03 November 2014

Akhirnya

Akhirnyaaa...

hari yang ditunggu telah tiba.. Mie dah berangkat pergi. Baruuuu ja sampai kat Kuala Perlis. bertolak dari rumah sama masa dengan aku nak ke tempat keja. pukul 7.30am. dia sampai opis.. terus loading barang-barang bengkel dia yang nak kena bawak. Kesian, drive sorang-sorang. Bukan tak nak teman kan.. tapi sungguh... masa tak mengizinkan. Aku takot bos aku marah. Dok bercuti time hujung tahun macam ni.. T_T

Malam ni dia menginap kat Hotel Putra Brasmana Kuala Perlis. Aku tak mintak pulak gambar dalam hotel tu. malas nak mintak. kesian.. penat drive.. dah la sorang. jauh pulak tu.. apa boleh buat... dugaan.. Esok baru dia bertolak ke Langkawi. naik feri. bawak sekali kereta. aku baru tau.. kat Kuala Perlis pon boleh bawak kereta ke Langkawi. selama ni tau kat Kuala Kedah jek...

Dari pagi , sampai lahh ke malam ni.. disaat aku taip entry ni.. dah berpuluh-puluh call dari dia. HAHAHA ! tau punn rinduu... tu la.. asek gadohhh jek.. dah jaoh camni.. tau pulak rindu...

Mungkin entry aku kali ni tak dapat tolong banyak sangat pasal proses nak bawak kereta ke Langkawi. In shaa Allah.. bila sampai masa.. Kereta kitorang yang akan dibawa ke sana.. aku sharekan prosedur dia. Aku tau.. ramai dok google kan? sebab aku sndiri pon dok google. tapi susahnyaa nak jumpa bloger yang ada pengalaman pindah ke Langkawi. setakat sekarang, ada 1 blog yang membantu. Tak ingat dah nama blog tu. nanti kalau aku jumpa aku link kan.

Renyah gak arr nak bawak barang pegi Langkawi. apatah lagi pindah. tak pa.. aku share la sikit-sikit nanti , k? In shaa Allah.. kalau aku tak busy dengan kerja.. Aku carikk masa update. tak kesah la ada orang baca ke x. HAHAHA !

OK, byeeee ! =) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...