24 July 2019

Dinner

saja la aku dok melayan story kat whatsapp tu. pastu ternampak si Yati post susunan pinggan suhi yang sudah dimakan.

aku cam, eh BONANZA!

terus tanya dia, betul ke tidak. dan betul la Bonanza hari ni sehingga 25 Julai. si Yati ni siap tolong check kan samada Kedah sama tarikh ke tak Bonanza ni dengan Selangor. hahaa cuwittttt! selalunya bila datang bonanza ni Dayy yang selalu ingatkan. :( hidup aku ni banyak berkait dengan dia. nama pon bff kan.. 

Lama dah aku tak layan bonanza ni sebenarnya. selalu nampak orang uplod kat FB/IG pon aku cam buat tak tau. maybe jugak masa tu aku tak terigin nak makan. tak pon masa tu semangat nak makan masakan sendiri. ecewah macam laaa sedap sangat masakan aku tuu.  Mie ni tak suka makan luar sangat.tapi tak de la sampai tak keluar makan lansung. kadang bila aku jemu dah makan makanan sendiri, dia ok ja ajak g makan luar. seminggu sekali ke.. ok la. kalau hari-hari makan luar, dia tak nak. aku pon dah 8 tahun kawen. dah terbiasa jugak. teringat masa aku keja kat Kajang sekejap ari tu. hari-hari makan luar sampai muak dah. aku masak jugak kadang tu walaupon goreng telur, goreng ayam makan dengan kicap. janji masakan sendiri. mie pon masa tu walau bini tak ada kat rumah, dia pon masak jugak. masak yag simple-simple je janji kenyang. kadang goreng telur makan dgn kicap. kadang masak sardin.. gitu la. tak da la tetiba makan sorang, dia masak ayam masak merah ke ape. lebih kepada yang simple-simple je. selalu nye yang simple-simple ni yang buat makan bertambah. ye dok??

oh lupa nak habaq. Langkawi dah ada Sushi King! haha! setahun dah kalau tak silap. so bila teringin ja makan sushi king senang dah. tak payah tunggu nak keluar pulau dah.. pastu dok terlioq tengok orang dok update makan sushi kat FB/IG nun. Selalunya kalau aku jumpa Dayy, dia dah tau dah nak ajak aku makan kat mana. mesti dia cari masa untuk kitorang g makan Sushi King. selalunya memang Sushi King la. Sushi yang lain tak pernah. ntah sebab tak kena dengan tekak kot. dah memang terbiasa dengan Sushi King. pernah la kitorang g Sakae Sushi, tapi ntah la tak kena dengan tekak. 

Macam biasa time Bonanza ni kompom la kena beratoq kan. barisan tak panjang sangat. so aku dok no 4 dari 3 group kat depan. beratoq dalam 10 menet rasa nya terus dapat tempat duduk. sebab tempat yang available adalah untuk 2 orang. alhamdulillah rezeki. kami dapat dulu dari 3 group depan dari kami tuh.. 

kali ni memang aimmm nak makan pinggan pepel ja. ya la dah dari harga RM6, jadi RM3 (RM3.80 termasuk tax) so kita serrangggg! maka sebab tu pinggan setinggi itu. haha!

Laki aku  ni camera shy. Time bergambar la nak basahka bibir la apa. nak malu apa ntah. bukannya ko kena buat aksi pelik-pelik ponnn. kalau amek gambar dengan dia memang kena banyak kali. seeloknya snap banyak skaligus. pakai burst tuuu.. 

serabai teruk laki aku. dia mai mood nak simpan rambut panjang pulak. tapi aku ok je. tak da terganggu ke apa.. ko boleh bayang masing-masing bangun tido macam mana keadaan? dua dua menyinga weyyy! rambut kembang. kahkah!
Sushi King Langkawi ada di Chenang Mall. Chenang nunnn. bukan di Kuah. so kalau hampa mai kat Langkawi, tapi dalam masa yang sama tekak nak makan Sushi King jugak... boleh la ke Chenang Mall. Mall kecik je. ada Starbuck, Fish Manhantan, Old Town White Coffee, KFC, Yubiso, and Guardian. aku list ni yang aku rasa nama-nama besar la yang akan orang cari, kan. nak-nak Guardian tu. mesti ada ja benda nak beli. selain ada kedai-kedai ni, ada kedai coklat jugak. jangan risau. kedai coklat bersepah-sepah disini. tapi kalau tanya murah ke tak... hat tu aku tak tau. sebab aku selalu beli coklat kat HIG, Langkawi Saga, Billion & Langkawi Parade je.

Buat masa sekarang, aku memang jadi suri rumah sepenuh masa. ada apply keja. mungkin bukan rezeki lagi untuk aku bekerja. sekarang rezeki aku sebagai suri rumah kot.. yea la ada yang dah keja nak jadi suri rumah kan. so aku layannnnkan ja jadi suri rumah ni. aku masih jual kain cotton, dan sekarang aku ambik keputusan tambah lagi benda yang aku jual. aku jual baju siap. korang follow la ig kat sidebar tu. baju cecantik dan ada baju yang tak perlu gosok pon. murah je wey.. aku  jadi dropship ja. ada 3 jenama besar yang aku jadi dropship diorang. aku tak mau amek banyak-banyak takut aku plak yang pening. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...