Showing posts with label susun atur la sangatt. Show all posts
Showing posts with label susun atur la sangatt. Show all posts

15 September 2017

Susun Atur Ayam & Ikan Dalam Peti Ais


Aku ni nak kata jenis manusia OCD tu memang tak la. Tapi sejak berkahwin, aku rasa life aku jadi lain sikit. lain macam mana? lain macam ada sesetengah benda tu lebih sistematik dan praktikal la. sebab apa? sebab Mie macam tu. kahkah! ini lah nama nya saling melengkapi!

ok, kali ni nak cerita pasal ikan & ayam

korang kalau beli ikan ke ayam, selalunya simpan macam mana? kalau dulu, aku letak dalam 1 tupperware. satu tupperware untuk ayam, 1 tupperware untuk ikan. bila nak guna, aku rendam semua sekali walaupon dalam tupperware tu ada 10 ketul ayam, tapi aku nak guna 2 ketul je. memang aku rendam semua.. kalau 4 kali masak, 4 kali la aku rendam sampai la ayam tu habis.

sekarang aku dah ada cara yang lebih praktikal dan mudah.



Ayam dan ikan yang telah dicuci. ok masa gambar ni diambil, aku tak tau lagi petua untuk ikan supaya segar.

petua untuk ikan segar, lepas buang perut tu, ikan tu tak payah cuci, just terus simpan sahaja. masa nak masak, baru la cuci sebersihnya.

senang saja. asingkan ayam/ikan mengikut kuantiti sekali masak. macam aku, sekali masak kalau ikan tu aku masak 3 ekor. sekor untuk sekali hadap. setengah lagi untuk pinggan ke dua. setengah cukop la. Dulu buat 4 ekor sekali masak, tak habis. so memadai sorang makan seekor setengah sekali makan.

Aku selalu masak lauk berlainan setiap kali waktu makan. tapi boleh ja nak panas kan balik lauk yang yang tak habis. macam makan malam, panaskan je masakan tengah hari. tapi jarang sangat aku buat macam tu. sebab dalam kepala otak dah plan nak makan apa. kadang pagi dengan tengah hari aku masak. malam dah ajak makan luar pulak. so better aku masak untuk sekali makan sahaja. ni untuk hari cuti Mie la. kalau hari bekerja, aku masak breakfast tu macam nasi goreng ke, memang aku makan benda tu la sampai tengah hari. malas nak masak kalau semata sorang je nak makan. aku makan je apa yang ada. kalau roti, roti la. kalau biskut, biskut la..

lupa. waktu aku cuci ayam aku akan asingkan sikit bahagian dada untuk aku potong.

untuk apa?

untuk nak masak nasi goreng ke, bihun goreng ke, isi ni akan aku guna. so sama jugak. aku dah letak portion yang sepatotnya untuk sekali masak. tak kuasa ehhh, nak rendam semuaaa lepas tu ambik separuh, simpan separuh..

portion untuk kami laki bini memang banyak ni ja la.





Bila dah siap semua aku akan asingkan ikut spesis. letak dalam plastik ikea tu. senang & kemas.




Kenapa letak dalam plastik ikea ni?

sebabnya dia ada 'zip'. plastik kecik-kecik tadi tak ada zip ni.

boleh ja kalau nak letak dalam tupperware. tapi untuk aku yang peti ais comel ni, tak dapat menampung. dengan cara ni ruang pon jimat.

untuk penjimatan ruang, cepat & mudah, memang aku buat cara ni sampai sekarang. memang mempercepatkan kerja di dapur. cewahh ! ayat suri rumah sangattttttt! 

09 December 2014

Susun Atur : Pin / Brooch Untuk Travel

Dah lama tak post pasal susun atur. bukan tak nak, tapi rumah pon tak berapa nak susun atur sekarang.. sebab packing barang untuk bawak barang ke Langkawi. Alhamdulillah.. Mie dah selamat menjalani kehidupan baru kat sana. sepanjang berjauhan ni.. baru sekali ja aku pegi Langkawi. tu pon sebab Sabtu Ahad. so, sekejap sangat. so, tunggu la Rabu ni.. Lama sikit nak dok sana. lama pon.. setakat 4 hari ja. bukan 4 la.. 3 hari ja. sebab hari ke 4 tu aku balik dah balik Kajang.

Ok. melalut dah cerita susun atur aku kali ni. kuikuikui !

Selama ni aku memang bermasalah la bila pin atau brooch aku rosak masa aku keluar jalan-jalan atau pon aku di opis. sekarang aku dah senang sikit. aku buat spare. Benda alah ni aku tak buat sendiri yea.. kebetulan hari tu masa beli pad Libresse dapat free..




 

Ok yang ni pulak pandangan dalam. 
 



HEHEHE ! mudah kan ? senang simpan dalam handbag. selit jek. selain tu.. cincin pon boleh letak. sebab ade butang kat situ.. boleh bukak untuk masukkan cincin.

So, sekian sahaja lah caerita bab susun atur aku buat kali ni. jangan tanya nak beli kat mana.. sesungguhnya aku memang tak pernah jumpa lagi menda alah ni.. kalau ada yang pernah jumpa.. boleh la bagitau.. mana tau.. kot benda alah ni rosak.. nanti aku tau la kat mana nak beli. Tak gitu ?


ok, bye ! =)

21 August 2014

TIPS : Hilangkan Bau (II)

Kabinet dapur korang berbau tak ? hehe ! kebinet aku ni berbau. sebabnyaa.. aku letak segala bawang, kunit, halia., aku sumbat sini. bukan apa.. kalau letak kat luar.. sakit mata memandang. ecewahh ! bukan main lagi aku ni kan.. padahal.. kekadang bersepah pon aku buat tak tau.

bakul aku yang kaler putih tu.. kiranya.. selepas aku menjinakkan diri dengan susun atur la.. yang berwarna tu.. bakul hamper. taun-taun lepas.. opis aku selalu buat pertandingan. bila menang je. hamper. hamper. hamper. so.. ade la bakul-bakul berwarna-warni itu. 
Kalau perasan.. gambar kat atas tu.. ada sekeping roti terdedah. Ada sebab aku letak situ.. 

Haaa... tu lah.. tips aku.. untuk hilangkan bau kat dalam kabinet ni.. aku letak roti. roti aku ni dah expired. kaau nak letak roti tak expired pon boleh jeeee.. tak de salahhh pon... nak letak roti jenama apa pon tak salah.. macam aku.. aku letak Gardenia. bukan sebab dah kayoo. tapi roti ni dah expired. 

Selain letak dalam kebinet dapur ni.. bole ja letak kat dalam kereta. kekalau susu anak korang tumpah dalam kereta.. dah 1 hal bau masam.. betul ? yang tu aku suggest letak bebanyak dalam kereta. semalaman yea.. semalaman... in shaa Allah.. hilang bau tu.. 

Dalam peti ais pon boleh letak sebenarnya.. selain gunakan arang macam entry yang lepas tu. tapi.. kalau letak roti.. sekejap je la. sehari dua je. lepas tu roti ko tu keras. dia tak serap bau dah.. sebab tu aku letak arang dalam peti. dalam kabinet dapor ni. aku letak bila ada roti expired je. nak letak selalu pon boleh. 4 ari ke.. tuka la roti tu.. letak yang baru.. 

roti sekeping
macam kabinet aku ni.. seleloknye.. letak la 2 keping. atas 1. bawah 1. standart la.. lepas tu kabinet tu bau roti.. ok la.. dari bau busuk masam.. hehehe !



19 August 2014

Susun Atur : Bekas Simpan Susu Pekat

Dulu sebelum kawen.. susu pekat ni.. bukanlah suatu benda wajib ada dirumah. kadang-kadang rasa nak buat / bancuh apa-apa , baru aku beli. memang jarangggg sesangat lahhh senang cita.. Lepas kawen.. susu pekat menjadi barang yang WAJIB ada dirumah. Mie ni suka minum teh letak susu, milo letak susu..

So, bila kita buat air.. tak kan nak letak semuaaa susu tu kan? Aku dulu suka tebuk 2 lubang. tapi mie ni.. cerewet la jugak.. tak sukaaa . dia suruh aku tuka letak susu tu dalam tupperware. kalau tak tuka bekas lain, tak bagus untuk kesihatan kata dia. nanti karat ! ohh ok.. baru aku teringat mata pelajaran Kemahiran Hidup - Ekonomi Rumah Tangga. Cikgu ada cakap.. 

"sekali kita bukak tin susu.. kita kena salin. kalau lama-lama dalam peti ais.. tin tu boleh berkarat. tak elok untuk kesihatan"

korang selalu bukak susu macam mana ? sejak Mie mewajibkan aku tuka bekas ni.. aku memang bukak macam ni.. 

Luas mulut dia.. hehe !
Lepas tu aku akan tuang dalam tupperware ke tipuware. tapi.. lelama. aku rasa macam tak praktikal la.. sebab susu kita akan amek guna sudu kan? sebab bila kita letak dalam peti sejuk.. susu pekat ni akan pekat sedikit kan ? ke beku eh ? nak tak nak.. memang kena ceduk guna sudu... jadi masalah pulak bagi aku.. kadang-kadang.. dah bancuh dah teh ke milo tu.. pastu rasa macam susu tak cukup la... air tak cukup manis la.. tak rasa susu la.. aku akan tambah lagi.. haa.. waktu ni masalah timbul. (ecewah) susu aku ni akan 'kotor' dengan milo or susu yang aku bancuh tadi. tak best pulak kan ? 

Lepas tu aku cari alternatif lain.. letak dalam botol Eco Tupperware. sebab ? sebabnyaa.. botol tu tak guna. aku isi air dalam botol Herbal Life. Botol eco tu kecik untuk aku. tak cukup aku nak minum ayor.. maklum la.. jenis orang banyak minum.. hehehe !

sumber : google
Tak praktikal weh ! sebabnyaaa.. botol ni keras. macam mana nak picit bagi susu keluar? aku ni sengal gak berkilo-kilo jugak.. haihhh ! dah satu hal kena tunggu dalam 15 minit ke.. bagi susu tu ok.. dan mengikut suhu bilik.  so, tak membantu mempercepatkan kerja aku.

Sekarang.. aku dah temui solusi. *hamboi pekataan aku*

Taraaaaa ! 

Aku guna botol sos ! 
Hehehehe ! Ulang suara.. aku guna BOTOL SOS ! kehkeh ! sebab dia? walauponn susu tu masih bersuhu peti sejuk.. aku tak payah tunggu susu tu ikut suhu bilik ke apa jadah.. aku hanya PICIT sahaja ! ngehngeh ! yessss !!!! aku sukaaa !

Kos untuk botol ni ? RM1.80 sahajaaa ! beli kat Speed Mart. tapikkk ! tu lahhh.. tak kaler putih.. sebab aku beli botol ni dah lama bonaaa.. masa beli ni belum dapat wahyu untuk berdeko , bersusun atur bagai lagik.. naif lagik. hahahaha ! sekali je aku guna botol sos ni. mesti la guna letak sos kan ? .. so.. bila nak letak susu.. aku dah rendam dengan sabun. dan basuh berkali-kali dahh ! takkan nak basuh memain kan? kang Mie minum teh ke ape.. ade rase sos pulak.. lagi naya aku !

kalau ni botol baru.. semestinyaa aku akan carikk kaler putih.. tapi tu lahh.. tak kan semata-mata nak kaler putih.. aku buang benda yang masih elok dipakai ni ? ishk.. ishk.. tak mau ikut perangai syaitonnnn !

Ni haaa.. susu pekat aku.. hehehe ! 


17 August 2014

TIPS : Hilangkan Bau Peti Sejuk

Peti sejuk korang berbau tak ? ke peti sejuk aku je ?? mihmih ! ni tips yang dignakan oleh Mak aku. kalau tak salah aku. Arwah Tok aku pon gunapakai tips nih..

Masalah peti sejuk berbau ? ini penyelesaiannyaaa !

Letak ARANG dalam peti sejuk . yea.. A R A N G. arang.. tak kesah lah arang batu ke.. arang kayu ke.. janji.. arang.

Aku penah tengok arwah Tok aku letak arang dalam peti. dia just letak ja. tak balut-balut. pastu tempat letak arang tu.. hitam la dengan arang tu.

Kali ni aku ikut cara mak aku. Mak aku balut sikit arang tu dengan tisu..


aku balut camni je. janji tak lekat hitam. hehe 
 lepas balut.. letak je dalam peti sejuk. tempat yang mana sesuai..

macam aku.. aku letak kat sini...

nampak tak ade 2 bungkus putih ? 
Biar je. in shaa Allah.. peti sejuk anda.. tidak bebau tengikk ! haha ! kalau perasan.. dalam peti tu.. ada aku potong limau purut.. saja nak bagi peti aku bau limau. haa.. arang ni takde bau ape-ape tau.. dia serap bau busuk je. jangan anggap peti ais terus wangi macam bau buga ros pulak eh ?



Ok, Bye ! =)

14 August 2014

Susun Atur : Periuk Belanga

Kuali tu.. aku panggil belanga. rasanya orang utara ja panggil macam tu. err.. ye ke? 

Sebelum ni.. periuk belanga aku, aku sangkut je kat tingkap.. tapi lelama.. jadi tak best.. sebab berminyak. hasil dari tumis menumis tu. dapurkan kat bawah tu..

hehe! tak kemas kan ? epat kotor jugak. 


Pastu.. aku dapat wahyu . kali ni nak simpan periuk belanga ni. tak nak bagi nampak. 

aku susun macam ni lah. susunan periuk tu.. aku perati kat kedai periuk masa kat Langkawi aritu. gantung belanga macam tu.. aku perati kat group Susun Atur kat FB. heeee ! 
Sebenarnya.. sebelum periuk belanga ditempatkan disini.. tempat ni , tempat letak gula kopi bagai.. lelama rasa macam tak best pulak.. so.. kita kasi tukarrr lahh !

hehehe ! tauuuu.. tauuu ! nampak serabai kan ? label pon tak kemas.. ni bukan apa.. print label tak cukp.. okkkk.. nanti aku buat label baru k.. heeee ! 
Rumah aku ni jenis flat kos rendah. Aku tak buat lagi kitchen kabinet yang cantek menarik tu.. aku guna macam ni je dulu.. Mudah mudahan murah rezeki. boleh buat kitchen kabinet lawo - lawoo ! Ada yang buat instalment kan? Tapi.. Mie tak suka berhutang. Ada duit..beli.. tak de duit.. tengokkk saje lahhh ! ( Takk termasuk beli rumah dengan beli kereta yea.. takkan nak beli rumah dengan kereta nak kena bayo cash kottt.. )

Mie selalu pesan kat aku. 

"Kita hidup, ukur baju kat badan sendiri. "

Yeaaa ! baeklahh ! 


ok, bye ! =)

13 August 2014

Susun Atur : Pisau

Kali ni saja nak share tempat aku letak/simpan pisau. Nak kata aku beria menyusun.. erm.. takkkkkkkk kot.. aku buat keja mudah jek..

Taraaaa !!

hehe ! tak sempat nak biarkan pisau tu kering semasa pengambaran berlansung. 
Senang kan keje aku ? hehe ! Pisau ni aku beli memang didatangkan sekali dengan magnet tu.. murah ja.. bawah RM20. beli kat Hot Market. Kalau dekat IKEA.. magnet ni sahaja RM40++ kalau tak salah aku la. tuu harga tak termasuk pisau yea.. pisau lain harga..

Ni la rupa bentuk magnet aku tu..
ada karat sikit-sikit. tapi karat tak lekat di pisau. jadinyaa.. saya tidakk risauuu ! =)
size kat IKEA lagi panjang dan lagiii kukuh dan smart ! padan la dengan harga yang IKEA jual tu.. tak gitu ?

magnet aku ni.. ngam-ngam untuk pisau 4 bilah. Untuk lekat kat dinding, kena drill la sikit.. bila drill dia lagiii kemas dan kukuh. untuk orang kasar macam aku ni.. memang sesuwaiiiiiiiiiii sangatt !  so, best ar.. senang keja. jimat ruang.

Pisau ni aku letak dekat dengan sinki. kenapa tempat ni dipilih ? 

sebab tempat ni je yang sesuai kat dapor aku yang kocikk nih. dan tinggi. bukan apa.. kot-kot la risau.. ade budak capai dan buat main masak-masak ke.. main ninja-ninja ke.. aku memang amat pasti lahh budak memang tak dapat capai. dijamin selamat

Disebabkan ada space lagi.. aku letak gunting dengan penyepit tu kat situ.

Ni ja la cara aku simpan pisau.

oh.. Abaikan tempat sudu dan senduk tu. aku belum dapat wahyu nak pikir mana nak letak bagi lagiii kemas.. hehehe !


Selamat Bersusun Atur ! =)


ok, bye ! 

10 August 2014

Susun Atur : Tempat Letak Span Cuci Pinggan

Heeeeeeeeeee ! Lama tak post pasal susun atur. hehehe ! Sebenaqnya.. tak ada mood. mood rajin belum sampai.. selama ni 'serap' ilmu dulu.. samada dalam group Kami Suka Susun Atur di FB atau pon di blog para otai.. heeeee !

Yang ni aku 'serap' dari blog Uyah Nazura .

Dah lama tengok post dia pasai susun atur singki tu. tapi.. amek masa lamaa jugak untuk aku aplikasi di rumah aku.. bukan apa.. aku cerewet. sebab aku nak cari menda ni kaler putihhhh jugakk.. selain kaler putih.. aku tak nak.. 

kenapa PUTIH ?

Dimata aku.. ulang suara.. dimata aku la ehh.. sebabnya aku tak nak nampak barang-barang kat rumah aku berwarna warni. bila kaler putih. nampak kemas. selaras.. ecewahh aku ni bukan main lagik kann.. padahal.. tempat susun pinggan aku kaler pink. tempat letak sudu kaler biru.. ehem !!  tu zaman belum terjebak dengan Susun Atur lahh wehh ! mihmihmih ! 

sejak aku terjebak nihh asek carik yang kaler putih ja.. padahal.. aku ni.. penyakit malas lagii banyakkk dari penyakit rajin.. tak sedaq diri.. putihkan orang cakap susah jagaa.. cepat kotor.. kuikuikui ! =)

Taraaa !! tempat letak sabunn ! :) 

Kadang-kadang jumpa jugak kaler putih. tapi dia bukan jenis melekat. aku cari yang jenis melekat. sebab tak nak tebuk lubang. kalau aku nak kena tebuk lubang.. alamatnyaa lagiii lambat nak siap tempat letak span ni.. bukan apa.. aku kena tunggu mood Mie. Kalau mood dia rajin nak menebuk.. ok la.. kalau tak de mood.. makan tahun jugak aku kena tunggu.. tak sanggup lahh akuuu... 

macam ni la maksud 'melekat' aku tadik. . 
Taraaaa ! haa.. kan dah siapp.. senang kan ? tak payah nak drill bagai. tapi.. kalau untuk dinding yang bersimen sahaja.. memang terpaksa lahh drill atau pon paku. 
haa.. dah boleh letak span and the geng. 

pandangan jauh sikit. ehemm.. perasan tak kat kanan tu bekas susun pinggan kaler pink ? masa beli tu belum punya kesedaran lagi. so.. tak kan nak buang kan ? =)
Lupa pulak nak tepek gambar sebelum.. ok.. nah.. 

Tak best kan ? makan space. ohh ! aku memang pakai 3 beradik ni. =)
Aku jumpa tempat letak sabun ni kat Billion PKNS Bandar Baru Bangi.. Hargaaa.. tak berapa nak ingat harga yang tepat. tapi aku yakin.. harga dia RM15 kebawah. TAPII ! tak semestinya menda alah ni ada kat Billion jer.. tempat lain pon ada.. kena rajinn la. g carik.. erm.. kalau tak silap aku. aku penah terbaca.. tempat letak sabun macam ni ada je kat Daiso.. OMG !! berapa banyak pembaziran dah belaku ni ?? Nyesal tak g cari dengan bersungguhnya di Daiso. Kot-kot korang ada plan nak buat macam ni. cuba-cuba lah rajin belek kat Daiso.. jimat sikit.. jangan jadi macam aku. T_T tapi.. nak buat macam mana.. da beli...


Selamat bersusun atur ! =)  


10 March 2014

Susun Atur : Tempat Simpan Bil

Hurm.. aku tak tau aku layak ke tak nak ceghita bab susun atur ni.. Tapi aku cuba lah k? walaupon tak sekemas mana.. tapi memudahkan.. dan maybe jugak berguna untuk korang.. =)

Macam-macam cara orang guna untuk simpan bil kan ? ada yang simpan dalam laci, letak ntah mana-mana.. Hurm.. aku pon tak terkecuali.. Hikhikhik ! aku jenis letak bil-bil aku ikut dan. (ikut suka) selit la mana-mana pon.. janji aku ingat. TAPI. kalau aku lupa.. memang haruuuu ! hikhikhik ! JANGAN contohi aku k ? 

Cara aku senang ja.. Aku letak bil-bil aku ni dalam fail TRANSPARENT.



KENAPA FAIL TRANSPARENT ?  kenapa tak guna pocket fail ? kenapa tak guna fail jenis ada ring tu ?

Sebabnya..

1.  Aku ni KASAR. kalau main tebuk-tebuk tu.. kejap je bil aku ni elok dalam tu.. tak sampai sebulan.. KOYAK ! 

2.  Aku ni PEMALAS. kalau aku letak dalam pocket fail.. aku jenis malas nak bukak check dalam tu.. bil apa.. lagi satu sebabnya.. tak nampak. senang cita.. tak nak nampak bil tu.. hokhok ! =)

kepada sesapa yang perangai macam aku,. boleh la ikut cara aku.. hikhik ! =)

Fail transparent ni boleh didapati di kedai alat tulis. kedai runcit pon ade.. 
aku beli kat kedai alat tulis.. RM0.80 jek.. kat speedmart RM1.00
Ikut suka koranglah nak beli kat mana eh.. janji dapat yang tranparent.. 
Lepas dah beli.. korag masukkan bil-bil korang ikut kategori.. 



Lepas tu buat lah label. label ni aku buat guna word jek. pastu print atas ketas sticker. senang. kemas je lekat kat fail tu.. tanpa gelembung-gelembung yang tidak dikehendaki. hikhik ! 



So.. dah siap ! senang jekk ! kacanggg jekkk ! hewhew ! senang carik. senang tengok. tak payah nk kuar kan kertas ke ape. (tapi make sure korang susun ikut turutan la.. yang paling baru letak atasss skali... ) dah nama transparent la..  



Tu je la.. hasil susun atur dari si pemalas ini.. hikhik ! bila nak rajin macam Uyah Nazura ni ntah.. Umah dia kemas gilaa kott ! insappp bila g umah dia.. jauhnyaaa beza dengan umah akuu !! kuikui ! 



Ok, bye ! =)

29 November 2013

Susun Atur : Label

kadang-kadang.. bila sampai mood rajin aku.. aku buat la menda-menda yang leceh-leceh ni.. biasa la.. mood tengah ada..

Semenjak dua menjak ni selalu baca blog susun atur. semua ni penangan Uyah Nazura . HAHA ! salah kan orang.. dia dok update susun atur rumah dia. memang aku suka la tengok. nampak kemassss jek.. pastu boleh pulak die dok kenalkan blog geng-geng susun atur. haa.. apa lagi aku.. lama-lama tengok.. skali aku bersemangat !! haishh ! naseb bek la aku ni mudah terpedaya dengan menda baik-baik nih.. weeeeee ! ;)

Disebabkan aku bekerja... so, aku tetiba rajin nak blend kan siap-siap bawang merah, bawang putih, bawang besar. blend siap-siap.. nant bila masa nak masak.. senang jek.. campakkk.. campakkk.. TAPI.. Incit Somi tak suka sebenarnye. kata dia.. TAK FRESH gitu.. aku malas nak layan kata-kata dia tu.. yea la.. orang tengah rajin kan.. jangan dihalang-halang ! 

Aku start petang.. lepas balik dari pegi beli barang dapur.. habis dekat pukul 2 pagi gakk aaa.. tengah rajin kann ? =)

Sambil kupas.. sambil tengok tv. hehe



Lepas kupas semua bawang.. aku blend. lepas blend letak dalam balang kaca. Aku beli dekat daiso. sebelum ni aku letak kuih raya. tapi kuih pon dah habes.. bek letak menda-menda lain.. 

Ini balangnye. nampak cam plastik eh ? ni kaca yea.. beli kat daiso =)

Haaaa !! tak lupa jugakkk.. aku buat label tauuu ! kemain aku sekrang kanzz... =)

Kat belakang tu kemain kan print lagiii.. last2 aku guna sticker jugak. Lantak la tulisan aku yang tak santek tu.. haaaa.. sticker tu pon beli kat Daiso yea.. Uyah jugak yang ajar ni.. curlasst tak kawan aku ? hebat penangan dia... =P

Taraaaaa !! dah siappp !! siap letak tarikh uolss ! curlastt kan iolss ? =)



Pada hari kejadian.. Incit Somi aku pelik. buat kerja dapur sket,..  kecepettt !! amek gambar.. buat keja sket.. kecepettt ! amek gambar.. mengada betoll kata dia.. takkan buat keja dapor pon nak masok stegramm ! HIKHIKHIK ! 




bye ! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...