-kabus ni.. aku tido.. sebab makan ubat selsema.. waktu berjalan jugak la nak selsema kan.. selama sebula duk umah tak de pulak.. tak pe lah.. layan kan jer..


Masa ni tak pasti samada pukul 8 or 9 pagi.. masih berkabusss ko... sejuk tu ade la sikit-sikit.. 



Masa on the way ke Kundasang, kita boleh singgah banyak tempat menarik.

Jambatan Tamparuli


Pekan Nabalu :


Kinabalu Park


Desa Dairy Farm (Ladang Lembu tu.. boleh feeling New Zealand sekejap) :


Mata Air Panas Poring






Menginap di Kiram Village Cabin, Kundasang (tu pon berdasarkan tengok blog Uyah jugak. hahaha ! )



Boleh nampak kan baju yang sama je melainkan kat Kiram Village tu.. hihi ! Memang full aktiviti kitorang untuk 1 hari ni. Akan ku update setiap lokasi di lain entry k? Gambar sampai beribu-ribu.. jenuh memilih. pastu nak letak watermark lagi.. tu yang aku lambat update pasal Honeymoon Berjemaah Sabah ni. (macam ade orang kesah kan.. huahuahua ! )



ok, Bye ! =)

23 April 2015

Honeymoon Berjemaah Sabah [ Day 1 ]

Bulan 3 lepas aku g hanimun berjemaah lagi. tak lain tak bukan dengan Day & Seli jugak.. memang tak de org lain . sebenaqnya.. tiket ni dah beli dari bulan 6 2014. hahaha ! mula-mula beria-ria nak beli tiket untuk ke Bali. tapi, bila masa nak beli tu.. harga tiket naik. pepaham la Air Asia kan.. dalam 'eberiwan ken fli' tu.. terus tak jadi. untuk mengubat kekecewaan, kitorang decide g dalam Malaysia je la.. ok, pilih Sabah. tengok rega tiket pon ok.. terus beli. jangan ditanya berapa harga tiket yea. opkos la lupa.. taon lepas oii ! tapi yang pasti.. kitorang kalau jalan-jalan semua bajet ciput-ciput jek. tak de la nak hotel yang berbintang-bintang beria. janji murah, dapat baring, dah cukup dah. ala backpakers la kunun nya..

Disebabkan kitorang laki bini dah pindah ke Langkawi. nak tak nak.. terpaksa la amek flight ke Klia2. boleh nak naik kereta or keretapi, tapi kena amek cuti 1 ari dan kos bawk kereta lagi banyakkk dari naik flight.. so.. amek flight ja ler..

flight ke Kota Kinabalu tengah hari. so, kitorang sampai sana pagi la. kira macam transit lah.. hoihh.. dengar perkataan transit macam pegi obersea uolss ! kuikui !



Naik ketebang, tak best ar tak amek gambar macam ni, kan? nak-nak pulak siang hari.. dapat seat tepi tingkap. aku kalau beli tiket, tak pernah nak pilih seat. nak bayar RM10 semata nak tuka tempat tu tidak lah.. redho jek dapat duduk kat mana pon. pernah ja aku dok asing-asing dengan Mie. die kat depan.. aku kat blakang. Die cakap..

"buat apa lah nak membazir ni.. kita ni 1 flight jugak. setakat Langkawi - Kl je pon.. "

hurm..yolahhhhh...

Dari Langkawi dipagi hari.. so, aku ni tak ngantuk la. rasa tak sabar nak sampai Kl. 1 jam tu rasa lame.. so, sepanjang 1 jam tu aku dok amek-amek gambar je la.. hoho!



Sampai kat Klia2, Seli dengan Day dah sampai dah.. ok la.. lepak-lepak dulu.. Day siap bawak bekal sandwich bagi alas perut takut kebulur. sooo swettt !



orang lain sebok cari tempat. aku sebook selfie.. 
Seterusnya.. perjalanan ke Kota Kinabalu makan masa dalam 2 jam. so, dalam flight, aku bosan, sebab aku teruja. HAHA ! poyo kan ? so, aku main tangkap-tangkap gambar lagi. kali ni Mie pon join. Aku tak tau la kalau pegi obersea macam mana. ari tu masa aku g Bandung aku terlelap kejap je.. sebab aku sensorang. takot.. kalau pegi dengan Mie tak tau la apa kitorang buat..


yang boleh aku dok selfie macam ni.. sebabnya dalam flight pasang lagu.. 

"but first, let me take a selfie"

aku pon.. apa lagi.. ni sengeh macam kerang busuk sebab pramugara tu tego. 

"kena dengan lagu laaa "

terus senyum malu, siap Mie gelakkan aku. cehhhh ! 



naseb bek la kali ni diorang naik xde orang yang tak mandi. tahun lepas masa cuti-cuti g Langkawi, Seli duduk sebelah orang tak mandi. 1 jam pon jadi lama la.. sesakk napass.. haha !


Bila diatas ni.. memang tak lepas peluang amek gambar awan.. cantiknyaaa Subhanallah..


Sempat warnakan kuku wei ! tak boleh nak tido lagi waktu ni.. aku tengok Day la.. dok warna kan kuku. pewarna ni halal punya. tapi nak solat kena buang la. siap Mie tolong warnakan sebelah kuku aku. hahaha ! 


last aku tewas. bukan main lagi muka laki aku.. dapat pedajal aku.. yang aku boleh tido ni bukan apa.. masa tu flight asek langgar awan jek. sampaikan aku rasa jantung aku kat atas, aku kat bawah. masa tu aku terbayang MH370 tu. lepas tu, selamber aku cakap kat Mie, (kunun nak ajak sembang la)

"Yang, macam mana la MH370 tu kan.. haihhh ! b rasa jantung kat atas dah ni"

panggg ! aku kena penampaq kat peha...

"Boleh diam tak? apa cakap benda macam ni? "

kena marah beb ! aku rasa orang sebelah aku mesti gelak-gelakkan aku.. dalam masa yang sama mesti dia kutuk aku. aku celupar. kot yea pon nak cakap.. biar la dah selamat sampai, kan? hoihh ! tetibe aku rasa bodohnyee akuuu ! Alhamdulillah laaa.. aku sampai dengan selamatnya.. sebab tu la la aku tido.. senang.. aku tak nak cakap dah. tapi tido-tido ayam jela.. dalam hati... dok istigfar jek..

Dah selamat touch down, Mie cerita dekat Day dengan Seli apa aku cakap masa dalam flight tadik.. dah kena maki dengan Day..

"Bodoh la ko nihh ! "

hahaha ! aku pon rasa bodoh weyy ! ntah macam mana aku boleh slumber cakap macam tu.. muahahaha !



Kami sampai sana, Abang Seli yang datang amek. Kitorang bermalam di rumah abang Seli. tumpang tido sana 1 malam. So, masa tu abang dia cam lambat sikit sampai sebab nak amek anak dia balik sekolah semua.. so, kitorang pon melambatkan perjalanan kitorang. kitorang jadi orang last keluar flight. masa ni nak beratur isi form tu.. aku bawak passport. haha ! sebab passport tak penah guna lagi. nak jugakk la pasport aku tu ber cop. kihkih !

Rumah abang Seli ade la dalam 30 minit dari Kota Kinabalu. rumah abang dia di Tuaran. dekat dengan Rumah Terbalik tuuu.. sebelum sampai rumah, abang dia bawak kitorang dinner dulu. baru ku tahu, Kota Kinabalu sangat pemes dengan kepak ayam.. hoihh ! pestime aku makan beria.. aku tak minat makan kepak. selalu aku makan dada ayam. memang minat sangat dengan isi. tak minat sangat makan tulang temulang. so, kat Kota Kinabalu ni la makan dengan bersungguh nyaa.. sedapppppp sangatttt !


Sebelah Mie tu, Abang Seli. sebijik muka Seli. rasa macam tengok cerita Doraemon Stand by me plak . Nobita sekarang dengan akan datang. ehehe ! macam ni la. so, nak tengok Seli masa tua.. tengok abang dia sudah.. kehkeh ! muka aku tu nampak nau ngantuknya.. tu sebab tak de kening je tu.. betapa effectnya kening untuk muka aku. KAHKAHKAH ! 



Tq , Abang Din dan isteri. Semoga murah rezeki dan dipermudahkan urusan.. :)



Selesai hari pertama merangkap hari perjalanan kami. 


ok, bye ! =)



22 April 2015

Feri Penumpang ke Langkawi

Ada tak sesapa yang tak pernah naik feri ke Langkawi?  hehehehe !

entry kali ni rasanya sesuai dibaca untuk orang yang pertama kali. dan pabila gambar ni diambil. ini adalah kali ke dua aku naik feri ! aku baru lagi duk Langkawi. kalau nak tau.. aku peram lama tau gambar-gambar ni. haha ! 

Untuk entry ni, aku dari Jeti Kuah. Harga tiket RM18 untuk dewasa. Kanak-kanak aku tak tau ler. pepaham ler.. orang tak de anak. dok belek rega dewasa je la.. sorry nohh.. tapi yang pasti.. murah sikit la dari tiket dewasa tu.. hihi! oh! rega tiket sama ja . Kuala Perlis - Langkawi Rm18 . Langkawi - Kuala Perlis pon Rm18. jangan pening-pening... 

tak pernah surut orang kat sini

Yang ni pulak pemandangan di kawasan Jetti Kuah.





Mata aku tengok cantik la.. ayaq hijauu.. langit membiruu.. ni baru jeti.. ko bayangkan pulau-pulau kecik sekitar Langkawi ni pulak.. haihhh ! Aku teringin nak pegi Pulau Payar. tak pegi-pegi lagi.. masa x sesuai la lagi. bukan tak sesuai apa.. Mie la busy... 

ni pemandangan kat dalam feri

Besar tau 1 feri ni. boleh bawak beratus orang sekali jalan. jangan risau, setiap tempat duduk ada nombor. kot-kot la risau pasal tempat duduk. Lagi 1, paling awal nak beli tiket.. 1 hari sebelom. hari ni beli esok naik. Aku dengan Mie jenis beli tiket awal. selalunya akan datang balik ke jeti(kalau balik Perlis) 1 hari sebelum balik la. selalu dapat seat depan-depan ja. sampai kan nak tengok tv pon kena langut (mendongak) 


harap serba sedikit dapat membantu .



ok, bye ! =)


update :tiket untuk  kanak-kanak bawah 2 tahun PERCUMA 

21 April 2015

Bersederhana


Kamis lepas kitorang balik Kelantan. kampung Mie. ni semua gara-gara gambaq ni..

Ini Medina Zhufairah

Sarah Zhufairah dan Medina Zhufairah
Perghhh ! aku tengok pon terasa meronta nak balik kampung ! kahkahkah ! rinduuuu gilaaa kat Kakak Suchan ni.. tengok gambar ni.. Lagiiiii lahh ! dah la jauhhhh sekarang nihh.. Diorang Kl.. kitorang di Langkawi.. tapi gambar ni kat kampung. Bachok, Kelantan. Kak Long berpantang kat kampung..

Maka.. pulang lah kami Kamis lepas..

Sampai ja pagi Kamis tu kat rumah.. tak de orang lain aku carik.. HAHA ! opkos la Kakak Suchan ! gilaa rinduuu ! sampai jek, terus peluk dia..

"rindunyaaaa kat Kakakkkkk..... "

cium-cium dia..

dia? sengeh jek.. muka macam bangga la ade orang rindu dia. HAHA !

Balik kampung, opkos la Mil aku akan masak sedap-sedap atau pon mengikut selera anak dia.. untuk aku.. aku ok jek.. semua Mil aku masak sedapp.. memang dasar menkedarah kan... =P

Ni antara makanan digemari. rugiii kalau diet. sedappp nihhh .. 
Adik beradik Mie memang penggemar seafood tegar. Balik hari tu.. siap pegi cari kepah. tu paling peberet lah tu.. sanggup pegi Pasar Tok Bali ok. kalau aku.. aku suka udang dengan sotong jek. tak pandai makan makanan lain.. maybe sebab tak diajar dari kecik kot.. ya  lah.. kat rumah memang tak beli seafood ni sebab mak aku ada alahan. so, kitorang makan kan je la. ikan pon selalu makan ikan kecik-kecik jek. ikan besar-besar tak pandai. dah kawen ni la baru aku belajar makan. siang. masak segala...

dekat 10kg kepah la jugak diorang makan. memula beli 3kg rasanya.. lepas tu biras aku kebetulan balik lalu ikut jalan yang kitorang pegi kepah tu.. so, Kak Long pon kirim skali. 5kg ok dia beli! memang makan tak ingat lahh ! nak-nak Mie la. aku mana pandai masak menda ni.. bukan main melantakkk lagi dia..

keesoakan hari, kitorang dah nak balik Langkawi, pukul 3 pagi dia bangun membuang.

Cirit - birit !

dalam masa yang sama, rupanya dia tak keseorangan.. Adik dia Anis pon samaa ! takpa.. berjemaah la korang. naseb bek aku tak makan. aku tak makan sebab ari tu aku makan, muntah-muntah. perut aku tak boleh terima. lepas tu aku dah serik dah . aku makan 2 kali. tu je la.. pertama dan terakhir. memang aku tak nak la..

Kitorang transit kt Klia 2 (dah ghupa obersea dah) sebab tak de flight direct Langkawi - Kota Bharu. disebab kan kitorang sampai pagi di Klia2, flight untuk balik ke Langkawi malam.. so, aku ajak la Day dengan Seli. diorang pon ok jek. amek kitorang, lepas aku bawak kitorang balik ke Semenyih. kira sambil-sambil tengook rumah la..Bukan tengook rumah sangat pon.. Mie yang malas nak keluar asek cerry berry.. melepak la kitorang kat rumah. Day dengan Seli pegi kenduri. Kalau Mie tak cerry berry.. aku pon pegi la kenduri tu.. dah jadi macam tu.. takkan nak pegi sesorang walaupon Mie cakap ok ja dia tinggal kat rumah sensorang.. memang takk la aku nak pegi.. serba salah tauu..

Lepas Day dengan Seli balik dari kenduri, diorang nak ambek la kitorang. plan nya nak melepak kat IOI City Mall.. bukan apa.. senang nanti nak hantar kitorang kat Erl Putrajaya. amek Erl je senang. terusss ke Klia2.Mie pulak tak nak.. takut sakit perut kata dia.. aku memang follow je la.. tapi.. lapar la pulak.. apa nak makan? Mie cakap masak nasi makan dengan telo goreng. hehe! dalam tengah dok basuh periuk nak masak nasi.. Dia suh call Day.. cakap dah boleh datang amek dah.. sebab pikir-pikir balik.. nanti nak bagi kunci macam mana kalau kitorang stay sampai petang, dan Seli pon memang ada hal petang tu. Jiran depan umah pon tak de.. dalam risau sakit perut tu.. gerak la jugak pegi Seksyen 7 Bandar Baru Bangi sebab nak makan sup Urat Keting. Aku suka sup kat situ.. Mie pon redho je.. lepas tu die pon ok.. sebab perut tak sedap kan.. atleast boleh makan sup kat situ..

Sudah makan baru g IOI City Mall. nak tengok Fast & Furious 7. tapi tengok masa tak mengizinkan pulak. takut kitorng rushing or terlepas flight nanti. haa.. satu hal pulak tu kalau jadi macam tu.. tapi dalam IOI City Mall pon perut Mie tak ok.. ada la 2 kali ulang laik g toilet.. kesian pon ada. disebabkan dia macam tu.. shopping pon tak dan. HAHA ! cuma dok mencari tempat nak duduk je kata dia.. tak larat. yea la.. dah cirit birit teruk kan.. badan pon jadi lemah la.. lepas tu pergi la mencar tempat yang boleh melepak minum-minum, sembang-sembang. so, pegi la Teh Tarik Place. lepak je sana sampai petang.

Lama tak melepak suka ria macam ni. lama tak lama pon.. 3 bulan ade la. huhu ! 
Flight kitorang pukul 9. tapi delay setengah jam. Kitorang dengan rasa belegasnyaa,, dan opkos la letih gilo.. aku duduk je.. terus lelap. sedar-sedar, aku dah sampai Langkawi. Muahahah ! letih nyaa ! pastu masa dalam kereta untuk kerumah pon boleh tertido. aku ni , sampai-sampai rumah terus la mandi-mandi dalam mengantuk tu kan.. nak tido.. Mie tak elok lagi perut dia. haihh.. kesian laki aku..

Hari ni, aku terbancuh milo susu untuk dia minum waktu breakfast. lepas tu kena tuka. dia tak nak minum perut tak lagi kata dia. nak minum teh kelat. dari semalam.. dah berapa cawan teh kelat dia minum. tapi untuk hari ni sekali jek. makan pon nak makan bubur jek. alahai.. tapi disudut lain ok la.. senang keja aku! HAHA !

menu tengah hari dan pagi. ni lah ni. senang keja aku gak kan ? hikhikik




Kesimpulannya.. bersederhana lah bila makan. terlampau banyak makan pon tak bagus. tengok.. dah spoil 1 hari.. huhuh !


Ok, Bye ! =)



20 April 2015

Rania Alisha Si Dobot

Anak sepupu aku yang aku pernah cerita ari tu.. dah besar dah.. setahun dahh..

si dobot Rania Alisha

tak nak kat orang. nak melekat kat Mama dia jekk 
Tak larat nak dukung. chubby.. macam michelin dah lengan-lengan tu.. Dulu masa baby.. alahai tecik nyaa.. nahh.. amek.. sekarang sampai tak larat nak dukung. Pastu jangan tonggek-tonggek muntut tu.. menggoda sungguh.. Alisha ni tak nak sangat dengan orang. sebab dia tak biasa dengan orang ramai. kiranya tak mesra alam la mek Alisha nih..

Sebab bila mama dia pegi keja.. die duduk dengan nenek die jek. berkawan dengan atuk dengan nenek jek. manja la.. tak biasa dengan orang. Orang nak bawak naik moto pon takut. tak biasa. selalunya.. budak-budak, kalau orang ajak naik moto, opkos melompat suka nak ikut. dia ni tak..

Lepas tu kalau ko umpan dia untuk pergi kat ko.. ko tunjuk kartun dalam hp ko pon tak layannnn.. dia layan Indahnya Iman dalam Astro Oasis tu jek. kalau ada tu.. dia memang akan duduk lama depan tv. setengah jam. setengah jam  lah.. baguihhhh anak dara ni..

Teringat kat muntot die terkedek-kedek macam itik pulang petang itu.. HAHA !


ok, Bye ! =)

12 April 2015

Tetiba Sebak

Hari ni rajin blogwaking.. sampai ke blog ni.INI. aku tak jadi nak stop kan lagu.. tersentuh hati pulak.. selalunya kalaau aku bukak blog yang da lagu-lagu ni.. cepat ja aku cari punat stop or pause. semak ler.. hehe ! jujur ni aku cakap.. 

ce tekan play kat situ..


Pernah dengar lagu ni??

Ni aku sertakan lirik..

Lirik Lagu IBU - Haddad Alwi feat. Farhan

Bersinar kau bagai cahaya
Yang selalu beri ku penerangan
Selembut citra kasihmu kan
Selalu ku rasa dalam suka dan duka

Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Bagaikan embun kesejukan hati ini
Dengan kasih sayangmu
Betapa kau sangat berarti
Dan bagiku kau takkan pernah terganti

Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Kaulah ibuku cinta kasihku
Pengorbananmu sungguh sangat berarti

Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/03/lirik-lagu-ibu-haddad-alwi-feat-farhan.html#ixzz3X5KdXT5P



Pertama kali aku dengar lagu ni. Kesian kat aku..

Sebak pulak aku dengar lagu ni.. Teringat Mak. walaupon kampung hanya 2 jam perjalanan sekarang ni.. ok.. ok.. Lagi 2 minggu aku balik. Bawak bersabaq wahai diri..


Kalau korang pon teringa Mak Abah kat kampung.. jom sama-sama hadiahkan diorang..




Semoga Mak & Abah dilindugi oleh Nya. :')

11 April 2015

Terjawab Sudah...

Makanya... terjawab sudah, kenapa aku sensitif sangatt semenjak dua menjak inihhh..

Period / haid .

haihhh.. teruk nauuu.. sampai sensitif terokkk. nak buat lagu mana... namanya wanita.. tak gituh?? 

dah. abaikan budak emo tak ketahuan hala ni. 


How do i look?? 

Hahahahahaha !

macam ALIEN !! TAK DAKKK KENINNN ! 

complete dengan nampak macam dahi aku jendul. pipi, 'telor ' tu macam dah takde je sekarang. bak kata budak sekolah aku jugak. pipi dah kendur.. hahh.. kauu... telan je la hakikat yang sebenarnya.. diri sendiri dah tua. erm.. taon depan dah 30. tak kan awal sangat pipi kendur ? 

ok.. ok.. aku terima hakikat. 

ohh ! btw... 

aku dah buat balik twitter aku. kenapa aku buat balik? sebab sajaaa... tak de alasan. kalau sudi.. follow la aku. hahaha ! macam gud gud jek.. bukan apa. saja.. bagi hilang sunyi... lalalalalaaaa ! @shelaabdrohman tu nama twitter aku. Alayna Jasmine tu.. alah.. saja nak poyo-poyo. tapi dalam poyo-poyo tu.. sebenarnyaaa.. macam terjatuh hati kat nama tu. sedap, lembut... Tak kena untuk diri aku sebenarnya. Luaran aku kasar. haa.. maybe kena untuk dalaman la kot. hehe !



ok, bye ! =) 

10 April 2015

Rindu Kottt

Dah 2 hari dah aku rasa macam ni. Tak de mood sangat-sangat. Mie bergurau pon aku tacing. tu bergurau. Bila dia komplen aku masak.. lagi la.. membisu dan tunduk lantas menahan air mata dari menitis. ( ko tengokk ayat akuu) air mata dah siap bertakung dah. Aku tahan je.. tak nak bagi dia nampak. Nanti dia bahan aku. Muahahaha !

Nak kata period.. aku tak period. cuma malam tadi mimpi ku period. pelik aku.. pehal mimpi period ni? tak de mimpi indah sikit ke? mimpi la aku ni kurus dah ke. ok gaks tu.. KAHKAH !

Dalam dok muhasabah diri tu.. bertenang-tenang... ( sebab Mie pegi solat Jumaat. Langkawi cuti Jumaat Sabtu) Check email. delete email. baca blog.. tengok gambar. bukak facebook.. bukak intagram...



Damnn !

terus menitik ayaq mataaa ! sangat suwit korang.. rinduuu gila kott.. aku rasa disebalik ketiadaan mood aku dalam 2 hari ni.. maybe rindu diorang la kot. yea la.. aku dok sini tak de kawan. jiran apatah lagi. takde nak bergelak sakan. bahan membahan.. aku lama tak gelak beria wehh ! setakat taip gelak HAHAHAHAHA kat whatsapp je la... tak pon kat blog ni la..



Happy Birthday Kak Epah !!!!


Ok, Bye ! =)

09 April 2015

Hangat-hangat Najis Ayam

Balik dari holidaymoon kat Sabah ari tu.. dah tak joging dah. Aku hari-hari ready jek.. bila 5.30pm aku dah siap dah. tinggal nak sarung tudung ja..

Mie pulak..

" abang penat la hari ni"

"abang keje tengah panas hari ni, tak larat la"

"sekarang ni Langkawi musim panas. panas gila nuhh kat lua.. kita g esok kot-kot tak panas"

haramm... dari pertengahan bulan 3 sampai sekarang, bulan 4.. tak pegi-pegi. Alasan bulan 4 pulak..

"ada customer datang, nak beli jet ski, tak kan nak halau customer kot"
"ada customer nak beli gps la masa nak tutup tadi.. "

hurm... aku takkk joging la namanyaaa.. aku pulak.. tak best ar nak pegi joging sensorang. dah la sepanjang Mie keja, aku sensorang kat umah. inikan pulak nak pergi joging sensorang. boring ok. aku tak de kawan kat sini. apatah lagi jiran. berkawan dengan media sosial jek. tu pon kira naseb baik lah ade.

Dah tak pegi jogging sekarang, petang-petang aku layan drama online sampai lah ke maghrib. lepas maghrib baru buat dinner. tp selalunye dinner Mie sorang je makan. Aku tak begitu teruja dengan makanan sendiri. ntah la. selalu asal malam jek, kalau hari Rabu atau Sabtu, ajak pegi pasar malam. tak beli beria pon. just satay. setiap kali pasar malam okk..
ada yang cakap.. aku duduk Langkawi, makin demokk lah.. sebab selalu makan coklat. itu pon tidakk.. aku pon tak paham. jadi tak teruja. dulu masa datang holiday kat sini, bukan main lagi aku sauk coklat. sekarang, yillek.. tak de perasaan. maybe sebab dah depan mata kott...

Lepas, lunch tadi.. ntah.. tetibe rasa bosan.. ade je keje nak buat. yea lah... keje rumah mana penah habis oi ! tapi ntah. semua malas. nak tengok drama malas, nak lipat baju malas, nak layan fb malas, nak layan whatsapp pon malas, last-last ntah macam mana aku nampak link web jual handbag. nampak harga cam menarik. terus beli. lepas beli.. tertanya sendiri.

"bila aku nak pakai ni??"

ni aku tak bagitau lagi kat Mie aku ada beli beg online. tapi memang kena bagitau jugak sebab parcel tu nama dia ! muahahaha ! dok sini apa-apa parcel memang tak letak nama aku. semua nama Mie. aku tolong klik buat transfer online jek. yang lain semua Mie settle kan.. dari masuk duit ke akaun aku sampai la ke bukak plastik parcel. dia lagi teruja dari aku rupanya.. muahaha ! yea la.. masa aku keja dulu, barang-barang aku beli online.. semua aku dah bukak kat opis. teruja kan... parcel sampai. Bila dia datang amek, aku terus tunjuk barang. sekarang ni, dia yang terima parcel. tu yang jakun agaknya. muahahahaha ! yo lahh.. aku bagi peluang.. ekekeke !

Dulu sebelum berhenti keja aku bukan main atur jadual. hari-hari nak jogging lah.. last-last.. caitt.. hangatsss hangatss tahikkksss ayamsss sajasss ! bukan aku k.. salahkan laki aku. muahah ! disebabkan itu.. sekrang aku follow video workout kat youtube. tu pon kalau wifi ok. kalau tak ok.. macam aku kena ari tu.. beria ria ni angkat tangan ikut la dalam youtube tu.. Biapasha Basu plak kan.. tengok six pack dia.. perghh ! tengah dok angkat tangan.. video stop gitu jek. aku pon stop la dengan tangan kat atas tu.. hurmmm.....


ok, bye ! =)

08 April 2015

Bawa Kereta ke Langkawi

nampak gaya.. target 3 hari sekali ada entry baru,awal-awal dah kecundang. hoihh !

nampak sangat aku ni tak boleh nak berazam sangatt.. kena ikut mood jek.. 

kehkehkehkeh !

ok nak cita pasal pengalaman bawak kereta masuk ke Langkawi. Akhirnya.. TAX (kereta kitorang ler) dah selamat masukk dah Langkawi dahh.. yeayyy !

Mula-mulaaa sekali aku dapat tau Mie dapat offer g Langkawi.. memang terpikir dah bab-bab nak pndah ni. macam mana nak bawak barang. nak bawak barang apa. barang apa yang perlu.. dan barang-barang yang tak perlu. dan. opkos la terpikir pasal kereta ! opkos lahh nak bawak g sana. takkan nak naik van sokmo. HAHAH !

Disebabkan nak bawak kereta sendiri masuk Langkawi.. baru aku tauuuu..

dah tak perlu melalui Kuala Kedah. selama ni, sebarang kenderaan nak masuk Pulau Langkawi, memang akan melalui Jeti Kuala Kedah..

ada dua company yang buat servis ni..

Langkawi Auto Ekspress dan Langkawi Roro

hari tu kitorang pilih naik Langkawi Auto Ekspress. sebab? masa tu dia baru operasi.. dan ada harga promosi. kehkeh ! kita sebagai pengguna, perlu menjadi bijakkkk ! mihmih.. kitorang bawak barang-barang yang penting jek. bawak pakaian dengan tupperware, periuk belanga sket. tu ja la. tv semua, dah ada kat Langkawi. sebab rumah tu homestay, so peralatan lengkap la. sewa setiap bulan skali dengan barang-barang. dan ada yang barang yang company Mie sedia kan. so, tu je la yang bawak. kalau bawak barang 1 rumah, aku rasa, kena sewa lori. ntah berapa ribu habis kalau macam tu..

Tax kitorang tu 1.3 jek.. harga masa tu RM130 (sehala) tidak termasuk penumpang ok . tu harga kereta dan drive. alamak.. aku tak ingat harga tiket untuk penumpang. dalam belas-belas ringgit. tapi yang pasti lebih murah dari ko naik feri penumpang tu.. feri penumpang tu RM18 sehala.

Servis feri ni tak sama macam feri Pulau Pinang. Feri Pulau Pinang, terus beratur, beli tiket je kan? feri ni, opkos la lain.. tengok harga tiket die la.. haha! korang kena booking dulu. dulu aku baca.. ada yang booking seminggu awal. ni musim perayaan la. dari Langkawi ke tanah besar. Aku pulak hari tu nak bawak masuk kereta lepas raya cina. tapi masa tu last day la musim cuti raya cina tu..

pergi booking hari ni.. nak balik esok. memang TAK DAPATT bebb.. dah full okeh ! lusa baru ada kosong. okkk... terpaksa tuka plan. lusa tak free.. terus booking untuk weekend. weekend tu lg 4 hari ok.. so, 4 ari tu la baru amek kereta bawak balik Langkawi. hari ni, (hari masa beratur ni) tuan balik dulu. bukan apa, Mie dah kerja esok tu.. tu yang decide weekend la baru balik amek. lagi pon kereta tu tinggal kat umah mak abah aku jek. abah aku la yang tolong idup kan enjin pepagi selama 4 hari tu.. macih abah..

Dah nama pon kitorang ni pertama kali.. masa kat kaunter tu.. baru tauu.. boleh booking onlinee ! okk.. lepas ni booking online lahh.. tak payah beratur panas gini..

Langkawi kan kecik.. mai beratur sini pon jumpa kenalan Mie. ntah.. customer ke ape.. 



ok yang bawah ni Roro punya..



masa ni harga Roro RM180.. Langkawi Auto Ekspress Rm130. opkos la pilih Langkawi Auto Ekpress kan ?? 

ni masa beratur nak naik feri.. 

pada yang takut-takut tu (pompuan) jalan risau.. staf die akan tolong 'tengokkan' kita dan bagi arahan untuk parking sebelah mana. ramaii staff dia. jangan gabra. 
Feri ni ada 2 tingkat. 1 tingkat untuk kenderaan, 1 tingkat untuk penumpang. macam feri Pulau Pinag jugak yea.. tapi feri ni lagi besttt ar..

Ni tingkat atas. luas.. sejuk.. ekon berfungsi dengan baik. tv, besar tu je la.. sound ok. cuma macam biasa. cinonet la kalau duduk belakang tu. 
Dalam feri ni ada orang jual makanan ringan jugak. macam keropok, air mineral.. aku jenis bangsa bawak air g mana-mana. so memang tak pandang sangat la tempat tu. hehe ! perut pon tak llapar sangat sebab melantak takhengat kat umah mak aku sebelum datang sini. hehe!
ni tingkat bawah pandangan dari atas. 
kat tigkat atas, disediakan toilet jugak. jalan risau, ada toilet lelaki perempuan.



toilet laki dan perempuan ni bertentangan. aku amek gambar toilet ni sampai kena gelak dengan Mie. hoihh.. gigih punya pasal.

aku duduk kat dalam sat ja.. aku lebih teruja nak duduk kat luar. maklumla.. aku dulu jarang nak jumpa pantai cantek ni. kat Kuala Perlis tu laut. air pon kaler teh ais.. so dapat peluang.. memang aku tak lepas la..

Me tak suka duk luar. panas kata dia. yo lah... aku jugak yang suka panas-panas. 
Alah kat luar ni memang la panas. tapi berangin weyy ! mana nak dapat rasa berangin macam ni kalau tak naik feri?? muahaha

tu yang kecik tu bot nelayan


garangnyaaa pok cik ni.. 
Amacam?? cantekkan? aku ada hantar gambar kat kawan sekolah aku.

aku hantar gambar ni. kawan sekolah aku boleh tanya aku g bercuti kat mana.. HAHA ! pon boleyyy lahh.. 
sangat cantekk.. sebab tu aku duduk sekejap je kat dalam. yang lain aku lepak luar.. atas tangga belakang tu la aku bertenggek.

Kitorang turun kat jeti Tanjung Lembong.. kat sini jeti untuk feri besar macam ni la. jeti penumpang yang selalu naik tu.. benti kat Jeti Kuah. Kat jeti Tanjung Lembong ni tak da apa. drive keta je keluar. sebelum keluar tu ada lorong macam kita kat tol tu. haa.. kat situ kastam tengah tunggu. kitorang lalu macam tu je la. tak de suruh benti check kereta ke apa.. maaf tiada gambar.. sebab bateri kamera aku dengan handphone out.

Beza dengan Jeti Kuah. ada macam mall dalam tu. siap ada HIG, Starbuck, Nasi Kandar, kedai aksesori.. so, jangan tetiba cakap nak shopping at jeti Tanjung Lembong, yaaa...


Selamat Datang Ke Langkawi wahai TAX ! ekekeke ! =)



ok, bye !


update :

1. PERLU.WAJIB bawa salinan geran.
2. feri Penang harga ikut sebuah kereta.penumpang tak payah bayar. itu feri Penang. yang ni.. penumpang KENA bayar tiket. Bila penumpang pon kena bayar tiket, bermakna.. driver dan penumpang naik sekali la kan..  (tak ingat berapa belas. kiranya harga tiket untuk penumpang ni lagi murah dari tiket feri penumpang biasa tu.. )

contoh mcm ni 

Kereta : RM130
Penumpag ada 4 orang : RM16 (contoh harga ) x 4 orang = RM64

TOTAL ; 194 untuk SEHALA. 

selamat datang ke Langkawi ! ahaks! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...