23 January 2014

Nasi Kerabu Sedap Tanjung Malim

Ahhaaaaa ! Entry aku kebelakangan ni memang bab melantakkk jek. 

Kali ni macam rajin nak buat entry makan sedap. Selama ni aku tak buat. Rasa rugi pulak.

Ok. Kali ni cita bab Nasi Kerabu.

Aku outstation kat Tanjung Malim. Bagi orang yang outstation, semestinya blur . Nak makan kat mana?? Untuk sarapan pagi. Aku memang suggest warung ni. Warung ni tak de nama. Aku pegi pon bila si Shahril opismate aku sebokkk je suruh pegi makan situ. Die yang sepatutnye ke Ipoh.. sanggup singgah makan kat sini sebelum meneruskan perjalanan ke Ipoh.

Kalau korang dari KL, exit tol Tanjung Malim, amek kiri. Sampai jumpa traffic light simpang 4. Sebelah kanan traffic light ade Hotel Sahara Inn. Pastu amek kiri. Warung ni kat dalam kampung. So, aku serta kan koordinat untuk memudahkan korang nak pegi. (Moga2 murah rezki peniaga warung ni) 
Aku dengan Sue makan nasi kerabu Ayam goreng. Harga RM5 sepinggan. Nasi dia.. mak oii ! Meriahhh ! 

Untuk sesiapa yang berdiet, memang disyorkan, mintak nasi separuh. Die punye sambal cili garam tu.. agak pedas.. so, kepada yang tak tahan pedas.. makan sikit-sikit dulu. Agak macam 'boleh pegi' baru betul-betul gaul, k ?

Kitorang sampai dalam kul 10.30am. Tinggal nasi kerabu. Kata si Shahril, pagi-pagi ada nasi berlauk macam kat Kelantan jugak. So, kepada   sesiapa jenis perut pagi-pagi nak kena makan nasi berlauk, boleh jugakk makan kat sini, dan opkoss untuk sesiapa yang tak kesah makan di warung. Hihi ! 



Ok.. selamat menjamu selera, uolsss !! =) 



siap koordinat aku bagik 




Sue tengah melantak :P







22 January 2014

Laksa Pedas & cendol di Tanjung Malim

Pestime aku jumpa orang buat laksa. Bapak pedas ! 

Tapi aku steady boleh makan lagi. Cuma kesian kat Sue. Tak tahan pedas. Haha ! 

Warung ni dekat exit toll Tanjung Malim . Dekat2 dengan UPSI.

Bagi aku sedap la jugakk laksa pedas ni. Haha ! Selain laksa, die ade jual rojak mee, mee kari, cendol.. hari ni aku baru try laksa dengan cendol pulut. Cendol pulut die biase jek. 

Kat Langkawi tu memang tiada tandingan la buat masa sekarang. Hewhew !



Nampakkan cili dia ? pheww -_-'


21 January 2014

Chalet Murah & Cantik di Langkawi

Kitorang tido sini 1 malam. Kitorang tak booking pon chalet or hotel dihari ke 3. Bukan apa. Kitorang rase macam boleh cari yang lebih murah. Murah disini tak la bermaksud murah sampai tempat tido ntah ape2. Murah disini bermaksud berbaloi la dengan apa servis yang diberi.

Chalet ni dekat dengan airport Padang Matsirat tu. Tak sampai 10 minit dah sampai dah airport.  Kitorang memang plan nak cari penginapan yang dekat dengan airport tak bagi kelam kabut keesokan harinya. Memang very recommended la chalet ni.

Harga untuk 1 malam RM80. Yea la.. aku ulang sekali lagi. RM80 sahaja ! Apa ada kat chalet ni? Astro channel basic dengan Citra. Kalau nak tengok Maharaja Lawak Mega tu.. memang boleh la. Kitorang g mintak kat reception tuka channel 132 mase tu. (Jumaat malam Sabtu) memang legaaaa . Boehh jugak tengok.. poyo kan? Hahahaha !.kitorang 4 orang memang tak penah tinggal la live Maharaja Lawak Mega. Tu yang macam besttt !

Selain Astro, macam biasa, ada jug kettle, water heater, aircond, WIFI. peti sejuk tak de. iron dengan board tu boleh mintak. Haa.. telefon ko nak intercom kawan ko yg duduk chalet sebelah tak ade yea.. so, siap sedia la whatssapp. Hihi ! DAN ! untuk dapatkan WIFI tanpa sangkut-sangkut, SILA mintak chalet yang depan-depan. kira berdekatan receptionist tu.. ok ? aku dapat yang belakang, WIFI sangkut-sangkut. HEHE ! biasa ar, walaupon ada data plan.. pakai WIFI, syokkk sikit. =)

Yang aku tido ni. Memang untuk berdua. Bukak2 je pintu.. dah nampak katil. Pastu ade ruang nak solat sikit. Bilik ni ngam2 je. Tak besar . Tak kecik. Aku rasa, duduk chalet macam ni, aircond pon tak payah sebenarnye. Dah memang sejukkk pon. Breakfast?  Breakfast TIDAK disediakan yea.. kalau nak breakfast kene pusing2 cari. Sebelah chalet ni ade la warung makan. Tapi bukak petang ke malam je. So, nak tak nak.. memang korang kena pusing cari. Alah.. tak jauh pon.. dalam 10 minit sampai la.. banyak pilihan warung-warung ni. Makan pon aku rasa.. murah jek.

Dah alang-alang.. aku cita ni. Haaa.. kereta sewa kitorang dapat RM160 untuk 4 hari 3 malam. Amek keta Viva. Kitorang tak booking pon. Sampai je airport. Haaa.. besepahh orang sewa keta. Jangan risauu lahhh ! Minyak untuk 4 hari kitorang kat sana.. RM50. tu pon sebenarnye ade lebih. Masa dapat keta minyak dah berkelip. Isi RM30. Pastu nak naik cabel car.. kitorang isi RM20. Masa bagi keta balik.. minyak tak berkelipp pon.. rezeki orang sewa keta tu la... tu pon dah habis pusing la tu.

Untuk chalet aku.. aku rasa yang kurang die.. air die slow sikit. Tambah2 waktu pagi. Waktu memasing nak mandi nk kuar. Untuk bilik Dayah & Seli pulak.. bilik berbau sikit.

Kat sini aku sertakan business card chalet ni.






cantikkan ? aku memang suka view macam ni. 

pokok buluh tu pon aku bekanan. hihi

tenang ja. 

merasa la duduk umah papan 1 malam. hehe



bukak-bukak pintu.. dah nampak katil. 

Incit Somi memang kerja dia la.. check semua benda.. 

Selamat Bercuti , uolss ! =)

20 January 2014

Laksa Terbaik Langkawi

Baru2 ni aku g hanimun berjemaah ke Langkawi. Walaupon Langkawi tu sebelah Perlis. Nilahhh ! Pertama kali aku jalan-jalan sini. Sebelom ni ada . Tapi just g umah Pak Cik aku ja. Tak la enjoy macam ni.

Ok.. aku mulakan entry aku #jalanjalancaripenatlangkawi ni dengan makanan.

Kat sini kalau korang datang.. jangan risauuu lah pasal makanan. Bersepah2 kedai makan. Dari makanan Jerman, Melayu, Siam, segala bagai lah.

Satu-satunyaa tipss aku gunapakai untuk cari 'kedai sedap' adalah.. tengok orang ramai ke tak kat kedai tu. Kalau tu kedai cina.. ko jangan la g pulak. Dah sah2 tak halal. Cina muslim tak pe. Hihi ! Pastu kalau ko tengok dalam restoran/ warung (restoran halal melayu/siam) ada pulak bangsa lain pegi makan.. so, ko patut cuba lahh makan kat kedai tu. JANGAN sekali-kali berani mengambil risiko pegi restoran/warung yang tak de orang. Aku dah kena. Dah la makan tak sedappp ! Di'ketuk' nya kita. Pastu buat muka happy. Apakahh jenis manusia ini??? Grrrr ! Pestime g makan laksa tak habis. Tak sedap masalahnyaaa. Teruk nauu rasa. Gerai tu kat Dataran Lang. So, korang hati2. Aku tak nak bagitau la gerai mana. Pandai2 korang pilih nanti.

Okk.. yang ni aku memang recommend.  Tip top ! Sedapp baq hang !

Laksa Kaw Ikan Sekoq.

Nama pon macam bestt jek.. macam sedappp je.. macam... macam-macam. HAHAHA !

Gerai ni tak susah nak cari. Kalau korang dari airport kat Padang Matsirat tu.. Gerai ni.. sebelahh jek dengan airport.  Tak payah pening2. Korang gerak je dari airport g Pantai Cenang. Follow jalan tu jaaa.. comfirm. Jumpa punya lahhh !  Senang jaa nak cari. Warung ni sebelah pantai. Ermm.. warung ke? Die macam bukak lori.. pastu kat tepi pantai ade meja.

Dah sampai situ.. korang jangan lepak kat meja je. Comfirm sampai malam takde orang datang amek order. Kat sini servis LAYAN DIRI. so, kena la order sendiri yea...

Harga sepinggan laksa letak ikan seekor ke.. letak telur ke.. sama je. RM4. yea la.. Rm4 ! Aku tak salah taip lahhh ! ;)

Hari tu aku order lai chi kang. Erm.. kurang. Tapi.. Cendol die memang terbaekk ! Gemok2 ! Lemak rase.. manis gula merah pin rasa. Sedappppp ! Nihhh.. aku tengah taip ni pon ghasa macam " uishhhhhh ! Lapaqnyaaaaa ! "

Kalau korang g Langkawi.. singgah la makan laksa. Seyes tak menyesalll !




handbag aku paling mahal. made in Haji Ismail Group. hihi ! 

nampak tak cendoi dia? gemok2 weh ! selalu jumpa kurus2. 




Ok Bye ! =)

09 January 2014

Percutian Pendek

Kami somi isteri bercuti pendek di Ipoh. Saja jalan-jalan. Sebelom ni masing-masing g Ipoh atas urusan kerja. So, kali ni saje datang berdua. Kebetulan cuti, kan? ;)

Kitorang menginap di Ritz Garden Hotel.hotel ni la yang selalu aku dan kawan-kawan aku menginap bila outstation kat sini. Hotel betul-betul dalam bandar. 1 malam RM140. Bilik? Erm.. kali ni aku tak bernasib baik. Sarung bantal tak bertukar.  Bau masam. Bau macam.kepala orang. Maaf lah. Aku tak amek gambar. Aku ni.. kalau kuar dengan Incit Somi jadi kurang bergambar. HAHAHA ! Bukan apa.. asek kena sakat je...

Kitorang dinner kat Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung.  Erm.. makanan dia biasa-biasa ja. Tak de la sampai aku nak cakap.. SEDAPPP GILERRR !  Aku order tom yam, tom yam tu dicampur dengan sos untuk memekatkan kuah. Erm.. rasa macam makan maggi. Yang Incit Somj aku.. order belut goreng kunyit. Diorang goreng terlampau garing. So, tak berapa sedap lah. Maaf sekali lagi aku tak amek gambar lagi. Hekhek ! ;)

Nama pon percutian pendek. 2 hari 1 malam jek. lagi 1 sebab besemangat pegi Ipoh sebab ada DAISO ! dulu datang sini shopping dengan kawan-kawan. kali ni dengan Incit Somi pulak.

Daiso sini best sikit dari Daiso Mines. hikhik ! lagi 1.. aku penah g Daiso Mines ja. Kat IOI Mall Puchong tak penah g lagi. Sunway pon tak penah pegi.. Nampak gaya.. Incit Somi pon sukaa bangattt sama Daiso. Sebab ? Bila aku ajak g Daiso kali ni, dia senangg bangattt.. (maybe gak lepas gaji :P ) 



ini lah tom yam yang dimaksudkan 
kedai ni ade belut hidup, uols ! kalau tak penah tengok belut macam aku.. boleh la tengok.. kihkih
belut yang digoreng garingg.. krupp ! kruppp ! 









06 January 2014

Dating di Taman Botani, Putrajaya

Semalam, lepas lepak2 dengan cousin aku kat PKNS Bangi.. waktu balik, laki binik ni memasing tak nak balik. Nak jalan-jalan lagi.

So, kitorang g la jenjalan area Putrajaya.

Pusing punya pusing decide g Taman Botani. Last aku p..masa rombongan sekolah dulu. Dah berapa taon dah.. ingat2 lupa dahh..

Masuk je ikut aliran keta masuk. Tak la ramai orang. Maybe jugak sebab mendung nak hujan kot.. (tapi sampai aku balik tak hujan pon)

Terus nampan orang berbasikal. Oh !.aku rinduuu gila nak kayuh gerekk ! Cari tempat nak sewa tak jumpa. Sebab masa singkat. Tu yang tak jumpa. Last2 kitorang jalan-jalan je. Basah gak ketiak aku.
Aku cakap kat Incit Somi. Kena buat aktiviti berjalan macam ni setiap minggu. Baru aku boleh slim. HAHAHA ! dia senyum perli ja kat aku. Memang nampak sangat muak dengar aku nak exercise.  Mihmih !

Lokasi cantekkk ! Aku suka dengan kehijauan alam. Apa salahnya jalan-jalan di taman kan? Asek jalan-jalan berjam-jam di shopping mall je. Ape kata jalan-jalan kat taman pulak. Poket pon tak nipis kot. Hihi !
Tengok ade family yang berkelah. Ohh ! Terus incit Somi ajak nanti berkelah kat situ. Okay.. kita tunggu la nant. Berkelah ke idaqqq... hewhew !

ni feeling bercuti la.. padahal dalam keta.. dok pusing Putrajaya tak tauu nak p manaa

incit Somi ku muka jenis tak suka bergambar.. Tapi muka dia yang ni.. sebab dia tengah sakat aku..

"Asek-asek amek gambar.. asek asek amek gambarr .. sengeh.. sengeh.. "



Sekitar Taman Botani. Kitorang tak masuk sampai dalam. Sebab dah nak malam. lagi 1. kalau tak salah aku.. masuk Taman Botani kena bayar tiket kan ? kali ni aku masuk ikut bangunan morocco tu... Ntah la.. kot2 aku salah lokasi. sebab Taman Botani dengan bangunan Morocco tu sebelah-sebelah je.. lagi 1 sebab aku rasa.. lain nauuu Taman Botani. sebab dulu aku rasa.. tempat die macam lainn.. heee !! next time lahh pegi.. ! kan nak berkelahh ?! mihmihmih ! ntah bila la tuhh ! =P











ok , bye ! =) 

03 January 2014

Hotel : Hotel Di Pontian , Johor Darul Takzim

Ni cerita aku outstation di Pontian bulan 12 2013. pergi 2 hari 1 malam.

Kitorang menginap di Hotel Sunflower, Pontian. Ni haa.. map dia.. dengan alamat sekali..






Sampai ja kat sana.. Aku tengok dari luar.. Erk ! Hotel bajet sangat ke inih ? Niat aku cakap macam ni bukan la aku ni taste tinggi bebenao.. tapi macam agak2 la.. takkan nak duduk rumah tumpangan macam tu ?? dah la kami ber 3 ni PEREMPUAN ! macam aku cakap dulu la.. mesti la keselamatan diutamakan..

Ni pintu masuk.. memang banyak sunflower la.. dah nama pon HOTEL SUNFLOWER kan ? 
Bukak je pintu... Mak aii ! WANGI nyaaaaa !! bau Lovely Lace !!! terus TERsuka =) 

Bukak je pintu.. nahh ! ko naik la tangga ! HAHA ! kalau beg ko berat.. err.. tak dapek nak nolong laaa
Kat bawah ni .. gambar sekitar lobi.. nice je . aku sukaa ! =)












Yang kat bawah ni pulak gambar sekitar kafe.

cari benda tersembunyi ! HAHA ! 


Dah nama hotel sunflower.. memang banyak la sunflower nyer.. hihi ! 

bawah ni pulak bilik tido.. Aku rasa selesa je. ok je.. TV ada . channel biasa. ASTRO rasanye takde.. Peti Ais kecik pon xde. Memang susah sikit untuk ibu yang menyusu nak simpan stok. 



tengah2 bilik ada tiang. macam mengganggu je. tapi ntah.. ade la sebab tu kot.. huhu




Makanan.. sambal nasi lemak die sedap ! yang lain, erm.. cococruch die.. x ori.. die bagi yang murah punya. aku memang tak puas hati la kalau hotel bagi cococruch yang tak ori.. hihi !

Kalau yang lain.. aku rasa hotel ni ok sangat dah.. untuk orang yang bajet sederhana.. selesa, selamat. dekat dengan kedai. sekitar hotel ni kedai. CIMB pon dekat. boleh jalan kaki jek.





Ok, bye ! =) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...