31 December 2012

Selamat Tinggal 2012 !

Pejam celik.. Pejal celik.. 2012 dah nak meninggalkan kita. Tak lama dah. Beberapa jam ja lagi. Aku gigihkan diri aku untuk taip entry malam ni. Saja. Sebagai penutup 2012.

2012 banyak jugak yang best.

Antaranya :

- bulan MAC Incit Somi berpindah ke Selangor. Dan kami menjalani kehidupan normal suami isteri. Hehehe!

- Incit Somi dapat keja yang lebih okay.

- ber'honeymoon' secara berkelompok. ( Okayy.. Aku taww.. Sampai sekarang aku tak buat pon entry nih. Kihkih ! )

- tak sangka aku boleh bercuti di Bandung, Indonesia. ( Yang ni pon sama, aku tak buat entry pon. Haha ! )

- dah pandai berenang sikit-sikit.

- aktif dalam pembelian online (shopping online laa.. Hehehe ! )

- g office awal sejam. (Hahaha! Sebab terpaksa tumpang Incit Somi g keja)






Setakat tu yang aku ingat. Haha ! Boring kan ?? Benda baik ja aku nak ingat. Benda tak baik.. Aku tak mau list kan.. Nak buang jejauhhhh !!! Huhu ! Ok, bye ! :)


Selamat Tinggal 2012 !! Ku merinduimuuu ! ;)


26 December 2012

Suchan Shipuden





Akhirnya, semalam dapat jugak jumpa Suchan Shipudennnn ..@ Pupuu !! Dah makin bijak budak kecit nih.. Buat Ummi Ngah rindu lagikkk sama Pupuu !! Nanti kita jumpa lagi ekk? Main-main lagik.. Rindu diaaa.... :)







Tatatititutu~~









13 December 2012

Vacation

Tengah berangan-rangan nak bercuti tahun hadapan.

tapi kali ni Incit Somi dapat turut serta

hopefully dapat la...  

Murahkan rezeki kami Ya, Allah !!! 








Tatatitiutu~~

28 November 2012

Happy Birthday , Sayang !








Hari ni genap 28 tahun Incit Somi hidup di bumi Allah.. Dah 2 tahun bergelar suami kepada si isteri yang mengada-ngada ni. :') dan 6 tahun bergelar 'boyfriend'.



Tahun lepas, kami sambut ala kadar sahaja - Hanya Kami Berdua :p tahun ni pon Hanya Kami Berdua. Tak ada beza pun. Cuma tahun lepas si Isteri rajin buat cake coklat kukus. Tetapi tidak untuk tahun ini. Kihkih ! *sorry isteri tak rajin untuk tahun ini ;) beza sambutan hari lahir untuk tahun ni, kami suami isteri dah jadi normal. Tidak kepada PJJ ( Perkahwinan Jarak Jauh , Semenyih - Kuala Terengganu) kami dah jadi PJD (Perkahwinan Jarak Dekat ) *nak jugak tu letak singkatan bagai. :p.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran, Suamiku.
Semoga menjadi hambaNYA yang taat, anak yang soleh, suami yang terbaik.
In Shaa ALLAH jadi ayah yang terbaik. *bila la tu kan.. :')



kek gugle jek.. :P


kek dah dapat dah semalam. sendiri besday. sendiri beli. kehkeh :)







Tatatititutu~~







Sent by DiGi from my Blackcherry® Publicphone

22 November 2012

Pak Guard oh ! Mak Guard

Assalamualaikum






Dah lama aku perhatikan. Bukan baru. ( Cewahh.. Ayat macam nak makan penampo ) dari aku study, sampai la aku keja. Aku tengok, pak guard ni ada yang dalam kelompok warga emas dah..( Aku cakap ni bukan la nak sekat rezki diorang ka apa eh.. Ni pendapat sahaja) memang la setakat yang aku nampak, keja Guard ni rilekkk jek. Duduk jek.. Pastu cukup masa round-round bangunan..

Yea la.. Tu masa tak ada kes, aku rasa keja ni la paling mudah bagi warga emas kan.. Tapi.. Kalau la tiba-tiba masa yang tak terduga tu. Macam mana pulak ? Aku selalu imagine penjahat datang badan ketak-ketak.. Pastu berlawan pulak dengan Pak Guard yg dalam usia emas ni. Macam mana eh? Pak Guard yg sepatotnya menjaga keselamatan, silap haribulan, kita pulak yg selamatan kan dia.. ( Bajet kita lagi hero la.. ) Tak pun kalau Mak Guard pulak. Macam mana dia nak lawan eh? Kalau dia kena rogol macam mana? Sorry kalau korang rasa aku berfikiran sempit. Tapi tu la yang selalu terlintas kat kepala hotak aku neh..

Tak dinafikan.. Diorang mencari sesuap nasi.. Daripada diorang mintak sedekah, bek diorang keje kan? Tapi tu la yang aku selalu terpikir... Larat ke diorang nak lawan penjahat nant? Tapi bukan la aku cakap penjahat ni selalu ada. Tapi bila kita berada disaat genting.. Baru kita terpikir, bahaya macam mana.

Kalau guard yang muda-mudi ni maybe diorang ni bosan buat kerja ni. Yang aku selalu nampak, kalau muda mudi ni, geng2 Pendatang Asing la.. (Tu kat bandar-bandar besar ) kalau g area luar bandar macam Perlis negeri aku tu.. Memang ada lagi budak muda Melayu. Tapi tak ramai. Maybe susah nak cari orang yang nak kerja guard ni..

Tapi, aku taw.. Ajal maut, Allah ja yang tau. DIA maha mengetahui.. Sehebat mana pun manusia, segagah mana pun manusia, kalau Dia nak ambik nyawa. Dia ambik ja  Kan ? :)






Tatatititutu~~






(^_^)V








Sent by DiGi from my Blackcherry® Publicphone

20 November 2012

Kami Di Masa Depan

Assalamualaikum 





Cuti Maal Hijrah hari tu jumpa Suchan. haha ! memang aku kidnap terusss.. dalam keta pon naik dengan aku la.. Ibu dia rilekkk.. bagi cuti jap. haha ! Ni trip family blah Incit Somi ke Pantai Remis, Kuala Selangor. Trip ni lebih kearah sesi makan seafood. Aku memang alah la makan seafood yang pelik ni. Aku makan remis. boleh pulak sakit perut, lepas tu muntah-muntah.  dari petang sampai malam.. heshh ! lepas ni memang aku tak mau sentuh dah laaaa... hihi ! Hari Jumaat sebelum semua orang balik ke rumah masing-masing, kitorang sempat buat lawatan Cik Kiah kat Bukit Malawati, Kuala Selangor. Aku dah g tempat ni berkali-kali dah..(belagakkk !! ) haha ! semua aku g atas urusan kerja la.. kadang-kadang kena bermalam kat Kuala Selangor ni. So, ambik la kesempatan jalan-jalan kat sini.. heshhhh !! aku bukan nak cerita pasai tuh.. nak cerita pasai ni.. :) 

Kami Di Masa Depan  ;)

Nanti IS mesti macam ni kan.. bawak anak.. :) Nampak IS sangat kacakkk  dengan 'aksesori' yang tergantung tu :p


 pastu mesti macam ni.. tengok-tengok monyet.. tunjuk-tunjukk kat baby. suh tengok. hahaha !


Heshhh !! kacakkknya IS !!!! (muntah ijauuu !! puji laki sendiri)


pastu ambik gambar bertiga.. (ni berangan untuk anak pertama. anak berderet-deret, belum berangan lagi.. hakhak ! )



Bahagia sungguh heret anak orang buat macam anak sendiri.. hahahah  ! Ntah-ntah nanti ada anak sendiri, malas nak kuar jenjalan.. hahah ! ;P






tatatititutu~~







(^_^)V

19 November 2012

Hari Bahagia

Assalamualaikum..






Ntah kenapa aku rasa happy sangat hari ni.. Happy untuk cousin aku yang bakal bertunang In Sya Allah next month.. :) Sangat berharap segala perancangan beliau berjalan dengan lancar..

Terus call tanya colour tema majlis. Hehe! Bukan apa, saja nak memeriahkan majlis dengan colour yang sedondongg. Haha! So, disebab kan excited, aku dah sibuk-sibuk survey baju mana yang sesuai. Overrr kan? Orang len yang nak bertunang.. Aku plak yang sibokkk ! Haaa.. Kata nak memeriahkan majlis kanzzz !! :)






(^_^)V







Sent by DiGi from my Blackcherry® Publicphone

08 November 2012

Sehari Menjelang Aidiladha 2012

Sehari sebelum Raya Haji lepas, aku dikejutkan dengan pangilan telefon dari Incit Somi mengatakan dia kemalangan. Perghhhhhh !! Tetiba tangan menggigil.. Dada berdegup pantasss ! Mase dia call aku tu, lepas maghrib. Biasa la.. Aku mesti lah sibuk-sibuk nak masak kan.. Sebab lepas masak nak g Uptown Jalan Reko tu dengan Day & Dak Liya. Hajatnye nak beli tudung baru la. Raya kan.. Pakai pakaian baru. Tak kesah la walau murah sekalipon..

Ok.. Aku sambung cita, lepas ja dia call.. Kat kepala hotak aku ni tak daq orang lain dah.. DAY!!! Terus call Day cakap cakap tak jadi nak g shopping tudung.

Aku : Laki aku eksiden woii !
Day : Laaa.. Ye ke.. Kat manaa?
Aku : Puchong. Weh, jom pegi amek dia. Ajak Seli skali. Dia cakap dia tak boleh bawak moto. Kaki dia luka. Aku g ambik ko eh..
Day : Ok3. Kitorng tunggu ko.
Sekali dengan aku tak mandi terus sarung tshirt dengan suar. Masam pun, masam la.. Dalam kelam kabut tu, tangan aku menggigil jek. Yea la.. Mesti lah risaukan? Kita tak nampak keadaan dia. Kalau ikut dengar suara, macam ok.. Aku baru je turun rumah, dia dah call.. Tanya aku kat mana. Mak datukkk ! Lagi aku gelabahh ! Aku dok cool down diri sendiri.

"Jangan mengelabah, tenang, kang tak pasal2 aku pulak kang" cakap lepas je kan aku??
Nak kuar dari taman aku tu plak.. Jalan jemmed.. Masak la.. Incit Somi call lagi..
Incit somi : kat mane ?
Aku : baru nak kuar taman ni haa.. Asal waktu macam ni jemmed??
Incit Somi : tak pe lah. Cepat sikit.
Aku : yea.. Nak cepat la nih.. Eh, syg ok ke? Ada rasa nak pitam tak ?
Incit Somi : okk. Cuma kaki ni.. Luka. Berdarah lagi ni..
Aku : oo ok.. Nak g amek Day & Seli nih.
Incit Somi : cepat sikit..

Darah ???? Kat kepala otak dah pikir bukan-bukan.. Ya Allahhhhhh !!!! Jauhkanlah !!!!
Masa aku kelam kabut g rumah Day, punye la nak cepat, aku boleh pulak masuk lubang ! So, tayar kereta aku masuk dalam lubang. Kereta tak boleh gerak ! Ya Allahhhh !!!! Terus aku kuar dari keta. Terus jalan tu Jemmed !!! Sebab akuuu !!! UwwAaaaaaaa !! Perasaan aku masa tu, antara malu + takot + risau kat Incit Somi . So, masa tu, ramai orang yang datang tolong. Ya lah, yang masuk lubang tu PEREMPUAN plak kan.. orang Cina, Melayu, India. Yang aku pasan.. Waktu ni seyes aku rasa 1 Malaysia (tetiba kanzzzz.. ) Diorang pon cepat2 tolong settle kan keta aku. Nahh koo.. Bercalar haaa.. Malas pikir dah.. Terus cakap TQ kat semua. (Sebab ramai sangat yg datang tolong) terus g rumah Day..

Sampai je kat guard umah dia. Dah nampak dah laki bini tu tengah tunggu aku. Terus aku mintak tolong Seli drive. Tangan still menggigil sejuk.. Sepanjang jalan, Seli drive.. Sepanjang tu jugak la Incit Somi asek call ! Arghhh !! Stressnya akuuuu ! Nak marah pon ade.. Ingat Puchong tu boleh sampai dalam 5 minit ke?? Terus telefon Mak Tam mintak tolong Mak Tam sampai dulu kat LDP tu. Dah Mak Tam dok Shah Alam. Tapi masa tu Mak Tam sekeluarga dah jauh, nak keluar Shah Alam dah nak balik Perak beraya. Dia terus call Incit Somi, Incit Somi la cakap dengan diorang supaya jangan datang. Dia ok. Besa la.. Dah aku bagitau Mak Tam, terusss sampai MIL aku yang kat Kelantan tu pon tau. Bukan main risau lagi dia.. Yea la.. Anak kannn... Terus call Incit Somi tanya keadaan. Last sekali, aku pulak kena marah sebab bagitau orang tua. Habiss tu.. Nak buat macam mana lagi kan? Kebetulan pulak malam tu, geng2 Kak Long and the gang tesesat sampai nak masuk Tapah. Fuyooo ! Balik Kelantan, sesat sampai Tapah.. Ouhh ! Malam tu kecoh perihal sesat & kemalangan. Comfirm MIL & FIL aku tak tido lagi sampai la Kak Long and the gang sampai rumah..
Alhamdulillah... Sampai je kat Shell LDP tu.. Jumpa Incit Somi. Incit Somi cedera ringan sahaja. Luka di kedua - dua lutut dengan tapak kaki. Akibat terseret. Overall koyak kat bahagian lutut. Luka pun dia dah siap basuh .. Dia cakap dia tunggu kitorang lambat sampai, so dia pegi basuh dulu luka tu dengan air.. Euwwww ! Aku sendiri asa pedihhh... Pastu mintak tolong Seli tlong bawak moto. Sebab Incit Somi dah tak boleh nak bawak. Dalam keadaan macam tu, aku la terpaksa drive. (Aku ni kalau naik dengan Incit Somi, aku tak suka nak drive. Sebabnya.. Semuaaaaa tak kena. Hahaha! Senang cita bagi je la die drive.. penah je balik Kelantan or Perlis die drive sorang-sorang. Hewhew! )
Terus kitorang pegi mediviron Taman Kajang Sentral tu. Alaaa.. Yang dekat dengan Miros tu.. Sampai je sana, Seli dah sampai. Alhamdulillah.. Sebab sepanjang jalan dari Puchong tu, kitorang cari die jek.. Nak follow blakang dia la kan.. Hambekk.. Sampai Mediviron baru jumpe. Hewhew. Kitorang yang lewat sebenarnya.. Sampai sana, tengok2.. Klinik Mediviron tu ramai pulak orang.. So Incit Somi bagi arahan, suh pegi Mediviron Bandar Teknologi Kajang. Terus pegi sana. Alhamdulillah.. Tak ada orang. Terus ja dapat masuk bilik rawatan. Aku pon follow Incit Somi masuk.. Aku tengok la doktor tu cuci luka dia. Lembik jugak la tangan aku. Incit Somi boleh pulak selamba sambil tu dok cakap telepon. Haiyaa !! Ouhh! Lupa, Seli jugak la yang tolong bawak moto ke Mediviron tu. Dayah dalam keta dengan kitorang. Thank beb.. Banyak jasa korang. Habis rawatan, sekarang nak bawak balik moto ke rumah pulak. Mintak tolong Seli lagi. Kali ni start moto tak nak hidup pulak. Seli cakap die simpul wayar ape ntah sebab minyak asek kuar jek. Sebab wayar tu la.. Moto tak hidup. Susah payah Seli start. Lepas tengok sekian lama Seli start tak hidup-hidup.. Incit Somi yang sakit tu pulak take over. Nak jugakk.. Start moto macam orang tak sakit.. Tolak moto la.. Haiyaaa... Sampaikan ade India dengan tokei kedai urut datang tolong sebab ingatkan 'plak' yang rosak. Tak hidup jugak moto tu. Last-last masing-masing give up. So amek keputusan nak tinggalkan moto tu kat situ, then esok amik. Kebetulan balai polis dekat, Seli decide, tinggalkan motor tu depan balai polis. Haha! Aku pulak rasa kelakar. Ok la.. Balik, terus hantar diorang laki bini balik rumah. Diorang pon kelaparan, kitorang pon kelaparan. Disebabkan dah lewat, tak lepak la sebab esok nak kerja pulak. Pas tu Incit Somi plak tak selesa. Yea la.. Orang baru jatuh moto kan. Kata Incit Somi, dia jatuh sebab jalan licin sebab minyak diesel tumpah. Kata dia la. Alhamdulillah.. Incit Somi selamat. Bersyukur..

Balik rumah, kesiannyer.. Lapar teruk. Naseb bek la aku masak sebelum dia call tadi. So, melantak sampai nak tekeluar balik makanan tu. Bukan tak sedap.. Tapi aku suapkan.. Memang haruss habis lah.. Hihi ! Mandi pon seksa.. Tu laa.. Tadi hero sangatt.. Haha! Walau apa pun terjadi, saja la tanya kat Incit Somi..
Aku : esok jadi tak balik raya kat Kelantan?
Incit Somi : jadiiiii !! Kalau Abang tak larat drive, B ganti Abang eh..
Aku : yea la sayang..
aikkk ? Semangatnyaaaa !!! Mentang-mentang turn Kelantan eh, taun ni... Jangan buat main bab nak balik raya kat kampung ni. Yang sakit pun boleh jadi sihat taw !! :)
Alhamdulillah.... Segalanya selamat. Terima Kasih, Allah...



*sorry la.. Korang terpaksa baca karangan aku yang berhari-hari aku taip nih. Gambar tak daq. Sebab, aku post guna email. Dah try untuk post beserta gambar, email itu tidak 'publish' di sini. So, selamat membaca karangankuu !! ^_^




Sent by DiGi from my Blackcherry® Publicphone
















06 November 2012

(Gambar) Farid Kamil & Diana Danielle

Assalamualaikum



Hari ni kat fb asek terpampang gambar pasangan bahagia ni ja.. mak aih ! sweettt sangat !! aku ni bukan peminat FK or DD. tapi disebab kan gambaq nikah depa nih.. Masya Allah !! Sangat cantekk !! sangat sweet !!! Blog aku ni bukan la blog gosip.. haha ! tahniah la buat depa nih. Buat aku tergerak hati nak post pasai depa. (bajet macam blog ni pemess kan ? satu penumbuk buat aku ! kihkihkih ! ) 

Apapun Selamat Pengantin Baru kepada Farid Kamil & Diana Danielle :)




cantik sgt ! 

sumpah berseri-seri :)

so sweet 


FK kelihatan sangat kacak dikala ini :)



so sweeettttttttttttt !!! 

kacak + cantik 



















































semoga bahagia sampai syurga :D





kredit to : AnnasEaskeyPhotography
   Fotocantik-Studio

&

The gang la senang ^_^






Tatatititutu~~






(^_^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...