Showing posts with label mahakarya chenta. Show all posts
Showing posts with label mahakarya chenta. Show all posts

28 May 2015

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 4!!

Sesungguhnya.. kita hanya mampu merancang.. Dia juga yang menentukan...

Aniberseri kali ni.. cadangnyaaa nak keluar dari Langkawi. nak hanimun la kononnya.. tapi Dia lagi hebat percaturannya.. minggu depan aku KENA pegi Putrajaya. so, tak pelah.. anggap la holiday. sebab apa aku kata holiday? sebab Mie tak dapat ikut . aku sorang jek yang pergi!

Tahun ni saja tak nak buat entry  awal-awal. sebab aku nak letak kat blog hujung-hujung ja tarikh 28hb 5 ni

Sekejap ja rasa dah 4 tahun. masa nak keluar makan tadi.. Mie siap tanya aku lagi..

Betul ke tarikh hari ni kita kawen? Betul ke dah 4 tahun kita kawen? 

Malasnye aku nak jawab.. hahaha ! setiap tahun bila sampai masa aniberseri memang ayat tu je dia guna pakai.

Baik terus siap-siap nak pegi makan. ok, sepanjang 4 tahun kawen... ini lah pertama kali kitorang berrrr candle light dinner kononnyaaa ! taon lepas berrrr sushi annn siap pakai overall. kehkehkeh ! kitorang candle light dinner ni.. next entry aku cerita (perghh 1 bertambah hutang aku kat belog ni..) make sure.. nanti kalau korang datang Langkawi, korag boleh datang sini. kitorang makan 2 orang RM30 all in ! amacam harga dia?? ok tak ? kalau aku makan sushi ni.. sah-sah RM30 tu aku sorang jek..

Happy ! Happy !! Happy !!!! Anniversaryyy !!!!!!

gambar kaboqqq jaa.. nak-nak gambaq Mie tu. bukan tak dak yang claer. yang ni ja aku nampak muka dia happy la. kalau takkk.. muka macam terpaksa jaaa.. hahahah ! 



ok, byeee ! =)

03 April 2015

Birthday Yang Ke...

Alhamdulillah..

Aku masih bernafas diusia 29 tahun. 

Umor macam ni.. ntah la.. tak terpikir hadiah dah.. sebabnyaa.. tak besday pon asek dapat hadiah. HAHA ! ntah la maybe next year aku try mintak sport car plak ka.. berangan sangat kannnn.. untuk orang kampung macam aku.. dapat benda tak mahal sangat pon dah cukup syukur. apa yang aku nak.. aku dapat. dah ok dah.. 

Birthday tahun ni berbezaaaa sangat. tak de pon wish secara live dari kawan-kawan. Mie plak boleh lupa birthday aku ! HAHAHA ! tapi tak amek hati pun.. sebab.. ntah.. aku rasa hari-hari pon besday aku.. muahaha ! pagi-pagi dah dapat birthday wish dari kawan-kawan. tu dah kira happy dahhh.. Alhamdulillah kawan-kawan ingat. walaupon aku memang sengaja tak publish kan birthday aku tak fb. saja. 

Pada umur 29 tahun...

Aku bersyukur.. ada jugak lelaki yang sudi menjadikan aku sebagai permaisuri hidup dia. Bukan apa.. sejak aku jadi suri rumah ni.. Aku rasa.. banyakkkk sangat kekurangan aku yang aku tak nampak masa aku bekerja dulu. Aku tak pandai memasak. kemas barang pon tak pandai (maksud aku lebih kepada kekemasan), cemerkap. ada beberapa benda yang aku dah rosakkan. HAHA ! Mie ni jenis cermat. dan sebab tu la kot dia melengkapi hidup aku. hehehe ! sampaikan Mie pernah cakap.. aku ni memang jenis merosakkan harta ja. dia memang tukang beli. HAHAHA ! bila statment ni keluar.. aku memang gelak besar.. bila pikir balik.. perancangan Allah tu memang tepat. kami saling melengkapi. Aku dah syukur dah.. Anak.. erm.. malas pikir dah. tapi dalam malas-malas aku.. aku buat gak treatment ok. HAHA ! berserah je la.. Alhamdulillah.. setakat ni kami enjoy dengan kehidupan kami. Aku dah tak nak apa dah. cukup ada suami yang sudi terima kelemahan aku.. dan aku melengkapi suami aku.. dah cukup bermakna dah birthday aku.. 

Kami punya cara birthday celebration, senang je.. masa birthday, kuar pegi makan. Dulu, masa duduk Semenyih.. dan sekitar Kajang. masa birthday aku ja.. tak de benda lain aku request. sushi ja la. lepas tu beli la kek sepotong kat secret recipi. kek sorang sepotong. lepas tu birthday Mie pon sama. memang tak de tempat lain lah.. Sushi King, Metropoint, Kajang. Lepas amek aku dari tempat kerja, terus pegi makan. dengan baju kerja nye.. nak-nak Mie. siap overall. HAHA ! tappi yang pasti.. birthday aku ke.. birthday die ke.. die la yang bayar ! HAHA ! Mie cakap, birthday lebih indah kalau aku masak sendiri. contoh. aku la buat kek. aku la masak masakan yang aku tak pernah masak sebelum ni. tu istilah birthday celebration bagi laki aku. lain sket.. tapi aku pon layan je la.. tak de nak tacing ke ape . best jugak.. laki aku nak hasil tangan isteri lagi sweet. HAHAHA !

Tahun lepas aku tak bagi hadiah pon kat Mie. masalah kewangan aku kot. aku pon dah tak ingat. HAHA ! tapi alhamdulillah Mie tak pulak merajuk ka apa. tapi aku pulak serba salah. serba salah je la. tapi tak bagi pon. HAHA ! taon ni tak tau lah.. dengan aku tak kerja nya.. tengok rezki macam mana. tapi, last-last dia mesti cakap.. duit dia jugak hadiah dia tuuhh ! HAHA ! tu la.. aku nak keja.. dia banyak songeh bagi syarat. erm.. ye lah.. aku ni isteri. dah laki bagi syarat lagu tu.. makna nya laki tak kesah la aku ni tak keja lagi. cuma melayan dia ja la kat rumah. makan dia.. memang complete ! dari pagi sampai malam ! nak tidur pon boleh request air lagi ! yea la.. mentang-mentang aku ni surirumah sepenuh masa kan..

Panjang aku melalut kali ni. tu mukadimah okk ! HAHA !

Dok Langkawi, dah takde sushi king. so, g makan ikan bakar je la. aku yang pilih tempat tu. best jugak. melantak tak hengat ! g makan kat Restoran Nelayan. sedap pon sedap. cuma takde lah candle light dinner tuh.. aku kesah apaaaa... janji makan sedapp ! hehehehee ! dan kami , hanya berseluat track !  no jeans, no dress kembang payung . HAHA !

memang tak pandang kiri kanan lahhh ! 

settle walaupon diberi tembikai percuma.. tak daya nak habiskan. kenyang giloo
semenjak pindah Langkawi ni.. lain macam. dah ghupe kembar siam. yea la.. tempat baru, kawan tak de.. so, masing-masing saling memerlukan. pegi pasar setengah jam pon nak pegi berdua. g kedai runcit 5 minit pon nak ikut. hahah !

Terima Kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang mendoakan aku.

Sempena birthday untuk yang ke 29, 

Semoga aku menjadi isteri yang dapat melengkapi suamiku. Terima Kasih menerima diri ini seadanya. semoga kita bersedia menempoh onak duri dimasa akan datang..

dah bunyi macam ucapan anniversary pulak. tapi tu lah aku ucapan birthday aku. tak de yang lain dahhh !


ok, bye !! =)

05 January 2015

Bye 2014 , hye 2015

2014.
Tahun yang menyedihkan untuk negara.
ok.. tak mau cakap pasal negara. sebab aku tau... rata-rata orang yang baca blog aku ni org Malaysia. so, aku rasa dah tau dah. heee !

Untuk diri sendiri.

2014 adalah tahun yang sangat mencabar buat aku. tahun ni jugak aku dah kenal kawan tikam belakang. sesapa yang penah rasa.. mesti tau macam mana rasa sakit hati tu. kita layan dia elok. rupanya tikam kita dari blakang. fuhh ! sabaq ja lah.. ok abaikan. 

Permulaan 2015 aku.. agak kurang cantekk . walaupon tak sampai sebulan lagi... heeee :D 

Balik dari jumpa Mie, aku demam pulak. nak dijadikan cerita. Malam tadi.. masa dok berkemas-kemas untuk aku outstation hari ni.. aku tersedak. jenis tersedak penas kat tekak tu. perghhh ! minum air masak x kena.. minum susu tak kena... lama-lama aku biar je. elok sendiri.. 

masa tu.. aku memang ade rasa kepala sakit. tapi malas nak layan... buat derk jek. maybe pagi ni baik la tu. dah tido kan...

alarm aku bunyi. nak suruh bangun la nak g keja. aku kena ada kat opis 6.30pagi. bermakna 6.30 pagi tu aku and the geng memang nak bergerak dah.. kepala aku berat. badan panas.. tekak sakit ! arghhh ! aku dah rasa bersalah dengan team. tapi.. kalau aku dengan demam-demam ni gagahkan diri jugak pegi... Lagiiiiii la aku nyusahkan team. kang aku melepet je tidooo.. tak buat keja.. lagiiii sakit hati team aku... terus je whasapp team leader.. aku tak dapat nak pergi aku demam. sama la dengan project leader. lepas bagitau diorang... memang aku tidooo jek.. kepala sakit.. x brapa nak ok. Aku ni pulak jenis manusia.. suka lambat kan makan ubat... sebab aku tak nak manjakan diri aku, bergantung sangat dengan ubat.. tengah hari bangun.. pinggang pulak sakit.. dengan perut lapar.. aduii.. waktu ni lahhh aku teringat Mie.. suami ku terchentaaa.... benda-benda macam ni la buat aku tak kuat bila dok jauh ni...

2 hari lepas. aku bangun tido.. mulut aku naik gelembung. dalam tu siap ade air bisa lagi.. Mie pecah kan.. nah.. ari ni siap nanah. tapi ari ni lagi better.. sebab nanah dah kurang and luka tu jd kering. tapi bibir masih bengkak. aku tak pasti kenapa. samada aku salah makan atau aku kurang air dalam badan atau panas keterlaluan dalam badan aku. aku pon tak tau... macam biasa.. aku memang tak pegi klinik. aku teguk air kosong banyak-banyak. ntah.. maybe sebab tu kot susut.

Ye lah.. tu serombong kapal. :p aku nak tunjuk bengkak kat bibir aku tak surut lagi. 

i need my husband.. :'(


28 May 2014

Redha

Bismillahhirrahmanirrahim...


erm.. macam mana nak mula yea..
erm.. ok.. aku nak cerita pasal ANAK.
oh ! aku belum mengandung. Tolong doakan yea ! ;)


28 Mei 2014 -  genap tahun ke 3 kami bergelar suami isteri. Ya, Kami belum dikurniakan rezeki yang satu tu. Sedih. tipu sangat aku tak sedih. Tapi.. APALAH DAYA AKU ? apa yang aku mampu buat ? semua tu kuasa Allah.. kan ?

bila diajukan soalan :

"Shila BILA lagi ? " sambil menjeling bangga dia dah ada anak.

Nak tanya.. ada anak dengan tak de anak ni suatu perlumbaan kah ? Luluh hati aku.. bila orang tanya macam tu.. kalau boleh set masa.. bila aku akan ada anak.. aku nak set cepat-cepat.. MALAM ni aku nak mengandung. kan best ? tapi.. APA DAYA aku ? SIAPA aku ? bila aku sentap dengan pertanyaan macam ni.. aku cuba rilek. aku anggap je dia ni nak sembang. tapi takda topik lain. T_T

Aku pernah diajukan soalan :

"Aik ? dah kawen 3 taon.. sepatut nya dah 'teror' dah.. dah 'pandai' dah.. tak daq isi lagi ? ishkkk... " buat muka bangga sebab dia nak dapat cucu.

sentap ! aku pujuk diri sendiri. orang tua ni nak mengajak bersembang. tapi tak de topik. so.. dia bukak topik ni.. T_T.

luluh hati.. sedih. hanya DIA yang tahu.. T_T

Sekarang.. kawan-kawan aku.. ada yang lambat bagitahu dia dah mengandung. Alasan. sebab takut aku terasa. TERIMA KASIH sebab sensitif dengan aku. Tapi.. sampai bila nak sembunyi, kan ? nant aku akan tau jugak. Aku happy bila dapat tau kawan-kawan mudah mengandung. sebab aku tau..

REZEKI SETIAP ORANG TAK SAMA. ALLAH BAGI TAK SAMA SETIAP MANUSIA. MANUSIA TAK SEMPURNA

Dalam apa situasi pon aku masih berfikiran positif..

Kalau aku ni dikira MENYEDIHKAN. ada orang LAGI SEDIH. bersyukur aku masih ada suami yang masih menyokong. dan tak pernah merungut. ALHAMDULILLAH

dalam kuat.. kadang kala aku 'jatuh' juga. sedih jugak bila dapat tau kawan-kawan dah mengandung. menangis. ( tapi selalunya kejap je.. takde sampai berhari-hari aku bersedih) BUKAN cemburu. menangis SEDIH dengan nasib sendiri, selalu mohon padaNYA. semoga kuatkan aku..

Pernah.. bila aku dengar kawan-kawan mengandung. menangis,. padahal masa tu aku happy untuk dia. nangis sedih dengan nasib sendiri. macam sedih tak dapat baju yang ko idam-idamkan.. tapi dah habis stok. tak sempat nak beli. cenggitu la lebih kurang..

Tapi korang.. jangan la takut nak bagitau berita baik kat aku.. memang aku sensitif. tapi aku kena berpijak dibumi yang nyata. Aku kena terima hakikat. ni dah takdir aku.

AKU REDHA. tapi dalam aku redha.. aku masih berusaha. Aku tak pasrah. Aku tak nak mengalah. Tapi kalau ditakdirkan aku.. hingga hujung nyawa tiada zuriat. Aku pasrah,..


ALLAH maha mengetahui segalanya.

Bila direnung nasib aku..

Aku kena bersyukur..

Bersyukur sebab aku dah kahwin
Bersyukur dapat suami yang bertanggungjawab
Bersyukur rezeki diberi olehNYA (rezeki orang kawen ni lain macam sikit)
Bersyukur family & family mertua yang sangat baik .

Alhamdulillah...

Ada sebab Allah buat jalan cerita aku macam ni, Ada hikmah. Allah nak uji .



Please...

Doakan..

"semoga Shila & Azmi mendapat rezeki zuriat yang soleh & solehah, aminn " 



Semoga Allah membalas jasa baik kalian. :')



16 May 2014

Pengalaman Aku : Perkahwinan Jarak Jauh

Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ).. bukan semudah disangka.. bukan juga se-payah dijangka.. orang tua-tua cakap.. pokok pangkal pada HATI. kita yang mencorakkan hidup kita. so, jangan pikir teruk-teruk. =)

Berdasarkan life story aku.. (ecewah ! macam dah lama idop jek ! )  aku & Incit Somi tak penah terdetik sedikit pon dihati ni (walaupon sebesaq kuman) nak PJJ nih.. sapa yang suka ? dah kawen still balek rumah sepi.. tak daq plak orang nak buat lawak bodoh dengan kita.. tak daq orang nak gaduh dengan kita.. tapi semua ni kami terpaksa harung... aku keja kat Kajang.. Incit Somi kat Terengganu.. suka tak suka memang kena suka.. dah jalan ni yang terpaksa kami pilih.. susah payah memang kena harung la.. betoi daq ?

ada yang cakap :

"Alah, dah kawen.. isteri mesti la ikot suami.. macam la kat Terengganu ni tak daq kheja " 
meh sini aku habaq.. aku seorang pompuan yang bekerja.. dan aku masih ada komitmen yang aku perlu settlekan.. buat masa sekarang aku masih mencari kerja kat sana.. tapi gajinya ngak cukopp.. macam mana nak settlekan komitmen aku tuh kan ? Lagi pon Incit Somi bukan la seorang hartawan , jutawan untuk men-cover-kan komitmen aku tu.. kalau dia seorang jutawan.. tak yah pikiaq banyak la.. dah lama aku duk rumah.. layan Incit Somi ja.. kan ? tak gitu ?

"Hasben keja apa.. napa hasben tak tukar/cari keja lain kat Kajang ni? "
Incit Somi aku ni keja swasta.. nak tukar boleh.. (sebab company besar, tapi jawatan Husband aku kecik je) tapi tersangatlah payahh & mengambil masa yang lama.. bayangkan Incit Somi aku ni dah apply mintak tukar keja kat area² Kolumpo ni sebelom kami kawen lagi.. sampai sekarang tak daq jawapan.. nak kata tak boleh tukaq.. tak jugak.. nak kata boleh tak jugak.. ibarat gantung tak bertali la sekarang nih.. ni kerja orang opis dia la.. samada buat kerja ka daq.. tu wallahhualam.. Incit Somi cakap nak bersabaq sampai hujung tahun. lepas tu kalau tak daq apa² perubahan.. nak cau la kot..

"Tiap² minggu hang ha dok ulang alik.. hang tu dah la pompuan.. awat laki hang ja yang tak mai sini? Hang tu tak penat ka "
Penat.. memang penat.. sebab aku selalu balik ari Jumaat malam Sabtu.. sampai Kuala Terengganu dalam pukul 4,5 pagi.. pastu Ahad malam Isnin aku dah naek bas balik Kajang.. :') pastu pagi Isnin sampai kat Kajang, terus masuk opis.. boley bayang tak macam mana aku letih ? tapi sebab untuk orang tersayang ku sanggup berkorban :') Incit Somi aku hanya bercuti pada hari Jumaat sahaja. Kalau dia mai kat aku.. agak² berbaloi tak ?? huhu !! 

"Hampa duduk jauh-jauh ni, tak takut ka Husband curang ka, ada pompuan lain ka.. lelaki ni bukan boleh percaya "
Hamboiii ! mulut hangg ! ghasa nak cabaiii ja. Percaya memang kunci utama. Dan serahkan segalanya kepada Allah. pernah dengar 'sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua?' pegang je kata-kata tu.. alahh, lagipun, ada ja pasangan yang duduk serumah, tidur sebantal, suami curang. tak gitu ? (mintak dijauhkan la dari kita ni)

"Duduk jauh-jauh, macam mana nak MENGANDUNG? "
 Alahai, rezeki kan Allah yang bagi.. ada ja yang duduk jauh bertahun-tahun.. elok ja 3 - 4 orang anak. Dan ada jugak yang dari awal kawen, duduk sebumbung, tak da anak sampai sekarang. So, tak payah nak buat kesimpulan sendiri. tu bukan kerja kita.. Allah yang maha mengetahui

------------------------------------------------------------------------------------------------


HAHAHA ! aku baru belek-belek draf aku 2 taon lepas. Mahap ler.. agak lama menyepi.. aku bukak je blog ni.. tengok-tengok kengkawan hapdet.. hikhik ! aku baca ja yang hampa dok hapdet tu.. dari susun atur.. sampai la masak memasak. 2 orang masak ayam rosemary dalam 1 minggu. hampa ni berpakat ka apa?? MUAHAHAHA ! sedappp tengokkk wei ! nanti nak try lahhh ! :)

Okay, berbalik kepada sambungan entry kat atas nih... 

memang selalu aku akan dapat soklan mcm kat atas ni la.. macam biasa. orang memang SENANG bercakap. tapi, yang melaluinya.. AKU. kan best.. sambil bercakap.. tolong sekali. tolong belikan tiket ke.. tolong carikan keje untuk Incit Somi ke.. banyakkkk pahala dapat.. dari bercakap sahaja. tak gitu ? 

Kepada yang sedang ber'PJJ' nih.. kunci segala kata.. adalah SABAR. tanggapan negatif orang , layan kan aja.. cuma... JANGAN sesekali simpan dalam hati. kelak menyiksa diri. kihkih ! Tapi aku paham, kadang-kadang bila tengok suami isteri yang duduk sekali ni.. nampak suami hantar isteri datang kerja, terdetik rasa cemburu. yea lah.. kita tak merasa.. tu biasa. tenang-tenang aja.. 

Pastu bila balik rumah, rumah sepi, tak da orang nak bergaduh (gaduh manja)  bosan jugak la.. selalu aku dulu tido awal. sebab bosan. nak elak bosan ni, waktu ni la peranan kengkawan bujang ni penting.. hikhik ! korang layankan aja.. kalau tetiba kawan-kawan bujang korang ni ajak g tengok wayang.. atleast, hilang sikit rasa bosan.,. tapi, jangan la pulak g melayan hari-hari. kena sedar diri jugak, gaji tak la banyakkkk . kena menyimpan jugak untuk beli tiket bas.. yea lah.. dah setiap minggu g Terengganu. Harga tiket sehala dah RM50. pegi balik ? darab la sebulan. BERAPA ? sebab tu dulu aku memang SESAKK je poket aku.. (sekarang pon sama, biasala manusia bagi la banyak mana pon mana cukop.. HAHAHA )

Waktu paling sedih, bila Husband tiada disisi.. waktu ko sakit. alah, tak payah nak pikir sakit yang teruk-teruk.. ko pening sikit je, dah sedih. sedihhh amat ! yea la.. manja lebih.. nak perhatian.. kata dah ada Husband kan ? menangis teresak-esak macam sakit amat. padahal, pening sikit je. emosi punye pasal.. sampai sian la kat Husband aku masa tu.. susah hati Wife sakittt kata kauu.. hihi ! Bila dah ada Husband, dari awal kawen, memang dok PJJ.. tahap manja tu memang super duper extra. (ntah hape ntah ayat.. nak menunjukkan manja terlampau)

Pada suatu hari, setelah 9 bulan kami ber'PJJ', dan sememangnya aku dah berhenti berharap untuk kami duduk sebumbung.. tetiba Husband call.. 

"B, Abang dapat kerja kat Shah Alam ! " 

Mengalir ayaq mata aku. Alhamdulillahhhhh !!! 

penantian 9 bulan.. memang macam 9 tahun tahu ?? untuk orang yang tak pernah PJJ jangan cakap banyakkk ! ko tak rasa.. tak payah nak banyak songeh. bagi ko rasa dulu.. masa tu.. baghu ada akai ! tapi kalau untuk korang yang memang bermasalah dengan Husband, pastu serornok PJJ dengan Husband.. yang tu no komen. Aku cakap pasal spesis macam aku, yang bercinta dengan kekasih halal. 

Hikmah disebalik 9 bulan berjauhan.. yang paling hikmah la aku bagitau ni.. 

SANGAT MENGHARGAI.

gaduh pun jarang-jarang. yea lah.. sedangkan lidah lagikan tergigit kan ? bahagia je memanjang. haha ! ( Alhamdulillah.. dah 2 tahun kitorang duduk sebumbung) 

ANAK ? belum diberi oleh NYA. aku rasa. Dia nak bagi masa kitorang betul-betul enjoy berdua, dan mungkin bila kitorang betul-betul tak pikir pasal anak. (macam kes aku dah berhenti berharap kami dapat sebumbung) masa tu.. mesti kami LEBIH menghargai apa yang kami ada. 

"Dia tak bagi apa yang kita nak. Dia bagi apa yang kita perlu."  

pegang kata-kata ni. 

Antara cebisan kisah suka duka , alam perkahwinan kami. (In shaa Allah.. 28 Mei ni genap 3 tahun perkahwinan kami. ) 

Semoga yang sedang melalui PJJ. TABAH. aku tau susah nak menzahirkan perasaan tu melalui perkataan. sebab kadang-kadang bila syaitan menghasut, macam-macam kita rasa. rasa tak adil la.. apa la.. tapi, pegang kata-kata aku cakap tadi... 

"Dia tak bagi apa yang kita nak. Dia bagi apa yang kita perlu."  

Jangan bersedih. kuatkan semangat. apa yang berlaku , memang ada hikmah. 

belum ada anak, memang musim hanimun memanjang.. kikiki ! 

ok, bye ! =)

04 December 2013

Suprise !!!!

Seperti title tuh.. kali ni memanggg aku buat suprise kat Incit Somi. Kehkeh ! Menjadi jugak rupanya...
Sebenarnya ada 2 plan. 1 plan aku kena SABARRRR sikit. Tapi aku ni jenis TAK SABAR. So.. aku pilih plan yang aku buat nilah. Hasil idea Uyah & Dilot. (Sebenarnya aku tak sure sapa yang bagi cadangan. Hikhik )

Hadiah Incit Somi taon ni memang sengaja bagi lambat. Sebab.. last minute gak aku decide nak bagi hadiah nih. Kihkih ! Aku beli Rayband. Motif lain aku beli Rayband tu adalah... supaya dia tak berebut lagi dengan aku nanti ! HAHAHA ! selalu dia akan pakai Rayband aku. Tapi.. bukan la yang original. Original 1k lebih okayy ! Tak mampu iolsss ! =)

Okay. Pagi Isnin yg baru lepas ni aku dah dapat rayband. So, petang tu aku pulak berdebar-debar. Jenis orang tak cool memang macam ni. HAHAHA ! Rayband tu aku letak dalam handbag aku . Naseb lah muat. Selalunya aku sampai rumah dalam pukul 7 lebey. Kebetulan hujan.. terus masuk bilik. Masa tu incit somi tengok tv. Aku masuk bilik kononnya nak charge handphone. Masa tu.. aku dah cepat2 letak kat bucu bantal die.

Lepas tu aku terus kuar bilik. Masak nasi. Sementara nasi aku nak masak. Aku mintak incit somi tolong amekkan gambar aku gayakan telekung-telekung yang aku nak jual tu. Lepas amek gambar.. aku kembali lagi ke bilik. Dalam hati.. rasa tak sabarr nak suruh incit somi pakai. Nak tengok ok ke takk. Naseb bek la terkawal. Incit somi datang baring2 kat tilam kitorang sembang2. Masa dia baring tu..tak kena pulak kat bantal tu. Die pon baring2 pon bukan la dalam kedudukan nak tido tu.lagipun menda tu aku lindung sikit dengan bantal lain. Yea la.. tak kan senang2 je dah jumpe kan? Tak suprise laa... =)

Masa nak tido. Aku memang tido awal ari2. Pukul 10, 11 tu kira awal la tu.. pastu aku sibokk konon2 membebel kat dia tido lambat susah bangun la.. kena tido awal.. bagi banyak tenaga la.. dia tak perasan pon.. HAHA ! aku ni plak berdebar bukan main. Tengah pejam mata tu pon aku boleh senyum2. Dalam hati.. dok rasa.. lambatnyaaa dia nak masuk tidooo !!

Jeng! Jeng! Masa yang ditunggu telah tiba !! Bilik memang sedia gelap. Incit Somi pon mula la nak baring. Masa tu ya rabbi !!! Nak gelak ada.. excited pon ada! Bila dia baring ja.. die terkejut.. sampai terlompat sikit lah.. HAHA !

"Apa ni?!!!! Apa ni?!!! "

Amek hp.. suluh...

"Laa.... " pastu senyum lebaq.. muahhhh kiss kat pipi aku. Tanda terima kasih kononnya ! =p (takpe ke aku cite mcm ni? Hahaha ! )

"Naseb baik tak patah"

Dalam gelap2 tu dia bukak hadiah die tu. Berlampukan lampu hp. HAHAHA ! aku pon excited suruh dia try.  Dia pon try. DALAM GELAP. pastu suluh2 dengan lampu hp. HAHAHAHA ! tang ni aku rasa memang lawakkk. Bukannya nak bangun bukak lampu ! Try rayban tu dalam gelap pastu suluh dengan lampu handphone. Kahkah ! Punye la PEMALASSS memasing.



Yeayyyy ! Suprise aku MENJADIKKK !!! ♥ ♥

28 November 2013

Makan-makan Sambut Birthday

Alhamdulillah !!! Akhirnyaaaa !! Boleh jugak update guna handphone. Punyaalahhh lamaaaa aku dok godek2 tepon ni.. ya la.. ari tu.. aku gatai sign out app blog kat handphone aku. Bukan apa.. gambaq banyak sangat dalam memory phone. Gambaq dalam blog.. semuaa sync masuk handphone. Okk.. kali ni dah xdaqqq dah gambaq banyak2 tu.. yeippiii !!! =)


Tediaaa... mukadimah aku. Tak daq kena mengena dengan tajukk. Kihkih.
Ok2.. kita cerita sambutan birthday ke 29 Incit Somi....


Beberapa hari sebelom tarikh sekarang... kemain haaa... aku dok tanya si Rara... dok google.. nak makan tempat special. Konon nak suprise la.. pastu tengah hati tadi.. ponnnn sama.. aku google la jugak. Ingat taon ni nak pos bunga dengan coklat. Romantikkk gittew.. tengok2... perghhh ! Harga dia.. T_T bek bawak Incit Somi pegi makan. Boleh kenyang 1 hari kottt... so, buat bodoh jek... masa Incit Somi datang amek... tanya dia.. nak makan mana.. dia cakap ikutlahh... tanya lagi.. sebut la jugak beberapa tempat. Last2... situu jugakkk jadi pilihann... tak da tempat lain dah kitorang celebrate. Dari birthday aku, anniversary,  birthday Incit somi. Memang sini laaa... tempat diaaa...


Macam biasa.. 'tema' baju kitorang memang yang ni =)


bukan main berselera lagi. berselera ke lapo Yang ? 

memang tak toleh laa.. yang depan tu aku punya.. kihkih

nyummeahhh !! 

Kad Sushi ni dah nak expired. tunggu januari 2014 lahh buat kad baru. 




**kalau celebrate ape2 majlis dihari bekerja.. kitorang memang macam ni. Sorang pakai overall.. sorang pakai baju kurung. Tapi memang gambar sorang je la ada. Sorang lagi takde. Hihi ! =) **

Selamat Ulangtahun Kelahiran, Suamiku !

Selamat Ulang Tahun Kelahiran, Suamiku.

Semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, menjadi suami yang soleh & menjadi chef terbaek dimata isteri ! Hehe !  

Dannn... tak lupa jugakkk... Semoga ikatan kita berkekalan hingga ke jannah. Aaminn !!!



11 November 2013

Cerita Konvokesyen Aku

Musim konvokesyen kan sekarang ? wahh !! kemainnn konvokesyen.. konvo sudehhh =P

Semalam aku pegi konvo adik ipar aku. kat UITM Shah Alam. dalam hati.. aku kataa.. "Bestnyaaaaa !! " maklum la aku belajar stakat sijil jek. tak de diploma. Ops.. salah. BELUM ada diploma. mana tau.. kot-kot lepas ni aku plak ada kan ? HAHA ! ok.. berangan dulu.. hikhik ! 

Teringat masa aku konvo Sijil Kemahiran Tahap 3 ari tu. 

Aku konvo tahun 2008. aku ingat 5hb je. bulan berapa aku tak ingat dah. masa tu aku dah keje kat tempat keje sekrang ni dah.. Alhamdulillah. ade duit sendiri. aku guna duit sendiri nak konvo sume. aku ingat tu.. pastu masa tu Mak & Abah aku ada masalah kewangan. maklum la aku anak pertama. adik-adik aku berderet masih skolah. 

So, aku cakap kat diorang..

"Mak dengan Abah tak yah mai la konvo kakak. Kakak konvo sijil ja pon.. tunggu la nanti kut2 kakak konvo diploma ka.. nant mak dengan Abah mai la.. " - eh ! tetiba ghasa macam mata aku masuk habuk laks nih... =')

Aku paham situasi diorang. Tapi memang yea la.. aku konvo sijil ja pon... so, orang yang bertanggungjawab bawak aku pegi konvo.. adalah.. kekasih hati, pengarang jantung, intang payung.. tak lain tak bukan.. Incit Somi. hiks ! 

kebetulan masa tu dia tak habis belajar lagi. aku lak dah habis belajar. so, aku konvo la dulu..

Ari tu die bawak aku, dari g amek jubah.. sampai la aku habis majlis. dari pagi, sampai petang la.. dia la yang tunggu aku kat dewan PICC tu. =)

Lepas semua selesai.. dah nak balik.. waktu tu hati aku tercuit jugak.. sedih bila tengok kawan-kawan bergambar kenangan dengan family, dapat jambangan bunga + teddy bear. aku takde family pon yang datang. tak de sape pon bagi aku menda-menda tu.. naseb bek la kawan-kawan aku jenis sengal gila. kira terubat la jugak. dok gelak-gelak. hikhik ! =)

Dekat-dekat nak balik.. suprise la jugak.. tiba-tiba.. kekasih hati datang dan sua kan paper bag. dalam paper bag tu ade la sekuntum bunga rose.. hehehe ! dia cakap :

"saya mampu bagi awak yang ni ja dulu. saya tak mampu belikan yang besar2. nant dah keja saya bagi yang besar. "

eh ! terharu plak aku masa tu. yea la.. aku paham.. dia pon student lagi masa tu.. tak mewah mana.. duit belanja mak ayah yang bagi.. so, tak yah nak beria sangat.  

Kalau nak tau bunga ros tu ada lagi sampai sekarang. biar lah kering macam mana pon. aku simpan jek. kalau boleh frame. memang aku nak frame. hikhik ! kalau boleh nak tunjuk kat anak cucu cicit. HAHA ! 

Oh ! lagi 1. baju yang aku pakai g konvo tu.. aku tak beli baru pon. aku pinjam yang Dayah punya. kasut aku tak ingat. tapi aku rasa aku pinjam orang jugak. hikhik ! memang la dah kerja. tapi aku baru sangat masuk kerja masa tu. so gaji nak bayar macam-macam.. so.. xpe lah.. pinjam je benda-benda tu.. janji aku konvo kan ? =)


gambar yang sentiasa menemani meja kerja aku. erm.. Incit Somi tak konvo. saja pinjam jubah member,nak bergambar same. =)


28 May 2013

Happy Anniversary !!!!!

Alhamdulillah...

Genap 2 tahun aku bergelar isteri kepada incit somi..

Genap 2 tahun kami saling melengkapi...

Semoga cinta ini berkekalan sampai syurga....


20 April 2013

Azmiah

Aku nak kenalkan..

Ini housemate aku.. nama dia.. AZMIAH...


Ni la jadinya bila laki bini mengahabiskan masa lapang dihujung minggu ! kehkeh ! 

Sebenarnye, Incit Somi tu nak pegi mandi.. tapi dia tangguh sebab nak tengok tv.. masa tu dia siap pusing-pusing tuala tu macam kita dok keringkan rambut tu,.. geram aih aku tengokk.. aku nak amek gambar.. die dah bukak.. pastu aku amek.. aku lilit macam ni.. tau pulak buat muka redha ! muahahahah ! :)

16 April 2013

Singa, Nasi Putih & Telur Mata

Awak..


Terima Kasih, tauu


Sebab Awak memang memahami saya..
Saya penat hari ni..
Saya dah ajak Awak makan luar..
Tapi Awak tak nak..
Nak jugak makan telur mata yang saya goreng hampir hangus tu...
Sedap ehhh ??


Awak order nasi putih dengan telur mata je..
Saya pulak yg kesian..
Tapi apakan daya..
Itu ja yang saya terdaya..
Esok kita makan yang lain yea Awak..
Yea, esok saya masak..


Dulu sebelum kahwin..
Saya ada berjanji dengan diri sendiri..
Nak Awak makan air tangan saya saja..
Ternyata..
Saya GAGAL..
Tak pe, saya USAHA yea, Awak..


Awak..
Walaupon kadang-kadang Awak macam singa lapar..



Tapi..
Singa lapar tu la yang saya SAYANG..




Aiyebiu, Awak.

04 April 2013

April Fool & Laksa

1 APRIL 2013:

 Memang April Fool aku bagi kat husband aku. Kihkihkih !

Awal woo aku bangunn.. Pukul 5.30am ! Sebab ? Nak panas kan kuah laksa & nak packing laksa untuk dibawa ke office. Melayan Kak Epah yang mengidamkan laksa.. Orang mengandung. Mengidam. KENA layan !!

Punye bijak aku, aku masukkan kuah laksa dalam periuk nasi Liya. Sebab nak jimatkan penggunaan bekas..(Masa ari Jumaat aku bawak balik periuk sebab ada lebihan nasi. So, aku bawak balik buat nasi goreng ! )

Kuar umah, macam biasa la. Kat jalan kuar kawasan umah aku tu, mesti jammed. Aku letak la beg laksa tu kat kaki aku. Aku tak pegang. Baru betul-betulkan seat belt.. - krikk ! Incit Somi break. Kelam kabut aku bukak balik seatbelt tu. Tengok kat bungkusan laksa. Ok, tumpah... TUMPAH !! Bila betulkan kedudukan periuk tu, nampak la kuah tinggal sikit. Ouhh ! Sedehhh !

"Beg bocor tak?" Incit Somi tanya.

"Rasanyaaa... Takkk kott... Ni rasa - rasa macam dia 'berpeluh' jaa... - sebenarnya aku pon x sure..

Tapi kat kaki aku dah rasa berair.. Aku senyap ja. Tapi dalam hati aku cuak gila !

Sampai kat opis, aku terus angkat beg laksa tu. Then.. !

"Tak bocor kononnn ! Heshhh !!! " - muka bengang gilaaaa !! Tahap singa lapar..

Aku diam.. Amek handbeg.. Salam.. Pastu macam biasa kitorang akan cium pipi.. Aku nak cium pipi dia..

"Dah-dahhh ! Tak payahh !! "

Errrr!! Aku senyum jek. Terus kuar kete masuk opis. Nasib baik laa tak keje tempat yang sama. Kalau tak.. Comfirm ! Aku kene dengar dia marah-marah sepanjang hari !!

Aku BBM suh dia belikan roti untuk serap bau.. Tak reply pon ! Marah lagi la tu... =p

Sapa tak marah kan?? keta bau kuah laksa ! Wuwuuuuu !

Bila kat rumah, balik keja, dia okay dah. Dah boleh bahan-bahan aku.. Caihh ! Tak pe lah, janji tak marah. And tak nampak muka singa. Kihkihkih !! =P





Memang April Fool. Haha !

06 January 2013

Jangan Mudah Terpedaya




Saja aku uplod pic ni jadi default picture aku kat FB. Hamboiii !! Ramai yang Like ekk ? Tak kurang juga yang memuji...

"Romantik la husband ko"

Memang tak boleh belah.. Nak gelak berdekah-dekah jekk.. Betul ! Gambar boleh menipu.. Hehehehe ! Biarlah rahsia.. Thanks Day sebab snap pic ni yang penuh 'sweet' nih.. :)




Tatatititutu~~

28 November 2012

Happy Birthday , Sayang !








Hari ni genap 28 tahun Incit Somi hidup di bumi Allah.. Dah 2 tahun bergelar suami kepada si isteri yang mengada-ngada ni. :') dan 6 tahun bergelar 'boyfriend'.



Tahun lepas, kami sambut ala kadar sahaja - Hanya Kami Berdua :p tahun ni pon Hanya Kami Berdua. Tak ada beza pun. Cuma tahun lepas si Isteri rajin buat cake coklat kukus. Tetapi tidak untuk tahun ini. Kihkih ! *sorry isteri tak rajin untuk tahun ini ;) beza sambutan hari lahir untuk tahun ni, kami suami isteri dah jadi normal. Tidak kepada PJJ ( Perkahwinan Jarak Jauh , Semenyih - Kuala Terengganu) kami dah jadi PJD (Perkahwinan Jarak Dekat ) *nak jugak tu letak singkatan bagai. :p.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran, Suamiku.
Semoga menjadi hambaNYA yang taat, anak yang soleh, suami yang terbaik.
In Shaa ALLAH jadi ayah yang terbaik. *bila la tu kan.. :')



kek gugle jek.. :P


kek dah dapat dah semalam. sendiri besday. sendiri beli. kehkeh :)







Tatatititutu~~







Sent by DiGi from my Blackcherry® Publicphone

20 November 2012

Kami Di Masa Depan

Assalamualaikum 





Cuti Maal Hijrah hari tu jumpa Suchan. haha ! memang aku kidnap terusss.. dalam keta pon naik dengan aku la.. Ibu dia rilekkk.. bagi cuti jap. haha ! Ni trip family blah Incit Somi ke Pantai Remis, Kuala Selangor. Trip ni lebih kearah sesi makan seafood. Aku memang alah la makan seafood yang pelik ni. Aku makan remis. boleh pulak sakit perut, lepas tu muntah-muntah.  dari petang sampai malam.. heshh ! lepas ni memang aku tak mau sentuh dah laaaa... hihi ! Hari Jumaat sebelum semua orang balik ke rumah masing-masing, kitorang sempat buat lawatan Cik Kiah kat Bukit Malawati, Kuala Selangor. Aku dah g tempat ni berkali-kali dah..(belagakkk !! ) haha ! semua aku g atas urusan kerja la.. kadang-kadang kena bermalam kat Kuala Selangor ni. So, ambik la kesempatan jalan-jalan kat sini.. heshhhh !! aku bukan nak cerita pasai tuh.. nak cerita pasai ni.. :) 

Kami Di Masa Depan  ;)

Nanti IS mesti macam ni kan.. bawak anak.. :) Nampak IS sangat kacakkk  dengan 'aksesori' yang tergantung tu :p


 pastu mesti macam ni.. tengok-tengok monyet.. tunjuk-tunjukk kat baby. suh tengok. hahaha !


Heshhh !! kacakkknya IS !!!! (muntah ijauuu !! puji laki sendiri)


pastu ambik gambar bertiga.. (ni berangan untuk anak pertama. anak berderet-deret, belum berangan lagi.. hakhak ! )



Bahagia sungguh heret anak orang buat macam anak sendiri.. hahahah  ! Ntah-ntah nanti ada anak sendiri, malas nak kuar jenjalan.. hahah ! ;P






tatatititutu~~







(^_^)V

08 November 2012

Sehari Menjelang Aidiladha 2012

Sehari sebelum Raya Haji lepas, aku dikejutkan dengan pangilan telefon dari Incit Somi mengatakan dia kemalangan. Perghhhhhh !! Tetiba tangan menggigil.. Dada berdegup pantasss ! Mase dia call aku tu, lepas maghrib. Biasa la.. Aku mesti lah sibuk-sibuk nak masak kan.. Sebab lepas masak nak g Uptown Jalan Reko tu dengan Day & Dak Liya. Hajatnye nak beli tudung baru la. Raya kan.. Pakai pakaian baru. Tak kesah la walau murah sekalipon..

Ok.. Aku sambung cita, lepas ja dia call.. Kat kepala hotak aku ni tak daq orang lain dah.. DAY!!! Terus call Day cakap cakap tak jadi nak g shopping tudung.

Aku : Laki aku eksiden woii !
Day : Laaa.. Ye ke.. Kat manaa?
Aku : Puchong. Weh, jom pegi amek dia. Ajak Seli skali. Dia cakap dia tak boleh bawak moto. Kaki dia luka. Aku g ambik ko eh..
Day : Ok3. Kitorng tunggu ko.
Sekali dengan aku tak mandi terus sarung tshirt dengan suar. Masam pun, masam la.. Dalam kelam kabut tu, tangan aku menggigil jek. Yea la.. Mesti lah risaukan? Kita tak nampak keadaan dia. Kalau ikut dengar suara, macam ok.. Aku baru je turun rumah, dia dah call.. Tanya aku kat mana. Mak datukkk ! Lagi aku gelabahh ! Aku dok cool down diri sendiri.

"Jangan mengelabah, tenang, kang tak pasal2 aku pulak kang" cakap lepas je kan aku??
Nak kuar dari taman aku tu plak.. Jalan jemmed.. Masak la.. Incit Somi call lagi..
Incit somi : kat mane ?
Aku : baru nak kuar taman ni haa.. Asal waktu macam ni jemmed??
Incit Somi : tak pe lah. Cepat sikit.
Aku : yea.. Nak cepat la nih.. Eh, syg ok ke? Ada rasa nak pitam tak ?
Incit Somi : okk. Cuma kaki ni.. Luka. Berdarah lagi ni..
Aku : oo ok.. Nak g amek Day & Seli nih.
Incit Somi : cepat sikit..

Darah ???? Kat kepala otak dah pikir bukan-bukan.. Ya Allahhhhhh !!!! Jauhkanlah !!!!
Masa aku kelam kabut g rumah Day, punye la nak cepat, aku boleh pulak masuk lubang ! So, tayar kereta aku masuk dalam lubang. Kereta tak boleh gerak ! Ya Allahhhh !!!! Terus aku kuar dari keta. Terus jalan tu Jemmed !!! Sebab akuuu !!! UwwAaaaaaaa !! Perasaan aku masa tu, antara malu + takot + risau kat Incit Somi . So, masa tu, ramai orang yang datang tolong. Ya lah, yang masuk lubang tu PEREMPUAN plak kan.. orang Cina, Melayu, India. Yang aku pasan.. Waktu ni seyes aku rasa 1 Malaysia (tetiba kanzzzz.. ) Diorang pon cepat2 tolong settle kan keta aku. Nahh koo.. Bercalar haaa.. Malas pikir dah.. Terus cakap TQ kat semua. (Sebab ramai sangat yg datang tolong) terus g rumah Day..

Sampai je kat guard umah dia. Dah nampak dah laki bini tu tengah tunggu aku. Terus aku mintak tolong Seli drive. Tangan still menggigil sejuk.. Sepanjang jalan, Seli drive.. Sepanjang tu jugak la Incit Somi asek call ! Arghhh !! Stressnya akuuuu ! Nak marah pon ade.. Ingat Puchong tu boleh sampai dalam 5 minit ke?? Terus telefon Mak Tam mintak tolong Mak Tam sampai dulu kat LDP tu. Dah Mak Tam dok Shah Alam. Tapi masa tu Mak Tam sekeluarga dah jauh, nak keluar Shah Alam dah nak balik Perak beraya. Dia terus call Incit Somi, Incit Somi la cakap dengan diorang supaya jangan datang. Dia ok. Besa la.. Dah aku bagitau Mak Tam, terusss sampai MIL aku yang kat Kelantan tu pon tau. Bukan main risau lagi dia.. Yea la.. Anak kannn... Terus call Incit Somi tanya keadaan. Last sekali, aku pulak kena marah sebab bagitau orang tua. Habiss tu.. Nak buat macam mana lagi kan? Kebetulan pulak malam tu, geng2 Kak Long and the gang tesesat sampai nak masuk Tapah. Fuyooo ! Balik Kelantan, sesat sampai Tapah.. Ouhh ! Malam tu kecoh perihal sesat & kemalangan. Comfirm MIL & FIL aku tak tido lagi sampai la Kak Long and the gang sampai rumah..
Alhamdulillah... Sampai je kat Shell LDP tu.. Jumpa Incit Somi. Incit Somi cedera ringan sahaja. Luka di kedua - dua lutut dengan tapak kaki. Akibat terseret. Overall koyak kat bahagian lutut. Luka pun dia dah siap basuh .. Dia cakap dia tunggu kitorang lambat sampai, so dia pegi basuh dulu luka tu dengan air.. Euwwww ! Aku sendiri asa pedihhh... Pastu mintak tolong Seli tlong bawak moto. Sebab Incit Somi dah tak boleh nak bawak. Dalam keadaan macam tu, aku la terpaksa drive. (Aku ni kalau naik dengan Incit Somi, aku tak suka nak drive. Sebabnya.. Semuaaaaa tak kena. Hahaha! Senang cita bagi je la die drive.. penah je balik Kelantan or Perlis die drive sorang-sorang. Hewhew! )
Terus kitorang pegi mediviron Taman Kajang Sentral tu. Alaaa.. Yang dekat dengan Miros tu.. Sampai je sana, Seli dah sampai. Alhamdulillah.. Sebab sepanjang jalan dari Puchong tu, kitorang cari die jek.. Nak follow blakang dia la kan.. Hambekk.. Sampai Mediviron baru jumpe. Hewhew. Kitorang yang lewat sebenarnya.. Sampai sana, tengok2.. Klinik Mediviron tu ramai pulak orang.. So Incit Somi bagi arahan, suh pegi Mediviron Bandar Teknologi Kajang. Terus pegi sana. Alhamdulillah.. Tak ada orang. Terus ja dapat masuk bilik rawatan. Aku pon follow Incit Somi masuk.. Aku tengok la doktor tu cuci luka dia. Lembik jugak la tangan aku. Incit Somi boleh pulak selamba sambil tu dok cakap telepon. Haiyaa !! Ouhh! Lupa, Seli jugak la yang tolong bawak moto ke Mediviron tu. Dayah dalam keta dengan kitorang. Thank beb.. Banyak jasa korang. Habis rawatan, sekarang nak bawak balik moto ke rumah pulak. Mintak tolong Seli lagi. Kali ni start moto tak nak hidup pulak. Seli cakap die simpul wayar ape ntah sebab minyak asek kuar jek. Sebab wayar tu la.. Moto tak hidup. Susah payah Seli start. Lepas tengok sekian lama Seli start tak hidup-hidup.. Incit Somi yang sakit tu pulak take over. Nak jugakk.. Start moto macam orang tak sakit.. Tolak moto la.. Haiyaaa... Sampaikan ade India dengan tokei kedai urut datang tolong sebab ingatkan 'plak' yang rosak. Tak hidup jugak moto tu. Last-last masing-masing give up. So amek keputusan nak tinggalkan moto tu kat situ, then esok amik. Kebetulan balai polis dekat, Seli decide, tinggalkan motor tu depan balai polis. Haha! Aku pulak rasa kelakar. Ok la.. Balik, terus hantar diorang laki bini balik rumah. Diorang pon kelaparan, kitorang pon kelaparan. Disebabkan dah lewat, tak lepak la sebab esok nak kerja pulak. Pas tu Incit Somi plak tak selesa. Yea la.. Orang baru jatuh moto kan. Kata Incit Somi, dia jatuh sebab jalan licin sebab minyak diesel tumpah. Kata dia la. Alhamdulillah.. Incit Somi selamat. Bersyukur..

Balik rumah, kesiannyer.. Lapar teruk. Naseb bek la aku masak sebelum dia call tadi. So, melantak sampai nak tekeluar balik makanan tu. Bukan tak sedap.. Tapi aku suapkan.. Memang haruss habis lah.. Hihi ! Mandi pon seksa.. Tu laa.. Tadi hero sangatt.. Haha! Walau apa pun terjadi, saja la tanya kat Incit Somi..
Aku : esok jadi tak balik raya kat Kelantan?
Incit Somi : jadiiiii !! Kalau Abang tak larat drive, B ganti Abang eh..
Aku : yea la sayang..
aikkk ? Semangatnyaaaa !!! Mentang-mentang turn Kelantan eh, taun ni... Jangan buat main bab nak balik raya kat kampung ni. Yang sakit pun boleh jadi sihat taw !! :)
Alhamdulillah.... Segalanya selamat. Terima Kasih, Allah...



*sorry la.. Korang terpaksa baca karangan aku yang berhari-hari aku taip nih. Gambar tak daq. Sebab, aku post guna email. Dah try untuk post beserta gambar, email itu tidak 'publish' di sini. So, selamat membaca karangankuu !! ^_^




Sent by DiGi from my Blackcherry® Publicphone
















11 September 2012

Baby

Assalamualaikum ! ( Tak jawab dosa, jawab suka kat saya :3 )

Sejak aku dapat umor 27 tahun ni.. (Saya tak malu habaq umoq saya )
kalau bukak FB, memang banyak topik mengandung la. JELES ! Sumpah !
Tapi kita ni ada agama. Ada akai Allah bagi. So, aku redha ketentuanNya.
Tak pa la. Dia tak mau bagi lagi. DIA tau yang terbaek kan untuk hamba DIA.
Kadang-kadang seronok aku tgk. Kawen dalam 2 bulan macam tu, taw2 dah peknen 4 minggu !
Hahaha ! Untung la.. Rezki memasing kan.. Tak kurang jugak ada yang malu.
Hahaha ! Ok bab malu ni aku rasa kelakar. :) Tapi tak pa la.
Rezki memasing kan. Rezeki aku esok lusa. Tolong doakan ehh ! :')
Aku tengok bos aku. Sejak dua menjak ada baby nih.. Tepat 5pm memang chaww la.
Dulu bukan men lagi, stay. 6pm keatas baru balik. Huhu ! Mesti aku pon macam tu jugak nant kan ? ;)
Buat masa sekrang bos kecik aku tak kawen lagi. Memang hari-hari balik lewat la..
Komited (kunun). Agaknya kalau dia ada baby nanti mesti balik awal jugak la kot.
Tak kan nak mengadap kerja ja kan ? Hewhew !
Allah dah kata. Setiap anak pembawa rezeki. So, jangan la risau kan ?
Kita ni hanya merancang.. Yang terbaru aku tengok opismate aku, dah sarat dah.. Tup! Tup !
Dapat kerja. Tetap pulak tu ! Rezeki.. Sape pon tak tawkan..
Allah maha kuasa..
Buat masa sekarang ni aku memang ada usaha la nak dapat baby ni.
Tapi tak ada rezeki. Allah suh kami hanimun letteww.
So, kami hanimun la puas2.. Aku ni jenis suka kanak-kanak.
Jangan la tekejut kalau tetiba jumpak aku melayan kanak-kanak dengan beria-ria !
Penah sekali, maybe orang kesian kat aku. Bagitau suruh pergi berubat kat situ..
Kat sini. Terima kasih. Kadang-kadang tanya jugak kat Incit Somi.
Aku ni nampak sangat ke ? Dia cakap biasa ja. Tapi tak pa la kan.
Pandangan orang lain-lain..
Bila dah ada anak, bukan main lagi shopping barang/baju anak.
Kalau baby girl, amboiii.. Comey2 baju..
Kalau baby boy cam kureng la sket bab bergaya tu kan.. Kadang-kadang baju raya sendiri pon tak beli sangat.
Baju anak2 yang lebey kan ? Syioknyaaa !! Jadi baby ! Hehe !



Mudah-mudahan masa kami menimang cahaya mata akan tiba.
Ini bukan meroyan yea. Sila paham. :)
Aku yakin dengan ketentuan Allah. Dia merancang yang terbaek untuk kami.





Tatatititutu~~





(^_^)V



Sent by DiGi from my Blackcherry® Publicphone

16 July 2012

Merajuk !

Assalamualaikum.

Bismillahhirrahmanirrahim

Haha ! Ahad adalah hari gotong royong untuk kami. Cuma semalam lain macam sikit. Awal pagi, kul 7.30 am kami dah siap² nak ke pasar pagi Semenyih. Aku la yang excited lebey.. Ntah kenapa nak sangat pergi pasar pagi. Alasan ? Aku memang tak pernah pergi pasar pagi walaupon aku dah tinggal kat Semenyih tu hampir 2 tahun jugak la..

Sampai je kat pasar aku memang excited nak beli ayam dengan ikan.. Al maklum la.. Aku selalunya beli kat Econsave je.. So, veri the 'peghak' untuk membeli ikan dan ayam di pasar pagi. Sampai ja kat ikan dengan ayam kat situ aku dah cakap dalam hati "Mak oiii ! bapak mahaii ! " tak sama harga macam aku beli kat Econsave. Aku memang jakun.. (-_-") aku tengok barang² len.. macam bawang ke, erm.. memang mahai siket dari pasaraya.. telur memang puas hati .. besar, harga pon bagi aku berpatutan.. So, aku simpulkan disini, tak semua benda murah di pasar. kalau nak beli telur ayam memang berbaloi-baloi !

"Ayam,ikan daging mahai la kat sini, Sayang ! "

"Ya, la.. B jugak nak datang beli kat pasar.. " sambil muka cebik..

"Mana nak p tau aihh harga macam ni.. tak pernah p pasar pagi, hari ni saja nak try.. "

"Tengok ikan la B.. ikan tu kan fresh , ayam pon.. memang la harga macam tu.. tu pon nak kena Abang cakap ke? "

"HEHEHE ! yea la.. yea la.. " Sengeh kerang busukkk.. cover kena sound

Settle ja beli barang kat pasar Semenyih, terus p MetroPoint.. nak beli contact lens aku. Huhh ! pestime p Metro Point kedai tak bukak lagi.. hahaha ! check la power mata aku.. mak oiii ! power dah naikk !!! dari 4.75 ke 5.25 !!!!!!! o0o0o0 may englishhhhh !!!!!! Dasattt ! apa la aku dah buat sampai macam tu skali ?? Ni mest penangan aku slalu baca blog kat phone aku.. ishk laaaaaaaaaa !! okk, masa dalam keta Incit Somi membebel.. Aku senyap ja, muka cool... padahal... dalam hatiiii .. Arghhhhhhhhhhhh !!! macam gunung berapi nak meletup !!!!! ok saba...

Kat rumah start lagi kemas rumah.. asal salah, aku kena marah.. salah sket kena..  haish ! sabar lagi,.. sampai satu tahap aku tak tahan, aku marah masuk dalam toilet. kunci dari dalam.. hahah ! geram aku.. malas nak layan.. masa tu rasa nak tido ja dalam toilet tu.. ade la dekat setengah jam aku dok dalam tu.. Tetiba Incit Somi datang ketuk² pintu, sambil gelak berdekah-dekah! sangat kuat ! cess (-_-") aku tengah bengang ni.. dia boleh plak nak gelak²..

"Hahaha ! Buka la pintu !!!! HAHAHAHA !! ! Bukakkkk !! AHAHAHAHAHAH !! !! "

"Tak mauuu !! nak kencing g bilik sebelahh !! " aku balas serius.

"Bukakkkkkkk !!! HAHAHAHAHAHAH !! " sambil goncang pintu toilet macam nak tercabut..

Then aku buka..

"HAHAHAHAHAHAHA !! ape punya perangai ni MERAJUK MASUK TOILET ? HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHA !!! " dia gelak besar..

"Mana adaaa !! " besa la.. pompuan kanzzz =P

"Ni kalau Abang tak ketuk² pintu ni.. nak tido dalam toilet ker? HAHAHAHAHAHAH !! "

Cesss ! macam dapat bace je ape yang aku dah plan tadi..

"A'ah.. suke hati la.. " muka moncong lagi..

"HAHAHAHAHAHAH !! pestime jumpe orang merajuk kurung diri dalam toilet ! KAHKAHKAHKAH !!! Kalau berkurung dalam bilik, boleh tahan lagi.. Ni kat toilettt !!  Adoiii ! B nehhhh !!! HAHAHAHAHAHAH !! dah la.. jap g keta g makan Kek SR ehhhhh "  muka perli aku..

Membulatkan mata .. dan.. "Betoi nehh ?? " muka berharap sebab aku memang kepingin sangat 2,3 ari ni..

"Yeapp ! Pas Maghrib kita g.. tapi dengan syarat... "

"Apaaaaaaa ?? " Jawab dengan gelojohnyaa

"Malam ni MASAK eh ? HAHAHAHAHAHA !! Majuk kurung dalam toiletttt !!!!! "

Cessss ! dalam request tu sempat perli aku.. huhhhh !!

"Yea lahhh ! " Redhaaaa

Selesai beli kek SR, kebetulan kat ruang legar Metro Point tu ada sale.. Aku tak taw la tu sale yang betoi² sale or tak sale dikatakan sale.. Selalaunya kalau tempat² macam ni memang Incit Somi mengelak la kalau aku ajak.. yea la.. nama pon pompuan kan ? kalau tak dapat beli pon, dapat window shopping pon okk .. kat bahagian dompet lelaki ada la 1dompet ni aku bekenan.. bekenan bukan sebab design.. tapi sebab ketahanan dia.. aku ni jenis lasak.. dompet asek koyak jek.. tak pon, dompet aku sendiri mengelupas tuka kulit. hahah ! tapi tak la sampai nak beli sangat.. cam tu cam  tu jekk..

"dompet macam ni mesti tahan lasak kan Sayang ? "
" yea la, dompet lelaki, memang tahan lasak.. tak macam dompet pompuan.. ok tak B dompet ni ?"
"Ok jea.. nak kata cantek, dompet pompuan lagi cantek.. tapi ok la untuk dompet lelaki.. "

Pastu Incit Somi terus g bayar..

"Nahh untuk B.. HADIAH MERAJUK BERKURUNG DALAM TOILET ! Hahahahahaahahah !! kek tu pon !! hahaahahahahaahahahaha !!! "

Cissss !









*Hidup berumah tangga berwarna-warni.. Alhamdulillah.. Yang indah TERLALU banyak berbanding dengan yang tak berapa nak indah.. :)





Thanks Sayang.. Sayang kamu dunia akhirat ! 




 
Tatatititutu~~




(^_^)V

03 February 2012

Kamu Jahat !!!!!!

kamu kata saya gemuk.. saya diam.. 
kamu suruh saya diet.. saya angguk
kamu suruh saya excercise.. saya angguk lagi..

uwwaaaaa !!! ingat senang ke nak turunkan berat badan ?? 
senang la kamu cakap sebab kamu memang KURUS !! 

saya sedih bila kamu cakap sume ni depan kawan-kawan kamu.. 
malu !! saya malu !! 
saya tahu beberapa bulan lagi saya akan berjumpa kamu lagi.. 
boleh tak saya tak nak jumpa kamu lagi? 
mesti tak boleh kan??
macam mana keadaan pon saya memang kena jumpa kamu jugak.. -_-"
kamu cakap dari segi medic saya tak akan dapat 'itu' melainkan kuasa ALLAH.
Saya sedih.. tahu tak ??? 
Sememangnya saya amat berharap 'itu'..
Saya nak sangat 'itu'
Tapi saya happy.. 
Awak tunjukkan 'sesuatu' tadi walaupon bukan 'itu' ..

PANGGGGG !!! penampar singgah kat pipi..
Woii ! awat dok emo kat 'dia' tu?? 'Dia' tu kan DOKTOR..memang la kat bilik dia ada nurse..  Diet la weyyy !! tak sedaq² diri ! kawen baru 8 bulan, berat badan dah naik 10kg.. kalau dah 10taun? terus obes .. uishh !! uish !! sedaq diri laaa... Nak 'itu' kena la diet woii !! Bagi turun berat tuu....!!!!

yeah !! diet !!!!!!! (-_-")



tatatititutu~~ 


(^_^)V
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...