18 February 2015

Jadual Nat, Pasar Malam Dan Pasar Tani Di Perlis

Bagi yang suka p pasar malam atau pasar pagi.. kat Perlis panggil pasar pagi tu Nat. aku rasa jadual ni berguna. Aku suka ja p pasar malam ataupun p Nat. semua benda ada situ. au penah cita pasai Nat Simpang Empat kat SINI

JADUAL NAT, PASAR MALAM DAN PASAR TANI di PERLIS
Ahad Nat pokok getah (pauh) Nat mata Air Nat Behor Lateh Nat Kuala Perlis Pasar Malam Titi Chai, Utan Aji Pasar Tani Taman Sena Kangar Up Town Simpang 4 Syed Kassim Pasar Malam Balai Baru Pasar Malam Kaki Bukit
Isnin Pasar Malam Abi Nat Balai Baru Pasar Tani Arau Pasar Malam jejawi Pasar Malam Guar Sanji Pasar Malam Kuala Sanglang
Selasa Nat Pekan Simpang 4 Che Kassim Nat Batu 2 Jalan Kaki Bukit Pasar Malam Kuala Perlis Pasar Malam Lubuk Sireh Pasar Malam Bukit Keteri
Rabu Nat Balai Baru Nat Arau Pasar Malam Stadium Kangar Pasar Tani Seriab Pasar Malam Kok Mak
Khamis Pasar Malam Anjung Keli Pasar Malam Pauh Pasar Malam Titi Chai Utan Aji Nat Santan Pasar Tani Pekan Simpang 4 Pasar Malam Taman Melati Indah Pasar Malam Batu Bertangkup
Jumaat Pasar malam Arau Pasar malam Titi Tinggi Nat behor Lateh Pasar malam Pekan Simpang 4 Che Kassim Nat Pokok Getah Pauh Pasar Malam Ngulang
Sabtu Nat Balai Baru Pasar Tani Taman Sena Kangar Pasar Malam Jejawi Pasar Malam Semadong
Ahad Nat pokok getah (pauh) Nat mata Air Nat Behor Lateh Nat Kuala Perlis Pasar Malam Titi Chai, Utan Aji Pasar Tani Taman Sena Kangar Up Town Simpang 4 Syed Kassim Pasar Malam Balai Baru Pasar Malam Kaki Bukit
Isnin Pasar Malam Abi Nat Balai Baru Pasar Tani Arau Pasar Malam jejawi Pasar Malam Guar Sanji Pasar Malam Kuala Sanglang
Selasa Nat Pekan Simpang 4 Che Kassim Nat Batu 2 Jalan Kaki Bukit Pasar Malam Kuala Perlis Pasar Malam Lubuk Sireh Pasar Malam Bukit Keteri
Rabu Nat Balai Baru Nat Arau Pasar Malam Stadium Kangar Pasar Tani Seriab Pasar Malam Kok Mak
Khamis
Pasar Malam Anjung Keli Pasar Malam Pauh Pasar Malam Titi Chai Utan Aji Nat Santan Pasar Tani Pekan Simpang 4 Pasar Malam Taman Melati Indah Pasar Malam Batu Bertangkup
Jumaat Pasar malam Arau Pasar malam Titi Tinggi Nat behor Lateh Pasar malam Pekan Simpang 4 Che Kassim Nat Pokok Getah Pauh Pasar Malam Ngulang
Sabtu Nat Balai Baru Pasar Tani Taman Sena Kangar Pasar Malam Jejawi Pasar Malam Semadong

**jika ada salah silap, harap dimaafkan. info ni pon aku dapat dari group WhatsApp.**

17 February 2015

Langkawi : Galeri Perdana

Jumaat dan Sabtu adalah hari minggu bagi negeri Kedah. Aku sempat merasai nikmat cuti Jumaat Sabtu ni.. dah lama dah.. sampai lupa macam mana feel Jumaat dah Sabtu adalah hujung minggu.. kehkeh ! Aku orang Perlis. Mie orang Kelantan. dan  Mie membesar di Terengganu. Aku rasa tiada masalah untuk Mie. HAHA ! Disebabkan lama tak merasa berhujung minggu dihari Jumaat dan Sabtu.. kali ni.. dekat 2 minggu aku cuba 'tune' kan diri aku. bercelaru juga jadinya.. (nampakkk..?  aku makin memantapkan diri dalam penggunakan bahasa ibunda) Bila Mie kerja hari Ahad.. aku heran.. kenapa whatsapp group di talifon bimbit ku tidak saling menyahut. rupanya.. hari ni Ahad. majoriti group dalam tu datangnya dari orang yang berhujung minggu dihari Sabtu dan Ahad. di hari Jumaat pulak aku tidak merasa pelik pabila whatsapp group begitu aktif . sebab dah biasa.

KAH! KAH!

Bukan main kelaut lagi mukadimah aku ! padahal aku nak cerita pasai aku p Galeri Perdana.. Galeri mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4. Y.A.B Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad ( 1981 - 2003 )

*image sumber google*

Memandangkan kini kami mencari sesuap nasi di bumi Langkawi ni.. kami mengambil keputusan menerokai Langkawi seminggu sekali. contoh macam minggu ni lah.. kami pegi Galeri Perdana ni. memang la muzium 3d tengah 'in' sekarang ni.. tapi biar lah dulu. kami start dengan tempat yang tak femes dulu. kihkih.. jangan ada sesapa nak sentap dengan aku pulak.. sebab aku cakap tempat tak femes. tak femes bagi aku la.. kalau macam korang semua dah tau.. baguih la.. tetiba jadi kesian kat diri sendiri sebab baru tau. tu pon sebab Mie beria-ia nak pegi. Laki aku tu.. memang suka pegi muzium ! aku? follow ajerrr.. 

pintu masuk

Pintu Masuk
Sebenarnya, Mie bagi pilihan samada nak pegi Taman Burung atau Galeri Perdana. Memandangkan waktu kami keluar tu pukul 2 petang.. aku memang pillih pegi Geleri Perdana la.. sebab ? opkos la masuk muzium tak panas kan? ada aircond gituu.. kehkeh !

Pintu masuk gak. kehkeh


Galeria Perdana ialah tempat untuk anda melihat koleksi hadiah dari pembesar-pembesar negara kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir serta isteri Tun Siti Hasmah sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri.
Diselia oleh jabatan muzium, hadiah-hadiah ini dipamerkan untuk tontonan rakyat kerana Tun Mahathir berpendapat bahawa hadiah-hadiah tersebut adalah untuk rakyat Malaysia dan bukannya untuk beliau dan isteri.Hadiah-hadiah ini dipamerkan di dalam bangunan 2 tingkat yang indah dan meliputi lebih 2,500 cenderahati dari 9,000 jenis hadiah yang diterima beliau dan isteri selama 22 tahun berkhidmat.
Meliputi 3 blok, anda bakal terpesona dengan ukiran kayu, tembikar dan porcelin hinggalah kepada koleksi senjata, fotografi dan kenderaan mengkagumkan yang telah dihadiahkan oleh pembesar-pembesar negara lain kepada beliau.
Jika anda cintakan seni dan ingin tahu mengenai budaya dan adat sesebuah negara, ini adalah tempat tarikan terbaik untuk melihat sendiri seni berharga dari seluruh dunia. Namun begitu, sayangnya banyak hadiah tidak mempunyai nota kaki atau maklumat lanjut tentangnya.

Harga Tiket

Warganegara dengan Mykad
Dewasa — RM5
Kanak-kanak — RM2.00
Pelancong Asing
Dewasa — RM10
Kanak-kanak — RM4.00
Video Camera: RM5.00
Camera: RM2.00

Waktu Operasi

Isnin – Ahad : 8:30 pg – 5:30 ptg 


Masuk sini, aku membayangkan sedang-sedang je bangunannye.. tetapi.. boleh tahannn luass... basah jugak cik keti. kelakauuuuu.. kelakauuuu.. nak lari dari pegi tempat panas.. sekali.. yang tempat ber aircond ni pon boleh basah cik keti. kehkehkeh. 

Layan gambar je boleh ? heeeee :D




cantek kan ? macam daam masjid



besar tempat ni. nampak tak mie tengah jalan tu 


















Bayangkan.. pemberian macam ni pon Tun M simpan dan pamer kat sini.. sapa yang bagi ni mesti terharu..



ni auditorium.. sebenarnya akan ada tayanga la mengenai Tun M kita ni.. tapi besa la.. masa aku  tu ada a 3 keluarga termasuk aku. tu yang lengang gila tu... 

mie ni suka muzium. diaboleh duk lama dalam muzium. dan aku memang tidak. nak lagi lama.. letak dia kat tempat keris. pergh.. semangat pahlawan melayu jati laki aku .. kehkehkeh

Dalam bangunan kedua. bangunan kedua ni la ada kereta, basikal, keris, pedang senapang...


aku paling bekenan kereta nih.. bestnyaa kalau dapatttt 




ni dekat parking.. boleh la bergambar kenangan kat sini. 

Entry kali ni agak bosan aku rasa.. melainkan korang layan gambar.. bukan apa.. masa mood aku nak up entry.. internet lembab gilaa.. hari ni internet laju. tapi idea tak berapa nak ada. haishhhh.. 


sekian, entry malas dari aku. HAHA ! 

13 February 2015

Rutin Baru

Sejak dah duduk Langkawi ni.. rutin aku memang betul-betul berubah. Jadi suri rumah uols.. setakat ini.. aku rasa enjoy jek.. maybe awal lagi.. HAHA ! aku enjoy je masak, basuh pinggan, basuh baju, kemas rumah, lipat baju. yaaaa ! aku lipat baju !! benda yang aku palinggg tak sukaaa buat ! kehkehkeh !

Bangun awal. 6.30 mcm tu. Mandi. dulu kalau cuti.. aku selalu mandi lambat. HAHA ! 

aku masuk 'opis' awal. pukul 7 dah masuk dah. ketang ketung. lepas siap.. tunggu Mie breakfast sama-sama. masa aku masak tu.. sambil-sambil aku amek la baju kotor masuk mesin. lepas Mie g keja.. aku kemas-kemas dapur.. mesin baju pon siap.. sidai baju. kemas dapur.. 

Dalam pukul 9 siap segala kat dapur dengan sidai baju.. tengok hp.. waktu ni group-group kat whatsapp dah aktif :P merepek la sekejap.. pastu tido ! HAHAHAH ! tido sejam.. pastu bangun.. buat lunch. 

Kul 11 start masak nasi segala.. 12,30 kemas-kemas dapur.. sapu dapur lagi.. tunggu Mie balik. 

1pm.. Mie balik makan. Lunch sama-sama. kemas-kemas dapur. sapu sampah kat dapur lagik.. :P 

2 pm.. sapu sampah dalam bilik tidor. sambil sapu. sambil layan whatsapp group. KAHKAH ! 

3-5pm sapu sampah kat ruang tamu, layan whatsapp group, layan FB, baca blog.

5pm - 5.30pm buat air dan makan petang. makan petang selalunya simple ajer

5.30 bersiap 

6pm - 7pm pegi jog . yea.. jogging! HAHAH ! buat masa sekarang tak pergi 1 ari jek sebab Mie g mancing kat laut. Aku tak ikut.

7pm - 9pm bersihkan diri buat dinner. dinner pon yang simple jek . bukan nasi. makan nestum, biskut cecah air milo.. macam tu jek. 

9pm- 12 pm lipat baju, tengok movie, main game , whatsapp , fb, blog . tido.


HAHAHA ! nilahh rutin aku sekarang. nampak enjoy kan? maybe enjoy sebab belum ade anak kot.. agaknye kalau ade anak.. tunggang langgang aku punya masa santai. ekekeke ! 

Buat masa ni.. aku rasa best je duk Langkawi. weekend pon ade je aktiviti. maybe yang cakap bosan tu.. bosan sebab takde shopping mall besaq-besaq la kot.. aku dah biasa tinggal di negeri yang tiada shopping mall besaq besaq ni. Al maklum la orang Perlis kan.. 

Haaa... aku jog petang-petang tu.. kat Dataran Lang. Jalan kaki g sana. lenguh gak kaki. tapi ok la.. bersenam kan? berat berlebihan agaknye ni.. kuikui ! bila petang-petang aku g jog, baru la aku 'nampak dunia' HAHA ! yea la.. dari pagi terperuk dalam rumah jek.. malas nak keluar. kalau keluar pon tak best sensorang.. bek aku kemas-kemas rumah ke. masak-masak ke.. layan whatsapp group ke.. HAHAH ! 

meh ar Langkawi ! =)

Dataran Lang pegi hari-hari sekarang neh. HAHA

tempat dating aku sekrang. takde nye nak pegi tengok wayang segala. :P


ok bye ! =)

12 February 2015

Terima Kasih , Korang !!

Rupanya.. kejutan untuk aku bukan setakat itu

Ya Allah.. terima kasih la korang.. tak agak langsung.. walaupon dikantoikan oleh Abang Rashid.. aku tetap menghargai usaha korang.

Dulu.. bila aku join farewell orang.. aku selalu terpikir.. kalau aku benti.. ada ke orang ingat aku? aku ni dimata kawan sekerja ni ok ke.. agaknye kalau benti.. diorang sanggup tak buat farewell kat aku..?

Alhamdulillah.. rupanya ada jugak farewell untuk aku.. terharu weh !! terima kasih sangat korang.. siap dengan kek.. Terima Kasih. Kawan-kawan ARORA yang selalu buat kerja sesama. Kongsi bilik sesama. makan tak berkira bila outstation.

Terima Kasih, Korang.

Terima kasih korang :'(
Suruh aku potong kek.. macam birthday aku pulak.. ok la.. potong kek untuk kali terakhir..

Hapi beday to me :P
meriah betul makanannyer.. thanks tauuu 

Yang dirai begitu teruja ber selfie :P 


Terima Kasih banyak eh korang ! terharuuuuuu !! betul, tak tipuuuu ! T_T

sebahagian ARORA . Thankssss



ok, bye ! =)

11 February 2015

Kejutan Katanya

Hari last aku kat Miros Jumaat, 30hb Januari 2015. Fuhh.. hampir 7 tahun di Miros. Akhirnya.. Bye-bye !

Ahad 25hb Januari tu Dudud ajak la pegi umah dia.. rumah yang selama ni kami tak pernah pergi sepanjang berkawan ni.. dengar citer, bff dia pon tak pernah sampai tu.. ekekeke ! choiii sangattt !

Pagi Ahad tu bangun awal.. pegi berniaga kat car booth sale kat area Tesco Semenyih. dalam tengah hari balik umah. dalam pukul 3 kalau tak salah bertolak la pegi umah Dudud kat Pajam tu.. Aku g dengan Day dgn Rara. Masa on the way.. tetibe Liya whatsapp cakap die tak boleh pegi.. sebab kakak die sakit.. masuk wad. aku, ok je la.. nak emosi pon tak.. sebab pikir.. jangan nak pentingkan diri sangat lah.. keluarga kot.. pastu Uyah pulak cakap.. mertua dia nak datang. Aku paham jek.. family 1st.. klu aku kat tempat Uyah.. opkos la kena pilih family kan.. nak buat macam mana dah tetibe datang.. pastu Kak Epah pulak.. cakap die pon tak dapat datang umah Dudud sebab adik die dari Melaka datang.. erm.. tak pe lah.. nak buat macam mana.. family mesti la 1st. aku pon paham jek.. boleh dikatakan setiap kali ada apa-apa program dihari minggu.. mesti ada yang tak dapat datang. yea lah.. komitmen dengan keluarga kan..

so, masa drive tu.. terpikir.. Hanem tak cakap apa2 pulak.. Hanemm ni datang ke tidak umah Dudud. Pastu malas la nak pikir banyak.. sebab pikir.. Hanem ade suami.. takkan suami dia tak boleh tolong hantar ke.. tak pon Hanem drive je la sendiri. Tapi pelik pulak.. Hanem tak contact plak kitorang ni. Dia tau jalan ke.. cuma cakap-cakap je la dekat Day. Day cakap Mk antar Hanem. ok..nanti kat umah Dudud aku, Day , Rara.. erm... boring.. kalau diikutkan malas nak pegi la dah sikit je orang. kang tak pegi sekarang.. bila taun plak nak sampai umah Dudud tu.. tunggu bongkok tiga la kot baru sampai sana.. =P

Sampai umah Dudud.. opkos la parking kosong. aku je la parking depan tu. Terasa.. ishk.. nape la last minit diorang ni tak boleh datang.. :( nak emosi lebih-lebih.. pikir balik.. diorang semua ade hal dengan family.. klu aku dalam keadaan diorang pon.. aku akan buat buat benda yang sama. ok.. lepas masuk umah Dudud, aku mintak nak g toilet. rasa kaki berpasir/kotor . yea la.. jenis drive tak pakai kasut :P masuk toilet tu.. masa basuh kaki.. dengar org jerit..

" SUPRISEEEEEEEEEEEEEEEEEEE !!!!!!!!!!! Sel mana Sel ?? 

suprise kejadah ? Keluar toilet.. nampapk la semuaaaaa adaa!! 

Liya, Uyah, Kak Epah, Hanem !!! caitt ! suprise nyeeeeee ! 

HAHAHAHA ! perasaan ? HAPPYYYYYYYY semuaaaaaa adaa ! yeayyy !! 

Rupanya diorang plan siap ada group whatsapp lagi 1. kehkeh ! Thanks la korang.. sangat sweett !! 

So, bermula lah aktiviti memadatkan dapur Dudud...

antek tak dapo Dudud


sorang masak. yang lain macam biasa lah. kehkeh
 Dah alang-alang dapat datang umah Dudud, habis semua aku ruang aku ajak bergambar.. kecuali atas ler.. kehkeh !

Alhamdulillah.. murah rezeki.. banyak makanan

Rupanya.. kemuncak makan-makan ni.. bila semua buat ucapan.. dan aku diminta buat ucapan.. ohmaii !!! Sedih kot.. berapa tahun kawan.. hari-hari ngadap muka memasing.. waktu lunch.. memang muka sama jek.. macam mana tak tacing.. dulu duduk sebumbung.. dari bujang sampai la sekarang dah kawen.. selalu je ade.. tup tup aku kena pindah ikut somi pulak.. macam mana tak tacing...

Terima Kasih korang.. menerima aku seadanya. suwitt sangat bila buat suprise.. aku terharu. korang pon tau kot.. macam mana tahap aku terharu.. :) yea, aku sayang sangat kat korang. :')


Oh.. bukan main jauh lagi diorang parking. semata-mata nak suprise aku. ohh ! manisnyaa kamuoranggg !! 



Terima Kasih . 




ok, bye ! =)

08 February 2015

Kehidupan Baru

Pejam celik, pejam celik dah 4 hari aku menjalani kehidupan baru di Langkawi. cewahh ayat aku.. :p
Sekarang aku tak dan lagi nak update citer. rase macam banyak. tapi.. kita tengok ja la nanti samada blog ni berupdate ke tidakk... ekekekek !

Sejak memengang jawatan sebagai suri rumah ni.. rutin aku berubah 360° . Aku nak cerita. tapi.. sabaq dulu.. rumah aku tak habis kemas lagi.. gambar-gambar pon tak letak watermark lagi. Aku rasa.. lepas aku settle kemas-kemas rumah ni.. Boleh sangat lah aku nak update. 

Harap-harap aku tak malas lah. HAHA !

ok bye ! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...