22 November 2012

Pak Guard oh ! Mak Guard

Assalamualaikum






Dah lama aku perhatikan. Bukan baru. ( Cewahh.. Ayat macam nak makan penampo ) dari aku study, sampai la aku keja. Aku tengok, pak guard ni ada yang dalam kelompok warga emas dah..( Aku cakap ni bukan la nak sekat rezki diorang ka apa eh.. Ni pendapat sahaja) memang la setakat yang aku nampak, keja Guard ni rilekkk jek. Duduk jek.. Pastu cukup masa round-round bangunan..

Yea la.. Tu masa tak ada kes, aku rasa keja ni la paling mudah bagi warga emas kan.. Tapi.. Kalau la tiba-tiba masa yang tak terduga tu. Macam mana pulak ? Aku selalu imagine penjahat datang badan ketak-ketak.. Pastu berlawan pulak dengan Pak Guard yg dalam usia emas ni. Macam mana eh? Pak Guard yg sepatotnya menjaga keselamatan, silap haribulan, kita pulak yg selamatan kan dia.. ( Bajet kita lagi hero la.. ) Tak pun kalau Mak Guard pulak. Macam mana dia nak lawan eh? Kalau dia kena rogol macam mana? Sorry kalau korang rasa aku berfikiran sempit. Tapi tu la yang selalu terlintas kat kepala hotak aku neh..

Tak dinafikan.. Diorang mencari sesuap nasi.. Daripada diorang mintak sedekah, bek diorang keje kan? Tapi tu la yang aku selalu terpikir... Larat ke diorang nak lawan penjahat nant? Tapi bukan la aku cakap penjahat ni selalu ada. Tapi bila kita berada disaat genting.. Baru kita terpikir, bahaya macam mana.

Kalau guard yang muda-mudi ni maybe diorang ni bosan buat kerja ni. Yang aku selalu nampak, kalau muda mudi ni, geng2 Pendatang Asing la.. (Tu kat bandar-bandar besar ) kalau g area luar bandar macam Perlis negeri aku tu.. Memang ada lagi budak muda Melayu. Tapi tak ramai. Maybe susah nak cari orang yang nak kerja guard ni..

Tapi, aku taw.. Ajal maut, Allah ja yang tau. DIA maha mengetahui.. Sehebat mana pun manusia, segagah mana pun manusia, kalau Dia nak ambik nyawa. Dia ambik ja  Kan ? :)






Tatatititutu~~






(^_^)V








Sent by DiGi from my Blackcherry® Publicphone
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...