22 February 2014

Broga Hill untuk kali ke 3

Akhirnyaaa selepas bertangguh-tangguh selama 2 tahunnn... sampai jugak aku dengan Incit Somi di Broga Hill.

Lamaaa dah aku ajak. Tapi Incit Somi selalu cakap..

"takkan kita berduaa je?"

selalu alasan tu laa.. bukan aku tak pernah ajak kawan-kawan aku.. dah ajakk dah.. tapi diorang tak berminatt..

Dannn akhirnyaaa !!

Hari ni termakbul segalanya. Incit Somi yang ajak pegi kali ni. Join kawan-kawan opiss dia.. memang aku seronok lahh ! aku memang nak excercise sangat-sangat. dan aku memang suka aktiviti macam ni. Sebab dia punyaa kepuasann bila diatass.. hanya orang yang penah sampai je tau lagu mana. Penatt ! memang penantt. Tapi bila kita dah sampai ke puncak.. secara automatik.. kita akan berbangga dengan diri sendiri... macam tak percaya pon ada.. setinggi ini.. kita dah daki.. (walaupon bukanlah gunung setinggi Kinabalu.. kihkih ! )

Sepanjang mendaki.. aku ni takde la straighttt mendaki.. gilaaa ! dengan berat aku dah naik 12kg lepas kawen.. memang aku tak fit. Jogging pon mengah. Naik umah aku yang tingkat 5 tu pon aku berenti amek napas... Ini kan pulak aku naik Brogaa.. Hewhew ! penangan bahagia lepas kawen. T_T
2 Tahun lepas aku naik dengan kawan-kawan bujang opis aku. Yea la.. masa tu memasing bujang. Sekarang memasing dah kawen . Ade yang dah ade anak. Nak buat aktiviti macam ni.. memang tak dapat la .. anak kecik lagi... so, terbantut la segalanya.

Selepas 2 tahun.. aku naik lagi.. lagi banyak aku berhenti. Fuhh ! betapa tak fit nyaa aku.. T_T Incit Somi macam biasa sentiasa bagi moral support . Padahal die 1st time naik. Boleh plak dok cakap kat aku..

"sikitttt ja lagiii.. nak sampai dah tuuu"

Amboi kemain die . Padahal aku ni dah 2 kali kot naik.. memang aku cam la berapa jauhh.. Haha ! tapi takpa..

Kali ni aku naikk.. tanah sangatlah kering . Sekarang kan bukan musim hujan. Agak licin berpasir. Kasut plak tak grid. Memang kena berjaga-jaga takot tergelincir. Tak pasal-pasal berguling-guling ke bawah lak. *Nauzubillahhh *

Plan kali ni naik Broga sebab ada 2 orang dari kawan-kawan opis Incit Somi berlatih untuk naik Kinabalu. Haihh! bila la aku nak sampai Kinabalu.. Haha ! Aku ade la angan-angan untuk sampai sana . Tapi mungkin bukan rezeki sebab tak dipermudahkan jalan untuk ke arah tu. Mudah-mudahan ade la peluang aku. Huhuhu ! bukan apa. Untuk pencapaian diri sendiri . Kepuasan diri sendiri.
Masa nak balik.. Incit Somi cakap..

"Abang tak rasa mencabar pon naik Brogaa... "

Hamboiii ! kemainn laki aku.. Memang la tak mencabar. Dah namanya bukit.

Masa belajar dulu.. laki aku memang 'kaki panjat gunung' bila dah habis belajar.. maybe sebab takde geng.. kekangan masa.. so.. stop sekejap.. harap-harap.. hari ni jadi permulaan la untuk start balik aktiviti mendaki . in shaa Allah..

Balik dari Broga. Hambekkk !! memang aku terbongkang. Letih gilaaa ! tangan aku plak yg sengal. Sebab dok tahan badan masa turun.. salah taktik. T_T kaki aku steady. Hahaha ! macam-macam !

erm.. masa aku kat atas Broga . Aku amek gambar kitorang guna monopod. Hahaha ! dah la ramai orang kat situ. Majoriti diorang dok tengok kitorang selfie berjemaah. Haha ! malu la jugakkk.. tapi.. ade aku kesahhh?? aku tak kenall korang pon... Hahahahahahahahaha !!! ;)


Ok bye ! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...