07 October 2017

Cerita Raya Aidilfitri 2017

ni adalah cerita dah basi teruk berkulat. tapi saja nak tepek kat sini.

Tahun ni, turn raya Aidilfitri di Kelantan. Kalau kat Kelantan, memang aku kerap di dapur la. mil aku dengan ipar duai aku memang suka masak. suka masak tapi tak makan sangat. aku ni la yang kerap makan. asik berulang ja. haha! gila weh, semua sedap-sedap. takkan nak tengok saja? dah la aku suka makan! yangg tak untung aku ni, dah la kuat makan, metabolisma rendah plak. tu yang gemok! 

ceyyy.. salah kan metabolisma.

Kalau kat rumah mil aku ni, makanan breakfast baru ja luak. dahh ready nak masak untuk lunch. so kalau sesapa yag lambat breakfast, berganda-ganda la kenyang nya!

lagi 1, kami ada turn masak. raya pertama mesti la menu utama dari mil. raya kedua dan ketiga tu bergantung sapa yang nak balik dulu. kalau raya ketiga ko nak balik, makanya turn ko masak adalah raya kedua. aku team masak dengan Mazura. Mazura nak balik raya ketiga. so raya kedua kami masak la menu bihun soto. buat la soto. raya ketiga turn Kak Long, Asma & Anis.

Ni rupa aku bila balik kampung. haha ! bapakkk la malas nak bersiap. setakat duduk dapur je kan. duk rumah mil aku pakai tudung. so bila ada barang tak cukup.. nak kena g kedai, aku kuar jek. xde nak tuka-tuka baju ke ape. melantak je la selebet.
Raya kali ni Kak Long anak beranak bertolak dari KL ke Kelantan tengah hari. sampai Bachok tengah malam jugak. semua pakat menunggu. haha! so tak ada la nak photohoot raya dipagi hari raya. Amri & Mazura pulak raya Gua Musang. Diorang sampai Bachok petang. Rumah sunyi je la tak de budak. dah aku tak ada anak. kalau aku ada anak, riuh la jugak. huuuuu nak  buat macam mana... 

kiri Asma, Anis dan aku la paling selebet. haha!


dah la muka sebesar alam, dah rasa macam sebiji tembikai pakai tudung dah kat depan tu. haha !

kitorang photoshoot tengah malam raya kedua. pukul 11 malam macam tu. haha! dah masing-masing jarang balik kan. kebetulan esok nya Amri & Mazura dah nak balik Gua Musang dah. Baju raya pertama tu pakai balik nak ambik gambar ikut tema punya pasal. tahun ni tema warna kegemaran mil aku.warna ungu.

Kali ni geng lelaki kemain ha nak pakai sampin. ni dikira disebalik tabir. 
Kemain ha siap bukak youtube k! yang pegang handphone tu adik Mie yang last. Afiq. yang pakai baju warna biru tu Amri. adik Mie jugak. yang tengah landing sambil tengok handphone tu Amir anak Amri & Mazura.


Nak sangat pakai sampin. ni semua sampin Fil aku. Mil aku pon rajin melayan. haha!
Aku plak dah amek gambar waktu malam, kan.. aku tenyeh blusher bagi nampak pink betul. lipstik merah betul. kalau tengok secara live, memang nampak aku macam badut. haha! tapi dalam gambar, tak nampak la.. 

tak nampak sangat la kan. kalau tengok depan-depan memang aku ni dah macam badut. haha!

paling lebaq harus lah aku. haha! adehhhh ! 
Khayra Zhufairah dengan Mama Anishh
Mata budak niiiiii.. eeeee ! ni Adik Amir Muhsin. Ammara Mukhlisa

complete la gambar raya Aidilfitri 2017
macam biasa, Kitorang je la tak ada pertambahan ahli. yang lai, setiap tahun ada ja pertambahan ahli keluarga. nak buat macam mana kan... moga 2 taon lagi ada la yang bertambah. aminn..

Tok ayah & Tok mama bersama cucu-cucu
Sado betul aku. haha! 
Keesokan hari, kami g makan sotong di Setiu, Terengganu. Biasa la musim-musim raya ni. sotong pon dapat somtong kembang. 

budak kecik 2 orang ni dah banyak cakap, banyak soalan, banyakkk mainnn
geram aku dengan budak kecit yang suka makan tu. pipi dia tu simpan apa ehh! ipar-ipar aku ni segan sikit bergambar kalau aku ajak bergambar. TAPI, kalau biras aku si Norman yang tengah sengih tu.. memang pantang. pantang ajak. haha! 
Aku dengan Norman ada persamaan. persamaan dari segi size sikit, makan, bergambar. hahaha!

kadang aku cakap kat adik ipar aku. 

"mama punya menantu besar-besar. Norman versi lelaki. Saya versi perempuan."

kadang kat meja makan, yang dok berulang makan, memang aku dengan Norman. Aku dengan Norman memang ngam la bab makan. kadang aku nak makan, aku ajak dia sekali. tak la aku sorang kat meja tu! hahaha! 

Mazura tak kuat makan sangat macam kitorang. sebab tu dia slim! kehkeh ! 

Khayra bersama Opah dan aunty gojesss
Rumah mil aku ni memang tempat berkumpul adik beradik. so ni mak saudara Mie. Duduk Shah Alam. turn raya dia kat Perak. raya kedua balik la raya Kelantan. memang rumah Mil aku meriah dihari raya. 

adimoe dengan Ayah Nyah. masa ni g beraya. dengan Adimoe ni macam tak serapat dengan Kakak Suchan la. sebab masa dia membesar, kitorang dah pindah Langkawi. agaknya kalau duduk Kajang lagi, maybe jadi rapat sebab selalu akan jumpa macam selalu jumpa Kakak dulu.

ni Kakak Suchan dah besar. tak boleh kita silap speaking sekarang ni, dia tego kita. ok la tu Kakak. Ummi tak pandai speaking, Kakak ajar k? Doa Dhuha pon pandai. sekarang kebanyakan tadika akan ajar baca doa Dhuha kan. 
Bila sorang-sorang duk rumah, jadi rindu kat budak-budak ni. tak pe lah. adelah rezki nanti tambah cousin kat korang eh..


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Korang ada masalah ni?

- muka berjerawat
- nak hilangkan parut jerawat
- nak kulit sihat dan berseri

Ni jawab dia.
Face Mask Kunyit.
Diperbuat dari ekstrak kunyit. So, muka kita akan serap segala kebaikan kunyit.
RM29 jek. Tahan 6 bulan, tauuu!
Nak?
Kena cepat order  012 415 7127
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...