30 September 2013

Ahmad ILman Bin Anuar

Tahniah kak Epah ! Dengan kelahiran bayi ke 4 ! 

 Ahmad ILman Bin Anuar








orang kebulur. tolong habiskan makanan spital ibu bersalin. hoho !

27 September 2013

Happy Belated Birthday, Uyah !

Macam biasa.. blog aku suka hati aku. HAHA ! memang cita lama pon. 

●  Sambutan hari lahir buat Uyah. Maaf lambat. Uyah pon tau kan sebab musabab nye? ;) 

●  Tahun ni tak suprise. Mohon maaf yea Uyah. Banyak kekangan kali ni . :)

●  Special tak sambutan birthday taun ni? Sambut kat sushi gitewww .. ;)

●  Semoga persahabatan kita berpanjangan sampai Uyah ada cucu cicit ! 


Selamat Ulangtahun Kelahiran, Uyah ! Semoga dipermudahkan jalan hidup, bahagia , & dimurahkan rezeki. :)

 
 

 

25 September 2013

Rindu

Pagi ni belek- belek lagi gambar Iqi...
Iqi...
Ummi yang sedih..
G umah Iqi..
Tengok baju Iqi.. susu Iqi.. pampers Iqi..
Ummi yang sedih..
Tapi..
sesedih ummi..
lagi sedih ibu dengan ayah Iqi... kan?
Allah sayangkan Iqi...
Iqi dah kat syurga dah...
Kami semuaa tetap rindu Iqi....
semoga kebenaran memihak kepada kita...
Al-Fatihah... 

Muhamad Qhaliff bin Muhamad Norman




22 September 2013

Syurga buatmu Muhamad Qhaliff

Petang 19/9/2013.. aku dikejutkan dengan berita tentang kematian anak saudara aku. Muhamad Qhaliff.. di TASKA ! ya, Allah !!! Macam tak percaya ! Selama ni aku tengok kat tv.. or baca kat surat kabar jek... sekarang.. family aku sendiri yang kena....Allahhuakbar ! Sampaikan aku cakap kat Incit Somi... 'Tipuuuu !!!!!!!!!!!! ' depan Uyah..

Terus tak sabar tunggu Incit Somi datang amik nak terus ke Setiawangsa. Nak jumpa Kak Long. Aku tau.. waktu macam ni Kak Long memang tunggu kedatangan family. Masa tunggu Incit Somi datang.. aku terus call Anis. Adik ipar aku. Aku bagitau dia. Dalam aku bagitau.. aku dah sebak. Memang suara dia tekejut. Maknanya.. takde sesape bagitau die lagi..lepas telefon Anis.. Mak Tam call. Kami nangis same2. .. kami terkejut sangat2 ! Aku terbayang2 si Iqi.. (panggilan manja kami untuk arwah) si comel yang senang dijaga. Tak banyak karenah. Pandai bawak diri... Sabtu lepas aku baru jumpa dia.... :'(

Sabtu lepas.. masa aku jumpa dia.. memang aku asa happy. Sebab bila Iqi nampak aku.. dia nak sangat2 kat aku.. Allah.. dalam hati.. memang aku suka.. suka sebab anak saudara ingat mak saudara dia... Aku ada cita kat Dak Leya. Sebab sepanjang minggu tu aku terbayang2 Iqi senyum.. pastu nak kat aku... rupanya... tu la kali terakhir aku jumpa Iqi..... T_T

Bila kitorang sampai umah Kak Long kat Setiawangsa. ... terus aku cari Kak Long... masa tu.. jenazah Iqi dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. Untuk post mortem.  Aku salam.. teruk peluk Kak Long. Masa peluk... Kak Long cakap... " Shila... Iqi dah tak de..... " berjurau air mata aku.. teresak-esak aku kat bahu Kak Long.... Incit Somi tego.. suruh banyak-banyak bersabar....

Kitorang tunggu sampai jenazah Iqi dibawa pulang. Masa jenazah sampai kat rumah... dah pukul 1.30am. Ade sedara mara yang dah balik. Bila jenazah sampai.. bila dibuka kain yang menutupi muka jenazah.. Allahhuakbar !! Aku tak tahan dah.. terus peluk Ain... kami nangis same2.. terlampau sedih tengok arwah berkeadaan begitu.... kepala penuh dengan jahitan. Jahitan yang umpana 'jahit guni ' . Tu... aku baru nampak kepala dia.. kat badan dia tak nampak lagi... Ya Allah........

Malam tu.. kitorang bersengkang mata.. tapi aku dan suami... tak bawak pulak baju lebih malam tu. Solution contact lens aku pon tak bawak. Dalam pukul 3 pagi.. kitorang balik umah. Kul 5 bangun siap2 untuk ke rumah Kak Long. Tido dalam 2 jam sahaja.

Sampai umah Kak Long.. dalam pukul 9 macam tu.. orang yang mandikan jenazah datang. Ukur2 badan Iqi.. siap2kan Iqi.. Biras aku.. Ayah Iqi yang pengang Iqi mase Iqi dimandikan. Allahhuakbar !!! Sepanjang Iqi dimandikan... kitorang adik beradik menangis... sedih tengok jahitan dibadan Iqi. Penuh dengan jahitan kasar di badan bayi berumur 7 bulan.....T_T

Masa Iqi dikapankan. Aku berada didepan sekali bersama2 Kak Long, Asma, Anis. Bila diberi peluang untuk mengucup Iqi untuk kali terakhir... Aku kucup Iqi..

Iqi sejuk.
Muka Iqi cutee sangat.
Tenang.
Macam tengah tido..
Wangi
Ya Allah... anak ini yang aku timang-timang.. dah kembali. Syurga tempat kamu Iqi. Allah sayangkan kamu... kami redha... tapi kami tetap sedih dengan apa yang berlaku...
Masa on the way balik... Incit Somi bersuara...

"Iqi dah pergi... dah la Iqi rapat dengan Abang. Berapa kali dah tido dengan Abang.. takpe.. Iqi dah kat syurga... Allah sayang Iqi... "

Aku diam. Sebak.

Iqi...

Walaupon Iqi dah takde.. bila Ummi ada kat umah Iqi... Ummi masih terbayang-bayang Iqi ke sana sini. Iqi pendiam. Tapi suka senyum. Pastu aktif. Semua orang rindu Iqi.

Iqi...

Raya lepas.. raya terakhir kita kan? Paling ummi tak lupa.. bila Iqi nak orang lambung2 Iqi. Naseb baik semua ayah & mak sedara iqi suka melayan.. so.. kitorang lambung2 iqi bergilir2. Lenguh. Tapi kami suka iqi ketawa suka.



Banyak lagi kenangan dengan Iqi. Tak tertaip dah.. ummi rindu Iqi. Tapi Ummi tau.. Ibu Iqi lagiiii rindukan Iqi.. kan? Bertuah Iqi dah jadi ahli syurga.. Ummi sayang Iqi dunia akhirat.

Al-Fatihah untuk Muhamad Qhaliff Bin Muhamad Norman.










18 September 2013

Makan Malam Bersama Fynn Jamal di Adam Western

Lepas aku 'kejar' Kok Ping di Alamanda...Alhamdulillah aku dapat jumpe Kok Ping lagi. 

Kisahnya bermula begini :
1 hari... kecoh kat group whatsapp shidiziwa aku.. yang mengatakan Kok Ping ada buat dinner ! Sesiapa saja boleh join.  tapi Kok Ping suh follow stegram sista Kay Yusoff tu. Sebab die yang handle bab2 bayaran bagai.

Dengan sepantas mungkin aku email. Dan Alhamdulilah.. rezeki aku. Mula-muka aku letak nama Incit Somi. Tapi last minute.. incit somi tak nak ikut. Sebab kata dia.. segan.. mest ramai pompuan. Okaylah. Aku pon ajak la Dayah. Dina & Aji pon join. Kitorang g sama2. ;)

Sampai kat kedai tu.. ngam. Waktu orang nak start makan. Haha ! Dengar Kok Ping buat pengumuman. Nampak Kok Ping secara live lagi. Dada berdebar2 macam jumpe kekasih hati ! Lepas Kok Ping buat pengumuman suh semua orang makan... sebelum kitorang makan... kitorang g la jumpa ' tuan rumah'. Bersalam-salam. Siap laga pipi macam dah lama kenal. Mulut Kok Ping tak habis2 'paksa' kitorang makan. Haha ! Jangan risau kak. Kitorang TAK MALU bab makan. Hehe

Aku salam dengan Kok Ping. Tetibe Kok Ping tanya... 

"Kita pernah jumpe ke? Akak ingat tahi lalat awak"

Aku senyum malu kuceng. Bukan ape... pestime dengar orang ingat aku sebab tahi lalat aku. Selama ni orang ingat hidung aku. Haha!

"Yea kak. Saya jumpa akak kat Alamanda ari tu.. "

"Haaa... akak ingat tahi lalat awak tu... dah2 g makan... "

Masa kitorang kat meja.. mata memang asek cari Juna. Sekali la dengan Kok Ping. Aduiii... sempoinyee Kok Ping. Tengok Juna.. erm... beruntngnya awak.. ramai orang sayang awak Juna... Aunty pon sayang awak. 

Sebelah meja kitorang ade lorong. Kat lorong tu ade la keta birthday Juna. Bila Juna masuk je dalam kete tu... terus ramai orang datang. Amek gambar Juna.. haaa ! Betapa famous nye Juna ni.... hihi ! Aku pon tak terkecuali. Makan ntah kemana ntah. Tetibe ase kenyang amat. Haha! 

Dah puas amek gambar. Baru makan. Sedap tom yam Adam Western ! Sampai sekarang dok plan nak g makan lagi kat sana.. nyesal sangat malam tu makan sikit. Haha ! Sibuk amek gambar. Lagi 1 sebab. Aku tak boleh balik lambat. So.. target dalam pukul 10 macam tu nak balik. 

Mase nak balik. Sempat la mintak Kok Ping sign autograph. Tapi masa tu Kok Ping sibuk nak susukan Juna. So.. pendek jek die tulis. Hanya tandatangan. Betapa jealous nya aku bila tekan #fynnjamal tengok ramai yang dapat ucapan comel2 dari Kok Ping. Aku hanya dapat sign. Haha ! Yea la.. orang tengah nak susu kan anak. Aku kalut nak suh orang sign aautograph ! Memang tu je la yang dapat..  Ala.. sorry la Kok Ping.. kalau rasa macam saya tak menyempat untuk tunggu.. bukan apa.. rushing nak balik cepat... suami dah pesan..  so.. mesti kena dengar cakap suami kan?? ;)

Kesimpulannye.. Kok Ping memang terrbaek. Ramah, penyanyang, sempoi, sengal, bengong, masuk air, berilmu..

Jumpa Kok Ping pon tak rasa segan. Macam dah berkali-kali jumpa pon ade.. ;) 

Terima kasih Kok Ping dengan segala ilmu kehidupan yang dikongsikann di stegram mahupon blog. Sangat bermanfaat. Tulisan2 Kok Ping.. boleh membuatkan saya ketawa & membuatkan saya menangis. Semangat Kok Ping... saya pinjam yea.. ;)

Semoga Kok Ping sekeluarga dilindungi dan dirahmati Allah..... ♥♥


16 September 2013

Main KotoQ !!

Aku dengan adik beradik aku.. memang jenis melewak.. memang macam gadoh). Pastu antara kitorang memang tak reti nak cakap..

"ok adik.. aku sayang hang.. "

Memang tak la. Ntah.. Tak biasa... tapi kami tau.. kami saling menyayangi. Ecewah. Ayat aku ... :p

Kami adik beradik pon tak terkecuali dari mengikuti perkembangan teknologi. Kami juga memiliki group whatsapp kami sendiri. (Haha ! Ayat aku memang tak boleh blah) group whatsapp yang di'creat'kan oleh aku. Dan diberi nama 'AnakMak&Abah' .

Perangai aku. Aku memang suka usik adik aku yang last tu. (Dia tu jenis pemakan macam aku jugak. Haha ! ) Bila aku dapat makan makanan yang tak dapat beli kat Perlis.. memang aku post la dalam group. Saja 'perangat' orang Perlis kata... contoh makanan yang tak de kat Perlis.. McD , Sushi..

So semalam aku ada pegi makan kat Sushi King. Aku bawak la adik aku yang no 3. (Dia belajar kat KL. Waktu cuti lepak dengan aku) saja nak belanja sebab dia banyak tolong aku. Jadi bibik versi laki kat umah aku. Hikhik! Macam biasa. Kami berdua ni snap la gambar kami makan Sushi. Dengan niat nak perangat si adik bongsu...


Pastu aku whatsapp kat group kitorang...



Sekali adik bongsu aku post mak buat caremal.. 

Memang Kalahhh la akuuu !! Nama pon masakan mak kannn.. tak kesah lahhh plating tak cantek ka.. senget ka... memang terbaekk lahhh sebab mak masak dari hati. Dengan kasih sayang... bila makann.. memang sangat sedappp lahhh !


Adik aku memang kuang ajaqq !! Main kotoqqq ! Manaaa aciiii !!!!!

15 September 2013

Selamat Pengantin Baru , cousin !

Ni sepupu aku belah mak aku. Masa kecik orang cakap muka kami seiras. Sekarang ni.. aku tak tau lerr.. sebab body die maintain kuruss slim melim.. aku ni... comelllll sgt. Hehehe !
Alhamdulillah dah selamat jadi isteri orang. 

Semoga menjadi isteri yang solehah. Dan bahagia hingga ke Jannah. In shaa Allah ... ♥
kalau diikutkan bengong tu.. memang sama bengong ! haha

macam mak nenek je aku ni.. ni nak balik lepas sarung cincin ! kahkah 


Yeayy !

Yeayyy ! Terubat sikit rindu.. bila pepagi aku dapat call dari Incit Somi !! Incit Somi dah beli sim card sana !  Tapi yang sedeynyee aku tak sempat nak jawab ! :(  Pastu Incit Somi dah tak call balik. Maybe line problem la kot. TAPI ! Incit Somi We chat !!! Alhamdulillah !! Terubat rinduuuu.. haaa giteww... ;) siap antar short video la kat aku nehh.. TAPI ! Yang tak bestnye aku tak dapat nak tengok short video tu. Kena guna wifi. Maybe sebab data plan aku dah darurat la kot. Hewhew ! Sayanggg !!!!  Nak ikot !!!! T_T

14 September 2013

Cepat lah Rabu !

Tak sampai 24jam. Aku dah rindu suami. Memang mengada-ngada. Tapi tak salahkan mengada dengan suami sendiri? Suami outstation. Hari Rabu baru balik. Cuti 3 hari ni pon.. macam tak de makna. Lepak umah je la nampak gaya. Bukan apa. Malas betoi nak ke mana-mana. Sebabnya.. aku kena drive sendiri. Kalau tak.. haruslah aku tukang tido je kat sebelah. Hihi !

Rindu pulak nak bergadoh dengan suami aku. Hikhik ! Baru 24jam beb ! Maybe jd rindu macam ni sebab cuti 3 ari la kot. Kalau keje.. aku tak rasa sangat la kot. Eh?

Suamiku.  Aku rindu. ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...