15 December 2013

Tetamu di Teratak Kecil Kami

Sabtu : 14/12/2013

Kami menerima tetamu yang dah lama nak jumpa. jarak memisahkan kami. ecewah ! :P

Tetamu kami ni orang jauhh ! tapi dekat dengan kampung aku.. Oghang Penang ! Nisa & Isa. dann.. ARISSA ! sejak Arissa lahir.. aku tak pernah jumpa dia lagi. ya la.. tak berjodohan berjumpa. Last skali aku jumpa Nisa masa ni. waktu tu Arissa dalam perut lagik.. Kiranya kami kalau g Penang.. memang wajib la singgah rumah depa ni.. Kalau tak singgah.. siap lahh ! HAHA ! =)

Diorang sampai petang umah aku.. masa tu Incit Somi masih ditempat kerja. So aku sorang ja la.. sambut kedatangan depa ni.. excited jugak la.. orang jauh mai kan... HIHI !

Sampai ja.. Isa cakap kat aku..

"Bandar Sunway Semenyih ? Awat tak macam BANDAR pon ? "

HAHAHA ! aku mampu gelak ja la.. hampagass betoi ! salahkan orang yang bagi nama ni laaa ! =P

Akhirnyaa ! kami berjumpa jua..
Buasnyaaa budak nihhh !!  =)

Lepas diorang rehat-rehat.. Incit Somi balik.. dan rehat sekejap.. lepas maghrib kitorang dicide nak bawak tetamu special kami ni p jalan-jalan IKEA. HAHA ! biasa la.. aku rasa IKEA ni tempat wajib la kot bagi orang yang dah kawen ni. Tambah-tambah pulak Nisa ni suri rumah sepenuh masa. Mana la tau.. kot2 ada terbekenan apa2 or nak amek idea deco-deco kat IKEA tu.. hikhik !

Nisa, Arissa & Isa. Semuaaa ada pekataan 'isa' . dari Daddy , mummy, baby.. 
Yeyyy ! Arissa dapat kerusi ! Kopak duit Daddy. hikhik !
kemain suka dok kat sini. sampai kan nak keluarkan pon susah.  Payah nak dapat budak suka duduk kat kusi ni.. 
kenapa saya kena pakai topi ni Mummy ? uwwaaa !! 

Mummy ! tak nak laaa !! tak nakkk !! wuuuuwuuuuu 

Eh, aunty nak amek gambar eh.. ok la. saya senyummmm

yesss ! saya boleh bukak sendiri !! 

balik dari IKEA dalam pukul 11.30pm aku rasa.. *aku baru tau IKEA akan bukak lame bila weekend*
terus cari tempat makan. Isa ni nak makan satay.. pegi kat Ramal Junction tu.. opkos la satay willy tu dah habess... lepas tu decide pegi Sup Gear Box kat Bandar Baru Bangi. makan kat situ.. erm.. tak sedap mana.. tom yam ceroi .. huhhhh

Keesokan ari.. kitorang breakfast kat Roti Canai atas bukit Bandar Baru Bangi.. *hehe ! aku malas nak masak * Puass hati bila Isa cakap dia suka tempat ni. SEDAPP dia kata.. Otak-otak dia sedappp.. roti canai sedap... HAHA ! Pasni kalau hampa mai lagi.. kami bawak p sana ja la no =)

roti canai kat sini tak berminyak sangat

hihi ! Arissa tidoo jek.. 
Lepas breakfast kat sini.. Terus pegi Petaling Jaya. untuk apa ?? SALE pensonic ! HAHA ! siap mintak tolong Sue antar location. begitu bersungguh aku nih ! yea la.. nak beli vacum niat asalnya.. tapi dah pegi sana.. beli menda lain. vacum kat sana x mengikuti citarasa Incit Somi. So, tak beli la.. Diorang pon.. sama... join skali.. pon shopping jugak.. hekhek !

Settle je beli apa yang patut kitorang terus g Mid Valley. nak melawat orang sakit. kedengaran pelik kan ? Aku pon tak sangka atas midvalley tu ada Hospital ! HAHAHAH ! iHEAL Hospital. Diorang nak melawat mak saudara diorang. Pestime la aku masuk hospital swasta. HAHA ! 

lepas melawat.. kitorang g jalan-jalan Mid Valley. Ya rabbi ! Bapak ramai orang.. aku pon tak paham.. jalan sat ja. sebab orang terlampau ramai. geng-geng somi ni tak suka. tapi bagi geng isteri ni.. takdaq masalah.. shopping boleh diteruskannn ! Disebabkan geng somi tak suka.. so, kena balik lah.. :( 

isa nak makan kebab. aku tak tau pulak nama kebab tu. lokasi pon tak tau. so.. kami p KFC Sg Besi. sebab lapaq.. tak daq idea dah nak p kedai mana. masa kat KFC tu la baru la.. dapat whassapp dari Shahril.. tunjuk dia makan kebab. aku tunjuk kat Isa. Isa kata.. 

"yang tu laaaaa ! "

Aiyo ! dah tak sempat dah nak pegi.. kebab tu kat Bangsar Village. tak pa.. len kali.. kan nak mai lagi bulan ni ? HAHAH ! Nanti kita p naaa ! 

pastu nak ajak p Daiso. nampak gaya cadangan tidak diterima pihak somi. sedih hati isteri. nak pegi beli bakul ja pon kat Daiso Mines tu.. lagipon kereta isa nak kena repair. sebab ada rosak kat break kata depa ni.. erm.. tak pa lahhh !! 

masa on the way balik .. Amin call. jadi nak datang umah kitorang. Alhamdulillah.. ramai tetamu kami weekend ni . bawak isteri & anak dia. Anak dia.. perghh ! Hyper jugakk ! maybe anak-anak depa ni hyper sebab gen dari bapak la kot. HAHA ! anak aku nanti aku tak tau la.. 

lepas lepak umah aku sekejap. dan pihak somi-somi sibok repair break keta isa.. kami pon pegi ke tempat yang diidamkan Isa.. MAKAN SATAY. 

opkos la Satay Willy . Nampak tak ada tag. "jalan-jalan cari makan " 
aku tukang amek gambaq. memang takdaq dalam gamabq. yang 3 somi orang tu.. depa tu bestfriend masa belajaq dulu. ni tak cukop lagi geng ENAM JAHANAM . kena sabaq tunggu bulan 4. harap-harap menjadi lah =)

arissa, jom kita selfie . hekhek ! 

Arissa ni aku suka ciom-ciom dia sampai dia marah,. HAHAH ! sapa suruh wangi + tembam ??


Mudah-mudahan plan bulan 4 menjadik ! 


Aaminn ! 




Ok, Bye ! =)

14 December 2013

Terharu Di Hari Sabtu

Ari ni dtg opis buat keje. Sampai opis kul 645am. Sbb? Terpaksa awal gila, tumpang incit somi . Dia pon kena keja weekend. Pastu kena ada kat bengkel dia sebelom pukul 8. So.. aku memang tak da pilihan. Memang kena awal..

Sampai opis.. jumpa kak Noriah. Tekejut beruk.. tetiba Kak Noriah bawakkan makanan untuk aku. Kata nya. Beli siap2 makanan tengah hari. Takot RBZ x bukak kata dia. Terharunyaaa !
Terima Kasih , kak. Terharu betol saya . Lagi terharu. Sebab saya memang tengah LAPAR. semoga Allah mudahkan urusan akak dunia akhirat. =)



Ok, bye ! =)

12 December 2013

Masak - masak : Pizza Suka Hati

Percubaan pertama buat pizza. Dari uli doh.. sampai la bakar. Semuaa sendiri. Orang cakap beli yang segera kan senang.. tapi bila buat sendiri ni kepuasan dia lain macam..

Seronok bila yang dibuat menjadi. Hekhek ! Bertambah seronok sebab aku ni spesis x pandai masak, pastu menjadi pulak. Memang Yeayyy laaa ! Hakhak !

Lagi plak.. apa yang aku buat ni dibantu Incit Somi yang selalu mengkritik dan bagi tunjuk ajar. Mentang2 dia penah buat pizza dengan mak dia dulu.. apa yang aku google.. sumaaa salahhh.. yo lahh.. ikut cara awak lahh incit somi oii !!

Resipi? Alah... korang google jek. Aku pon google jugak. Cuma modified sikit2 ikut cara incit somi.

Ok, bye ! =)

04 December 2013

Suprise !!!!

Seperti title tuh.. kali ni memanggg aku buat suprise kat Incit Somi. Kehkeh ! Menjadi jugak rupanya...
Sebenarnya ada 2 plan. 1 plan aku kena SABARRRR sikit. Tapi aku ni jenis TAK SABAR. So.. aku pilih plan yang aku buat nilah. Hasil idea Uyah & Dilot. (Sebenarnya aku tak sure sapa yang bagi cadangan. Hikhik )

Hadiah Incit Somi taon ni memang sengaja bagi lambat. Sebab.. last minute gak aku decide nak bagi hadiah nih. Kihkih ! Aku beli Rayband. Motif lain aku beli Rayband tu adalah... supaya dia tak berebut lagi dengan aku nanti ! HAHAHA ! selalu dia akan pakai Rayband aku. Tapi.. bukan la yang original. Original 1k lebih okayy ! Tak mampu iolsss ! =)

Okay. Pagi Isnin yg baru lepas ni aku dah dapat rayband. So, petang tu aku pulak berdebar-debar. Jenis orang tak cool memang macam ni. HAHAHA ! Rayband tu aku letak dalam handbag aku . Naseb lah muat. Selalunya aku sampai rumah dalam pukul 7 lebey. Kebetulan hujan.. terus masuk bilik. Masa tu incit somi tengok tv. Aku masuk bilik kononnya nak charge handphone. Masa tu.. aku dah cepat2 letak kat bucu bantal die.

Lepas tu aku terus kuar bilik. Masak nasi. Sementara nasi aku nak masak. Aku mintak incit somi tolong amekkan gambar aku gayakan telekung-telekung yang aku nak jual tu. Lepas amek gambar.. aku kembali lagi ke bilik. Dalam hati.. rasa tak sabarr nak suruh incit somi pakai. Nak tengok ok ke takk. Naseb bek la terkawal. Incit somi datang baring2 kat tilam kitorang sembang2. Masa dia baring tu..tak kena pulak kat bantal tu. Die pon baring2 pon bukan la dalam kedudukan nak tido tu.lagipun menda tu aku lindung sikit dengan bantal lain. Yea la.. tak kan senang2 je dah jumpe kan? Tak suprise laa... =)

Masa nak tido. Aku memang tido awal ari2. Pukul 10, 11 tu kira awal la tu.. pastu aku sibokk konon2 membebel kat dia tido lambat susah bangun la.. kena tido awal.. bagi banyak tenaga la.. dia tak perasan pon.. HAHA ! aku ni plak berdebar bukan main. Tengah pejam mata tu pon aku boleh senyum2. Dalam hati.. dok rasa.. lambatnyaaa dia nak masuk tidooo !!

Jeng! Jeng! Masa yang ditunggu telah tiba !! Bilik memang sedia gelap. Incit Somi pon mula la nak baring. Masa tu ya rabbi !!! Nak gelak ada.. excited pon ada! Bila dia baring ja.. die terkejut.. sampai terlompat sikit lah.. HAHA !

"Apa ni?!!!! Apa ni?!!! "

Amek hp.. suluh...

"Laa.... " pastu senyum lebaq.. muahhhh kiss kat pipi aku. Tanda terima kasih kononnya ! =p (takpe ke aku cite mcm ni? Hahaha ! )

"Naseb baik tak patah"

Dalam gelap2 tu dia bukak hadiah die tu. Berlampukan lampu hp. HAHAHA ! aku pon excited suruh dia try.  Dia pon try. DALAM GELAP. pastu suluh2 dengan lampu hp. HAHAHAHA ! tang ni aku rasa memang lawakkk. Bukannya nak bangun bukak lampu ! Try rayban tu dalam gelap pastu suluh dengan lampu handphone. Kahkah ! Punye la PEMALASSS memasing.



Yeayyyy ! Suprise aku MENJADIKKK !!! ♥ ♥

Rania Alisha

Alhamdulillah...

Sepupu aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 26 Novermber 2013.
bayi comel tu diberi nama:

Rania Alisha - Kesenangan Dilindungi Allah 

Sebenaq nya.. dari dalam perut lagi mama dia dok tanya2 aku.. kot2 aku ada idea nak bagi nama.. pulak tu.. suruh cari nama start huruf 'R' . memang payah la kan.. depa nak huruf 'R' sebab nak bagi sama la.. huruf depan nama depa.. Sorang Rusmalia sorang lagi Roshamizi.

naseb bek la Ummi Long dia ni memang ghajin.. Cari la nama.. ada la aku list kan beberapa. Tapi sebenarnya.. aku list nama Rania ni ja. Alisha tu mama dengan baba dia la pilih...

hamboi.. tidoq tenganga.. ikut sapa ni ?? HEHEHE !

dah celik mata dah.. Ummi Long tak sabaq nak balik jumpa Rania tauu ! =)

Tengokk.. tidoq tenganga lagi ! yang ni muka sebijik muka mama dia.. =)

Yea la.. Rania ommey angattt ! 

Tunggu ummi long balik.. ummi long kaco diaaa ! 
Disebabkan budak kecik ni.. Aku ghasa tak sabaq nyaaa nak balik kampung !! hihi ! 20hb 12 ni aku balik kampung.. Sepupu aku kawen . So.. nant boleh la jumpa Raniaa !


Eh lupaa.. Tahniah kepada sepupu aku. dah jadi mak orang dah.. nant Rania besaq aku tak sabaq nka ceghita ang kencing dalam seluaq masa mengaji dulu.. Takot Tok Guru mengaji punya pasai ! HAHAHA !



Ummi Long tumpang manja dengan anak buah ja la.. Ummi long tak daq baby lagi..

Doakan Ummi Long ya ! =)



Bye =)

01 December 2013

Surirumah Separuh Masa

Hari ni datang mood mengemas. Mood mengemas luar biasa maksud aku. Dari pagi.. sampai malam... baru habis (kalau diikutkan tak habis lagi)
Sapa kata.. weekend ni hari rehat? TIDAK bagi wanita. Betol kan? Tambah2 yang ada anak. Mana nak layan anak. Mana nk mengemas.. mana nak masak.. mana nak layan suami. Erm.. tapi jangan dilupa.. semuaa yang kita buat tu.. PAHALA.

Alhamdulillah.  Bila weekend.. berlipat ganda pahala kita yang surirumah separuh masa ni. Sebab kita extra mengemas. Extra membasuh. Extra masak. Kan? Untuk surirumah sepenuh masa.. LAGIII banyakkkk pahala kan? =)

Memang salute kepada mak aku. & mak mertua aku. Balik kerja penat2. Terus masak untuk anak2.  Dah la anak ramai. Bayangkan. Aku yang belum ada anak ni pon.. macam nak tercabut pinggang. Itu la dipanggil kuasa ibu.. kan? Tu belum di kira mengemas lagi. Pergh... memang superwoman lahh... =)

Ntah apa aku dok bebel kan? Aku tengah penat 1 ari mengemas , memasak.. dok  cakap dalam hati.

"Macam ni la mak2 kita. Patot la dia selalu membebel umah bersepah. " =)

Kesimpulan.

Takde istilah cuti untuk wanita. Weekend pon 'kerja' =)

29 November 2013

Susun Atur : Label

kadang-kadang.. bila sampai mood rajin aku.. aku buat la menda-menda yang leceh-leceh ni.. biasa la.. mood tengah ada..

Semenjak dua menjak ni selalu baca blog susun atur. semua ni penangan Uyah Nazura . HAHA ! salah kan orang.. dia dok update susun atur rumah dia. memang aku suka la tengok. nampak kemassss jek.. pastu boleh pulak die dok kenalkan blog geng-geng susun atur. haa.. apa lagi aku.. lama-lama tengok.. skali aku bersemangat !! haishh ! naseb bek la aku ni mudah terpedaya dengan menda baik-baik nih.. weeeeee ! ;)

Disebabkan aku bekerja... so, aku tetiba rajin nak blend kan siap-siap bawang merah, bawang putih, bawang besar. blend siap-siap.. nant bila masa nak masak.. senang jek.. campakkk.. campakkk.. TAPI.. Incit Somi tak suka sebenarnye. kata dia.. TAK FRESH gitu.. aku malas nak layan kata-kata dia tu.. yea la.. orang tengah rajin kan.. jangan dihalang-halang ! 

Aku start petang.. lepas balik dari pegi beli barang dapur.. habis dekat pukul 2 pagi gakk aaa.. tengah rajin kann ? =)

Sambil kupas.. sambil tengok tv. hehe



Lepas kupas semua bawang.. aku blend. lepas blend letak dalam balang kaca. Aku beli dekat daiso. sebelum ni aku letak kuih raya. tapi kuih pon dah habes.. bek letak menda-menda lain.. 

Ini balangnye. nampak cam plastik eh ? ni kaca yea.. beli kat daiso =)

Haaaa !! tak lupa jugakkk.. aku buat label tauuu ! kemain aku sekrang kanzz... =)

Kat belakang tu kemain kan print lagiii.. last2 aku guna sticker jugak. Lantak la tulisan aku yang tak santek tu.. haaaa.. sticker tu pon beli kat Daiso yea.. Uyah jugak yang ajar ni.. curlasst tak kawan aku ? hebat penangan dia... =P

Taraaaaa !! dah siappp !! siap letak tarikh uolss ! curlastt kan iolss ? =)



Pada hari kejadian.. Incit Somi aku pelik. buat kerja dapur sket,..  kecepettt !! amek gambar.. buat keja sket.. kecepettt ! amek gambar.. mengada betoll kata dia.. takkan buat keja dapor pon nak masok stegramm ! HIKHIKHIK ! 




bye ! =)

28 November 2013

Makan-makan Sambut Birthday

Alhamdulillah !!! Akhirnyaaaa !! Boleh jugak update guna handphone. Punyaalahhh lamaaaa aku dok godek2 tepon ni.. ya la.. ari tu.. aku gatai sign out app blog kat handphone aku. Bukan apa.. gambaq banyak sangat dalam memory phone. Gambaq dalam blog.. semuaa sync masuk handphone. Okk.. kali ni dah xdaqqq dah gambaq banyak2 tu.. yeippiii !!! =)


Tediaaa... mukadimah aku. Tak daq kena mengena dengan tajukk. Kihkih.
Ok2.. kita cerita sambutan birthday ke 29 Incit Somi....


Beberapa hari sebelom tarikh sekarang... kemain haaa... aku dok tanya si Rara... dok google.. nak makan tempat special. Konon nak suprise la.. pastu tengah hati tadi.. ponnnn sama.. aku google la jugak. Ingat taon ni nak pos bunga dengan coklat. Romantikkk gittew.. tengok2... perghhh ! Harga dia.. T_T bek bawak Incit Somi pegi makan. Boleh kenyang 1 hari kottt... so, buat bodoh jek... masa Incit Somi datang amek... tanya dia.. nak makan mana.. dia cakap ikutlahh... tanya lagi.. sebut la jugak beberapa tempat. Last2... situu jugakkk jadi pilihann... tak da tempat lain dah kitorang celebrate. Dari birthday aku, anniversary,  birthday Incit somi. Memang sini laaa... tempat diaaa...


Macam biasa.. 'tema' baju kitorang memang yang ni =)


bukan main berselera lagi. berselera ke lapo Yang ? 

memang tak toleh laa.. yang depan tu aku punya.. kihkih

nyummeahhh !! 

Kad Sushi ni dah nak expired. tunggu januari 2014 lahh buat kad baru. 




**kalau celebrate ape2 majlis dihari bekerja.. kitorang memang macam ni. Sorang pakai overall.. sorang pakai baju kurung. Tapi memang gambar sorang je la ada. Sorang lagi takde. Hihi ! =) **

Selamat Ulangtahun Kelahiran, Suamiku !

Selamat Ulang Tahun Kelahiran, Suamiku.

Semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, menjadi suami yang soleh & menjadi chef terbaek dimata isteri ! Hehe !  

Dannn... tak lupa jugakkk... Semoga ikatan kita berkekalan hingga ke jannah. Aaminn !!!



11 November 2013

Cerita Konvokesyen Aku

Musim konvokesyen kan sekarang ? wahh !! kemainnn konvokesyen.. konvo sudehhh =P

Semalam aku pegi konvo adik ipar aku. kat UITM Shah Alam. dalam hati.. aku kataa.. "Bestnyaaaaa !! " maklum la aku belajar stakat sijil jek. tak de diploma. Ops.. salah. BELUM ada diploma. mana tau.. kot-kot lepas ni aku plak ada kan ? HAHA ! ok.. berangan dulu.. hikhik ! 

Teringat masa aku konvo Sijil Kemahiran Tahap 3 ari tu. 

Aku konvo tahun 2008. aku ingat 5hb je. bulan berapa aku tak ingat dah. masa tu aku dah keje kat tempat keje sekrang ni dah.. Alhamdulillah. ade duit sendiri. aku guna duit sendiri nak konvo sume. aku ingat tu.. pastu masa tu Mak & Abah aku ada masalah kewangan. maklum la aku anak pertama. adik-adik aku berderet masih skolah. 

So, aku cakap kat diorang..

"Mak dengan Abah tak yah mai la konvo kakak. Kakak konvo sijil ja pon.. tunggu la nanti kut2 kakak konvo diploma ka.. nant mak dengan Abah mai la.. " - eh ! tetiba ghasa macam mata aku masuk habuk laks nih... =')

Aku paham situasi diorang. Tapi memang yea la.. aku konvo sijil ja pon... so, orang yang bertanggungjawab bawak aku pegi konvo.. adalah.. kekasih hati, pengarang jantung, intang payung.. tak lain tak bukan.. Incit Somi. hiks ! 

kebetulan masa tu dia tak habis belajar lagi. aku lak dah habis belajar. so, aku konvo la dulu..

Ari tu die bawak aku, dari g amek jubah.. sampai la aku habis majlis. dari pagi, sampai petang la.. dia la yang tunggu aku kat dewan PICC tu. =)

Lepas semua selesai.. dah nak balik.. waktu tu hati aku tercuit jugak.. sedih bila tengok kawan-kawan bergambar kenangan dengan family, dapat jambangan bunga + teddy bear. aku takde family pon yang datang. tak de sape pon bagi aku menda-menda tu.. naseb bek la kawan-kawan aku jenis sengal gila. kira terubat la jugak. dok gelak-gelak. hikhik ! =)

Dekat-dekat nak balik.. suprise la jugak.. tiba-tiba.. kekasih hati datang dan sua kan paper bag. dalam paper bag tu ade la sekuntum bunga rose.. hehehe ! dia cakap :

"saya mampu bagi awak yang ni ja dulu. saya tak mampu belikan yang besar2. nant dah keja saya bagi yang besar. "

eh ! terharu plak aku masa tu. yea la.. aku paham.. dia pon student lagi masa tu.. tak mewah mana.. duit belanja mak ayah yang bagi.. so, tak yah nak beria sangat.  

Kalau nak tau bunga ros tu ada lagi sampai sekarang. biar lah kering macam mana pon. aku simpan jek. kalau boleh frame. memang aku nak frame. hikhik ! kalau boleh nak tunjuk kat anak cucu cicit. HAHA ! 

Oh ! lagi 1. baju yang aku pakai g konvo tu.. aku tak beli baru pon. aku pinjam yang Dayah punya. kasut aku tak ingat. tapi aku rasa aku pinjam orang jugak. hikhik ! memang la dah kerja. tapi aku baru sangat masuk kerja masa tu. so gaji nak bayar macam-macam.. so.. xpe lah.. pinjam je benda-benda tu.. janji aku konvo kan ? =)


gambar yang sentiasa menemani meja kerja aku. erm.. Incit Somi tak konvo. saja pinjam jubah member,nak bergambar same. =)


10 November 2013

November Dah Oi !

Dah November. 
Aku tak tau apa pencapaian terbaek aku sepanjang 10 bulan di tahun 2013. Cepat sangat berlaluu... yang pasti.. aku check balik azam aku taon lepas.. semuaaaanya tak tercapai. -_-'

Tidak mengapa.  Ada lagi 1 bulan setengah lagi. Kalau dapat capai. Alhamdulillah.  Kalau tak tercapai. Kena post pone ke tahun 2014. Taip 2014 pon aku dah takot. Bukan apa. Takot sebab... rasa CEPATTTT SANGATTT masa berlalu. Apa boleh buat. Masa memang sentiasa mencemburui kita. =)
Azam tahun 2013 korang dah tercapai ke? Hekhek ! :)









**gambar menunjukkan kami masih berdua di tahun 2013 . Doakan kami untuk bertiga ditahun 2014 :) **

08 November 2013

Selamat Bertunang Amri & Mazura


Deepavali lepas.. Aku balik Kelantan. Kali ni special sikit. balik untuk majlis pertunangan adik ipar aku. Amri. (Adik Incit Somi laaa.. ) pastu lagi best sebab kitorang konvoi 3 kereta . kereta kitorang. kak long & Amri sendiri. dalam perjalanan balik.. kami berselisih dengan sek2 The Red Worrior berkonvoi ke Shah Alam. mentang-mentang TRW masuk final yea... kemain korang kannn .. meriah !!! jalan kitorang.. seyessss lengang dan best gilerrr !! kitorang tak pernah la dapat balik Kelantan dengan jalan yang lengang sebegini. Jalan Gua Musang pulak tu !! Alhamdulillah.. dipermudahkanNya.

Keesokannya..Kitorang gerak untuk pergi meminang pada pukul 8am. Oh ! rumah petunang tu kat Gua Musang. Kitorang macam patah balik la kan ? kat kepala otak aku ni.. ingat Gua Musang ni dekattt la kan... ghupa-ghupanyaaa !!! uwwaaaaaaaaa !! jauhhhhhh !!  tido.. bangun.. tido bangun.. takkk sampai2 lagi.. haku ingatkan.. Gua Musang ni kira dekat la jugak maklum la 1 negeri.. ghupa-ghupanyaaa.. TIDAKKKK ! T_T jauhhh !! aku asa 4 jam jugak kitorang atas jalan... -_-"

kitorang singgah R & R Gua Musang. Kali ni opkos la lengang. g toilet pon bersih jek. orang pon tak ramai. hehe ! saya sukaaa !! saya sukaaa !!! :D

Dulu orang tolong pegangkan hantaran kitorang. sekarang turn kitorang pulak. hikhik ! :)

On the way - Kitorang berempat. keta kak Long tak bawak. yea lah.. dah sah2 kete kitorang besar dan kosong. apa lagi.. meh memadatkan ! hihi

kemain dia.. sampai kat R&R Gua Musang.. ada buaian bagai. suka la dia.. ada orang melayan dia main menda alah ni..  
"aku ade.. ko ade ??? yeayyyy !! aku je adeee !!  " memang Ummi Ngah takde la.. nak letak bontot pon tak pasti muat ke takk Kakak oi !! -_-"
Rombongan meminang


Selesai buang apa yang patot... kami teruskan perjalanan. pergh ! jauh lagi !! -_-" Sabar je la.. tu la.. dah aku dah set dalam kepala hotak cakap Gua Musang tu dekat.. sekali haaa.. hambek ko !! padan muka aku !!

Alhamdulillah.. sesampainya kami dirumah petunang... kami dijamu dengan makanan tengah hari yang superb sedap !! (sebenarnya kompius jugak samada aku lapar ke sedap. HAHA )

lapar tak ? aku tengok ni aku sendiri rasa lapar nih !! 
Lepas semua dah makan kenyang-kenyang.. majlis pertunangan pon diadakan. perbincangan antara dua pihak pon dijalankan. Akhirnya... tiba lah sesi menyarung cincin . hehe !

Sorry la gambar jauh. sebab segan nak berdiri g amek depan-depan. hekhek ;) BTW.. nampak tak petunang tu malu-malu kucing bila disarungkan cincin ? HAHA ! 
ni pulak sesi penyarungan cincin untuk lelaki . ok.. suchan tu baru start nak sebokk . 

Selesai upacara penyarungan cincin.. macam biasalah. mesti ada sesi amek gambar family kan ? HEHE !

Haaa.. buda kecik ni dah start dah sibokk dia.. HAHA ! jika kompius. meh aku bitau.. si kecik tu tengah buat PEACE ! HAHAHA ! 
Ayah Cik tengah ajar buat peace. HAHA ! 

ni giliran Ayah & Mama. tengok belakang Mama. ade je si kecik tu.. Kakak oi !! sibok la awak .. HAHA ! 
Ipar duai.. HEHE ! saya dan bakal biras berpakaian sedondon. ihikss ! :)

HEHE ! Pengantin Lama dengan Petunang :)
*sama tak muka Incit Somi dengan adik die ? :) *

motip handbag atas riba adalah untuk melindungi apa yang tak patot yea :)

family Kak Long

Bila petunang asek nak bergambar.. Si kecik ni asek nak masuk.. incit Somi dukung bawak keluar. HAHA !

tengok muka dia.. muka tak puas hati tuu

nak bergambar kekonon family bahagia la. sekali si kecik ni takde mood lak nak bergambar. haihh ! Ummi Ngah je yang senyum sensorng .
Gambar  ada Si kecik penyebokk

gambar tiada si kecik penyebok. HAHA ! 
kakak.. kalau kakak baca sendiri cite ni.. ketahui lah kakak ! awak sangat nakal !!! 
Balik dari meminang kami singgah cool blog kat Beris. panas sangat.. so memang layannn !!! 

Dah ngupa tengah promote CoolBlog plak. hehe ! err.. pandai jugak Norman amek gambar. aku nampak separuh jewwww.. yewww... yewww... !! 



Akhir kata :

Selamat Menempuh Alam Pertunangan Semoga Tabah Mengaharungi Setiap Dugaan Yang Mendatang. 





yang pernah bertunang : (nak jugakkan )

Shela Abd Rohman 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...