29 September 2017

Cemburu

Kat rumah ada 3 ekor kucing jantan. Yen, Shiro & Max.

Yen

Shiro
Max

Yen ni anak Che Minah kucing yang selalu mai rumah aku mintak makan dan kucing pertama yang menjadikan rumah aku sebagai labour room.

Yen dah kasi. Dia cool, penyayag, manja & suka main. Main pun macam kitten. Dia tak kesah hal orang. Dia buat hal dia sendiri. Kalau ada wetfood dalam cage pon dia cerdik hulur tangan tarik pinggan wetfood tu ke tepi. Pandai 'mencuri' la senang cerita. Yen ni aku dapat nama sebab dia oren. Lepas tu aku teringat kucing Pak Tam aku nama Oyen. Aku suka nama tu. Oyen tu pon, manja gila dengan Pak Tam. Maka, lekat la nama Yen. 

Shiro ni aku beli kat Kodiang. Macam mana aku boleh beli kat sana? Aku cari dalam group FB. Ada group jual beli kucing berbaka kat FB tu. Ntah macam mana hari tu aku g petshope kat Langkawi. Ternampak seekor kucing putih macam Shiro. Terus jatuh hati. Lepas tu aku dah kemaruk kat kucing warna putih. Masa tu aku keja site clerk, hari-hari aku dok cari sapa ada jual kucing putih. Memang aku tak cari benda lain. Aku memang cari kucing warna putih ja. Sampaikan budak opis aku masa tu kata.. 

“Kak ni tak habis-habis dengan kucing!”

Nak buat macam mana, aku kalau suka kan sesuatu, memang aku cari sampai dapat. Selagi tak dapat, selagi tu aku dok mencari. 

Aku tak tau apa baka si Shiro. Aku paling bekenan kat dada dia. Bulu kembang macam singa. Shiro ni karektor dia belagak, ego tapi suka dibelai. Tapi kita yang kena p kat dia. Kalau nak tunggu dia mai kat kita, memang tak. 

Macam mana boleh dapat nama Shiro?
Nama Shiro aku amek nama anjing Sin Chan. Haha! Nak nama Jepun konon nya. 

Max pulak aku dapat dari kawan aku kt Langkawi ni. Kawan dari group kucing. Group whatsapp ok. Jangan nak buat- buat terkejut. Aku ni 1st time bela kucing. Aku tak tau nak rujuk dengan siapa. Selalu aku akan google tak pon aku search kat group FB kucing. Kadang pernah post jugak. Tapi jawapan macam lambat dapat. So aku join la group whatapp pencinta kucing kat Langkawi ni. Apa aku tak faham, semua aku tanya. Memang tak jadi silent reader la. Asek bertanya ja. Sebab bagi aku biar bodoh sekarang. Jangan bodoh sampai bila-bila. Aku pulak jenis bila dah sayang tu. Memang aku sayang betul-betul. Jaga betul-betul. Tak ada main-main. Sebab aku rasa nai tanggungjawab. Kalau bela kucing pon main-main, macam mana nak bela anak sendiri esok-esok? Lagiii besar tanggungjawab kan? 

Ok berbalik cerita Max. Max ni manja. Nampak ja kita, terus mai,  lepas tu jatuhkan badan atas kaki mintak kita gosok dia. Bila kita sebut nama dia, dia pon pandai menyahut. So, memang aku suka panggil Max ni dan Max pon akan mai kat aku gesel- gesel kaki lepas tu bammmm! Jatuhkan badan atas kaki aku. Macam mana aku boleh dapat nama Max? Max aku dapat dari movie. The Secret Life Of Pets. Hero cerita tu nama Max. So, aku letak la nama Max. 

Max ni pun penyayang. Dia jilat-jilat kitten yang aku kutip sementara dapat adopter. kiranya dia rajn melayan kitten. tapi, ada makna la.. lepas jilat-jilat tu, dia gigit tengkuk nak ehem-ehem. heran aku dia ni bernafsu dengan yang kecik.

Tengok macam mana dia dok mengayat budak ni. budak ni pon asek la mengekor dia suruh dia jilat-jilat
betina besar ada 2 ekor yang aku tak kasi lagi. tapi dia manja dengan sekor tu, Opi. sebab Opi yang manjakan dia dari kecik. kira Opi la mengasuh dia. walaupun Opi ni on heat, dia tak pernah panjat. selalu dia g jilat-jilat Opi. Sayang la konon nya.

gini la selalunya. Max dengan Opi. macam kakak dengan adik. memang selalu berdua. 
Nampak tak ciri-ciri nama kucing-kucing aku?
Melayu ada, Jepun ada, Omputeh pon ado. 

Tapi kali ni aku nak cerita 3 ekor kucing jantan aku.


Sejak kebelakangan ni, Shiro suka serang Max. Max pon pandai menderam. Dulu boleh dok dekat-dekat. Sekarang kalau nampak Shiro, Max menderam sambil lari kat ke tempat lain. Bergaduh pun selalu. Yang aku pelik, Shiro ni yang suka serang Max. Tapi yang teruk luka tu, si Shiro. Max tak ada apa-apa pon. Steady ja.

Shiro baru kena belasah dengan Max

Mie ada cakap Shiro ni jeles sebab asek melayan Max. Tapi aku cakap, takkan la. Nak jeles apa nya. Lama dah duduk sekali. Dulu siap dok jilat sesama sendiri lagi. Kiranya aku tak boleh terima la yang Shiro ni jeles kat Max. 

So hari ni macam terbukti la apa Mie cakap tu.

Shiro jeles aku asek melayan Max! 

Pagi ni aku macam biasa la lepas Mie g keja, aku berkurung dalam bilik tanpa kucing-kucing aku. Tetiba Shiro dok bising-bising depan pintu. Panggil aku suruh bukak pintu. Aku bagi dia masuk. Dia masuk, tapi asek la melompat nak keluar ikut tingkap. Oh! Nak keluar agaknya. Sebab kucing- kucing aku, aku akan bagi diorg melepak depan rumah. Cuma bukak pintu bagi diorang layan pemandangan luar. 

Bila bukak pintu, Shiro ni keluar sekejap sahaja. Asek la bising panggil- panggil aku lagi. Kebetulan, rumah aku ada sekor kitten yang aku kutip kat pasar . Tak ada orang nak adopt lagi. Si Shiro ni asek la pegi kat dia. Kitten tu pon dok meow-meow. Oh! Lapar agaknya. Sebab kitten ni tak pandai sangat makan kibbles. Dia makan wetfood yang dalam tin tu. So aku amek letak kat kitten tu. Gelojoh kitten tu makan. Bersalah pulak aku. Terlambat bagi makan.

Budak ni la tak ada orang nak adopt lagi. so duduk la sekejap di rumah aku sementara dapat adopter
Lepas kitten tu makan, baru la Shiro ni g melepak tempat biasa dia kat depan grill! Tak panggil aku dah! OMG! Dia nak bagitau kat aku yang kitten tu lapar rupanyaaa! 

Aku cari dia, angkat letak dengan aku. Usap-usap dia. Sambil cakap

“Good boy la ci ni” (nama manja kitorang panggil dia Ci)

“Pandai la Ci ni bagi tau Adik lapar yea” ( adik, adalah nama sementara untuk kitten tu)

Aku puji dia sambil usap badan dia, garu tengkuk dia, garu kepala dia. Dia pon diam ja. Merelakan. Dan maybe tengah bangga. Ada la dalam 2 langkah dari tempat aku duduk dengan Shiro, Max dok memerhati. 

Lagi aku garu sambil puji Shiro, Shiro layan sambil tengok Max. Jeling.

Oh! Binatang pon tau jeles ya? Binatang pon tau bangga ya? 

Rupanya betul la cakap Mie. Shiro ni jeles kat Max! 

Binatang pon pandai jeles, apatah lagi manusia kan? 

Harap manusia yang dikurniakan akal, bijak menangani cemburu masing-masing. Kalau tak cemburu, macam menipu pulak kan?

Manusia normal, mesti lah ada perasaan cemburu.

Cemburu, biar berpada. 

17 September 2017

Underwaterworld , Langkawi

Sehingga entry ni ditaip.. aku dah 4 kali masuk underwaterworld ni. hikhik !

kali pertama opkos la dengan Mie. 


kedua dengan budak bilik aku masa blajar di IKBN Chembong.


ketiga dengan Day & Seli.

abaikan baju sama tema dengan baju masa dengan budak bilik masa aku belajar dulu..baru perasan. hakhak!
keempat dengan keluarga mertua aku

Nak kata aku paling gemok letteww. ni je gambar yang ada masa dengan family mertua sebab tak amek gambar sangat dalam ni guna gopro sebabnya tempat-tempat malap-malap ni gambar gopro tak berapa lawa
So, kalau korang datang nanti.. jangan la ajak aku masuk lagi dah.. kali pertama masuk rasa macam..

'''wahhhh ! luasnyaaaaaaa ! "

kali kedua..

''eh, tak la luas sangat..''

kali ke tiga.

''eh?? dah habisss ???''

Kali ke empat.

"hurmm"

haaaa.. nampakkkk?? so, kalau korang datang nanti..jangan la ajak aku masuk dah.. kesian kat aku.. rasa bosan kott ! walaupon aku memang suka ikan.. tapi kalau dah mengadap benda sama.. aku pon reti bosan weyy ! kalau aku bawak korang pegi sana.. lepas tu.. aku tak nak masuk.. jangan la kesian kat aku. Lagi kesian kalau korang ajak aku masuk weyy !

aku ok ja kalau tunggu luar tu.. alahh.. jangan ok risau lah.. kat depan tu kan banyak kedai .. boleh merayap kejappp ! hehehe ! aku boleh window shopping.. jangan risauuu , k? haha!

macam mana aku nak start ni.. 

aku rojakkan semuaaa sekali boleh kan ? alahh. kalau tak boleh.. aku buat jugak.. takkan nak cerita setiap 1 entry ! dah la tempat yang sama.. kan ?


Harga Tiket Masuk Underwaterworld 
Dewasa RM30
Kanak-kanak RM20

Tiket untuk masuk Underwater World ni pon sama konsep dengan 5D Art Museum ni. Kalau orang Langkawi, tunjuk ic beralamatkan Langkawi. Kalau duduk Langkawi, tapi tak tukar alamat kat ic, tak dikira ya.. rugi tauuu kena bayar full. Untuk kakitangan kerajaan pon dapat diskaun, warga emas pon dapat, askar ke, polis ke, wataniah ke dapat jek. janji tunjuk kad! Ada yang cakap, kalau ic Kedah dapat ke tak. Yang ni aku tak sure. masa nak beli tiket tu korang tryy tanya eh. sebab selama ni aku bawak tak ada terselit orang Kedah. student card? ni pon tak sure. korang tanya je ek.
Aku kurus kan? yea lahhh gambar 2 tahun lepasss 

Bangau pon ada kat sini

Cantik akuarium ni. cermin dia tebal gila. nampak tenang ja tengok ikan dok berenang-renang

Burung pon ada. tapi ni je la ada. kalau nak tengok banyak burung, kena g Taman Burung. Taman Burung pon aku dah pegi. nanti aku cerita next entry ya! 

Singa Laut yang ke sana ke sini. 

Terowong ke hati awak. cewahh ! ni sebenarnya boleh tengok penguin. penguin berenang-renang atas kepala.

Ada lebih dari 1 spesis penguin kat sini

Kalau tiba-tiba lapar, anak-anak ke meragam nak makan. kat tengah-tengah Underwaterworld ni ada kafe. ada a aiskrim, air, jagung macam tu. tapi sekarang dah ada Marrybrown dalam tu. 


Dalam banyak-banyak tempat dalam Underwaterworld ni, tempat ni paling best bagi aku. kenapa? sebab boleh nampak ikan berenang-renang atas kepala,
 
memang sedang elok. masa kitorang pegi, waktu orang bagi makan. seronok la bagi aku. seronok rasa akrab nau manusia dengan haiwan.


Tempat-tempat macam ni aku akui, lebih seronok bawak budak-budak. Aku dengan Mie macam krik-krik la jugak. haha ! boleh je la kalau tak de budak nak masuk. cuma kurang meriah jek. kan kalau ade budak, diorang kan lebih excited tengok haiwan-haiwan macam ni. Tapi untuk aku, rasa la tenang. sebab air kan.. lagi 1 masuk underwaterwolrd ni tak panas. aircond ja. so, kalau dalam plan korang tu, masukkan la slot masuk Underwaterworld ni dalam tengah hari. waktu matahari tengah tegak kat atas kepala tuh. sini panas tau. panas lit lit orang kataa.

kalau nak g Makam Mahsuri, pegi la masa redup sikit. kesian kat budak sebenarnya. diorang kalau buat perangai, terbantut jadual mak bapak. mak bapak dah tau panas tak pe la, tak de nak nangis guling-guling kat lantai kannnn. budak apa tau? buat perangai je la. Sayang tau datang jauh-jauh kalau salah plan.

*fuhhh lega, settle peraman aku selama 2 tahun. hahah!*

16 September 2017

Durian Perangin, Langkawi

sebenarnya hp aku rosak nak dekat setaon. aku pakai hp biasa-biasa pon dekat setaon sebelum dapat pakai hp up sikit dari biasa. haha! ya lah kita bukan orang senang kan. nak beli  hp pon up skit pon makan masa setaon. sebab tu banyak gambar 2 taon lepas. masa tu pakai note 2, gambar elok la jugak dari hp biasa-biasa tu.

sebenarnya dah lama aku dah watermark kan gambar-gambar ni. tapi biasa la mood nak update kelauttt memanjang. so terima lah cerita 2 taon lepas dari aku. alaaa janji berupdate kan? lagipun lokasi yang aku pegi tu tak berubah sangat pun. masih dalam keadaan sama berdasarkan pemerhatian aku kat fb & instagram kawan aku yang pegi. 

Macam biasa, masa mula-mula aku pindah Langkawi, boleh dikatakan setiap minggu kitorang keluar. siap susun lagi jadual minggu ni g sana.. minggu depan g sana sinunnn. atoq baikkk punya la.. 

ok kali ni kitorang g Durian Perangin. 

Mie cakap nak riki tempat kot-kot nanti nak cari tempat nak bekelah, nak mandi air terjun bagai.. 

Memandangkan masa ni aku duduk betul-betul dalam pekan Kuah, so aku rasa dalam setengah jam perjalanan ke Durian Perangin.

Durian Perangin ni tempat air terjun tau. Bukan dusun durian, tauuu ! 



cerita pun 2 tahun lepas kan.. Mie pon kurus masa ni. 

Aku pun tak terkecuali. Masa ni jiwa kental dok buat Atkins. sekarang? hampehh ! jiwa tak sekental dulu.
kawasan disini berbukit. dah nama air terjun kan. tapi sepnajng jalan nak ke tempat air terjun tu memang mendaki je keje. naseb la aku tak pakai sandle masa tu. kalau tak, mau jenuh jugak. silap-silap tercabut.

aku punya mengah masa jalan jangan cakap la. yea la selama ni aku travel dari bilik aku ke dapur ja. tak de jalan berbukit pon. bila aku datang sini memang mendapat lah.

Ni la air terjun nya
 aku pon tak pasti masa aku pergi, air surut ke ape. tapi air terjun ada surut ke? ke masa tu masa kmearau  ntah. air setakat tu je la. baru-baru ni aku tengok kawan aku pegi, air banyak. so aku beranggapan masa aku pegi tu musim kemarau. musim panas laaa.. dah sebut kemarau terbayang kering kontang plak kann..

aku yang sekarang tengok gambar je pon aku rasa macam mengah wehhhh
 

nak turun, curam. haa nampak air sebelah tuu


Tempat ni ok la. ada pondok dan tempat nak bbq. Tandas pon ada. kedai pon ada depan-depan ni. nak kedai jual baju ke, slipar ke, topi ke.. ade semuaaa.. 

lepas tu kedai makan pon ada. masa aku g ramai mat saleh je la. diorang just datang kejap. panjat sampai atas tempat yang aku dok mengah sangat tu. kendian turun. tu je la. tak de nak mandi ke apa. maybe tengok air macam surut la kot. tapi yang best nya kemain diorang ni. rilek ja panjat. macam tak ada apa. geram plak aku. aku yang lebih-lebih mengah ni weyy ! 

abaikan tong sampah tu yea. aku nak ambik gambar signboard tuuu

Kalau nak datang sini tak ada dikenakan bayaran masuk pon. free. tempat kecik je. Orang pon tak ramai. masa aku pegi la orang tak ramai. masa aku tak pegi tak tau. tapi aku rasa tak ramai yang datang sini. sebab tumpuan lebih ke laut. yea la.. dah nama datang Pulauuuu Langkawi. dah terbayang pantai lah kannn.. 

kepada yang kerap sangat datang Langkawi yang semua tempat dah pergi kecuali Durian Perangin ni, boleh la datang. Aku pegi tak mandi pon hari tu. just riki tempat. so tak tau macamm mana keadaan bla berkelah dan mandi manda disitu.

15 September 2017

Thanks, ARORA !

Sekali lagi cerita 2 tahun lepas.. jangan la marah.

Cuma nak bagi ucapan jutaan terima kasih sebab sudi buat farewall aku. dan aku tak sangka diri ini disayangi. (perasannnn, padahal depa happy aku benti keja.. hahaha)


Sebenarnya diorang nak buat suprise kat aku. tapi Abang Rashid yang kantoi kan. so, salahkan Abang Rashid yer! 

Masa tau tu memang aku terkejut. terharunyaaaaa! tak sangka wehhh. sebab selama ni tak pernah ada farewell pon untuk staff lain yang berhenti. cuma last day staff tu kami saling salam bersalaman bermaafan. tu sahaja. 

Terima Kasih, geng. Aku terharu. terharuuu sangatttt (banyak kali dah aku dok taip aku terharu ni)


Selalunya port buat jamuan ni tak de tempat lain la. selain tempat budak Arora HTE. memang dah jadi tempat event makan dah. jamuan raya pon buat kat sini. kiranya tempat ni banyak jadi saksi bersejarah la.. 

Gambar terakhir dengan Arwah Izzuan. tak sangka dia pergi dulu.. 





Muka-muka ni la yang aku selalu keluar site. yang selalu gilir bayar makan, selalu gilir bayar hotel, selalu dahulukan duit kat site kalau duit tak cukop, selalu jadi tukang amek gambar kalau aku nak bergambar, yang selalu bergosip! Semoga korang dimurahkan rezeki ya. 

dengar cerita keja sekarang makin belambak. Bertabah la korang. jangan ingat benda yang tak best. selalu la ingat benda yang best-best. kerja kat mana-mana pon sama je. mesti ada ja benda yang tak kena.. 

Bagi aku kerja kat Miros ni best. walaupon asek la kena ugut tak nak sambung kontrak, kawan-kawan sekerja aku mojoriti yang sekepala. jenis tak berkira! majoriti yea. minoriti yang kedekut dan buat perangai taik tu. tapi biasa la kan. kat mana-mana pon sama. yang masuk kepala kita enjoyyy. yang tak masuk kepala, pegi mamposss kauuu ! hahaha ! dah benti keja ni, tipu plak aku tak rindu wehhh. mesti la rinduu. paling rinduu, mesti la outstation. tido hotel. hahaha ! lepas tu kena salai. rindu wehhh ! 





Terima Kasih korang. Terima kasih.. 

Rinduuuuuuu 

Susun Atur Ayam & Ikan Dalam Peti Ais


Aku ni nak kata jenis manusia OCD tu memang tak la. Tapi sejak berkahwin, aku rasa life aku jadi lain sikit. lain macam mana? lain macam ada sesetengah benda tu lebih sistematik dan praktikal la. sebab apa? sebab Mie macam tu. kahkah! ini lah nama nya saling melengkapi!

ok, kali ni nak cerita pasal ikan & ayam

korang kalau beli ikan ke ayam, selalunya simpan macam mana? kalau dulu, aku letak dalam 1 tupperware. satu tupperware untuk ayam, 1 tupperware untuk ikan. bila nak guna, aku rendam semua sekali walaupon dalam tupperware tu ada 10 ketul ayam, tapi aku nak guna 2 ketul je. memang aku rendam semua.. kalau 4 kali masak, 4 kali la aku rendam sampai la ayam tu habis.

sekarang aku dah ada cara yang lebih praktikal dan mudah.



Ayam dan ikan yang telah dicuci. ok masa gambar ni diambil, aku tak tau lagi petua untuk ikan supaya segar.

petua untuk ikan segar, lepas buang perut tu, ikan tu tak payah cuci, just terus simpan sahaja. masa nak masak, baru la cuci sebersihnya.

senang saja. asingkan ayam/ikan mengikut kuantiti sekali masak. macam aku, sekali masak kalau ikan tu aku masak 3 ekor. sekor untuk sekali hadap. setengah lagi untuk pinggan ke dua. setengah cukop la. Dulu buat 4 ekor sekali masak, tak habis. so memadai sorang makan seekor setengah sekali makan.

Aku selalu masak lauk berlainan setiap kali waktu makan. tapi boleh ja nak panas kan balik lauk yang yang tak habis. macam makan malam, panaskan je masakan tengah hari. tapi jarang sangat aku buat macam tu. sebab dalam kepala otak dah plan nak makan apa. kadang pagi dengan tengah hari aku masak. malam dah ajak makan luar pulak. so better aku masak untuk sekali makan sahaja. ni untuk hari cuti Mie la. kalau hari bekerja, aku masak breakfast tu macam nasi goreng ke, memang aku makan benda tu la sampai tengah hari. malas nak masak kalau semata sorang je nak makan. aku makan je apa yang ada. kalau roti, roti la. kalau biskut, biskut la..

lupa. waktu aku cuci ayam aku akan asingkan sikit bahagian dada untuk aku potong.

untuk apa?

untuk nak masak nasi goreng ke, bihun goreng ke, isi ni akan aku guna. so sama jugak. aku dah letak portion yang sepatotnya untuk sekali masak. tak kuasa ehhh, nak rendam semuaaa lepas tu ambik separuh, simpan separuh..

portion untuk kami laki bini memang banyak ni ja la.





Bila dah siap semua aku akan asingkan ikut spesis. letak dalam plastik ikea tu. senang & kemas.




Kenapa letak dalam plastik ikea ni?

sebabnya dia ada 'zip'. plastik kecik-kecik tadi tak ada zip ni.

boleh ja kalau nak letak dalam tupperware. tapi untuk aku yang peti ais comel ni, tak dapat menampung. dengan cara ni ruang pon jimat.

untuk penjimatan ruang, cepat & mudah, memang aku buat cara ni sampai sekarang. memang mempercepatkan kerja di dapur. cewahh ! ayat suri rumah sangattttttt! 

14 September 2017

5d Art Museum Langkawi

Sebenarnya ni cerita 2 taon lepas.

tapi..

ada aku kesah kan? hahahahahahahaha! gelak jahat cam setann

5D Art Museum Langkawi ni terletak di Langkawi Fair, Kuah. Beza yer 5d Art Museum dengan 3D Art Museum. 3D Art Museum kat Cable Car nunnn!

Sebenarnya, aku ke sini tanpa dirancang. sebab bosan mereput di rumah, ajak la Mie jalan-jalan. Aku pon tak tau nak kemana dah. Kebetulan nak beli barang dapur, ajak la ke Langkawi Fair.  Kat Langkawi Fair ni ada Billion, Brands Outlet, Mc Donalds, Guardian dan beberapa butik sukan yang lain la. macam Adidas, Puma cam tu.. Vincci & PDI tak ada kat sini. Kena ke Langkawi Parade. Langkawi Parade pon masih di Kuah. Tak jauh pon jarak nya..

Ok, berbalik cerita pasal Langkawi Fair, Langkawi Fair ni kalau korang datang naik feri, lepas ja turun feri, masa on the way tu ada satu shopping mall sebelah kanan korang. tak yah risau sesat. memang confirm lalu punya. Nak jalan kaki boleh kalau tak banyak barang. tapi aku tak rasa pon orang Malaysia rajin nak jalan. haha! mesti naik kereta punya. sebab cuaca Malaysia kan panas.. aku tak cakap pasal orang lain. ni contoh diri sendiri. haha! tapi kalau dah terdesak tu aku jalan kaki jek..

Aku ke sini, masa 1st Ramadhan aku kat sini. haha! kelako kan? 

kan tadi aku cakap cadangnya aku dengan Mie nak g beli barang dapo je. lepas tu dok tengok la banyak banner 5D Art Museum ni. so nak tau la lokasi nya kat mana. sebab berdasarkan landmark.. cakap kat situ jek. tapi aku nampak sunyiiii jek. tak meriah pon. Langkawi Fair ni 2 tigkat. tingkat bawah penuh la dengan kedai. tingkat atas tu tak penuh macam tingkat bawah. yang ada kat atas tu, opis-opis ape ntah. tu pon kecik-kecik. so macam tak sangka la 5D Art Museum tu lokasi nya kat situ. Sebab tu nak pegi tengok tempat dulu.. 

Bila dah sampai, tanya harga tiket, lepas tu opkos la tak ada orang. aku pegi masa tu tengah hari. bulan puasa pulak. Rasa macam aku dengan Mie ja kat situ. Mie tanya aku nak masuk ke tak.. dah aku tengok lengang, kitorang berdua ja. lepas tu apa la aktiviti kat dalam ni selain bergambar jelah kann? 

makanyaaaa..

ayuh la masuk! lagi pun ari pertama puasa beli makanan kat param jek. selalunya hari pertama puasa kitorang, memang kitorang berbuka makanan kat param. sebab yea lah.. param kan? setahun sekali! umpama macam kitorang ni 'welcome' la Ramadhan. 

Ni harga tiket untuk masuk. 
Harga tiket akan menjadi lebih murah kalau korang tunjuk ic yang beralamatkan Langkawi atau kalau kerja kat Langkawi, mesti ada name card kan? Tunjuk ja name card korang tu

Masa aku masuk ni. aku tak tukar lagi ic alamat Langkawi. So hampir kecewa sebab nak harga murah kan? lepas tu Mie try tanya kalau guna name card dia. so boleh. 

nak tau harga tiket kitorang?

RM10!

Kalau normal price RM20 untuk sorang. untuk kitorang, RM20 untuk 2 orang! Yahuuuu ! 

Jom la layan gambar yang kitorang amek dalam ni.. 







































Sila muntah yea.. dalam ni keja nya memang bergambo ja. so, bergambo je la. bagi berbaloi RM10 tuh. kihkih ! 

kalau tanya aku nak masuk lagi ke tak..

cukup la sekali. maybe 10 tahun lagi masuk pulak. haha! 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...