Showing posts with label Muhammad Qhaliff. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Qhaliff. Show all posts

02 July 2014

Ramadhan Tanpamu

Ramadhan 1435 , Ramadhan pertama tanpa Muhammad Qhaliff. Aku tak tau macam mana perasaan ibu dia. Dari segi luaran.. yang aku nampak.. Kak Long aku tu.. kuat.. dalaman.. aku tak pasti. Aku doakan semoga dia tabah.

Sebelum puasa. Dia ada melawat kubur arwah. Dia sent kami gambar.(melalui whatsapp group) dengan caption.

"tadi g melawat Iqi. Iqi kem salam semua.. "  T_T

lepas pengebumian arwah. aku memang tak pernah jejak kaki ke kubur arwah. pernah plan sekali. tetapi tak jadi. maybe next time..

Kalau arwah masih hidup.. sekarang.. arwah dah boleh berlari-lari dah. Mesti melasak je keje dia.. nama pun.. lelaki kan..

Al-fatihah.







Selain itu.. awal Ramadhan.. kami sekeluarga mendapat perkhabaran gembira juga. Alhamdulillah. Kak Long mengandung lagi. kiranya.. ni adik Iqi lah.. Semoga selamat semuanya.. Amin..


*aku ? ntah bila.. :) 

12 February 2014

Al-Fatihah Iqi

12hb Februari 2014.

kalau diikutkan. genap Iqi setahun.

Allahhuakbar. sebak rasa hati. bila baca status Kak Long.

Iqi..

ummi yang tak kuat. ummi yang sedih. rindu sangat dengan Iqi.

ummi tak tahan malam ni. ummi rindu . Ayah Ngah pon sama.

Al-fatihah buat Muhammad Qhaliff. 

Gambar terakhir. Seminggu sebelum Iqi pergi buat selama-lamnya. T_T

T_T

19 October 2013

Genap Sebulan Iqi Pergi

Genap sebulan Iqi pergi.

Alhamdulillah.  Nampak kakak ipar aku makin tabah.

Alhamdulillah. . Iqi dah comfirm masuk syurga.

Brapa minggu lepas. Ayah Iqi ada mimpikan Iqi. Iqi berlari2 dalam rumah.
"Ayah : Iqi ! Iqi ! Ok ke kat sana ?"

Iqi yang sedang berlari-lari.. berpaling ke Ayah dan senyum.
"Ayah : Iqi ! Iqi !! Ok ke kat sane ? "

Iqi berpaling dan senyum lagi...
"Ayah : Iqi !! Iqi !! Dengar tak ayah panggil ni... ok tak kat sane??? "
Iqi dah hilang.....

Mungkin ini petanda Iqi bahagia disana.
Al- Fatihah..
Muhamad Qhaliff bin Muhamad Norman

22 September 2013

Syurga buatmu Muhamad Qhaliff

Petang 19/9/2013.. aku dikejutkan dengan berita tentang kematian anak saudara aku. Muhamad Qhaliff.. di TASKA ! ya, Allah !!! Macam tak percaya ! Selama ni aku tengok kat tv.. or baca kat surat kabar jek... sekarang.. family aku sendiri yang kena....Allahhuakbar ! Sampaikan aku cakap kat Incit Somi... 'Tipuuuu !!!!!!!!!!!! ' depan Uyah..

Terus tak sabar tunggu Incit Somi datang amik nak terus ke Setiawangsa. Nak jumpa Kak Long. Aku tau.. waktu macam ni Kak Long memang tunggu kedatangan family. Masa tunggu Incit Somi datang.. aku terus call Anis. Adik ipar aku. Aku bagitau dia. Dalam aku bagitau.. aku dah sebak. Memang suara dia tekejut. Maknanya.. takde sesape bagitau die lagi..lepas telefon Anis.. Mak Tam call. Kami nangis same2. .. kami terkejut sangat2 ! Aku terbayang2 si Iqi.. (panggilan manja kami untuk arwah) si comel yang senang dijaga. Tak banyak karenah. Pandai bawak diri... Sabtu lepas aku baru jumpa dia.... :'(

Sabtu lepas.. masa aku jumpa dia.. memang aku asa happy. Sebab bila Iqi nampak aku.. dia nak sangat2 kat aku.. Allah.. dalam hati.. memang aku suka.. suka sebab anak saudara ingat mak saudara dia... Aku ada cita kat Dak Leya. Sebab sepanjang minggu tu aku terbayang2 Iqi senyum.. pastu nak kat aku... rupanya... tu la kali terakhir aku jumpa Iqi..... T_T

Bila kitorang sampai umah Kak Long kat Setiawangsa. ... terus aku cari Kak Long... masa tu.. jenazah Iqi dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. Untuk post mortem.  Aku salam.. teruk peluk Kak Long. Masa peluk... Kak Long cakap... " Shila... Iqi dah tak de..... " berjurau air mata aku.. teresak-esak aku kat bahu Kak Long.... Incit Somi tego.. suruh banyak-banyak bersabar....

Kitorang tunggu sampai jenazah Iqi dibawa pulang. Masa jenazah sampai kat rumah... dah pukul 1.30am. Ade sedara mara yang dah balik. Bila jenazah sampai.. bila dibuka kain yang menutupi muka jenazah.. Allahhuakbar !! Aku tak tahan dah.. terus peluk Ain... kami nangis same2.. terlampau sedih tengok arwah berkeadaan begitu.... kepala penuh dengan jahitan. Jahitan yang umpana 'jahit guni ' . Tu... aku baru nampak kepala dia.. kat badan dia tak nampak lagi... Ya Allah........

Malam tu.. kitorang bersengkang mata.. tapi aku dan suami... tak bawak pulak baju lebih malam tu. Solution contact lens aku pon tak bawak. Dalam pukul 3 pagi.. kitorang balik umah. Kul 5 bangun siap2 untuk ke rumah Kak Long. Tido dalam 2 jam sahaja.

Sampai umah Kak Long.. dalam pukul 9 macam tu.. orang yang mandikan jenazah datang. Ukur2 badan Iqi.. siap2kan Iqi.. Biras aku.. Ayah Iqi yang pengang Iqi mase Iqi dimandikan. Allahhuakbar !!! Sepanjang Iqi dimandikan... kitorang adik beradik menangis... sedih tengok jahitan dibadan Iqi. Penuh dengan jahitan kasar di badan bayi berumur 7 bulan.....T_T

Masa Iqi dikapankan. Aku berada didepan sekali bersama2 Kak Long, Asma, Anis. Bila diberi peluang untuk mengucup Iqi untuk kali terakhir... Aku kucup Iqi..

Iqi sejuk.
Muka Iqi cutee sangat.
Tenang.
Macam tengah tido..
Wangi
Ya Allah... anak ini yang aku timang-timang.. dah kembali. Syurga tempat kamu Iqi. Allah sayangkan kamu... kami redha... tapi kami tetap sedih dengan apa yang berlaku...
Masa on the way balik... Incit Somi bersuara...

"Iqi dah pergi... dah la Iqi rapat dengan Abang. Berapa kali dah tido dengan Abang.. takpe.. Iqi dah kat syurga... Allah sayang Iqi... "

Aku diam. Sebak.

Iqi...

Walaupon Iqi dah takde.. bila Ummi ada kat umah Iqi... Ummi masih terbayang-bayang Iqi ke sana sini. Iqi pendiam. Tapi suka senyum. Pastu aktif. Semua orang rindu Iqi.

Iqi...

Raya lepas.. raya terakhir kita kan? Paling ummi tak lupa.. bila Iqi nak orang lambung2 Iqi. Naseb baik semua ayah & mak sedara iqi suka melayan.. so.. kitorang lambung2 iqi bergilir2. Lenguh. Tapi kami suka iqi ketawa suka.



Banyak lagi kenangan dengan Iqi. Tak tertaip dah.. ummi rindu Iqi. Tapi Ummi tau.. Ibu Iqi lagiiii rindukan Iqi.. kan? Bertuah Iqi dah jadi ahli syurga.. Ummi sayang Iqi dunia akhirat.

Al-Fatihah untuk Muhamad Qhaliff Bin Muhamad Norman.










09 June 2013

Muhammad Qhaliff

Haaa.. ni adik Suchan... post sebelum nikan aku ada cita pasai kakak dia... kali ni baru dapat snap gambar Qhalif.. macam senonoh sikit gambar aku snap kali ni. Before ni aku ase macam hampeh jek... Hahaha


Kitorang semua tak panggil Qhalif ni dengan panggilan Qhaliff.. kitorang panggil die Kolit. Tak pon Ciki. Hahaha ! Nama Ciki ni jauhh bebenauu dari nama sebenarr... ntah la mana dapat...

Pak Cik & Mak Cik sedara Incit Somi cakap muka Kolit ni macam Incit Somi.. Korang nilai sendirilah.. aku tengok banyak kali.. tak de rupa pon.. maybe muka Incit Somi masa kecik... Aku mana nak tau muka Incit Somi masa kecik...


Aku dapat snap pic ni masa petang tadi Family mertua datang umah.. tercungap gak ar diorang.. hehe ! Nak buat macam mane.. rumah aku penthouse tanpa lift. Kihkih ! :) macam biasa.. takde la gambar diorang.. sebab aku segannn nak bergambar bagai depan diorang. Heheheeeeeee :D


19 February 2013

Welcome Muhammad Qhallif !

Assalamualaikum




Alhamdulillah.. Seminggu yang lepas.. Kakak Ipar aku selamat melahirkan baby yang ke-2. Aku panggil Kak Long.. Bayi comel ni diberi nama Muhammad Qhallif.. Semoga Qhallif menjadi adik yang baik kepada kakaknya Sarah Zhufairah. Dari pengalaman aku dengan Kak Long la kann. adik laki yang suka buli kitorang yang kakak nihh !! Tapi dalam isu Qhallif dengan Sarah nih.. tak tahu lah macam mane kekdah nya.. kita tunggu dan lihat ja nanti sapa buli sapa.. dan tak lupa.. semoga Qhallif menjadi anak yang soleh..dapat berbakti kepada ibu & ayah, bangsa dan agama.. aamiinn :)  

matanya sepettt juga








tatatititutu~~







(^_^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...