28 May 2014

Redha

Bismillahhirrahmanirrahim...


erm.. macam mana nak mula yea..
erm.. ok.. aku nak cerita pasal ANAK.
oh ! aku belum mengandung. Tolong doakan yea ! ;)


28 Mei 2014 -  genap tahun ke 3 kami bergelar suami isteri. Ya, Kami belum dikurniakan rezeki yang satu tu. Sedih. tipu sangat aku tak sedih. Tapi.. APALAH DAYA AKU ? apa yang aku mampu buat ? semua tu kuasa Allah.. kan ?

bila diajukan soalan :

"Shila BILA lagi ? " sambil menjeling bangga dia dah ada anak.

Nak tanya.. ada anak dengan tak de anak ni suatu perlumbaan kah ? Luluh hati aku.. bila orang tanya macam tu.. kalau boleh set masa.. bila aku akan ada anak.. aku nak set cepat-cepat.. MALAM ni aku nak mengandung. kan best ? tapi.. APA DAYA aku ? SIAPA aku ? bila aku sentap dengan pertanyaan macam ni.. aku cuba rilek. aku anggap je dia ni nak sembang. tapi takda topik lain. T_T

Aku pernah diajukan soalan :

"Aik ? dah kawen 3 taon.. sepatut nya dah 'teror' dah.. dah 'pandai' dah.. tak daq isi lagi ? ishkkk... " buat muka bangga sebab dia nak dapat cucu.

sentap ! aku pujuk diri sendiri. orang tua ni nak mengajak bersembang. tapi tak de topik. so.. dia bukak topik ni.. T_T.

luluh hati.. sedih. hanya DIA yang tahu.. T_T

Sekarang.. kawan-kawan aku.. ada yang lambat bagitahu dia dah mengandung. Alasan. sebab takut aku terasa. TERIMA KASIH sebab sensitif dengan aku. Tapi.. sampai bila nak sembunyi, kan ? nant aku akan tau jugak. Aku happy bila dapat tau kawan-kawan mudah mengandung. sebab aku tau..

REZEKI SETIAP ORANG TAK SAMA. ALLAH BAGI TAK SAMA SETIAP MANUSIA. MANUSIA TAK SEMPURNA

Dalam apa situasi pon aku masih berfikiran positif..

Kalau aku ni dikira MENYEDIHKAN. ada orang LAGI SEDIH. bersyukur aku masih ada suami yang masih menyokong. dan tak pernah merungut. ALHAMDULILLAH

dalam kuat.. kadang kala aku 'jatuh' juga. sedih jugak bila dapat tau kawan-kawan dah mengandung. menangis. ( tapi selalunya kejap je.. takde sampai berhari-hari aku bersedih) BUKAN cemburu. menangis SEDIH dengan nasib sendiri, selalu mohon padaNYA. semoga kuatkan aku..

Pernah.. bila aku dengar kawan-kawan mengandung. menangis,. padahal masa tu aku happy untuk dia. nangis sedih dengan nasib sendiri. macam sedih tak dapat baju yang ko idam-idamkan.. tapi dah habis stok. tak sempat nak beli. cenggitu la lebih kurang..

Tapi korang.. jangan la takut nak bagitau berita baik kat aku.. memang aku sensitif. tapi aku kena berpijak dibumi yang nyata. Aku kena terima hakikat. ni dah takdir aku.

AKU REDHA. tapi dalam aku redha.. aku masih berusaha. Aku tak pasrah. Aku tak nak mengalah. Tapi kalau ditakdirkan aku.. hingga hujung nyawa tiada zuriat. Aku pasrah,..


ALLAH maha mengetahui segalanya.

Bila direnung nasib aku..

Aku kena bersyukur..

Bersyukur sebab aku dah kahwin
Bersyukur dapat suami yang bertanggungjawab
Bersyukur rezeki diberi olehNYA (rezeki orang kawen ni lain macam sikit)
Bersyukur family & family mertua yang sangat baik .

Alhamdulillah...

Ada sebab Allah buat jalan cerita aku macam ni, Ada hikmah. Allah nak uji .



Please...

Doakan..

"semoga Shila & Azmi mendapat rezeki zuriat yang soleh & solehah, aminn " 



Semoga Allah membalas jasa baik kalian. :')



16 May 2014

Pengalaman Aku : Perkahwinan Jarak Jauh

Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ).. bukan semudah disangka.. bukan juga se-payah dijangka.. orang tua-tua cakap.. pokok pangkal pada HATI. kita yang mencorakkan hidup kita. so, jangan pikir teruk-teruk. =)

Berdasarkan life story aku.. (ecewah ! macam dah lama idop jek ! )  aku & Incit Somi tak penah terdetik sedikit pon dihati ni (walaupon sebesaq kuman) nak PJJ nih.. sapa yang suka ? dah kawen still balek rumah sepi.. tak daq plak orang nak buat lawak bodoh dengan kita.. tak daq orang nak gaduh dengan kita.. tapi semua ni kami terpaksa harung... aku keja kat Kajang.. Incit Somi kat Terengganu.. suka tak suka memang kena suka.. dah jalan ni yang terpaksa kami pilih.. susah payah memang kena harung la.. betoi daq ?

ada yang cakap :

"Alah, dah kawen.. isteri mesti la ikot suami.. macam la kat Terengganu ni tak daq kheja " 
meh sini aku habaq.. aku seorang pompuan yang bekerja.. dan aku masih ada komitmen yang aku perlu settlekan.. buat masa sekarang aku masih mencari kerja kat sana.. tapi gajinya ngak cukopp.. macam mana nak settlekan komitmen aku tuh kan ? Lagi pon Incit Somi bukan la seorang hartawan , jutawan untuk men-cover-kan komitmen aku tu.. kalau dia seorang jutawan.. tak yah pikiaq banyak la.. dah lama aku duk rumah.. layan Incit Somi ja.. kan ? tak gitu ?

"Hasben keja apa.. napa hasben tak tukar/cari keja lain kat Kajang ni? "
Incit Somi aku ni keja swasta.. nak tukar boleh.. (sebab company besar, tapi jawatan Husband aku kecik je) tapi tersangatlah payahh & mengambil masa yang lama.. bayangkan Incit Somi aku ni dah apply mintak tukar keja kat area² Kolumpo ni sebelom kami kawen lagi.. sampai sekarang tak daq jawapan.. nak kata tak boleh tukaq.. tak jugak.. nak kata boleh tak jugak.. ibarat gantung tak bertali la sekarang nih.. ni kerja orang opis dia la.. samada buat kerja ka daq.. tu wallahhualam.. Incit Somi cakap nak bersabaq sampai hujung tahun. lepas tu kalau tak daq apa² perubahan.. nak cau la kot..

"Tiap² minggu hang ha dok ulang alik.. hang tu dah la pompuan.. awat laki hang ja yang tak mai sini? Hang tu tak penat ka "
Penat.. memang penat.. sebab aku selalu balik ari Jumaat malam Sabtu.. sampai Kuala Terengganu dalam pukul 4,5 pagi.. pastu Ahad malam Isnin aku dah naek bas balik Kajang.. :') pastu pagi Isnin sampai kat Kajang, terus masuk opis.. boley bayang tak macam mana aku letih ? tapi sebab untuk orang tersayang ku sanggup berkorban :') Incit Somi aku hanya bercuti pada hari Jumaat sahaja. Kalau dia mai kat aku.. agak² berbaloi tak ?? huhu !! 

"Hampa duduk jauh-jauh ni, tak takut ka Husband curang ka, ada pompuan lain ka.. lelaki ni bukan boleh percaya "
Hamboiii ! mulut hangg ! ghasa nak cabaiii ja. Percaya memang kunci utama. Dan serahkan segalanya kepada Allah. pernah dengar 'sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua?' pegang je kata-kata tu.. alahh, lagipun, ada ja pasangan yang duduk serumah, tidur sebantal, suami curang. tak gitu ? (mintak dijauhkan la dari kita ni)

"Duduk jauh-jauh, macam mana nak MENGANDUNG? "
 Alahai, rezeki kan Allah yang bagi.. ada ja yang duduk jauh bertahun-tahun.. elok ja 3 - 4 orang anak. Dan ada jugak yang dari awal kawen, duduk sebumbung, tak da anak sampai sekarang. So, tak payah nak buat kesimpulan sendiri. tu bukan kerja kita.. Allah yang maha mengetahui

------------------------------------------------------------------------------------------------


HAHAHA ! aku baru belek-belek draf aku 2 taon lepas. Mahap ler.. agak lama menyepi.. aku bukak je blog ni.. tengok-tengok kengkawan hapdet.. hikhik ! aku baca ja yang hampa dok hapdet tu.. dari susun atur.. sampai la masak memasak. 2 orang masak ayam rosemary dalam 1 minggu. hampa ni berpakat ka apa?? MUAHAHAHA ! sedappp tengokkk wei ! nanti nak try lahhh ! :)

Okay, berbalik kepada sambungan entry kat atas nih... 

memang selalu aku akan dapat soklan mcm kat atas ni la.. macam biasa. orang memang SENANG bercakap. tapi, yang melaluinya.. AKU. kan best.. sambil bercakap.. tolong sekali. tolong belikan tiket ke.. tolong carikan keje untuk Incit Somi ke.. banyakkkk pahala dapat.. dari bercakap sahaja. tak gitu ? 

Kepada yang sedang ber'PJJ' nih.. kunci segala kata.. adalah SABAR. tanggapan negatif orang , layan kan aja.. cuma... JANGAN sesekali simpan dalam hati. kelak menyiksa diri. kihkih ! Tapi aku paham, kadang-kadang bila tengok suami isteri yang duduk sekali ni.. nampak suami hantar isteri datang kerja, terdetik rasa cemburu. yea lah.. kita tak merasa.. tu biasa. tenang-tenang aja.. 

Pastu bila balik rumah, rumah sepi, tak da orang nak bergaduh (gaduh manja)  bosan jugak la.. selalu aku dulu tido awal. sebab bosan. nak elak bosan ni, waktu ni la peranan kengkawan bujang ni penting.. hikhik ! korang layankan aja.. kalau tetiba kawan-kawan bujang korang ni ajak g tengok wayang.. atleast, hilang sikit rasa bosan.,. tapi, jangan la pulak g melayan hari-hari. kena sedar diri jugak, gaji tak la banyakkkk . kena menyimpan jugak untuk beli tiket bas.. yea lah.. dah setiap minggu g Terengganu. Harga tiket sehala dah RM50. pegi balik ? darab la sebulan. BERAPA ? sebab tu dulu aku memang SESAKK je poket aku.. (sekarang pon sama, biasala manusia bagi la banyak mana pon mana cukop.. HAHAHA )

Waktu paling sedih, bila Husband tiada disisi.. waktu ko sakit. alah, tak payah nak pikir sakit yang teruk-teruk.. ko pening sikit je, dah sedih. sedihhh amat ! yea la.. manja lebih.. nak perhatian.. kata dah ada Husband kan ? menangis teresak-esak macam sakit amat. padahal, pening sikit je. emosi punye pasal.. sampai sian la kat Husband aku masa tu.. susah hati Wife sakittt kata kauu.. hihi ! Bila dah ada Husband, dari awal kawen, memang dok PJJ.. tahap manja tu memang super duper extra. (ntah hape ntah ayat.. nak menunjukkan manja terlampau)

Pada suatu hari, setelah 9 bulan kami ber'PJJ', dan sememangnya aku dah berhenti berharap untuk kami duduk sebumbung.. tetiba Husband call.. 

"B, Abang dapat kerja kat Shah Alam ! " 

Mengalir ayaq mata aku. Alhamdulillahhhhh !!! 

penantian 9 bulan.. memang macam 9 tahun tahu ?? untuk orang yang tak pernah PJJ jangan cakap banyakkk ! ko tak rasa.. tak payah nak banyak songeh. bagi ko rasa dulu.. masa tu.. baghu ada akai ! tapi kalau untuk korang yang memang bermasalah dengan Husband, pastu serornok PJJ dengan Husband.. yang tu no komen. Aku cakap pasal spesis macam aku, yang bercinta dengan kekasih halal. 

Hikmah disebalik 9 bulan berjauhan.. yang paling hikmah la aku bagitau ni.. 

SANGAT MENGHARGAI.

gaduh pun jarang-jarang. yea lah.. sedangkan lidah lagikan tergigit kan ? bahagia je memanjang. haha ! ( Alhamdulillah.. dah 2 tahun kitorang duduk sebumbung) 

ANAK ? belum diberi oleh NYA. aku rasa. Dia nak bagi masa kitorang betul-betul enjoy berdua, dan mungkin bila kitorang betul-betul tak pikir pasal anak. (macam kes aku dah berhenti berharap kami dapat sebumbung) masa tu.. mesti kami LEBIH menghargai apa yang kami ada. 

"Dia tak bagi apa yang kita nak. Dia bagi apa yang kita perlu."  

pegang kata-kata ni. 

Antara cebisan kisah suka duka , alam perkahwinan kami. (In shaa Allah.. 28 Mei ni genap 3 tahun perkahwinan kami. ) 

Semoga yang sedang melalui PJJ. TABAH. aku tau susah nak menzahirkan perasaan tu melalui perkataan. sebab kadang-kadang bila syaitan menghasut, macam-macam kita rasa. rasa tak adil la.. apa la.. tapi, pegang kata-kata aku cakap tadi... 

"Dia tak bagi apa yang kita nak. Dia bagi apa yang kita perlu."  

Jangan bersedih. kuatkan semangat. apa yang berlaku , memang ada hikmah. 

belum ada anak, memang musim hanimun memanjang.. kikiki ! 

ok, bye ! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...