29 May 2015

Sabah : Lok Kawi Wildlife Park

Lepas tengok-tengok ikan di Aquarium Marine Museum Kota Kinabalu ,

dah tengah hari dah.. so, baru lah kami nak check in. kan dari awal lagi aku cakap.. kitorang percutian bajet ni.. tak de nak duduk hotel ber bintang-bintang. kami menginap di Komplek Sukan Likas. RM50 untuk 1 malam . hekhekhek ! sempoi je kitorang ni bab berjalan. janji tempat tido, ok. lagi pon sekejap ja nak duduk bilik kan... mintak maaf.. bab booking Seli yang settle kan.. dari apa yang dia bagitau.. masa booking kena tengok samada bilik dia available ke tak. macam contoh la.. kalau tetiba ada kejohanan ke lepas tu semua atlit duduk situ.. so, tak dapat la bilik ni dibuka untuk orang awam. bilik dibuka mengikut kekosongan la. erti kata lain.. dari biaq kosong, baik bagi sewa. hikhik. bab bilik aku cerita kemudian. haihh ! banyak hutang nihh... 

Selesai check in dan makan tengah hari di kafe Komlek Sukan Likas, kami bertolak ke Lok Kawi. oh.. sebenarnyaaa. ni lah kali pertama aku dengar nama Lok Kawi. Langkawi tu dah selalu sangattt dah. 

Lok Kawi Wildlife Park

Kan ada aku cakap.. kaki aku sakit kat sini  aduh.. sakit-sakit ni lah banyak berjalan ! memang asek kena tinggal kat belakang je aku ni.. tapi, walaupon kaki aku sakit.. aku gagahi jugak.. cuma muka aku tak berapa nak ada riak teruja sangat la. dan.. aku tak mengeluh pon kat Mie . bukan apa.. punya lamaaa tunggu nak datang holiday.. sekali dah sampai masa aku dok mengeluh plak.. kiranya aku dok jaga mood Mie la.. hikhik ! rugi wooo kalau tetiba nak moody masa holiday nih.. sangatttt ! rugii !

Tiket masuk untuk dewasa RM10 ni untuk warganegara dan bukan warganegara RM20 .

info boleh klik sini 




ni namanya honeymoon berjemaah :p

beratur beli tiket 
dah ghupa ulat tiket jekk aku tengokkk ..

dua orang ni memang rajin tengok map.. tengok jadual.. ok la.. i followwww jerr
orang sakit kaki.. selfie pon macam orang buta ja. tak da perasaan. geng lelaki tak habis-habis dok atoq jadual 
Dah namanya datang zoo.. opkos la banyak binatang kann ?

aku dah tak ingat nama burung ni. Mie kata spesis rare ni..
ni kalau korang tak kenal.. tak tau lah nak cakap apa.. sebab dulu masa sekolah kan selalu nyanyi.. "burunggg kakak tuaaaaaa.. hinggap dijendelaaaa..... "



Aku sikit tak teruja tengok gajah. haha ! sebab dari aku ikut rombongan sekolah sampai la keja.. ada ja lawatan pegi jumpa gajah ni..

aku lagi teruja tengok beruang.. bulu dia nampak lembuiiitt ja,.. gebuuuu ..









Ni feberettt 2 orang ni. aku dengan Seli memang takkk la.. tolong amekkan gambar je..





Ni pon sama. 2 orang ni teruja jugak.. aku bukan apa.. tengok paruh burung ni ponn aku dah seriauuu !!

Nampak muka aku? muka 'layankan je laaaaaa' 
Aku memang selalu dibelakang. sakit kaki oii ! tungguuuu laaaaa

Pusing-pusing dalam ni.. tup tup... oh.. dah petang dah.. dah habis da.. legaaaa la aku ni.. jom la balikkkk.. kaki sakittt ! memang spoil betul time cuti-cuti kaki sakit. nak buat macam mana..dah takdir .. mungkin? hahahah ! pastu baru perasan.. gambar tak banyak kat zoo.. hahaha ! naseb kauuu lahhh !




ok, bye ! =)

28 May 2015

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 4!!

Sesungguhnya.. kita hanya mampu merancang.. Dia juga yang menentukan...

Aniberseri kali ni.. cadangnyaaa nak keluar dari Langkawi. nak hanimun la kononnya.. tapi Dia lagi hebat percaturannya.. minggu depan aku KENA pegi Putrajaya. so, tak pelah.. anggap la holiday. sebab apa aku kata holiday? sebab Mie tak dapat ikut . aku sorang jek yang pergi!

Tahun ni saja tak nak buat entry  awal-awal. sebab aku nak letak kat blog hujung-hujung ja tarikh 28hb 5 ni

Sekejap ja rasa dah 4 tahun. masa nak keluar makan tadi.. Mie siap tanya aku lagi..

Betul ke tarikh hari ni kita kawen? Betul ke dah 4 tahun kita kawen? 

Malasnye aku nak jawab.. hahaha ! setiap tahun bila sampai masa aniberseri memang ayat tu je dia guna pakai.

Baik terus siap-siap nak pegi makan. ok, sepanjang 4 tahun kawen... ini lah pertama kali kitorang berrrr candle light dinner kononnyaaa ! taon lepas berrrr sushi annn siap pakai overall. kehkehkeh ! kitorang candle light dinner ni.. next entry aku cerita (perghh 1 bertambah hutang aku kat belog ni..) make sure.. nanti kalau korang datang Langkawi, korag boleh datang sini. kitorang makan 2 orang RM30 all in ! amacam harga dia?? ok tak ? kalau aku makan sushi ni.. sah-sah RM30 tu aku sorang jek..

Happy ! Happy !! Happy !!!! Anniversaryyy !!!!!!

gambar kaboqqq jaa.. nak-nak gambaq Mie tu. bukan tak dak yang claer. yang ni ja aku nampak muka dia happy la. kalau takkk.. muka macam terpaksa jaaa.. hahahah ! 



ok, byeee ! =)

Sabah : Aquarium & Marine Museum , Kota Kinabalu.

Awal pagi.. kitorang bertolak dari Kiram Village Cabin, Kundasang dengan berpakaian nak berkubang.. memandangkan cuaca tak mengizinkan.. kami terpaksa tuka plan. dan.. semestinya tuka sekali pakaian. memandangkan Aquarium & Marine Museum ni dalam kawasan Universiti Malaysia Sabah.. kami singgah tuka pakaian semua di masjid Universiti Malaysia Sabah.


ni pintu masuk. jangan tanya aku kenapa ada hiasan merah-merah tu. masa kitorang pegi ni bukan raya cina. maybe saja biakan kot. 

Masuk sini kena bayar tiket yea.. boleh rujuk SINI 

kaunter tiket


Dalam banyak-banyak haiwan.. aku memang sukaaaa Ikan. walaupon tak boleh belai-belai ikan.. tapi tetap sukaaa tengok.. nak-nak ikan yang cantek-cantek warna warni tu.. yang tiga orang tu.. memang suka binatang. tak kesah binatang apa.. semuaa teruja nak tengok.. 


bukaje pintu masuk.. ce tengok atas.. ni macam gambaran la.. kalau kita divingg di dasar laut. gelap lebih kurang macam ni la kot.. kot la.. sebab aku sendiri tak pernah diving. lama aku dok perati.. dok bayang kalau aku diving.. yang gambaran ni pon aku rasa takot jugak sebenarnya.. macam-macam aku pikir. tapi tak nak la taip. sat g ada yang memang berniat nak diving, sebab baca aku dok merepek bukan-bukan ni.. takkk jadi pulak nak p diving.. abaikan pemikiran negatif aku nih..

jom kita tengok apa yang menarik kat sini..








ikan-ikan yang warna-warni macam ni.. memang kegemaran aku lahhh ! 


bukan takat tengok dan baca.. dia akan terang kat aku apa dia baca.. baguih.. aku tak payah baca :P



ni akuarium palig besaq yang ada kat sini







memang wajiblah bergambar macam ni kat sini kannnn :)

Aquarium & Marine Museum ni kecik jek.. kalau nak banding dengan Underwaterworld Langkawi.. opkos la Underwaterworld Langkawi lagi besar. padan la harga tiket RM5 masuk sini..

Pandangan luar
masuk sini aku rasa dalam 1 jam je kot. tak lama pon. sebab tak luas sangat. ko berdiri 1 tempat, ko boleh namppak semua.. tak de selindung dek dinding.. masa kitorang pegi ni ada 1 family ja. kitorang duduk tak sampai 5 minit macam tu.. dia dah nak keluar. maybe dah lama ada dalam ni.. kat dalam ni tak de pinguin or singa laut tau.. :P kot-kot la berhajat nak tengook.. kat dalam ni just ada ikan saje. lepas tu cengkerang-cengkerang pelbagai jenis siput.

kalau korang ada jalan-jalan di Kota Kinabalu, rasa nak tengok ikan.. tanpa basahkan baju.. silakan..



ok, Bye ! =)


26 May 2015

Honeymoon Berjemaah Sabah [ Day 3 ]

Fuhhhhh ! Baru nak masuk hari ke 3 !

nampak gayanyaaa lambat lagi nak habis cerita pasai Sabah nih.. hikhikhik!

Hari ketiga.. selepas menginap di Kiram Village Cabin , perjalanan diteruskan ke Kota Kinabalu.

Ada 2 tempat je kitorang pegi untuk hari ke 3. 

dan 
Untuk hari ke 3, kitorang pegi 2 tempat jek. walaupon 2 tempat 'jekk' .. 1 tempat makan masa separuh hari.

Aquarium & Marine Museum , Sabah. diwaktu pagi. dan Lok Kawi Wildlife Park , Penampang , Sabah. disebelah petang.

hari pertama dan kedua diuji dengan selesema . hari ke 3 , aku dengan Day sakit kaki ! penangan ber'jungle tracking' di Mata Air Panas , Poring  2 -2 jarang bersenam.. hambekk kau.. sakit keting. pergerakan tak laju la. lembab ja jalan. asek kena tinggal je kat belakang. hihi !



Ok, Bye ! =) 

25 May 2015

Sabah : Penginapan Murah & Cantik Di Kundasang !

Aktiviti terakhir untuk hari kedua

adalah aktiviti merehatkan diri.. 1 hari dah jalan-jalan.. maka.. tibalah masa untuk merehatkan badan.. 
Aku menginap di Kirams Village Cabin

Macam mana aku tau Kiram Village Cabin ni ? 

opkos dari blog Uyah Nazura 

dari blog dia.. aku jadi bekenan sungguh tengok tempat tu. lepas tu aku ada gak google tempat penginapan lain. ada la jumpa Kinabalu Pine Resort tu.. tapi macam tak tertarik. dengan harga sekali la. sebab kitorang memang nak cari tempat yang murah dan ok untuk merehatkan badan jek. sebab esoknya.. pagi-pagi lagi memang dah nak keluar. rasanya kalau ada plan nak duduk lama.. or pagi-pagi tu nak melapak tu sampai check out.. aku rasa sesuai je la.. pegi tempat macam Kinabalu Pine Resort tu... pendapat aku jek.. semua atas individu la kan.. ni pendapat aku jek... :) 

Lepas baca blog Uyah tu.. aku ada baca kat blog-blog lain jugak.. pon... aku rasa tak menghampakan.. so, aku suggest kat Seli untuk kitorang menginap di sini dihari kedua.. 

maklumat lanjut mengenai Kiram Village Cabin ni boleh didapat dilink di bawah :



Kitorang sampai dah Maghrib dah. gelap dah.. amek kunci.. lepas tu terus naik bilik..




Bilik aku mushroom tu.. bilik Day yang potato tu.. gambar di ambil pada waktu pagi. waktu sampai, dah gelap dah.. apa ja la yang nampaknye..

Kiram Village ni atas bukit tauu ! Sejukkkk tu tak dapat diungkaplahh..

Berdasarkan pembacaan aku ( ecewah ayat aku kan ?) makan malam macam susah sikit kat sini. maksudnya.. kena drive turun ke pekan Kendasang. Pekan kecik maksud aku. sebelum naik ke Kiram Village ni.. kita akan jumpa pekan Kundasang tu. kat pekan tu ada KFC. so, kitorang tapau KFC untuk makan malam nanti..

So, malam tu kitorang berkelah depan pintu bilik makan KFC. air.. kitorang minum air susu kotak yang beli kat Desa Dairy Farm tadikk . kat Kiram Village ni pon ada kafe.. boleh makan-makan kat sini kalau malas nak bergerak la.. tapi aku sendiri tak tau berapa harga makanan dia. sebab tak pegi pon. tanya kat kaunter.. katanya bukak sampai pukul 9 malam. malam tu kitorng berkelah makan KFC sambil-sambil jeling kat kafe tu. ramai gak orang pegi.. tak pasti pulak diorang memang dah amek pakej ke macam mana sebab ada 3 4 bijik bas kat parking .

cuaca waktu malam... ya Allahhh sejukkk gilaaa!! nak nak pulak aku ni jenis tak tahan sejuk ! tambah bestttt lagikk.. aku tak bawak sweater ! ohhh ! pandai sangat aku nihhh ! padahal.. aku dah masukkan sweater dalam beg aku tu.. tapi ntah macam mana aku boleh kuarkan dan aku rasa macam tak perlu. so, sekarang.. memang mendapat la aku..

Bilik yang kitorang duduk ni sama ja. ada katil kelamin 1, toilet ada water heater, ketel nak masak air, tuala dengan sejadah TAK ADE. so, kena bawak sendiri tuala tu yea.. sejadah, kita boleh guna mana-mana kain yang bersih tu kan.. jadikan sejadah.. so tak jadi hal sangat.. tuala tu.. PENTING sangattt .. lepas tu kan.. selimut dia nipis ! seyesssaku rasa nak nangisss ! aku sejukkk gilaa !

tapi walaupon macam tu.. aku tak boleh mengeluh.. kena sesuaikan diri gak dengan keadaan macam tu.. aku raa.. bernasib baik sangatt.. water heater berfungsi ! macam mana laaa.. kalau water heater tu tak berfungsi .. huihuihui! rumah ni kan kayu.. lantai kayu. dalam toilet lantai simen la. siap ada tile. sebelum aku mandi tu.. ya ampunnn ! nak pijak lantai dalam toilet pon aku tak nnakkk ! sejukkkkkk gilaaa ! Mie lagi bestt ! mandi malam tu tak guna air panas ponn ! dia kata.. kalau mandi air panas.. masa mandi je rasa panas.. lepas tu sejuk.. aku pengang dia pon sejukk gilaa. dia rilek ja..

Memang menyesal gilaa aku tak bawak sweater. aku bawak glove ja. glove tu saja nak poyo jek pada mulanya.. poyo.. tak poyo.. tido pon pakai glove bulu bulu ! lantakkk lahh !


ni bilik Day. dapat katil single la pulak.



Ni toilet. ok dah bagi aku. tak de bau- bau apa-apa yang tak sedap dibau. hehe! cuma.. kalau kau nyanyi kat toilet ni.. confirmmm bilik sebelah dengar segala nyanyian kau.. hehe ! dah namanya sebelah menyebelah. rumah papan pulak tu..

Pagi tu aku bangun awal jugak. sebab tak boleh nak tido dengan nyenyak. sebab ? opkosss sebab sejukk ! berbungkus-bungkus aku. 1 lagi penyeksaan bagi aku. nak MANDI ! arghhh ! aku rasa aku tak sesuai pegi negara-negara sejuk nih.. baru sejuk Malaysia aku dah tak tahan.. apatah lagi sejuk yang suhu negatif tu.. 

Pagi tu mandi siap menjerit.. sejukkkkkkkkkk !! grrrr...... sejukkkkkkkkkkk !! grrrrrr.... 

naseb la bilik sebelah tu Day je. kalau orang lenn.. opkos maluu gila.. agaknya kalau mat salleh tengok aku.. mesti dia kata.. 

" hek ellehh.. sejuk Malaysia ja pon , woii ! "

pagi tu plan nya nak terus ber island hoping . tapi atas sebab-sebab tertentu. plan bertukar. so, kalau korang pasan.. kat gambar-gambar nanti.. kitorang pakai fesyen ntah hapa-hapa. dengan aku tak dak kening nyaa.. tu semua sebab plan asal nak g island hoping.. 

so, sebelum beredar.. jalan-jalan sekitar kawasan Kiram Village . ouhhh ! nyamannyaaaaaaaa! sukaaaaaa sangattt ! dan Mie janji.. nak datang lagiii ! dia cakap tak puas tido 1 malam. yeayyy ! ok.. next time aku bawak baju tebal-tebal, stokin tebal-tebal, slimut pon aku nak bawak sendiri nanti.. pedulikkk hapaaaa aku ! janji aku tak sejukkkk.. 






Aku rasa ni macam jadi tempat wajib untuk bergambar kalau datang sini.. hihi ! yea lah.. muka aku tak dak keninn..haha ! yea la.. plan nya nak terus island hoping kan.. baju mandi pon dah siap pakai dah.. waktu pagi ni.. memang sejuukkk.. aku tahan je sejuk-sejuk ni sebab kejap lagi dah sejuk dah.. dah bertolak ke Kota Kinabalu. 


Poyo pon poyo lahh ! bergunaaa sangat sarung tangan RM5 aku beli kat Daiso tu.. haha !



Seli tu memang sejukk betol-betol.. aku yang banyak lemak ni pon sejukkkk.. apatah lagi dia kan? kehkehkeh!


Disekitar tempat tinggal kami.. blakang tu bukit yea..

 



tempat yang ramai orang tu.. Ni la kafe yang ada kat Kiram Village ni. tapi kitorang tak sarapan disini pon. kitorang nak beli sarapan di pekan Kundasang.



Dikawasan Kiram Village memang cantekk ! lokasi atas bukit.. tempat penginapan dipenuhi pokok-pokok bunga..


Yang ni kawasan parking. 




 Sebelom beredar.. kitorang jalan-jalan dulu . tengok kawasan.. masa kitorang sebok bergambar ni pon.. ramaiii je orang yang macam kitorang.. jalan-jalan.. amek angin pagi.. sebab cantekk sangat pemandangann !




Aku memang tak tahan sejuk.. totappp pakai stokinnn !



Ni pulak rumah-rumah yang lain. kat sini ada pelbagai pilihan. atas korang dan bajet korang je la.. nak duduk rumah macam mana.. macam rumah yang kitorang duduk tu.. RM80 jekk.. 



Cantek-cantek rumah dia.. 




Masa nak balik tu.. aku berlari-lari kat diorang.. tercungap-cungap lari.. sekali ! perghh ! merasa la 'asap' kuar dari mulut. hahahah ! jakunnyaa aku ! yea lah.. tak penah pegi negara sejukk.. tapi bila dapat rasa pengalaman macam ni dalam negara.. rasa.. besttt sangat.. rasa ok la dari tak da.. hahahahah ! 


Selamat Tinggal Kiram Village Cabin ! 


In shaa Allah datang lagikk !! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...