Assalamualaikum
Pepagi semalam lepas salam-salam dengan Incit Somi dan Incit Somi dah bertolak ke tempat kerja,
aku saja buat UPT (Urine Pregnantcy Test) saja la sebab aku rasa 'lain macam' kat perut aku.
So, seperti yang dijangka mesti la result dia..
|
foto ihsan Uncle Google |
Takpa.. aku dah tak rasa apa-apa dah. Aku check sebab aku rasa nak buat aktiviti lasak sikit. Kot² la kan, masa aku dok buat aktiviti lasak tu, ada isi ka.. Dari jadi apa² kemudian hari, baik aku check kan...
So malam tu, masa makan aku cakap la dengan Incit Somi:
"Sayang, tadi b buat upt"
"Mesti 1 line kan ? " kata Incit Somi. Dah boleh agak.
"Ya , la.. kalau 2 line B mesti la tepon sayang dah pagi tadik"
"Ishk .. ishk.. dah tu perut tu....." ayat tergantung..
sambung makan. habis ja kunyah makanan dalam mulut..
"B kena diet nih ! Abg suh B diet, B tak nak ! "
" Yea la.. B je tak nakk ! " malas nak bertekak. sebab taw salah sendiri. hewhew !
Masa aku kawen dulu.. berat aku 64kg,65kg macam tu la.. lepas kawen, haa.. hambek !!
76kg ! (sehingga post ni ditaip) Perut aku dah mengalahkan orang mengandung 3 bulan !
lepas mendapat ayat² pedas tu, baru teringat nak diet. Ishk !
nafsu makan aku memang membuak² sekarang..
Tak dapat nak control la... Lepas kawen ni, tengah hari makan nasi. malam pon makan nasi...
mau nya tak gemokkk.. haish ! haish ! tapi salahkan Incit Somi la jugak..
Bila aku masak ja untuk makan malam, kalau aku tak mau makan, disuap nya aku.
habeh tuuu ? nak salah kan sapa nih ? last² aku jugak yang salah kan ?
masa zaman bujang dulu, malam aku memang tak ambik nasi.
kecuali la kalau ada majlis makan² ka, p rumah kawan² dijamu nasi ka..
yang tu memang aku amek la.. kalau sensorang kat rumah dulu, memang tak ambik.
Just makan biskut ja. selalunya macam tu la.. tapi dah kawen ni len sket.
Haish ! kita teman dia makan, disuapnya kita.
penyudahnya, asek² kena suap.. aku pon amek pinggan lagi 1 la.. hahahaha !
Masa awal taun aku kan masuk contest
CJB turun la jugak 2, 3 kilo.. sekarang..
memang TAKK laa!
Sekarang baru nak rasa susah hati.. kali ni aku rasa, gemok ini menyusahkan aku.
Aku cepat letih.. baju majoriti dah tak muat ! kalau muat pon,
kat bahagian perut tu memang nampak macam aku pregnant la ! Seyes !
So , sekarang aku tak tau nak mula macam mana..
Nak kurus.. eh salah, nak kurangkan berat badan..
tapi aku tak tau macam mana nak start.
mental tak kuat lahh ! Aku memang amek suppliment VCO tu..
Orang cakap boleh turunkan berat badan.
hasih ! tak turun² lagi nih dah masuk botol ke 2 dah.
Tapi takpe, dimaafkan sebab period aku macam dah nak ok. :)
kulit muka jadi lembut, rambut cam takkering sangat dah. hekhek !
Aku ada baca, yang cakap lepas dia amal makan VCO, dia pregnant !
So, aku cakap kat Incit Somi, kalau aku dapat prengnant..
Aku nak jadi testimoni + pengedar VCO ni lahh ..
Hahahaha ! tak beragak kan ?
Ada member yang suggest Alpha Lipid ..
tanya harga.. mak oi ! setin RM180 ! setin untuk seminggu.
pastu ada baca pasai Acai berry.. Acai berry ni pon boleh menurunkan berat badan..
tetiba plak aku terjumpa link cakap Acai Berry ditarik balik dari pasaran sebab ada kes kematian.
So aku takot.. Pastu membe aku ada cakap Acai Berry ni ada banyak jenis.
Yang dia jual bukan yang kena tarik tu. So tanya harga RM100 untuk sebulan.
So sekarang ngah pikir samada nak amek ke tak..
Alpha Lipid : RM180 seminggu
Acai Berry : RM100 sebulan
kalau ikotkan ramai yang nasihat aku, diorang cakap jangan amek,. Diet secara semulajdi. Bersenam !
Cakap memang mudah laa !! pakai yaq lioq jaaa woii !
aku dok pikiaq.. bila masa aku nak bersenam ni ? hadui !! memang TAK la aku besenam ni. cukop la aku bersenam naik tangga ke 'penthouse' aku tuh.. hewhew !
Aku ni dari sekolah aktif bersukan.
Bila stop memang macam ni la kot naseb orang yang bersukan.. hukhuk !
Ntah.. aku sendiri pon tak taw samada nak kurus ka tak .. penting ka KURUS ni?
hhahaha !
punya la syok dok melayan nafsu makan..
tatatititutu~~
(^_^)V