Dah November dahhh !
Tak lama dah nak masuk tahun baru. Azam macam mana azam?? HAHAHA ! kalau aku.. pikir-pikir balik... hurm... TAK DO yang tercapai.. melainkan benda-benda yang TAK TERJANGKA. macam biasa.. azam yang paling utama untuk aku.. haruslahh aku mak MENGANDUNG tahun ni.. tapi.. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki lain. Tak pa.. Allah sedang menguji hambaNya. Dia tau kita kuat.
Hari ni aku tak keluar kemana-mana. Bangun awal pagi.. terus mandi manda. pastu kemaskan barang untuk Mie bawak hari Isnin. Perasaan? macam TAK PERCAYA ! tak percaya kami akan berhijrah. kemas-kemas... banyak jugakk barang kitorang. Nampak macam duduk rumah flat, barang tak banyak.. tapi.. boleh tahannn.. tu pun aku dah tapis-tapis. Ada yang aku tak bawak. Yang akan ditinggalkan kat rumah ni... Mesin basuh, peti sejuk, tilam, katil bujang, pinggan mangkuk, dapur.. kitorang mintak tolong Dayah & Seli bermalam kat rumah ni nanti. Sebab tak nak tinggal rumah ni kosong. Rumah tak elok tinggal kosong lama-lama kan? Terpulang kat diorang nak duduk rumah ni untuk hari bekerja ataupun nak tido sini seminggu sekali. Nak buat rumah kedua pon.. buat lahh.. kitorang tak amek sewa. cuma.. selesaikan bil-bil macam elektrik dengan air. Astro.. kitorang potong. tv pun kitorang bawak. So, pepandai la diorang cari tv second hand ke apa nanti. senang cita.. buat macam rumah sendiri.. Mie tak nak sewakan rumah ni kat orang. Sayang kata dia. Bukan dia ja rasa sayang kat rumah ni. Aku pun sayang... so, kitorang dah tau macam mana Seli & Dayah jaga rumah. sebab tu amanahkan diorang. ;)
Nanti akan ada benda yang aku akan sedekahkan untuk kawan terdekat aku. Barang rumah la.. Tak terbawak kot semua barang.. Payah jugak pindah pulau. Kena filter barang mana penting. barang mana tak penting. bukan macam pindah dari Terengganu tu. kalau boleh semuaa angkut. walaupon jauh.. tapi masih di tanah besar.. sumbat-sumbat dalam kereta ja. pastu ikutlah berapa kali trip pon. macam nak pindah Langkawi ni. leceh sikit. kereta nak bawak masuk sana, kena geran la.. booking feri la.. dan opkos.. duit ler. feri ke sana bukan macam feri Penang. feri ke Langkawi kena booking dulu. Sekali naik. Seratus lebey okayy.. dah la perjalanan dari Kajang ke Perlis jauhh 1 hal. tol minyak? feri lagi.. Haaaa... tu 'modal' diaa.. tak pa.. in shaa Allah.. taun depan menabung dengan bersungguh-sungguh. Duduk sini banyak cabaran. Nak-nak bila masa sale. memang tercabarrr... simpanan pon tak banyak.
So, azam tahun depan.. MENABUNG. orang kata.. pegi tempat yang bukan bandar adalah tepat untuk menabung. Tapi.. tahap boring aku tak pasti. Aku tak tau istilah boring tu. Nanti dah duduk sana.. aku cerita lah.. aku boring ke apa.. sebelum tu.. aku ulang alik dlu.. Kajang - Langkawi. in shaa Allahh 2 minggu skali. Kalau ada nak kirim coklat atau pinggan mangkut, periuk belanga.. boleh.. tapi untuk budak opis aku je la . ( kalau-kalau ada yang baca ni. ) yang luar aku tak ambik order. Takut tak terkejar nanti..
Lagi 2 hari Mie ada sini. Belum rasa sedih. Maybe bila dah sampai masa.. rasa kot. ntah lah.. Meroyan macam dulu? tak tau jugak nak cakap. Suami kan? busuk-busuk pon opkoslahh RINDUUU ! HAHAHA ! meroyan? tengok la nanti macam mana. nak meroyan kat Fb ka kat belog. HAHAHAHA !
Selamat Berhujung Minggu ! =)