21 October 2013

Kerjalan : Tawau

10 - 11 Oktober lepas aku g Tawau.

OPSS !! NO.. NO.. NO... Bukan berhoneymoon hokkay ?! Aku outstation. Alhamdulillah... merasa la kerja + jalan-jalan = KERJALAN

Flight kitorang kul 715am. sampai Tawau 10 lebey. (aku tak ingat dah !)

Indah ciptaan ALLAH
Sampai sana terus gerak g buat kerja. cari lokasi. dan aku memang banyak tido jek dalam keta !

Keesoakan harinya.. baru kitorang pegi jalan-jalan..

Oh ! Lupa.. kitorang menginap di MB Hotel.
Tawau disiang hari

Tawau Di waktu malam
lepas breakfast kitorang terus g Pasar Gantung. errr.. Aku pon tak tau apa yang gantung nyer..
Kitorang jalan kaki jek. Tak sampai 5 minit dah sampai dah :)


Ni lah Pasar Gantung ....

ade jual baju.. telekung

kiranya pakaian pompuan banyak la kat sini

dan... semestinya la kan.. ada mutiara !

Hari ni jugak la aku balik. Flight pukul 615pm. so.. kitorang ada banyak masa lagi untuk menjelajah Bandar Tawau.. 

Lepas pegi Pasar Gantung.. kami semua pegi Pasar Tanjung Tawau.. 










Ni haa pasar dia
Apa nak cari kat sini ??? 


ikan kering, ikan bilis, sotong kering.. macam-macam.. tapi beragak sikit la kalau nak beli yea.. kalau boleh dapat kat semenanjung.. tak yah la bersusah payah beli kat sini. =)


dan semestinya.. Rumpai Laut. maklum la kat semenanjung brapa gram je pon dah puluh hengget.. haa.. kalau nak borong.. memang dipersilakan.. murah gilossss !

rumpai laut yang aku pegang ni RM8 sahaja ! aku rasa berat dia dalam 1kg stengah ni. berat jugak... murah kan ??  Aku beli yang purple 1.. yang hijau 1. hijau dikatakan rumpai laut yang lebih berkualiti. aku pon tak tau. harga dia pon dah beza. yang hijau tu RM10. aku beli ja dua-dua. 

dah nama pasar.. ade la jugak makanan ringan macam ni. sekali tengok macam Padang Besar je kan ? :)

Kalau dari pandangan sini.. macam pasar Siti Khadijah, Kelantan
Ade cerita kat pasar ni.. aku didatangi perempuan yang sedang menyusukan anaknya. datang meminta sedekah. aku kesian sangat tengok anak dia. so aku hulur la sikit. tetiba.. datang dalam 3 -4 orang budak kat aku.. cuit aku.. buat muka garang.. buat isyarat tangan.. mintak duit. uishh !! berdebar aku dibuatnya ! siap tarik lengan baju ! terus aku jalan kat Sharil. eee.... !

ok lepas pegi pasar.. kitorang pegi makan tengah ari. kitorang main redah jek. tips nak cari kedai sedap.. senang je.. cari je KEDAI YANG BANYAK ORANG. hahaha ! memang yang tu ja lan tips nye.. kitorang order NASI LALAP AYAM. semua sama. aku cam tertarik nak try sebab tengok nama dia kan.. maklum la mana la aku penah dengar nama nasi cenggini.. 

Ni haa NASI LALAP AYAM. Boleh tahan la rasa.. nak kata sedappp sangat.. tak la kot...  boleh la... 

lepas makan.. disebabkan jarak antara Pasar Gantung dan Pasar Tanjung Tawau berdekatan..kami balik semula ke hotel. Baru nak check out ! so, boleh bayang la kot.. dekat-dekat ja tempatnya.. Lepas check out... seyes kitorang dah tak tau nak pegi mana dah.. nak ke pulau.. masa tak mencukupi. kitorang ada beberapa jam je untuk balik semenanjung. Tapi bila di Tawau.. seyes.. kitorang dah tak tau nak ke mana.. -_-"


Kitorang pegi Eastern Plaza yang atasnya Hotel Permenade. Jalan-jalan sana.. kitorang rasa macam kitorang je kot yang pegi kat situ.. (selain pekerja kedai la) erm.. maybe jugak sebab ari bekerja..

Bos aku nama Ell. tu dia tengah amek gambor kedai nama dia sendiri. HAHA ! Jauh nauu ! bukak kedai ! HAHA !

lepas tawaf sini .. kitorang ada banyak masa lagi.. kitorang g jenjalan kat GIANT. yea.. GIANT ! hahaah! jalan-jalan untuk buang masa sementara nak tunggu flight... kat GIANT aku tak amek gambar la.. sama ja kat semenanjung ni kot... mengada sangat kalau aku nak tunjuk GIANT Tawau semata.. heshhh ! 

Lepas pusing-pusing GIANT.. kitorang terus ke airport. bapakk awal kitorang sampai . HAHA ! dah tak tau nak kemana dah... 

Airport Tawau



Bye² Tawau ! - 615pm


**In shaa Allah kita ketemu lagi ya Tawau ! kali ni nak g Mabul or Samporna pulak ! Mudahan murah rezki aku dan Incit Somi. Amin !! **

19 October 2013

Genap Sebulan Iqi Pergi

Genap sebulan Iqi pergi.

Alhamdulillah.  Nampak kakak ipar aku makin tabah.

Alhamdulillah. . Iqi dah comfirm masuk syurga.

Brapa minggu lepas. Ayah Iqi ada mimpikan Iqi. Iqi berlari2 dalam rumah.
"Ayah : Iqi ! Iqi ! Ok ke kat sana ?"

Iqi yang sedang berlari-lari.. berpaling ke Ayah dan senyum.
"Ayah : Iqi ! Iqi !! Ok ke kat sane ? "

Iqi berpaling dan senyum lagi...
"Ayah : Iqi !! Iqi !! Dengar tak ayah panggil ni... ok tak kat sane??? "
Iqi dah hilang.....

Mungkin ini petanda Iqi bahagia disana.
Al- Fatihah..
Muhamad Qhaliff bin Muhamad Norman

18 October 2013

Supir Di Bandung

maybe ada yang bertanya supir yang bawak kitorang hari tu..

kat sini aku sertakan link FB. Dyah Yuliantina .  aku takde no telepon or bb pin diorang. Maaf 

Diorang husband & wife. yang ni FB wife dia..

so korang boleh add dan boleh inbox dia amek quotation. 

Kitorang memang SANGAT berpuas hati dengan servis yang diberikan. 




Bandung : 3 Budak Gemok Bercuti Di Bandung - Akhir

Dah baca tajuk pon dah tau dah kan ? sambungan cerita part 1


Hari ke dua di Bandung :

Tido malam aku pon sama jugak asek terjaga. sebab ingat dah pagi ! HAHA ! Yang peliknya.. pepagi bangun tak rasa penat ponn ! wahhh ! ;) hari ni kitorang nak pegi Tangkuban Parahu. Sebenarnya aku sendiri pon tak tau tempat ni macam mana. sebab masa nak datang sini dulu.. aku memang serah bulat-bulat kat Dak Liya. HAHA ! okay. aku memang sengal. pagi tu aku terus pakai baju baru. HAHA ! aku tak bawak banyak baju pon. just baju yang aku pakai semalam.. pastu dengan baju tido. naseb bek kulit aku bukan jenis sensitif. aku buat cani sebab nk jimat luggage la. nama pon datang Bandung.. shopping kan.... 

Gambar breakfast takde. sebab aku rasa makanan kurang sedap jugak.. HAHA ! 

Jauh jugak perjalanan nak pegi sana. aku tak ingat dah berapa minit. tapi yang pasti.. aku nak terlelap la jugak.. tapi aku tahan.. tak nak terlelap sebab ni tempat orang kan.. rugi la kalau membuta.. hehe ! 

Nak naik atas ni kene tiket tau.. kita kena bayar untuk diri kita sendiri dan supir tu. kalau supir ada 3 orang... ko bayar lah untuk 3 orang tu.. Sorry.. aku ni tak membantu betul lah.. -_-"

Pintu masuk.. 
Sepanjang jalan ke atas.. Pak Supir tak bukak ekon. tetibe die bukak tingkap.. Mashaa Allah ! sejukkkk ! Aku pulak macam bengang. bukannye nak bagitau kitorang tempat ni sejuk. Ahaha ! Aku tak pakai jeans.. aku pakai suar ali baba tu. memang bertambah sejukk la... 

Kat puncak ada banyak kedai-kedai menjual pelbagai barangan cenderamata..


Sini sejuk. so ade la menda alah ni dijual 

skali tengok macam Padang Besaq pon ada kan ?  hekhek

Aku syak.. peniaga2 kat sini tido kat sini ar.. huhu



atas ni sejuk. so makanan goreng-goreng macam ni macam best la kan.. tapi aku tak berani beli. aku berani beli makanan or minuman yang dalam kotak jek. kalau was2 bek tak payah kan ?





Kawah gunung berapi




tempat wajib kalau datang sini 


Kat sini pon same. jaga-jaga la beg korang. penjual ni pon akan mengekori korang macam korang ni artis fofulerr. orang kita tolak bebaik. orang diorang.. buat tak tau je.. pastu masuk kete tutup. 



ini belerang gunung berapi. so boleh baca die punya kebaikan :)

Turun ja gunung berapi.. kitorang dah cari nak cari toilet.. sebelum sampai toilet.. kitorang berhenti kat ladang teh. memang macam cameron la..






Okay.. bu haa toilet yang dimaksudkan.. 

masuk duit sini.. aku ade tanya pak supir.. kalau tak letak duit boleh tak ? die cakap boleh. semua ni ikhlas . sebab air kat dalam toilet tu air bukit.. 

ni ha toilet dia. jangan dok tekejut lak.. aku dah nak terkencing... aku tak peduli dah

Sejukkkk nak mamposss ! rasa macam air ais.. hewhew ! 

Balik dari Tangkuban Perahu.. pegi makan...



Aku memang kureng la.. makanan macam ni. Dak leya ni.. memang berselera... -_-" oh ! masa kitorang makan... supir tak join.. die akan biar kita makan. ada supir yang tunggu diluar.. ada yang makan jugak. makan di 1 sudut geng2 supir je. tokei kedai pon dah tau diorang ni supir. maybe supir ni dapat makan free or ade less. tapi aku dok rase.. diorang dapat makan free. sebab diorang yang bawak kitorang g makan kat kedai makan ni kan ? tak kan tokei tak hulur2.. ikut logik aku la. hehe

Lepas makan.. kitorang g shopping lagi. tapi aku tak shopping pon. sebab duit dah takde. 2 ekor ni semangat shopping. haha ! Ruma Mode ni.. memang murah gila. barang-barang branded dia memang murah... lagi 1. jangan risau.. dalam Rumah Mode tu ramaiii orang Malaysia. sempat la jugak aku bekenalan dengan sorang mak cik dari Shah Alam. hikhik ! 



balik Rumah Mode.. kami dibawa ke Trans Studio. Tapi kitorang tak masuk main pon. just jalan-jalan sekitar. hikhik ! 



Dudud cakap aku pakai suar tido -_-'


aku disayangi :)

Lepas g Trans Studio.. kami g makan. kali ni mintak nak makan seafood. Alhamdulillah.. ade jugak kedai seafood. kedai biasa2 ja. tapi bukan yang tepi jalan. kalau korang nak makan makanan murah.. korang memang kena cakap kat supir. kalau tak. memang diorang bawak korang g tempat yang 'mahal' la. bagi kitorang.. kitorang bukan nak makan kat tempat yang ber classs bagai... just hanya dapat isi perut dan harga pon murah lah .. 

Aku sajikan kan gambar-gambar yang aku rasa menarik di Bandung . yang aku rasa sangat bersyukur aku dilahirkan di MALAYSIA ;)

pengamen. 

asal boleh. janji dapat cari rezeki halal

orang silver ni mintak derma untuk anak yatim. 


pengamen. maybe ni kawan-kawan Tegar. HAHA

kat sini ada angkutan kota. ni macam bas mini la. dalam ni pon ade pengamen. kitorang tak naik. sebab kitorang dah amek supir. maybe next time kalau datang dengan suami.. secara backpakers.. in shaa Allah akan dicuba. Bandung memang jem gila. lagi terukkk dari KL. 
kat sini still pakai plug 2 macam ni. aku pon tak tau.. berbaloi ke tak korang beli kat malaysia.. then bawak g sana. sebab guna sekejap je kan.. macam kitorang ni.. supir yang sediakan plug untuk kitorang. 
Aku ada kat sini 2 hari ja. sebab hari ke 3 flight aku awal. pukul 10am. so awal pagi dah kena ada kat airport. rugi rasa. HAHA! Pastu Liya dengan Dayah sambung jenjalan !!! kesian kat aku kan ??? Haha ! in Shaa Allah next time.. kalau ada rezeki... akan sampai sini lagi bersama Incit Somi. :) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...