Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

20 April 2015

Rania Alisha Si Dobot

Anak sepupu aku yang aku pernah cerita ari tu.. dah besar dah.. setahun dahh..

si dobot Rania Alisha

tak nak kat orang. nak melekat kat Mama dia jekk 
Tak larat nak dukung. chubby.. macam michelin dah lengan-lengan tu.. Dulu masa baby.. alahai tecik nyaa.. nahh.. amek.. sekarang sampai tak larat nak dukung. Pastu jangan tonggek-tonggek muntut tu.. menggoda sungguh.. Alisha ni tak nak sangat dengan orang. sebab dia tak biasa dengan orang ramai. kiranya tak mesra alam la mek Alisha nih..

Sebab bila mama dia pegi keja.. die duduk dengan nenek die jek. berkawan dengan atuk dengan nenek jek. manja la.. tak biasa dengan orang. Orang nak bawak naik moto pon takut. tak biasa. selalunya.. budak-budak, kalau orang ajak naik moto, opkos melompat suka nak ikut. dia ni tak..

Lepas tu kalau ko umpan dia untuk pergi kat ko.. ko tunjuk kartun dalam hp ko pon tak layannnn.. dia layan Indahnya Iman dalam Astro Oasis tu jek. kalau ada tu.. dia memang akan duduk lama depan tv. setengah jam. setengah jam  lah.. baguihhhh anak dara ni..

Teringat kat muntot die terkedek-kedek macam itik pulang petang itu.. HAHA !


ok, Bye ! =)

01 April 2015

Tragedi 1 April

Hehehe !

permulaan aku macam tu.. bermakna.. ni cita dah basi. tapi masih nak mengabadikan pengalaman ni dalam blog ni..

fuhhhh ! (kekonon tiup sebab blog berdebu)

Al kisahnyaaa...

Jiran depan rumah aku. memang dah sarat dah. masa hujung bulan 3 tu.. tapi baby tak nak keluar. seronok dok dalam perut letteww.......

1 April tu aku pegi keja macam biasa. balik pon lewat macam biasa. (lewat sebab tunggu Mie datang amek)

Sampai dalam kawasan rumah aku.. terkejut. tengok ada ambulans dekat blok aku. dok pikir-pikir ada kematian lagi ke ? sebab beberapa bulan lepas blok aku tu ada cina mati bunuh diri. scary tak ?? HAHA ! aku rasa biasa je la. tak de budak-budak histeria ke apa.. tak dengar cerita lagi lah setakat ini..

Masa masuk parking baru aku teringat.. Ina jiran depan rumah aku tu.. maybe dia.. sebab dia memang dah sarat sangat dah.. sebab suami dia Man tu ada gak call aku masa aku kat opis ni pesan-pesan tolong tengokkan Ina kot kot dah nak bersalin tolong bawakkan Ina ke hospital. Aku ni.. tak de kenderaan.. maybe aku boleh mintak tolong kawan-kawan aku la kot. tak pon tolong telefon ambulans..

So, masa dalam keta.. tengah parking tu..

aku : "Agak² sapa yang sakit tu..."
Mie : "Entahh..."

Masa naik tangga.. nampak macam orang dok jenguk-jenguk keatas.Pastu.. baruuu aku teringat.. Ya Allahh !! Inaaaa ! terjerit sikit. dan aku pon laju ja naik tangga. Mie pon sama. Naik atas.. memang betul pun Ina.. Sampai depan pintu ada staff lelaki tengah tunggu kat luar.. dan dia cakap Ina dah bersalin !!! sekarang ada 2 nurse tengah potong tali pusat.

Terus aku masuk. Mie tak masuk la..ni hal orang pompuan kan.. masuk² bau darah. Ina bersalin betul² mengadap pintu. tapi nasib baik la ada nurse tolong hadang dari pandangan luar dan aku pon tolong hadang jugak. sebab segan kot.. ada 2 nurse tengah buat apa yang patot.. aku tak pegi tengok pon.. sebab aku pikir.. kalau aku yang beranak tu pon aku sean orang lain dok tengok.. Husband Ina, Man ada jugak. bereluh-peluh dia.. yea la.. bini beranak kat rumah.. tak sempat nak bawak g hospital sebab baby nak keluar sangat² dah..

Alhamdulillah.. baby keluar kepala dulu.. dipermudahkan oleh Nya..

1st tme wehhh tengok baby freshh macam ni

Lepas nurse selesai buat apa yang patut tu.. Ina kena g hospital jugak. rumah flat kan pastu takda lift pulak tu... nak tak nak memang kena orang tolong angkat untuk turun ke bawah, naik ambulans, dan terus ke hospital. Sekali dengan baby dibawa untuk pemeriksaan selanjutya. Aku ingatkan kalau beranak kat rumah baby dah tayah pegi hospital. ape pendek pemikiran aku. HAHA!

4 orang lelaki angkat Ina guna kain. setiap sorang pegang setiap penjuru. Aku nampak Ina senyum malu. Haha! pulak tu.. husband dia pulak bolehh pulak bahan Ina berat. HAHA! dalam dok kalut.. sembat bahan bini.. ekekeke! pergh! dugaan betul.. dari tingkat 5 tuuu!! bawak turun.. dah la tangga sempit.. bertabah ja la..

Dah setahun pon kejadian tu.. baby pon dah besaq dah.. cukup setahun dia hari ni.. dan cukup setaon la aku baru cita pasai ni. HAHA !

Nur Alya Husna Bt Abd Rahman
Happy Birthday, Adik Husnaa !

*gambar cilok kat fb Ummi dia.. hehe !*

sekian sahaja cerita tahun lepas, dan dicampur untuk tahun ni.


ok, Bye ! =)

02 July 2014

Ramadhan Tanpamu

Ramadhan 1435 , Ramadhan pertama tanpa Muhammad Qhaliff. Aku tak tau macam mana perasaan ibu dia. Dari segi luaran.. yang aku nampak.. Kak Long aku tu.. kuat.. dalaman.. aku tak pasti. Aku doakan semoga dia tabah.

Sebelum puasa. Dia ada melawat kubur arwah. Dia sent kami gambar.(melalui whatsapp group) dengan caption.

"tadi g melawat Iqi. Iqi kem salam semua.. "  T_T

lepas pengebumian arwah. aku memang tak pernah jejak kaki ke kubur arwah. pernah plan sekali. tetapi tak jadi. maybe next time..

Kalau arwah masih hidup.. sekarang.. arwah dah boleh berlari-lari dah. Mesti melasak je keje dia.. nama pun.. lelaki kan..

Al-fatihah.







Selain itu.. awal Ramadhan.. kami sekeluarga mendapat perkhabaran gembira juga. Alhamdulillah. Kak Long mengandung lagi. kiranya.. ni adik Iqi lah.. Semoga selamat semuanya.. Amin..


*aku ? ntah bila.. :) 

16 June 2014

Bos Kecik !

Kan post yang lepas aku ada cakap.. aku ada balik Kelantan sebab adik ipar aku kawen. 

saja nak cita pasal budak kecik nih.. sehari sebelom majlis. aku follow MIL aku pegi cari barang untuk majlis kenduri tu. biasa la.. kenduri kan.. masa ni adik ipar & kakak ipar aku pon pegi jugak. cuma.. kitorang berpecah. diorang pegi cari shawl. aku dengan MIL pegi cari barang-barang basah kat Tesco. 

Sampai je parking tu. si Suchan budak bertuan ni.. tido. kejut pon tak nak bangun. last-last letak kat troli ni. HAHAHA ! besaq gajahhh kauu.. awak tu dah besar Sarah Zhufairah oi ! dalam tak muat tu.. amboi.. nyenyakkk nyaaa dia tido. dekat-dekat nak balikk.. baru bukak mata.. 

haa.. tengok la.. belagak bukan mainnn ! hewhewhew ! 

Hey you !!

 
jeles ? kau ade ???  >.<
 

Geram... Aku !

Gerammmm aku kat budak kecik si Sarah Zhufairah @ Suchan nih. hehehe ! 

Geramm sebab dia posing mautt. comellll sangattt ! sampaikan Ummi Ngah dia ni.. asek RINDUUUUU sangat kat die.. 

Ummi Ngah pon.. padan la jadi angau macam tu.. dah pegi buat Wallpaper handphone la.. backround whatsapp la.. asek nampak ja.. memang GERAM + RINDU. 

gambar ni kitorang selfie masa kenduri adik ipar aku kawen hari tu.. macam biasa.. Si Suchan ni kan famous.

Tambah2 Ummi Ngah... memang nakkkk sangat la selfie dengan diaa ! hehehee ! 

Ummi Ngah Rinduuuu ! 

 


ok. bye ! :) 

04 December 2013

Rania Alisha

Alhamdulillah...

Sepupu aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 26 Novermber 2013.
bayi comel tu diberi nama:

Rania Alisha - Kesenangan Dilindungi Allah 

Sebenaq nya.. dari dalam perut lagi mama dia dok tanya2 aku.. kot2 aku ada idea nak bagi nama.. pulak tu.. suruh cari nama start huruf 'R' . memang payah la kan.. depa nak huruf 'R' sebab nak bagi sama la.. huruf depan nama depa.. Sorang Rusmalia sorang lagi Roshamizi.

naseb bek la Ummi Long dia ni memang ghajin.. Cari la nama.. ada la aku list kan beberapa. Tapi sebenarnya.. aku list nama Rania ni ja. Alisha tu mama dengan baba dia la pilih...

hamboi.. tidoq tenganga.. ikut sapa ni ?? HEHEHE !

dah celik mata dah.. Ummi Long tak sabaq nak balik jumpa Rania tauu ! =)

Tengokk.. tidoq tenganga lagi ! yang ni muka sebijik muka mama dia.. =)

Yea la.. Rania ommey angattt ! 

Tunggu ummi long balik.. ummi long kaco diaaa ! 
Disebabkan budak kecik ni.. Aku ghasa tak sabaq nyaaa nak balik kampung !! hihi ! 20hb 12 ni aku balik kampung.. Sepupu aku kawen . So.. nant boleh la jumpa Raniaa !


Eh lupaa.. Tahniah kepada sepupu aku. dah jadi mak orang dah.. nant Rania besaq aku tak sabaq nka ceghita ang kencing dalam seluaq masa mengaji dulu.. Takot Tok Guru mengaji punya pasai ! HAHAHA !



Ummi Long tumpang manja dengan anak buah ja la.. Ummi long tak daq baby lagi..

Doakan Ummi Long ya ! =)



Bye =)

19 October 2013

Genap Sebulan Iqi Pergi

Genap sebulan Iqi pergi.

Alhamdulillah.  Nampak kakak ipar aku makin tabah.

Alhamdulillah. . Iqi dah comfirm masuk syurga.

Brapa minggu lepas. Ayah Iqi ada mimpikan Iqi. Iqi berlari2 dalam rumah.
"Ayah : Iqi ! Iqi ! Ok ke kat sana ?"

Iqi yang sedang berlari-lari.. berpaling ke Ayah dan senyum.
"Ayah : Iqi ! Iqi !! Ok ke kat sane ? "

Iqi berpaling dan senyum lagi...
"Ayah : Iqi !! Iqi !! Dengar tak ayah panggil ni... ok tak kat sane??? "
Iqi dah hilang.....

Mungkin ini petanda Iqi bahagia disana.
Al- Fatihah..
Muhamad Qhaliff bin Muhamad Norman

22 September 2013

Syurga buatmu Muhamad Qhaliff

Petang 19/9/2013.. aku dikejutkan dengan berita tentang kematian anak saudara aku. Muhamad Qhaliff.. di TASKA ! ya, Allah !!! Macam tak percaya ! Selama ni aku tengok kat tv.. or baca kat surat kabar jek... sekarang.. family aku sendiri yang kena....Allahhuakbar ! Sampaikan aku cakap kat Incit Somi... 'Tipuuuu !!!!!!!!!!!! ' depan Uyah..

Terus tak sabar tunggu Incit Somi datang amik nak terus ke Setiawangsa. Nak jumpa Kak Long. Aku tau.. waktu macam ni Kak Long memang tunggu kedatangan family. Masa tunggu Incit Somi datang.. aku terus call Anis. Adik ipar aku. Aku bagitau dia. Dalam aku bagitau.. aku dah sebak. Memang suara dia tekejut. Maknanya.. takde sesape bagitau die lagi..lepas telefon Anis.. Mak Tam call. Kami nangis same2. .. kami terkejut sangat2 ! Aku terbayang2 si Iqi.. (panggilan manja kami untuk arwah) si comel yang senang dijaga. Tak banyak karenah. Pandai bawak diri... Sabtu lepas aku baru jumpa dia.... :'(

Sabtu lepas.. masa aku jumpa dia.. memang aku asa happy. Sebab bila Iqi nampak aku.. dia nak sangat2 kat aku.. Allah.. dalam hati.. memang aku suka.. suka sebab anak saudara ingat mak saudara dia... Aku ada cita kat Dak Leya. Sebab sepanjang minggu tu aku terbayang2 Iqi senyum.. pastu nak kat aku... rupanya... tu la kali terakhir aku jumpa Iqi..... T_T

Bila kitorang sampai umah Kak Long kat Setiawangsa. ... terus aku cari Kak Long... masa tu.. jenazah Iqi dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. Untuk post mortem.  Aku salam.. teruk peluk Kak Long. Masa peluk... Kak Long cakap... " Shila... Iqi dah tak de..... " berjurau air mata aku.. teresak-esak aku kat bahu Kak Long.... Incit Somi tego.. suruh banyak-banyak bersabar....

Kitorang tunggu sampai jenazah Iqi dibawa pulang. Masa jenazah sampai kat rumah... dah pukul 1.30am. Ade sedara mara yang dah balik. Bila jenazah sampai.. bila dibuka kain yang menutupi muka jenazah.. Allahhuakbar !! Aku tak tahan dah.. terus peluk Ain... kami nangis same2.. terlampau sedih tengok arwah berkeadaan begitu.... kepala penuh dengan jahitan. Jahitan yang umpana 'jahit guni ' . Tu... aku baru nampak kepala dia.. kat badan dia tak nampak lagi... Ya Allah........

Malam tu.. kitorang bersengkang mata.. tapi aku dan suami... tak bawak pulak baju lebih malam tu. Solution contact lens aku pon tak bawak. Dalam pukul 3 pagi.. kitorang balik umah. Kul 5 bangun siap2 untuk ke rumah Kak Long. Tido dalam 2 jam sahaja.

Sampai umah Kak Long.. dalam pukul 9 macam tu.. orang yang mandikan jenazah datang. Ukur2 badan Iqi.. siap2kan Iqi.. Biras aku.. Ayah Iqi yang pengang Iqi mase Iqi dimandikan. Allahhuakbar !!! Sepanjang Iqi dimandikan... kitorang adik beradik menangis... sedih tengok jahitan dibadan Iqi. Penuh dengan jahitan kasar di badan bayi berumur 7 bulan.....T_T

Masa Iqi dikapankan. Aku berada didepan sekali bersama2 Kak Long, Asma, Anis. Bila diberi peluang untuk mengucup Iqi untuk kali terakhir... Aku kucup Iqi..

Iqi sejuk.
Muka Iqi cutee sangat.
Tenang.
Macam tengah tido..
Wangi
Ya Allah... anak ini yang aku timang-timang.. dah kembali. Syurga tempat kamu Iqi. Allah sayangkan kamu... kami redha... tapi kami tetap sedih dengan apa yang berlaku...
Masa on the way balik... Incit Somi bersuara...

"Iqi dah pergi... dah la Iqi rapat dengan Abang. Berapa kali dah tido dengan Abang.. takpe.. Iqi dah kat syurga... Allah sayang Iqi... "

Aku diam. Sebak.

Iqi...

Walaupon Iqi dah takde.. bila Ummi ada kat umah Iqi... Ummi masih terbayang-bayang Iqi ke sana sini. Iqi pendiam. Tapi suka senyum. Pastu aktif. Semua orang rindu Iqi.

Iqi...

Raya lepas.. raya terakhir kita kan? Paling ummi tak lupa.. bila Iqi nak orang lambung2 Iqi. Naseb baik semua ayah & mak sedara iqi suka melayan.. so.. kitorang lambung2 iqi bergilir2. Lenguh. Tapi kami suka iqi ketawa suka.



Banyak lagi kenangan dengan Iqi. Tak tertaip dah.. ummi rindu Iqi. Tapi Ummi tau.. Ibu Iqi lagiiii rindukan Iqi.. kan? Bertuah Iqi dah jadi ahli syurga.. Ummi sayang Iqi dunia akhirat.

Al-Fatihah untuk Muhamad Qhaliff Bin Muhamad Norman.










05 July 2013

Ammar Mikhail

Rasanya.. aku tak pernah lagi cerita pasal Ammar si mata bulat nih.. sebenarnya.. aku dah banyak kali jugak jumpa si Ammar ni.. dan dah berapa kali dah bergambaq..tapi aku tak hapdet pon sebab gambar tak santekk !! Tapi kali ni aku hapdet.. sebab.... gambar santek la jugakk dari gambar yang lepas-lepas.. HAHA! 


Ammar ni anak Amad dan Adda. Dua - dua ni dak opis aku. Cuma sekarang si Adda dah kerja kat tempat lain..

Aku suka sangat tengok mata si Ammar ni.. Mata hitam dia... bukan main booolat lagi... besaqqq ! Macam pakai contact lens baby doll.  HAHAHAHA! 




Besaqkan mata hitam dia ? Comell sangattt ! :)



**Orang tak daq anak... Anak kawan-kawan la tempat menumpang kasih... ;)

20 June 2013

Jumpa Lisa Cikibumm di Office !

Lisa datang office.  Lame tak jumpa Lisa..

Muka monyok lagi sebab baru bangun tido... 'enjin belum panasss'

Tapi Lisa Cikibumm memang cutee.. geramnyeahhh !! :)





09 June 2013

Muhammad Qhaliff

Haaa.. ni adik Suchan... post sebelum nikan aku ada cita pasai kakak dia... kali ni baru dapat snap gambar Qhalif.. macam senonoh sikit gambar aku snap kali ni. Before ni aku ase macam hampeh jek... Hahaha


Kitorang semua tak panggil Qhalif ni dengan panggilan Qhaliff.. kitorang panggil die Kolit. Tak pon Ciki. Hahaha ! Nama Ciki ni jauhh bebenauu dari nama sebenarr... ntah la mana dapat...

Pak Cik & Mak Cik sedara Incit Somi cakap muka Kolit ni macam Incit Somi.. Korang nilai sendirilah.. aku tengok banyak kali.. tak de rupa pon.. maybe muka Incit Somi masa kecik... Aku mana nak tau muka Incit Somi masa kecik...


Aku dapat snap pic ni masa petang tadi Family mertua datang umah.. tercungap gak ar diorang.. hehe ! Nak buat macam mane.. rumah aku penthouse tanpa lift. Kihkih ! :) macam biasa.. takde la gambar diorang.. sebab aku segannn nak bergambar bagai depan diorang. Heheheeeeeee :D


Suchan

Sarah Zhufairah atau Suchan dah jadi kakak sekarang.. rasa lain jugak la masa memula kene panggil dia kakak. Yea la.. baru masuk setahun kottt... nak buat macam mana.. rezeki dia dapat adik secepat itu.. hihi !


Aku baru balik dari Shah Alam. MIL datang sini. Sebab nak hantar adik ipar belajar di uniKL esok. So.. malam ni berkumpul lah kitorang anak beranak di Shah Alam.. rumah AuntySiti.. MIL aku tido sana..

Hari ni baru dapat jumpa Kakak Sarah. Or Suchan. Dah besar. Sombong pulak dengan aku.. haha ! Yea la.. lama tak jumpa.. dia pon dah lupa rupa aku... *hukhukk ! Sedey* makin aktif dia.. yea la.. budak dah dapat kaki. Asek buat lawatan tapak jek... aku sempat snap 1 je gambar. Tu pon sebab kejap je die nak dok kat aku.. hailaaa kakak.. dah besar... jangan ar lupa Ummi.... sob! Sob! :(


Muka kakak comot dan berhingus. Sebab kakak selsema dan aktif.. tapi kakak tetap comel... :)



25 May 2013

Happy Birthday Bakti Arjuna Fitri !!

Hari ni genap umor Juna 1 tahun.
HAPPY BIRTHDAY BAKTI ARJUNA FITRI...
Walaupon kamu tak kenal Aunty.. Aunty tetap sayang kamu.. Bertuah kamu punya Mummy & Daddy yang sayangkan kamu... dan... ramai orang sayang kamu...
Semoga hidup kamu lebih diberkati. Menjadi anak yang soleh... Berjaya dunia akhirat....
SELAMAT ULANGTAHUN BAKTI ARJUNA FITRI......

24 May 2013

Arjuna Beta

Lirik Lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal

Verse 1
Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

verse 2
kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus
ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa



***sayu aku dengar lagu ni. Dan para ibu.. Aku yakin.. Apa yang dicoretkan oleh Kak Pin ni benar. Walaupon aku belum dikurniakan cahayamata... Aku cukup tersentuh dengan bait lirik ni. Mengingatkan aku kepada Bonda aku... **

****To my future son/daughter.. In Shaa Allah kamu akan dengar Ummi nyanyi untuk kamu.. Tak sedap pon kene dengar.. Hikhik! ***

15 May 2013

Izz Adam Dasuki II






** Tujuan haplod gambaq tanpa caption/cerita berjela... adalah kerana aku sedang meng 'test'  update belog pakai telepong.. hoho ! :)

21 March 2013

Khalisa

Si omey Lisa datang office.. baru la Aunty dapat jumpa.. 
Bukan main glemer lagi Cik Lisa. 
dah macam ghupe kena hurung dengan semut dahh.. Untung lerr..
Biase la.. dah jumpe dengan Aunty-aunty ni.. memang wajib kene gomol..
Dah kene gomol.. baru dengar suara dia... :)


Empuk kan dok kat tilam vono ? haha

20 March 2013

Al-Qausar


Lama jugak tak jumpa si Qausar nih.. Ari tu Qausar datang office.. masa dia datang tu dia demam campak. tapi Qausar budak baik.. tak meragam pon.. cuma bunyi sikit-sikit sebab boring. yea la.. datang office memang boring Qausar oi ! 

Dah besar dah Qausar.. dah macam hero hindustan dah Aunty tengok.. putih.. kening nak lebat ajek.. kihkih ! hencem taww ! Pipi gebussss gilaa ! tonyoh-tonyoh hidung pon empukkk ja pipi.. hihi ! tapi kalau tengok Ibu dia.. aku cam kagum.. dia boleh 'besar' kan anak segebuss ini.. Qausar ni breastfeeding taw... :)

Semoga menjadi anak yang soleh ya Al-Qausar ! 



19 March 2013

Budak Naupal

Akhirnyaaa ! 
Aunty dapat jumpe Naupal the hencem boy ni lepas 4 bulan yang lalu, Aunty melawat Naupal kat rumah..
 tu pon kebetulan sebab mummy dia g Purple Walk Sabtu ritu. kehkeh ! 
Aunty asa nak lambung tinggi-tinggi jek.. geram taww ! 
naseb bek pikir tu anak orang.. hahaha ! :)

Botak itu macho okayy ! :)

16 March 2013

Nur Aufa Raisya

Assalamualaikum




Nur Aufa Raisya.. Hamboi nama dia... terbelit-belit lidah Aunty nak sebut taww... Si comel Aufa anak kepada opismate aku jugak.. Ayu. 

duck kat baju syaye pon ikut tido skali mcm syaye... :)

Thanks Aunty, datang melawat kite.. tapi mata kite tak bole bukak.. sorry Aunty... krohhhhhhh !! krohhhhhhh !! 

Aufa terpegun tengok Aunty Sela tantek angatt ! kihkih ! 


Aku suka melawat kawan-kawan yang baru bersalin. Dapat cium-cium baby tu.. wangiiii ! tak yah letak perfume pon.. dah wangi... bau syurga... Allah bagi kelebihan tu kat baby... :)




tatatititutu~~





(^_^)V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...