10 November 2014

Melalut

Dalam 2, 3 hari lepas Day dengan Seli ada tido umah aku. Macam sweet la.. teman aku.. ecewah.. walaupon aku memang memanjang kena pakai tudung dalam rumah sendiri.. tapi tak pa. atleast aku ada orang nak borak. btw, thanks Day.

Sekarang, sejak menjak aku drive sendiri pegi keja.. jam tepat pukul 5.. aku memang tak senang duduk dah. gelisah ! kat kerusi aku tu dah macam ada duri-duri dah. tak boleh duduk ! ubat dia... sharp pukul 5.. aku KENA balik. HAHAHA ! tak kuasa dah nak balik lewat-lewat.. rasa ada sesuatu menghantui jiwa. tediaaaa... ayat tak boleh blah !

Macam hari ni. aku terlewat 15minit . pukul 5.15ptg baru aku keluar opis. Ntah buat apa ntah.. sok sek sok sek.. dah membaziaqqq 15 minit. =p lepas ja thumb print.. amek keta terusss pegi car wash. dah berkeladak sangat dah Tax aku tuhhh... ya lah.. hari -hari lain aku nak basuh... tetiba hujan.. hari ni masa aku balik tak hujan pulak. tapi macam mendung-mendung sikit. tak mustahil nak hujan kejap lagi... tapi.. aku dah tak boleh tengim sangat dah Tax tu. keladak sangat dah.. bawak pegi cuci..

Masa otw balik rumah.. lepas lorong TNG tu.. alamakkk ! tingkap keta ni buat hal pulakkk ! cuaca dah mendung dah.. telefon Day.. kot-kot masih dalam area Kajang lagi.. rupanya.. diorang dah kat Nilai. erm... tak pa lah. tingkap tak boleh tutup ! pastu bawak bertenang.. aku tekan lagi punat tu.. Alhamdulillah ! tingkap pon tertutup. Ngam ja tutup... Hujan lebat !! haihhhh ! pandai ko timing eh tingkappp ! legaaa... aku dah risau dah.. kalau tak boleh tutup.. macam mana aku nak buat ni. nak parking nanti macam mana. kalau masa parking hujan lebat macam mana pulak.. Tapi, alhamdulillah... boleh tutup. Lega...

Yang aku dok pot pet tanpa arah tuju ni.. sebenarnyaaa... aku dalam keta ! tak keluar lagi ! masih kat tempat parking rumah aku. hujan lebat gilaaa ! aku malas guna payung.. aku tunggu je la dalam keta kejap. sambil belek blog mana yang dah update tu... sekali... aikk... lama la pulak... tu yang aku membebel tanpa arah tuju...

Mesti rasa menyesal baca apa yang aku dok melalut ni.. HAHAHA !

OK, BYEEEE ! =)

08 November 2014

Kalah Tanpa Bertanding

Haaaaa? macam mana tu? pelik sangat bunyi tu... selalunya kita dengar.. menang tanpa bertanding je kan ? kes aku ni.. dah kalah, tak bertanding pulak. memang patot la kalah dah tak bertanding kan? 

haaaa... kes aku.. len maciammm sikit..

Malam tadi aku bukan main risau lagi.. risauuu takut aku tak cukup nafas hari ni , risauuu aku krem. risau.. melemahkan team. haaa... apa yang aku risau tu.. semuaaaaaa tak berlaku ! aku tak sempat nak berpeluh pon ! HAHAHA !

Tak de rezki lagi tahun ni nak menang. walaupon tempat ke 3. apakan daya. bukan rezeki. yang pasti... kali ni kalah teruk dari tahun lepas. nak buat macam mana... bukan rezeki...
kisahnya bermula dengan... single lelaki. single lelaki dah start kalah. diikuti single wanita. dan.. dilengkapi double lelaki. tak cukup fit lagi ni.. haa.. mesti tak paham kan? team badminton ni terdiri dari single laki, single perempuan, double laki, double perempuan dan akhir skali.. mix double. dalam 1 team ni.. kitorang kena collect 3 mata untuk menempatkan diri ke peringkat seterusnya. so.. bila dah 3 game kalah. secara automatik dan tidak mahu membuang masa... double perempuan dengan mix double tak main. ohh ! kecewa jugak. bukannya nak tunjuk lagak kita ni hebat ke apa. tapi pengalaman. ya.. pengalaman dalam gelanggang yang serius macam tu. tekanan dalam gelanggang macam mana.. macam mana rasa berdebar-debar nak start main... ha... cam tu lah.. pengalaman semua tu bukan senang nak datang. tapiiiii tu lahh.. bukan rezeki. single perempuan cedera. lagi 4 mata ja lagi nak menang. tapi.. nak buat macam mana... dah tak mampu... sebab dia.. dia pakai kasut ketat. salah jugak si pemain ni.. tak sempat beli kasut sukan baru. haha ! senang cita.. tu penyebab ja.. yang hal sebenarnya.. bukan rezeki..

Mungkin rezeki pada tahun hadapan. in shaa Allahh. adat bertanding lah. menang kalah. tapi nampak gaya.. tahun ni kalau menang.. lagi best. sebab dia... dapat duit dan medal. taon lepas.. dapat medal je. tak pe lah. nak buat macam mana kan? kitorang menang sorak je lahhh.. hihi !


budak MIROS dan bergambar.. berpisah tiada

ntah macam mana.. beratur kali ni aku pulak kat depan.. 

ni partner aku. hihi! jangan pandang sebelah mata ehhh :)

ni semua atlit MIROS ke sukan ni untuk tahun ni


ni team badminton. memag takde muka lain dah



ok, bye ! =)

07 November 2014

Badminton & Harapan

Esok ada badminton. kali ni lawan. aku risau.. sebab? aku lama tak training ! stamina tak daq. malam ni dah sapu-sapu minyak angin kononnya. risauu kot-kot esok krem ka apa.

Kalau diikutkan hati. memang tak nak join. tapi nak buat macam mana. ketandusan pemain wanita. tapi tu lah hakikatnya. susahh sebenarnya bila namanya perempuan, isteri , ibu nak bagi komitmen sukan - sukan macam ni. Nak-nak pulak jenis anak yang breastfeeding. mana bole berenggang dengan mak dia. kang tak pasal-pasal.. mak dok dalam gelanggang.. anak dok meraung kat tepi court badminton tu. mak pon tak boleh nak fokus.

Tahun ni sangatlah sibuk. boleh dikatakan setiap kali hari training tu aku kena keje luar. Apakan daya. kena dahulukan yang wajib la kan? Tu yang aku cakap tadi.. kalau diikutkan hati, memang tak nak. dah la tak training, stamina tak daq. gemok pulak. haaa.. complete.. aku tak senang duduk pikir naseb aku esok. Harap semua berjalan lancar.

Disebabkan aku tak turun training, aku memang tak meletakkan harapan yang besar. Sebelum ni, ada gak letak harapan . tapi... memandangkan training tak turun... dah malas nak mengharap. cuma.. jadi berdebar.. sebab aku tak nak lah kalah teruk sangat. kalau kalah teruk yang aku tak mau. malu woo. hahaha !

semoga dipermudahkan urusan esok !

chaiyok ! buat diri sendiri

03 November 2014

Akhirnya

Akhirnyaaa...

hari yang ditunggu telah tiba.. Mie dah berangkat pergi. Baruuuu ja sampai kat Kuala Perlis. bertolak dari rumah sama masa dengan aku nak ke tempat keja. pukul 7.30am. dia sampai opis.. terus loading barang-barang bengkel dia yang nak kena bawak. Kesian, drive sorang-sorang. Bukan tak nak teman kan.. tapi sungguh... masa tak mengizinkan. Aku takot bos aku marah. Dok bercuti time hujung tahun macam ni.. T_T

Malam ni dia menginap kat Hotel Putra Brasmana Kuala Perlis. Aku tak mintak pulak gambar dalam hotel tu. malas nak mintak. kesian.. penat drive.. dah la sorang. jauh pulak tu.. apa boleh buat... dugaan.. Esok baru dia bertolak ke Langkawi. naik feri. bawak sekali kereta. aku baru tau.. kat Kuala Perlis pon boleh bawak kereta ke Langkawi. selama ni tau kat Kuala Kedah jek...

Dari pagi , sampai lahh ke malam ni.. disaat aku taip entry ni.. dah berpuluh-puluh call dari dia. HAHAHA ! tau punn rinduu... tu la.. asek gadohhh jek.. dah jaoh camni.. tau pulak rindu...

Mungkin entry aku kali ni tak dapat tolong banyak sangat pasal proses nak bawak kereta ke Langkawi. In shaa Allah.. bila sampai masa.. Kereta kitorang yang akan dibawa ke sana.. aku sharekan prosedur dia. Aku tau.. ramai dok google kan? sebab aku sndiri pon dok google. tapi susahnyaa nak jumpa bloger yang ada pengalaman pindah ke Langkawi. setakat sekarang, ada 1 blog yang membantu. Tak ingat dah nama blog tu. nanti kalau aku jumpa aku link kan.

Renyah gak arr nak bawak barang pegi Langkawi. apatah lagi pindah. tak pa.. aku share la sikit-sikit nanti , k? In shaa Allah.. kalau aku tak busy dengan kerja.. Aku carikk masa update. tak kesah la ada orang baca ke x. HAHAHA !

OK, byeeee ! =) 

Ahad

Malam tadi.. Dayah & Seli tido umah. Seli tolong angkatkan kotak-kotak barang. Terima Kasih, Seli. padahal, siang tu dah 1 hari keja. pastu pagi tadi kerja lagi. susah-susah tolong kitorang.

Pagi-pagi tadi diorang bersiap-siap g kerja. plan awal nak masak nasi goreng, dengan harapan breakfast sesama. harammm.. aku terlewar sikit jek bangunn.. Day dah siap dah pon. nak bancuh air pon tak sempat bancuh. kehke ! sorry , Day.

Lepas Day & Seli g keja. kitorang pon siap-siap pegi potong rambut Mie, beli barang-barang mandi dengan barang-barang nak masak sikit. Adik beradik ipar nak datang. Yea la.. esok adik dia nak pindah dah...
Rasa macam teman budak nak masuk asrama jek. melayan Mie beli barang-barang dia. 

Hari ni jugak.. Hari konvo Akmalia. Alhamdulillah, selesai master dia.lepas ni ambik PHD pulak yea. pastu title nama pon berubah Dr. Akmalia gituuu... aminnn !

Tahniahhh !

Lama aku tunggu ko konvo. aku memang nak pegi.. tapi... tu lahh. kita hanya mampu merancang... =) 

Sorry Liya.. Aku tak dapat pergi. busy dok lengkapkan barang dan packing barang nak pindah..

Petang sikit.. Adik beradik ipar aku sampai. Ape lagi.. opkos la ada si Sarah Zhufairah @ Suchan. Mood Suchan hari ni tak berapa bagos. Dia demam. so, Ummi Ngah dia ni pon.. dia buat tak kenal. sekeh kangg ! =p menyombong die hari ni. tak pe lah.. nak buat macam mana. dah nak demam. kalau tak. kitorang plan nak g berenang/berendam. semua plan cancel la sebab si Suchan tu demam.. Ibu die cakap.. bila dia demam.. asek nak suruh orang urut-urut , gosok-gosok perut die je.. haaa.. tetiba.. Nyahh dia.. nak melayan.. apa lagi.. dia suka la.. 'act like a boss ' lah dia. tangan sebok dok main ikan dia tu.. agaknya.. kalau jumpa Nyah dia lagi lama.. mau die buli Nyah dia ni..

Haaa... nampakkk ? suka la tu.. dok gosok-gosok perut dia. letak minyak angin sikit. berangin-rangin... kaki pun sila panggung. ok yang tu aku tak sempat snap. memang -- bukan main lagiiii lahh



Masa tengah sibuk-sibuk tadi tu.. Ade la si Suchan ni.. terpijak hp Nyahh dia. ingat kan okay.. bila dia balik je.. Nyah dia teringat nak tengok handphone. Dia godek2. haa.. sudahhh.. handphone tak de sound ! okk. terima kasih Suchann... bagi 'hadiahhh' . HAHAHA ! aku gelakkk jek.. Mie pon apatah lagi... gelak panjang dia.. Suchan bagi hadiah sebelum Nyahh dia pindah.. Suchan ni boleh tahan nakal.MIL dengan FIL aku cakap.. menurun perangai Nyah dia. HAHAHA ! patot ngamm ! memang selalu buli Nyah dia. Balik rumah dia.. Ibu dia cakap.. sampai-sampai ja rumah, terus pasang mainan ikan dia tu.. busy memancing. hahaha ! mana-mana lah Suchai oi.

Lepas diorang balik, kitorang sambung packing barang. pastu 5 kotak barang bawak turun. 4 Mie bawak turun. aku bawak turun 1 kotak je. tu pon aku sakit pinggang sampai sekarang. Esok Mie gerak. Rasa macam nak follow. Tapi.. nanti jadi isu pulak aku sesaja mengelak kuar surbey. biasa lah.. orang tak paham masalah kita. Alahh.. lagi 1.. kena pandai settle la.. kerja dengan peribadi. tu lahh.. saat-saat seorang suami drive jauh sorang-sorang ni.. aku pilih kerja. serba salah. tapi nasib baik Mie pun paham. susah.. pastu berapa lama pulak aku kena cuti. kang rugi cuti.. so, Mie cakap.. pegi je lah kerja. bulan depan datang Langkawi...

oh, rasa sedih dah datang !!  T_T


ok, bye !

01 November 2014

November

Dah November dahhh ! 

Tak lama dah nak masuk tahun baru. Azam macam mana azam?? HAHAHA ! kalau aku.. pikir-pikir balik... hurm... TAK DO yang tercapai.. melainkan benda-benda yang TAK TERJANGKA. macam biasa.. azam yang paling utama untuk aku.. haruslahh aku mak MENGANDUNG tahun ni.. tapi.. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki lain. Tak pa.. Allah sedang menguji hambaNya. Dia tau kita kuat. 

Hari ni aku tak keluar kemana-mana. Bangun awal pagi.. terus mandi manda. pastu kemaskan barang untuk Mie bawak hari Isnin. Perasaan? macam TAK PERCAYA ! tak percaya kami akan berhijrah. kemas-kemas... banyak jugakk barang kitorang. Nampak macam duduk rumah flat, barang tak banyak.. tapi.. boleh tahannn.. tu pun aku dah tapis-tapis. Ada yang aku tak bawak. Yang akan ditinggalkan kat rumah ni... Mesin basuh, peti sejuk, tilam, katil bujang, pinggan mangkuk, dapur.. kitorang mintak tolong Dayah & Seli bermalam kat rumah ni nanti. Sebab tak nak tinggal rumah ni kosong. Rumah tak elok tinggal kosong lama-lama kan? Terpulang kat diorang nak duduk rumah ni untuk hari bekerja ataupun nak tido sini seminggu sekali. Nak buat rumah kedua pon.. buat lahh.. kitorang tak amek sewa. cuma.. selesaikan bil-bil macam elektrik dengan air. Astro.. kitorang potong. tv pun kitorang bawak. So, pepandai la diorang cari tv second hand ke apa nanti. senang cita.. buat macam rumah sendiri.. Mie tak nak sewakan rumah ni kat orang. Sayang kata dia. Bukan dia ja rasa sayang kat rumah ni. Aku pun sayang... so, kitorang dah tau macam mana Seli & Dayah jaga rumah. sebab tu amanahkan diorang. ;) 

Nanti akan ada benda yang aku akan sedekahkan untuk kawan terdekat aku. Barang rumah la.. Tak terbawak kot semua barang.. Payah jugak pindah pulau. Kena filter barang mana penting. barang mana tak penting. bukan macam pindah dari Terengganu tu. kalau boleh semuaa angkut. walaupon jauh.. tapi masih di tanah besar.. sumbat-sumbat dalam kereta ja. pastu ikutlah berapa kali trip pon. macam nak pindah Langkawi ni. leceh sikit. kereta nak bawak masuk sana, kena geran la.. booking feri la.. dan opkos.. duit ler. feri ke sana bukan macam feri Penang. feri ke Langkawi kena booking dulu. Sekali naik. Seratus lebey okayy.. dah la perjalanan dari Kajang ke Perlis jauhh 1 hal. tol minyak? feri lagi.. Haaaa... tu 'modal' diaa.. tak pa.. in shaa Allah.. taun depan menabung dengan bersungguh-sungguh. Duduk sini  banyak cabaran. Nak-nak bila masa sale. memang tercabarrr... simpanan pon tak banyak. 

So, azam tahun depan.. MENABUNG. orang kata.. pegi tempat yang bukan bandar adalah tepat untuk menabung. Tapi.. tahap boring aku tak pasti. Aku tak tau istilah boring tu. Nanti dah duduk sana.. aku cerita lah.. aku boring ke apa.. sebelum tu.. aku ulang alik dlu.. Kajang - Langkawi. in shaa Allahh 2 minggu skali. Kalau ada nak kirim coklat atau pinggan mangkut, periuk belanga.. boleh.. tapi untuk budak opis aku je la . ( kalau-kalau ada yang baca ni. ) yang luar aku tak ambik order. Takut tak terkejar nanti..
Lagi 2 hari Mie ada sini. Belum rasa sedih. Maybe bila dah sampai masa.. rasa kot. ntah lah.. Meroyan macam dulu? tak tau jugak nak cakap. Suami kan? busuk-busuk pon opkoslahh RINDUUU ! HAHAHA ! meroyan? tengok la nanti macam mana. nak meroyan kat Fb ka kat belog. HAHAHAHA ! 


Selamat Berhujung Minggu ! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...