18 November 2018

Finally!

Kemain tajuk.

Setelah setahun aku bertangguh, akhirnyaaaa aku settle layan drama Korea, Goblin. Bukan senang wehh nak perabihhh! Sejak berumoq ni, ada ja halangan aku nak perabih. Aku pulak jenis, kalau dah start layan, aku tak boleh ada gangguan. Sebab tu la setahun baru habis! Aku dah 2-3 kali dah dok bukak episod 1. Tapi tengok suku ja. Lepas tu aku tutup bukak movie. Moviekan cerita sekali habis ja. So pilihan aku sekarang ni, movie atau telefilem yang sekali tengok boleh habis. 

Banyak keja lain weh nak kena buatt! Nak kemas rumah la, basuh baju la, macam-macam lagi lah! Hal-hal dewasa ni. 

Kagum wehhh! Dengan orang yang masih banyak kelapangan nak melayan drama korea ni. Erm, maybe dia boleh bahagi masa sehari sejam kot. Dah aku jenis tak sabar, kena la layan sampai habis. Uuuu! Bukan senang untuk aku bagi komitmen. HAHA! 

Ada lagi 1 drama Korea yang hot aku tak layan lagi. Masih dalam waiting list. Descendats Of The Sun. 

Cerita 2 tahun lepas. Aku takkkk layan lagi. Aku kalau dah tak datang mood tengok drama Korea, memang ke sudah aku tak layan. 

Aku bukan nak cerita sangat sinopsis drama ni. Cuma sebagai rekod untuk diri sendiri, aku nak kata aku dah settle tengok Goblin! Dan tanda tahniah untuk diri sendiri! 

Kat sini aku tepek scene yang membuatkan air mata bergenang. Tengok cerita ni setakat bergenang ja. Tak meleleh. 













Haha! Gigih! 


K, bye! Hahahahaha 

Nyesal tak beria baca? HAHAHAHAHA! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...