24 January 2014

Hotel Murah Di Tanjung Malim

Alang-alang aku dah kat sini.. aku update je hotel yang aku duduk kat sini.

Hotel murah jek. Tak de breakfast yea. Biasa je hotel ni. Kan katanya hotel murah kan? Harga bilik bermula dari RM70 sahaja. Bila check in dia mintak deposit RM20 sahaja. Saterika dengan board aku tak pasti ada ke tak. Sebab aku tak mintak pon. Kat dalam bilik tak de mineral water. Sebab kat luar dah ade water dispenser besaqqq punya. Tadahh la ayaq nak banyak mana.. hihi ! Lagi 1, kat hotel ni ada ATM jugak. Sonangg nak cucuk duit. ATM Bank Rakyat.

Hotel Sahara Inn ni memang dekat dengan exit tol Tanjung Malim.  Exit tol, amek kiri. Sampai jumpa traffic light simpang 4,  ambik kiri. Ade kedai mamak dekat dengan hotel ni. Jalan kaki 1 minit pon dah sampai dahh..

Dalam bilik dia.. ada benda standart je la. TV die jenis lame. Bukan LCD or LED. Tapi channel die banyak jugak. ASTRO. channel basic sampai ke fox movie pon ado. Water heater ado. Tapi yang aku dapat ni.. alakadar je panas die. Erm.. aircond die.. bapak le sejuk nyee.. sampai nak selsemaaa aku nihh. Remote tak de. betoll !! Tak de remotee.. so, semalam pukul 4 pagi aku dah menggigil. Bangun tutup suis terosss..

WIFI ada. Tapi tak pasti untuk office diorang ke untuk yg menginap. Bila search.. nampak cam tak kuat je. So, aku abaikan. Pakai data plan tepon je.

Parking jangan risau, banyak je..

Ok lahh ! Byee !! =)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...