22 August 2015

Wide Shawl Murah DISINI !

haa.. jangan nak terkejut aku juai shawl plak sekarang nih ! kihkih !

sebenaqnya.. dah setahun dah.. tapi aku tak terupdate kat sini. selalu kat instagram jek. kat FB pon sebenarnyaa aku baru update perelok sikit-sikit.. hikhik !

idea untuk menjual shawl ni bermula bila aku dan bff aku.. h2m, masing-masing sukaa pakai shawl. so, kami buat keputusan sama-sama la jual shawl. senang. masing-masing ada tugas sendiri.

oh.. macam mana nak sebut myh2m nih? bagi orang yang dah biasa.. memang dah tau dah.. yang tak biasa.. meh aku bagitauu..

myh2m = mai - hash - too - emm 

dapat ? haha ! saja nak mengabadikan nama group kami terus ke jenama tudung. cewaahh ! 

aku melalut eh ? ok2.. kat sini aku tepek beberapa keping jenis shawl. tapi, untuk nak tengok yang lain.. korang tengok kat side bar eh.. 

klik je kat gambar ni..


terus link ke facebook kami. 

kalau instagram pon sama.. 

kalau korang nak tau.. shawl ni kami pilih sendiri.. cuma bab menjahit ja bukan kitorang. yang lain.. memang kami amek sendiri.

kami TAKK beli kat kedai tau shawl ni.. maksud aku readymade. tak-tak.. kami beli kain je kat kedai. kain pon kami pilih yang elokk dan terbaikk punya. sebab kami ni cerewet. tak suka pakai shawl yang jarang-jarang ni. dah tutup, biar lah tutup dengan sempurna kan? kain ni jenis chiffon. chiffon yang kualiti bagoss.. panas ?? tak panas lahh.. dan tak jarangg lahhh bila ko lilit-lilit tu. 


Masa Raya 1 syawal 1436 baru ni pon aku pakai.. berseri muka akuuu tauu !  ( kahkah ! sila muntahh ) 

aku tepek la kat sini sikit.. nanti korang klik kat side bar tauu? terus ke FB or Instargram myh2m. ikut korang lah selesa yang mana.. 

sini aku bagi link jugak la 


GLITTER CHIFFON
PRICE : RM25 (EXCLUDE POSTAGE)

POSTAGE : RM 6 (SEM) RM 9 (S&S)

GLITTER CHIFFON
PRICE : RM25 (EXCLUDE POSTAGE)

POSTAGE : RM 6 (SEM) RM 9 (S&S)

GLITTER CHIFFON
PRICE : RM25 (EXCLUDE POSTAGE)

POSTAGE : RM 6 (SEM) RM 9 (S&S)

GLITTER CHIFFON
PRICE : RM25 (EXCLUDE POSTAGE)

POSTAGE : RM 6 (SEM) RM 9 (S&S)

GLITTER CHIFFON
PRICE : RM25 (EXCLUDE POSTAGE)

POSTAGE : RM 6 (SEM) RM 9 (S&S)

GLITTER CHIFFON
PRICE : RM25 (EXCLUDE POSTAGE)

POSTAGE : RM 6 (SEM) RM 9 (S&S)

GLITTER CHIFFON
PRICE : RM25 (EXCLUDE POSTAGE)

POSTAGE : RM 6 (SEM) RM 9 (S&S)
PRINTED CHIFFON
PRICE : RM23 (EXCLUDE POSTAGE)

POSTAGE : RM 6 (SEM) RM 9 (S&S)

PRINTED CHIFFON
PRICE : RM23 (EXCLUDE POSTAGE)

POSTAGE : RM 6 (SEM) RM 9 (S&S)

PRINTED CHIFFON
PRICE : RM23 (EXCLUDE POSTAGE)

POSTAGE : RM 6 (SEM) RM 9 (S&S)

PRINTED CHIFFON
PRICE : RM23 (EXCLUDE POSTAGE)

POSTAGE : RM 6 (SEM) RM 9 (S&S)

PRINTED CHIFFON
PRICE : RM23 (EXCLUDE POSTAGE)

POSTAGE : RM 6 (SEM) RM 9 (S&S)

PRINTED CHIFFON
PRICE : RM23 (EXCLUDE POSTAGE)

POSTAGE : RM 6 (SEM) RM 9 (S&S)

PRINTED CHIFFON
PRICE : RM23 (EXCLUDE POSTAGE)

POSTAGE : RM 6 (SEM) RM 9 (S&S)

PRINTED CHIFFON
PRICE : RM23 (EXCLUDE POSTAGE)

POSTAGE : RM 6 (SEM) RM 9 (S&S)

PRINTED CHIFFON
PRICE : RM23 (EXCLUDE POSTAGE)

POSTAGE : RM 6 (SEM) RM 9 (S&S)

PRINTED CHIFFON
PRICE : RM23 (EXCLUDE POSTAGE)

POSTAGE : RM 6 (SEM) RM 9 (S&S)
kalau dah tengok kat sini ko dah bekenan dik nonn.. printscreen gambar tudung yang mana ko nak tu.. whatsapp ke 0124157127 . 

aku JAMINN layanan tip top ! hihi !


ok, bye ! =) 

04 August 2015

Makan Malam Di Seashells, (Laman Padi ) Chenang , Pulau Langkawi

Masa anniversary aku yang keempat hari tu.. aku ada la pegi makan malam di satu restoran ni. ada aku tepek gambar kat entry INI 

ok, kali ni aku cerita lebih lanjut. kot-kot lahhhh nanti korang datang Langkawi, nak pegi tempat makan besttt-besttt kat Langkawi nih.. lagi pon.. ramai jugak yang inbox aku kat Fb nak tau aku makan kat mana..(ramai la sangatttt :P )

jeng! jeng !!

Aku makan di Seashells Chenang . ataupon masa mula-mula aku google, aku cari nama restoran Laman Padi . tapi keluar Seashells Chenang ni.. telek punya telek. laaa.. betol lahh restoran yang aku target nak pegi tuu !

Sebenarnyaa.. lama dah aku dok tengok-tengok restoran ni. sebab dimata aku.. restoran ni special sangat. dari trip Honeymoon Berjemaah Langkawi lagi, aku dok usyar jekkk.. lepas tu tengok Romantika, episod Sazzy Falak. erm.. tertariknyaa akuu !  wahhh ! romantiknyaaa! class nyerr ! wow nyerr ! :P

Lepas aku pindah ke Langkawi ni.. kitorang laki bini ni, nak la makan kat tempat cam special sikit. yea lah.. nak sambut anniversary kan ? taon-taon yang lepas, kitorang sambut kat sushi dengan kedai tom yam jek.. so, taon ni macam nak lain sikit la.. kebetulan ade la kawan aku datang bercuti kat Langkawi ni.. dia dah pegi dulu.. aku rujuk kat dia pulak laaa.. :P

So, dapat la serba sedikit detail dari dia.. lantasss terus ku usulkan kepada suami ku encik Azmi. hakhak ! Mie pon cakap.. Jommm ! proceed !!

Kitorang bertolak dari Kuah lepas Isyak. sampai Chenang.. cuaca sedang elok..




mula-mula cadangnya aku nak makan kat pondok-pondok yang dekat sawah padi tu.. adik amek order tu pulak cakap..

"macam nak hujan ni kak.. banyak nyamuk"

yo lah dik.. akak ni baru nak bersopan santun makan bersimpuh. dah ko cakap macam tu.. tak jadi lah..

tak pelah dik.. kitorang duk sini pon okay.. merasa la jugak candle light dinner.. kehkehkeh ! 
Nampak kan belakang kitorang tu sawah padi? best tauu ! sekali sekala ko dengar la bunyi katak melompat.. kahkahkah ! tapi tak de la katak tu boleh melompat sampai masuk kain ko ! dunnn worry!

Bila dapat jek menu.. kitorang laki bini terkejut ! macam tak percaya pon adaa.. laa.. murahhhh la jugakkk makan siniii ! kitorang dah terbayang mahal lagi dari makan kat Nandos.. Laaaa.. boleh sangat lahh nak makan sinii.. suasana romantik. harga pon okay..

amacam korang ? ok kan harga dia ? macam ko makan kat restoran tom yam malam-malam je kannnn ? :)
Bab meng'order' memang aku serah bulat-bulat kat Mie. aku follow jek.. dia ada citarasa sikit. aku ni.. balik-balik.. makan ayam.. ikan.. dengan dia ni lain sket.. so, dia decide nak makan itik . itik ?? aku pon follow je lah. lagi pon aku tak pernah makan itik. so, boleh la try malam ni..

pilih bang.. pilih. anje followwww jekkk... haa.. gittewww
yea bang.. anje follow je abang nak makan apewww.. kahkah 
orang Arab ramai jugak makan sini. yea lah.. kalau aku jadi diorang pon aku terpikat kott nak makan sini. eh! aku tak jadi diorang pon sekarang ni aku dah terpikat kan ?

ada jugak yang celebrate birthday kat sini. curlasstt uols.. sambut birthday dalam suasana romantik macam ni.. jelesss iolsss ! muahahah !

Taraaaa ! makanan dah sampaii ! 
sambal belacan sumpahh sedappp ! 
air ni datang sekali pakej dengan makanan. teh herba. boleh masuk tekak aku.. aku kira ok la tu.. 
Nasi dia.. nasi minyakk kot.. maklum la orang tak pandai masak yang cakap.

amboi.. sedapnyaaaaa ! tak lembik. tak keras.. seroiii mak aku kata. sebijik-sebijik dia jatuh.. sedapp.. tu nasi sahaja ya.. belum masuk lauk..

dah nasi sedap macam tu.. makan pulak itik. ini pertama kali makan itik. lebih kurang makan ayam je la.. sedap jugak ! lepas tu makan ulam cicah dengan sambal belacan dia.. sedap jugakkk ! Mie tu tak berapa nak boleh makan belacan. sebab dia alergik udang. boleh makan pulak kali ni! takde pulak rasa nak muntah dia ! memang holioooo !

TAPIIII !

yang tak bestnyaa.. semua lauk pauk ni sejuk.. kenapa ntahh .. tapi naseb baik laaaa... sejuk-sejuk pon sedapp.. agaknya kalau lauk pauk ni panas.. aku tak tau macam mana tahap sedap dia tuhhh ! lagi sakannn la aku makan agaknya.. silap-silap mintak tambahh !

Katakann la korang datang, tak nak makan set ni.. kat sini jugak ada stall yang jual satay, ko teow goreng, nasi goreng.. so, boleh la order makanan yang ade dekat stall tu..

Nak dijadikan cerita aku ni lebih menarik kata kauu..

Tengah sedap-sedap makan tuhh.. sekaliii.. HUJANNN ! arghh!! makin romantiklahh dinner kitorang.. makan sambil pegang kain sebab sekali dengan angin kuat. bayangkan lah.. lepas tu pakej tempias. air pon dah campor dengan air tempias sikit-sikit.  naseb baik masa tu makanan pon dekat nak habis dahh.. kalau baru nak makan.. kena tuka tempat la nampak gaya..

habiskan makanan mana yang ada.. tak lepak lama dah.. terus balik.. cuaca tak mengizinkan untuk kami lepak lama-lama..

romantik sangat suasana sampaikan aku amek gambar , nampak bayang jek.. kihkihh

Moga-moga kehadiran kami dilain hari, dapat la lauk pauk panas-panas.. dan cuaca mengizinkan. teringin sangat nak makan bersimpuh ! kihhhkihh :P 
Total candle light dinner kitorang : RM30 sahaja..

menarik takkk ? so, kalau nak datang Langkawi nanti.. makesure SeaShells Laman Padi ni ada dalam list okkayyy ??

macam mana nak cari lokasi restoran ni?

ikut signboard ke Pantai Chenang jek.. Ikut signboard tu sampai jumpa Laman Padi. So, memang jumpa lah restoran ni! simple like that ! ecewah akuu .


ok, bye ! =)

03 August 2015

Selamat Bertunang, Dina !

walaupon dah lama tinggal zaman persekolahan, aku masih rapat dengan bff zaman sekolah. sampai sekarang lah bzz nyer.. siap ada nama Shidiziwa lagi.. maintain sampai sekarang uols..

tetiba Dina bagitau dia nak bertunang !! wahhh ! happy nyaa weolss ! Alhamdullillah! happy gila macam aku pulak nak bertunang ! kahkah !

Shidiziwa ni ada 4 orang. aku, Dina, Azirah & Wan . Aku & Wan ja dh kawen. lagi 2 belum lagi.. so, bila Dina cakap dia nak tunang.. kami sangat excited dan terus decide nak pakai sedondon! maka.. pencarian baju pon bermula.. kitorang tak nak buat yang rumit-rumit. beli yang ready made jek. sonang. so, decide pakai dress Calaqisya . colour pon pilih bila pegi kedai tu. berdasarkan size yang ada. haha ! lantak kan je la..janji sedondon la kitorang ber 3 sebagai dayang-dayang kononnya..

Masa hari berlansung,. kami bertiga memang pegi rumah Dina seawal mungkin. sebab dah janji nak bawak pegi make up. bila hari bersejarah macam ni la.. khidmat bff diperlukan. alahh.. aku dah kawen kan.. so.. dah paham dahh... kihkih !

penat ? tak penat pon. susah ? tak susah pon.. enjoy jekk.. hihi

Sebelum pegi make up.. kami breakfast duluu! Dina make up kat kedai jek. tak panggil mak andam datang rumah. lagi pon tempat nak make up tu dekat gila.. 2 menet sampai la.. hihi

tema untuk dayang-dayang, biru + kelabu
taraaa ! petunang udoh siappp ! 
Balik dari make up tunggu tak lama sangat.. rombongan lelaki pon sampai.. dan bermula lah sesi menyunting bunga di taman :P dan sesi menyarung cincin. 

Alhamdulillah.. dah bergelar tunangan orang dah Dina ! Tahniahhh ! Tahniahh ! 

suasana di rumah Dina selesai sesi menyarung cincin.
Petunang dan dayang-dayang. haha ! dayang-dayang ni kuat bergadoh asal jumpak ja bergadoh. paling gengtster skali, hat paling kanan tu.. nampak pon tau dia gengster :P 

sesi makan sirih
Kebanyakan orang dah balik masa ni. sebok la diorang ni nak rasa sirih junjung nak makan sireh katanya.. aku setakat try-try cam mana nak lipat ja la.. nak makan au tak mau.. sebab aku memang dah penah makan dulu.. Tok aku jenis pemakan sirih pinang ni. aku pon dah tau tahap kepedasan dia macam mana. Sekali si Ajie dengan Wan ni bersungguh nauuu nak makan.. siap bubuh gambir, kapur.. haa.. skali makan... hambik kauuu! pedasss ! aku tolong gelak ja... gigih sangat nak amek berkat katanya... 



Selamat Bertunang Dina..


**Gambar tunangann Dina memang tak teringat nak snap. HAHA ! tunggu je la nanti dah sah jadi suami isteri. aku cerita jugakk kat sini.. :)



ok, bye ! =)

02 August 2015

Jalan-jalan Cable Car , Langkawi !

Masa cuti sekolah awal taon hari tu.. (tak pasti bulan 3 ke bulan 4) bawak adik-adik perempuan aku (yang lelaki tak ikut) jalan-jalan Langkawi. tapi tak jalan banyak tempat. bawak pegi Cable Car jek.. nape tak bawak jalan-jalan g tempat lain? sebab nak 'simpan' sikit bila nanti Mak Abah aku datang, tak la budak-budak ni jadi 2 kali pegi.. so, bawak je 1 tempat.. haha !

ragam dalam kereta.. namanya perempuan.. haa tuuu.. macam-macam ! perut aku macam burger?  lantak laa.. malas nak crop ..:P
Untuk trip ni.. kali ke 2 aku naik Cable Car nih. 1st masa Honeymoon Berjemaah Langkawi  


Budak-budak ni beria nak naik Cable Car. sebab adik aku si Amid tu (yang belakang tengah betulkan tudung tu) pernah la datang dengan kawan-kawan sekolah dia.. tapi tak de rezki nak naik Cable Car. hujan la.. kereta rosak la.. apa laaa.. haha ! 

Buat masa sekarang, aku memang tak pernah lagi bercuti dengan family. yea la.. ada 3 orang lagi tak kerja.. bajet kakak dengan abang agak ciput lah. tunggu la hampa 3 dah kerja sok.. senang la.. kumpul duit sorang sikit.. heheh ! 

Sampai Cable Car, cuaca memang panaihh lit lit orang utagha kata.. kalau bawak budak, memang disyorkan supaya bawak la payung ka apa.. panas sangat takut demam plak.. 

memang dia tu over :p
aku dengan adik aku 2 orang ni beza 10 taon. yang last tu 14 taon. masa zaman aku sekolah.. diorang ni kecik lagi.. lepas tu.. masa diorang membesar, aku jarang ada dengan diorang sebab aku sambung belajar, pastu kerja jauh pulak. hikmah sekarang aku dah pindah Langkawi.. aku makin rapat la adik beradik. sebab kerap jumpa. kerap jumpa dan kerap bergadoh la.. opkosss.. hehe ! 

Dulu sembang-sembang sekejap je.. gosip pon aku tak tau sangat. kira ketinggalan la aku ni sekarang.. alhamdulillah.. sekarang aku tak la ketinggalan macam dulu.. haha ! lagipon dulu mana ada whatsapp kan? sekarang dah ada whatsapp lagi erat la orang kata.. gosip-gosip pon ada jugak.. bila kekadang Mie outstation.. memang aku balik rumah Mak Abah aku la..

Adik aku yang tudung biru tu aku panggil dia Amid tu... (nama sebenar Hanim. dapat nama Amid sebab adik aku yang last tu.. yang tinggi dari kami semua tu.. masa tu dia pelat.. nak panggil Hanim, keluar Amid. nama Amid aku dengan adik aku no 2 memang lekat kami panggil Amid sampai sekarang) sampai dia buat pengakuan.. 

"masa aku zaman sekolah, aku tak kenai hang kak.. " 

hahaha ! yo lah.. kalau dia tak kenai aku.. aku pon tak kenai dia.. haha ! ya la.. waktu membesar ni la kita nak kenai adik beradik kita kan? macam aku kenai adik bawah aku. tapi tak best la. sebab adik bawah aku lelaki. geng dengan adik lelaki dengan adik perempuan berbeza.. hikmah la jugak ni disebalik penghijrahan ke Langkawi ni . dan kerap balik umah Mak Abah. hihi !

yang tinggi tu si bongsu.. bila hangout macam ni.. haa.. tak nampak dia bongsu dahh ;')

masa ni nak beli tiket. rilek-rilek je depan ni sebab orang tak ramai. abaikan anak gajah baju kotak-kotak tuh.. kihkih
masa datang dengan diorang ni la baru aku tau.. skarang dah ada skydom. patot la orang tak beratur panjang kat atas ni. masa aku datang ari tu.. panjang gila beratur kat sini. sejam pon ada.. dah la berdiri. kalau orang tua.. kesian nye la hai.. aku rasa.. sky dom ni diwujudkan untuk mengelakkan orang berbari panjang. sementara nak tunggu turn naik cable cab.. masuk skydom ni dulu. 

sekarang dah tak risau lenguh berdiri. boleh duduk-duduk sebelum masuk sky dom. 
 Masuk sky dom macam ko masuk panggung wayang. tapi bukan tengok movie la. nak tau tengok apa.. tu kena datang sendiri :P sekejap jek masuk situ. dalam 15minit kot..  lepas tu.. yess ! jomm naik sky cab !!
nak naik kena beratur dulu. 


perangai sangat .. 

kami 3 takde penyakit gayat. haha ! penyakittt :P 
masa naik sky cab ni, kitorang naik berlima. ada couple depan kitorang tu. dari Selangor katanya.. siap tanya kitorang ni.. 

"belajar sama ke? "

HAHAHAHA ! gelak besar aku ! untung la aku.. aku masih berlajar sama.. 

nampak macam aku sebaya je ke?? hahahaha ! kesian Adik.. dah la dia paling muda.. dah nampak tua :P 

nampak sikit couple tu.. haha !
Binti Abd Rohman. tapi muka tak sama . kan ?? 
Pemandangan Langkawi dari atas.. hijauu jekk.. gambar jadi blur skit sebab aku lupa nak lap lens kamera aku tuh.. 

cantek ? :)



Layan kan je la kitorang wefie.. jarang nak dapat wefie macam ni.. melainkan hari raya.. aku lagi banyak wefie dengan kawan sekerja aku berbanding adik beradik. sebab ? opkos la dah nama kawan sekerja.. dah ari-ari jumpa.. adik beradik aku jarang jumpa.. haha !





Perangai sangat si Amid tu .. tunggu la nanti masa dah ada duit sendiri bleh g jalan-jalan sama-sama. aku dengan adik-adik aku ni sama ja.. suka berjalan... 


ok, bye ! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...