Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

07 October 2017

Cerita Raya Aidilfitri 2017

ni adalah cerita dah basi teruk berkulat. tapi saja nak tepek kat sini.

Tahun ni, turn raya Aidilfitri di Kelantan. Kalau kat Kelantan, memang aku kerap di dapur la. mil aku dengan ipar duai aku memang suka masak. suka masak tapi tak makan sangat. aku ni la yang kerap makan. asik berulang ja. haha! gila weh, semua sedap-sedap. takkan nak tengok saja? dah la aku suka makan! yangg tak untung aku ni, dah la kuat makan, metabolisma rendah plak. tu yang gemok! 

ceyyy.. salah kan metabolisma.

Kalau kat rumah mil aku ni, makanan breakfast baru ja luak. dahh ready nak masak untuk lunch. so kalau sesapa yag lambat breakfast, berganda-ganda la kenyang nya!

lagi 1, kami ada turn masak. raya pertama mesti la menu utama dari mil. raya kedua dan ketiga tu bergantung sapa yang nak balik dulu. kalau raya ketiga ko nak balik, makanya turn ko masak adalah raya kedua. aku team masak dengan Mazura. Mazura nak balik raya ketiga. so raya kedua kami masak la menu bihun soto. buat la soto. raya ketiga turn Kak Long, Asma & Anis.

Ni rupa aku bila balik kampung. haha ! bapakkk la malas nak bersiap. setakat duduk dapur je kan. duk rumah mil aku pakai tudung. so bila ada barang tak cukup.. nak kena g kedai, aku kuar jek. xde nak tuka-tuka baju ke ape. melantak je la selebet.
Raya kali ni Kak Long anak beranak bertolak dari KL ke Kelantan tengah hari. sampai Bachok tengah malam jugak. semua pakat menunggu. haha! so tak ada la nak photohoot raya dipagi hari raya. Amri & Mazura pulak raya Gua Musang. Diorang sampai Bachok petang. Rumah sunyi je la tak de budak. dah aku tak ada anak. kalau aku ada anak, riuh la jugak. huuuuu nak  buat macam mana... 

kiri Asma, Anis dan aku la paling selebet. haha!


dah la muka sebesar alam, dah rasa macam sebiji tembikai pakai tudung dah kat depan tu. haha !

kitorang photoshoot tengah malam raya kedua. pukul 11 malam macam tu. haha! dah masing-masing jarang balik kan. kebetulan esok nya Amri & Mazura dah nak balik Gua Musang dah. Baju raya pertama tu pakai balik nak ambik gambar ikut tema punya pasal. tahun ni tema warna kegemaran mil aku.warna ungu.

Kali ni geng lelaki kemain ha nak pakai sampin. ni dikira disebalik tabir. 
Kemain ha siap bukak youtube k! yang pegang handphone tu adik Mie yang last. Afiq. yang pakai baju warna biru tu Amri. adik Mie jugak. yang tengah landing sambil tengok handphone tu Amir anak Amri & Mazura.


Nak sangat pakai sampin. ni semua sampin Fil aku. Mil aku pon rajin melayan. haha!
Aku plak dah amek gambar waktu malam, kan.. aku tenyeh blusher bagi nampak pink betul. lipstik merah betul. kalau tengok secara live, memang nampak aku macam badut. haha! tapi dalam gambar, tak nampak la.. 

tak nampak sangat la kan. kalau tengok depan-depan memang aku ni dah macam badut. haha!

paling lebaq harus lah aku. haha! adehhhh ! 
Khayra Zhufairah dengan Mama Anishh
Mata budak niiiiii.. eeeee ! ni Adik Amir Muhsin. Ammara Mukhlisa

complete la gambar raya Aidilfitri 2017
macam biasa, Kitorang je la tak ada pertambahan ahli. yang lai, setiap tahun ada ja pertambahan ahli keluarga. nak buat macam mana kan... moga 2 taon lagi ada la yang bertambah. aminn..

Tok ayah & Tok mama bersama cucu-cucu
Sado betul aku. haha! 
Keesokan hari, kami g makan sotong di Setiu, Terengganu. Biasa la musim-musim raya ni. sotong pon dapat somtong kembang. 

budak kecik 2 orang ni dah banyak cakap, banyak soalan, banyakkk mainnn
geram aku dengan budak kecit yang suka makan tu. pipi dia tu simpan apa ehh! ipar-ipar aku ni segan sikit bergambar kalau aku ajak bergambar. TAPI, kalau biras aku si Norman yang tengah sengih tu.. memang pantang. pantang ajak. haha! 
Aku dengan Norman ada persamaan. persamaan dari segi size sikit, makan, bergambar. hahaha!

kadang aku cakap kat adik ipar aku. 

"mama punya menantu besar-besar. Norman versi lelaki. Saya versi perempuan."

kadang kat meja makan, yang dok berulang makan, memang aku dengan Norman. Aku dengan Norman memang ngam la bab makan. kadang aku nak makan, aku ajak dia sekali. tak la aku sorang kat meja tu! hahaha! 

Mazura tak kuat makan sangat macam kitorang. sebab tu dia slim! kehkeh ! 

Khayra bersama Opah dan aunty gojesss
Rumah mil aku ni memang tempat berkumpul adik beradik. so ni mak saudara Mie. Duduk Shah Alam. turn raya dia kat Perak. raya kedua balik la raya Kelantan. memang rumah Mil aku meriah dihari raya. 

adimoe dengan Ayah Nyah. masa ni g beraya. dengan Adimoe ni macam tak serapat dengan Kakak Suchan la. sebab masa dia membesar, kitorang dah pindah Langkawi. agaknya kalau duduk Kajang lagi, maybe jadi rapat sebab selalu akan jumpa macam selalu jumpa Kakak dulu.

ni Kakak Suchan dah besar. tak boleh kita silap speaking sekarang ni, dia tego kita. ok la tu Kakak. Ummi tak pandai speaking, Kakak ajar k? Doa Dhuha pon pandai. sekarang kebanyakan tadika akan ajar baca doa Dhuha kan. 
Bila sorang-sorang duk rumah, jadi rindu kat budak-budak ni. tak pe lah. adelah rezki nanti tambah cousin kat korang eh..


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Korang ada masalah ni?

- muka berjerawat
- nak hilangkan parut jerawat
- nak kulit sihat dan berseri

Ni jawab dia.
Face Mask Kunyit.
Diperbuat dari ekstrak kunyit. So, muka kita akan serap segala kebaikan kunyit.
RM29 jek. Tahan 6 bulan, tauuu!
Nak?
Kena cepat order  012 415 7127

01 February 2016

Abah Masuk Wad

 Hari ni genap 17 hari Abah aku dimasukkan ke wad.

Mesti tanya sebab apa, kan?

Sebab kena GIGIT KUCING .

Bunyi macam takde yang teruk pon kan?

Cerita dia mula macam ni, (berdasarkan cerita yang aku dengar dari Abah sendiri dan adik aku)

Rumah mak abah aku tu ada la bela sekor kucing. Adik laki aku la, minat sangat bela kucing. Aku pon tak tau macam mana bekenan nak bela kucing tu. Sebab kucing tu bukan manja pon. Garang ja. Selalu kurung je dalam rumah. Tak kasi keluar sangat sebab bila dia keluar, jumpa kucing lain, dia tak pandai nak 'jaga diri'. Maksud aku, asek bergadoh jek.. maybe perebutan kawasan.. maybe la. Aku tak sure sangat pasal yang ni. Tapi yang aku pasti.. asal keluar runah ja, nampak ja kucing lain.. kompomm ! Bergaduhh ja kejanya. Oh lupa.. nama kucing ni Choky.



Ni lah Choky.

Nampak cam manja ke? Garang nih! Suka cakar kaki, suka bau stokin busuk. Suka bau anak tudung yang bau masam teruk. Senang cita, suka bau busuk masam. Hahaha ! Kadang-kadang mood dia baik, dia manja jugak. Tapi jarang sangat nak manja tu. Nak main-main lagi la tak. Pemalas teruk ni. Pantang pintu rumah terbuka, dia memang kalut la nak keluar.. salah 1 yang buat aku rasa bagus si Choky ni.. bila dia tau sapa-sapa nak sampai pintu. Kadang tu tak dengar tapak kaki orang pon. Tup tup dia dah lari pegi depan pintu. Pastu baru la dengar tapak kaki ahli keluarga aku yang balik. Dia la penyambut tetamu. tapi, kena jaga-jaga selain menjadi peyambut tetamu, dia ni sebenarnya belakon. Sebab dia nak keluar rumah. Sebab tu belakon jadi penyambut tetamu tu. Haha

Berbalik pada cerita abah tadi.. nak dijadikan cerita, hari tu pintu rumah terbuka. Aku tak pasti sapa yang keluar masa tu. Dia macam biasa.. terus menuju ja nak keluar. Orang utara kata.. 'terpa'. Abah aku dah tau dah perangai dia, memang tangkap la dia. Tak bagi keluar. Masa abah aku pegang dia tu.. si choky ni boleh pulak ter-usha kucing lain. Dia nak lepas dari abah dia GIGIT tangan abah aku.. secara automatiknya abah aku pon lepas la dia..

Lepas kena gigit tu abah aku kata sakit macam biasa la. Bisa macam tu je la. Abah aku biar ja. Tak g klinik amek injection pon. Tu yang SILAP. (Dan aku pon baru tau, kepentingan injection lepas kita kena gigit binatang.. ) tetiba abah aku demam teruk lepas kena gigit tu. Tangan bekas kena gigit tu makin membengkak. Mak suruh g hospital. Memang pegi hospital, dapat injection, lepas tu check bacaa kencing manis pulak tinggi. Dalam 20 macam tu. Terus kena admit.

Masa dalam wad, kena amik darah setiap hari, selain tu kena tambah air. Badan abah dah lemah sangat. Nak makan tak selera. Dan tangan bertambah bengkak ! Siap bernanah !
Tudiaaa penangan kena gigit kucing..



Dalam gambar ni, tangan dah surut. Kalau ikutkan sebelum kena operate, tangan abah dah kembang macam belon dah.

So, doktor decide, abah kena operate. Operate untuk buang nanah, cuci luka kat bengkak tu. Dari adik aku cerita, abah tido tak lena. Sebab tangan dia sakit. Lepas operate yang pertama, lega sikit, abah dah boleh tido lena masa lepas operate tu. Masa tu ubat bius ada lagi. Tapi, keesokannya.. abah cakap sakit. Tangan berdenyut-denyut. Makan pon memang tak selera. Masa ni tetiba bacaan gula turun. Sebab dia tak makan kan.. puasa sebab nak operate lagi.. macam mana tak turun bacaan kencing manis..

Lepas tu, abah selera makan. Bila makan, bacaan gula pon naik sikit. Tapi tak la setinggi masa mula-mula masuk. Jadinya bacaan tak stabil. Lepas tu doktor tengok bekas oeprate tu.. macam 'tak elok' . Doktor tak puas hati. So, masuk balik bilik bedah. Operate kali kedua. Kali kedua ni kiranya.. nak memperkemaskan lagi bekas luka tu.. cuci, buang apa yang patot.

Selesai operate yang kedua, masih lagi di wad. Bacaan gula pon sama jugak. Masih tak stabil. Turun naik. Doktor tengok luka.. doktor cakap nk kemaskan lagi. Ada isi-isi dibahagian yang operate tu ada hitam -hitam, so, doktor nak buang. So, operate lagi kali ke 3.

Lepas operate kali ke 3. Aku terkejut adik aku hantar gambar kena tambah darah..



Kena tambah darah. Mak aku cakap abah lemah masa ni..

So, semalam... mak aku cakap abah dah makin ok. Doktor pon puas hati tengok luka tu. Tapi tak cakap pun boleh kuar wad ke tak. Maybe nak tengok lagi keadaan dari semasa ke semasa macam mana. Hari-hari memang kena cuci luka la luka tu.. lepas tu dengan kencing manis lagi.. memang kena pantau selalu laaa..

Aku rasa, orang biasa tak la seteruk ni kot kalau kena gigit kucing. Tapi, disebabkan abah aku ada kencing manis, berumur pulak.. tu yang kena tahan lama di wad. Doktor 'sayang lebih' . Haha ! Yea la. Mesti la kena pantau.. luka orang kencing manis ni kena jaga elok-elok.. nanti melarat !

Moga abah kembali sihat seperti sediakala. Bila abah sendiri masuk wad macam ni. Kesian kat abah aku. Tapi tu la.. dah tau kencing manis, mana nak pantang makan. Asek pantang nampak makanan nak ngap jaa!

Abah aku ni kuat melawak. kuat membahan. Walaupon di wad. Dia sakit.. tapi mulut tu sihat ja dok bahan pesakit-pesakit lain. Dalam bilik abah aku tu ada 4 pesakit termasuk abah aku. Masa aku p melawat.. bukan main suka lagi dok bahan orang lain. Macam tak sakit ja. Dia tu tunjuk kuat la tu.

Erm.. abah kan. Sentiasa jadi wira dimata anak-anak dia.

Semoga abah cepat sihat seperti sediakala.


Gila tak sayang abah? :')

28 July 2015

1 Syawal 1436

Assalamualaikum !

Masih mood raya kahh koragg ? aku ni dah tak daq dah raya rasa raya.. sebab nyaaa.. dah balik Langkawii ! kat sini tak ramai kenalan. ada la Pak Cik sorang kat sini. so, tak dak laa nak susun open houseee. setakat rumah pak cik aku tu jek.. setengah hari boleh settle!

taon ni giliran beraya ni Kelantan. kitorang gerak balik ke Kelantan, malam Rabu.

Taon ni, aku dengan Kak Long giliran belah Kelantan. kami punya giliran sama. so, taon ni Amri dengan Mazura je tak sama. taon lepas giliran diorang  beraya di Bachok. taon ni giliran Gua Musang pulak.. walaupon giliran tak sama.. tapi kami tetap berjumpa. giliran hari raya pertama je tak sama.. raya kedua Amri dengan Mazura dah balik Bachok.. lepas tu petang raya kedua tu.. Ayah Cob pulak sampai.. memang meriah la rumah.. Kali ni makinnn meriah sebab ade 2 baby dan 1 kanak-kanak nakal. hahaha ! Anak Amri dan anak Kak Long. diorang ni sebaya. Tua anak Amri berapa hari jek..

Ni kanak-kanak nakal dalam rumah ni.. Sarah Zhufairah. baru sorang la.. tunggu la lagi 2 orang tu besar.. haha !  
1
Say hyeee  tu Amir Muhsin ! ni anak adik ipar aku. Amri & Mazura. baru 5 bulan.. lasak dan sadooo ! nama pon anak lelaki kan? harussslahh lasakk  & sado.. 
Yang ni, Medina Zhufairah ! Adik Ninaaa aku panggil.. anak Kak Long. Muka memang sebijik muka Kakak dia masa kecik dulu. 
Malam raya tu.. Family Kak Long tak sampai lagi.. Kak Long sendiri pon kena kerja. Pagi raya tu baru sampai Bachok. Subuh-subuh dah ade orang gegar pintu bilik kitorang. haha ! sape lagi kalau bukan si Kakak Suchan.. ketuk macam nak roboh pintu.. bila orang bukak pintu.. gelak-gelak. lepas tu salam, peluk-peluk dia.. muka dia pon macam bangga la.. hahaha ! terus kitorang laki bini cerah bijik mata. orang balik sembahyang raya baru aku mandi.. hahaha ! :P

Raya pertama, Mil aku masa Nasi Bukhari. sedappp gilosss.. memang tolak tepi lah diet tu.. makan memang bersungguh lahh.. aku dok ulang makan je. 1 ari berapa kali aku makan nasi. memang terkejut la perut aku.. haha !

kat rumah Mil aku ni.. pagi-pagi je memang ramai yang datang. ni kira batch pertama la.. haha ! 

yang dok selfie ni adik ipar aku. Adik Mie yang last skali
hat ni pulak adik ipar aku jugak lah. dah nama nya aku beraya di rumah mertua kan. ni adik perempuan last Mie
Kitorang punya sesi bermaaf-maafkan pon lambat sikit sebab ade tetamu datang tak putus-putus. sekali datang, memang serbu ramai-ramai macam ni..

Tema kami taon ni warna peach. gambar ni tak ckop ahli. ketiadaan keluarga Amri dan ketiadaan si nakal Kakak Suchan. dia dah tido masa ni. letihhh sangat sampai je pagi-pagi raya tak tido-tido. ok.. gambar ni patotnya aku crop.. tapi biasa lah.. MALAS :P dan ada jugak gambar raya complete semua orang ada dalam ni. tapi aku tak amek pulak gambar tu kat camera adik ipar aku.
sesi bermaaf-maafan dan sesi bagi duit raya
Sementara orang tak ade ni.. apa lagi.. pakat-pakat wefieee ! :D

blakang tu Yb tengah berucap :P 
Yb dah selesai berucap 
senang je nak cam YB ni.. tema die lain sket je.. 
Gambar ni masa si Kakak Sarah tak tido lagi..baru lepas mandi ni.. muka gebuu je ade bedak.. rambut pon basah tu..si Kakak tu.. orang puji dia cantik.. mood dia pon ok laa
Gambar  kat bawah ni pulak wefie je.. asal ade peluang.. haha ! :P




geram betol tengok Adik Ninaa

ni pon sama.. geram tengok Adik Nina jugakk

Naseb bek la ringan Adik Nina ni. Ummi boleh lambung-lambung macam tu.. kalau dengan Amir.. Ummi tak mampu laaa.
Kitorang pergi beraya bila hari dah petang dah.. pegi rumah nenek dan rumah bapa saudara Mie..

Mie dah tuka baju dah. dia cakap panas pakai baju melayu.. alahaii...
Amacam 1 Syawal korang? ! Syawal aku macam ni je la..


Akhir kata... 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin 

naseb bek la semenggah jugak muka laki aku masa amek gambar ni. kalau tak.. macam kena paksa jek.. :P 

20 April 2015

Rania Alisha Si Dobot

Anak sepupu aku yang aku pernah cerita ari tu.. dah besar dah.. setahun dahh..

si dobot Rania Alisha

tak nak kat orang. nak melekat kat Mama dia jekk 
Tak larat nak dukung. chubby.. macam michelin dah lengan-lengan tu.. Dulu masa baby.. alahai tecik nyaa.. nahh.. amek.. sekarang sampai tak larat nak dukung. Pastu jangan tonggek-tonggek muntut tu.. menggoda sungguh.. Alisha ni tak nak sangat dengan orang. sebab dia tak biasa dengan orang ramai. kiranya tak mesra alam la mek Alisha nih..

Sebab bila mama dia pegi keja.. die duduk dengan nenek die jek. berkawan dengan atuk dengan nenek jek. manja la.. tak biasa dengan orang. Orang nak bawak naik moto pon takut. tak biasa. selalunya.. budak-budak, kalau orang ajak naik moto, opkos melompat suka nak ikut. dia ni tak..

Lepas tu kalau ko umpan dia untuk pergi kat ko.. ko tunjuk kartun dalam hp ko pon tak layannnn.. dia layan Indahnya Iman dalam Astro Oasis tu jek. kalau ada tu.. dia memang akan duduk lama depan tv. setengah jam. setengah jam  lah.. baguihhhh anak dara ni..

Teringat kat muntot die terkedek-kedek macam itik pulang petang itu.. HAHA !


ok, Bye ! =)

07 August 2014

Cerita Aidilfitri 2014 / 1435

Selamat Hari Raya uolss ! hehehe !

Seperti aku ade cerita dientry yang INI dan INI ..

Ni lah antara cerita raya aku..

Pagi raya, balik ja dari cuci luka Abah, aku dengan Mie rilek- rilek depan tv. Mie cakap tak rasa macam raya pon.. yea lah.. selalunya raya pertama family aku ni memang tutup pintu. raya pertama kitorang se-family selalu pegi beraya.. so.. tak de lah nak tunggu orang datang.. nak orang datang beraya.. kena tunggu raya kedua.. sedara mara semua dah paham dahh.. lagi satu.. Mie rasa sunyi.. dan dia rasa macam hari biasa.. sebab tak dengar orang bertakbir kata dia. ntah la. masjid kat umah aku tu tak la jauh mana.. tapi tak dapat dengar takbir pon.. walaupon kawasan rumah aku tu sunyi.. sepatotnya dengar la kan ? dah Mie cakap dia rasa sunyi.. aku pon bukak la TV1. ada takbir semua. ok.. aku pon baru la rasa raya ! kehkeh !

Masa pegi klinik tadi.. Abah ja pakai baju melayu . kami laki binik pakai tshirt dengan jeans macam biasa jek. balik pon tak tukar. dah rasa macam boring ja raya kitorang.. aku pon siapkan la baju raya.. sebab aku pikir..

"hari ni kan hari raya.. walaupon kita tak kemana-mana.. kita pakai la baju raya !"

Mie malas nak layan aku.. aku pon siap-siap la.. gosok semua baju.. make up kan diri sendiri dan adik-adik aku.. pastu.. apa lagi.. kami selfie ja la.. HAHAH ! Aku bawak balik monopod yang aku beli kat Lazada. tapi sebenarnya aku order benda lain kat Lazada tuh.. tapi sampai kat aku monopod la pulak. layan kan aje. sebab kira murah la jugak.. sebab aku amek kira kalau aku pos balik monopod ni.. kos pos dah ada kat situ. malas aku..

ni hasil dia.. sefie sekeluarga.. kehkeh

Gambar ni lah menjadi gambar pertama kali nya.. kami cukop 5 beradik dalam satu gambaq. selalunya.. mana penah cukop.. adik aku Jeff tu selalu sangat menghilang. beraya dengan kengkawan la apa la... ntah apa-apa.. sepatutnyaa.. raya dengan family la kan ? haaa.. nak cita adik aku yang si Bang Cik tu.. (yang pakai spek ) seyes.. dia tak mandi semasa pengambaran ini berlansung ! HAHAHA ! sebab nak amek gambaq family punya pasai.. semua tak mau tunggu dia mandi dah.. dia pakai baju melayu.. dan seluar dia tu.. seluar pendek. HAHAH ! tak kesah lah.. janji tak nampak dalam gambaq.. naseb baik la.. dalam gambaq tak boleh bau.. kehkeh

Disebab kan Abah tak sehat.. kami pon tak kan nak pegi beraya beria-ria pulak. tak syok la kan.. kami layan selfie ja la. janji gambar raya ada.. HAHHA ! makan tu memang dah kenyang sangat dahh.. raya kali ni Mak aku buat mee rebus.. layan kan aje.. agenda dalam kepala memasing.. lepas makan.. tido.. HAHAH ! 



Mak dengan Abah. beza umoq Mak dengan Abah 10 taon woo

Ada yang cakap.. aku ikut muka Abah. betoi kaa? 

Ni adik aku umoq baru 18. size.. besaq gedabak. baju kalau nak cari.. memamg size xl. kuikui ! muka kami tak sama. ramai yang cakap muka dia ni ikut Mak

ni adik yang bongsuu.. bongsuu pon.. dia laaa pompuan paling tinggi dalam rumah.. kalau ada barang yang nak amek kat tempat tinggi-tinggi.. memang panggil dia la.. 

ohh ! aku tau.. aku comel banyakk dari dia. ekekekek ! :P

ni mak aku.. hehehe ! ada ka muka aku iras Mak aku ? Hidung la kot eh ? ntahhh.. Mak aku nampak muda ? HAHA ! Mak aku kawen umor 19.. dia beranak aku, umor dia 20. maunya tak nampak macam adik dengan kakak. tak rugi lahh kawen muda dan ada anak di usia muda. Aku ja.. umur dah berapa.. Allah tak bagi rezki lagi.. huhu

ni pon tinggi gak.. ntah la. samada aku ni memang katik or memang diorang ni tinggi-tinggi.. 

kami 5 beradik. 2 lelaki 3 perempuan. muka lain-lain kan ? dan paling comeyy haruslah akuu , kan ? kan ? kan ? Hahahaha ! *panggg !! bunyi penampar kat muka aku *
tengok muka Abah aku tak pakai gigi . HAHAH ! (bahan Abah sendiri  :P )
Selfie beria-ia la hai.. Last skali baru teringat nak beraya..

nampak Abah aku dok tahan gelak ? HAHAH ! Aku ni jenis suka main-main.. so, bila aku nak jadi seyes, memang tak nampak seyes lahh.. kehkeh
Baju raya taun ni.. aku pakai balik ja baju masa adik ipar aku kawen.. cuma.. masa dia kawe.. baju aku tu takde lace.. dah raya.. nak bagi nampak lain la ikit.. aku letak lace.. ok la kan ? dari takde.. huhu !

Settle dok selfie bagai.. niat dihati.. dah puas dah amek gambar.. nak tuka baju la.. nak pakai baju biasa.. panas kottt.. tup, tup Pak Teh aku datang.. haaa.. kira nya ada jugak la tetamu.. lepas tu.. dah berturut-turut sampai malam. Haaa hambek kauuu..

Nak tengok warga emas berselfie ?

Taraaaa !!

Tengok Abah aku.. kunun macho la tu.. dengan gigi tak pakai.. duduk pon atas bantal tu.. sebab sakit..kalau perasan.. butang baju pon tak betul.. kaluittt sangat.. orang datang baru nak pakai baju.. HAHA
family belah aku ni.. memang gila selfie. Mie yang tak berapa suka..layankan ajaaa.. 

Tak kesah dah backround macam mana.. senyum.. tetap senyum..

Ni cerita raya di Perlis. aku sempat puasa 2 hari di Perlis. sempat beraya selama 2 hari jugak. Petang raya ke 2 kitorang dah bertolak balik Kelantan. Sapa kata kat Kelantan raya puasa tak meriah ? Mengarut semuaa tuhh ! Sama meriah jaa dek nonn ! Tambah-tambah pulak rumah mertua aku tu.. memang tak putus orang datang beraya.. phewwww ! carikk nyawaaa.. carik nyawaaa! tapi besttt.. jangan la nak mimpi ko nak diet.. rugiii beb ! macam-macam adaaa ! nak-nak Ayah Cob (Ayah sedara Mie) memang rajinn ke dapur.. rajin buat bbq bagai.. perghh ! makanan semuaaa homemade. nak makan apa.. cakap ja.. nant buat sama-sama..

Gambar ? tu yang aku kata paling rugi.. dok umah mertuaa.. aku cukop mallewww nak bergambar.. ekekekeke ! ntah la.. maybe diorang tak gila selfie or bergambar macam adik beradik aku kottt.. huhuh !

Raya ke berapa ntahh.. Ida roomate aku masa belajar di IKBN Chembong datang beraya. Terima Kasih Ida.. 2 bulan lepas.. dia datang jugak kenduri adik ipar aku.. raya pon datang.. hehehe ! dengan dia ni.. aku tak malu nak bergambar.. sebab dah tau dah.. dia pon memang gila gambar.. Mek Sunezal pon datang.. kami 1 asrama di IKBN Chembong dulu.. Mek Sunezal tu lagiii la.. dia kawan aku panjat pagar masuk asrama ! HAHAH ! penangan badminton punya pasal.. orang suruh masuk asrama awal-awal.. aku dengan Mek Sunezal ni.. balik dari dewan badminton pukul 1 pagi ! dia je yang panjat pagar. aku tak berani.. kang aku panjat pangar, silap-silap menda lain yang koyak kangg.. HAHAHA ! tiap-tiap kali jumpa .. Ida mesti ungkit cita ni.. benciii akuu ! huhhh ! pastu gelak kuat2 kat aku.. haihh ! naseb bek la kenangan.. hahaha !

Sekarang kitorang bertiga dah kawen dah.. Ida ja ada rezki lebih dah ada anak dah dia.. Aku dengan Mek Su masih honeymoon.. 

Selfie sikit. hhahah ! 
Keesokannya.. aku dengan Mie beraya pulak umah Ida.. Sampai jugak la kami di rumah Ida.. banyak kali dia duk ajak.. nak buat macam mana.. tak berkesempatan..

Akhir kata..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin.. 

Sopan kan aku ? propaaaa sangattt ! =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...