LIMA 2015 bermula dari 17 Mac - 21 Mac yakni.. musim cuti sekolah. Dan Mie.. pon terlibat. aku bosan gak la. dia busy dari pagi sampai malam. bukan dia ja. rasanyaa.. 1 Langkawi busy.. genius otak Tun M. betapa beruntungnya Langkawi. bila ada event besaq lagu ni.. yang untungnyaaa penduduk jugakkk.. dari cleaner hinggalah menteri.
takmauu cita pasai LIMA 2015. nak cita.. LIMA 2015 ni kan musim cuti sekolah. dah alang-alang Mie busy. lepas tu kena melayan opismate dia yang mai tidoq kat ghumah...(sebab tak dapat booked hotel. hotel penuhhh! ) aku pon ajak la adik-adik aku yang gegel mai ghumah aku. depa pon cuti sekolah. Yang free.. si bongsu tu lah. a.k.a maggi. dia ja dok ghumah asek membesaqkan badan. Adik aku yang Hanim tu.. walaupon masih bersekolah tingkatan 6.. petang-petang dia keja partime di kedai runcit ( lebih kurang,) dekat ghumah aku. memandangkan ghumah aku dalam kawasan penempatan pelajar Unimap.
Depa mai ari Isnin (aku taip entry ni hari Khamis) So, ari Isnin tu aku bawak pegi Cabel Car (akan aku upkan entry kemudian) Lepas jalan-jalan kat cable car.. Hanim balik Kangaq. kiranya.. mai Langkawi balik haghi la.. Kemarin (yakni semalam) aku bawak laa.. si Maggi ni p Dataran Lang. Ni kan tempat wajib bagi sesapa yang mai Langkawi. macam tak best arr mai Langkawi.. tak dak gambaq depan helang besaq kat Kuah tu...
Dah alang-alang dah p.. dalam kawasan Dataran Lang tu.. ada la tasik.. (tasik kaaa? ) ada ikan banyak jugak aku nampak. pernah nampak orang saja santai-santai p bagi ikan makan. so, aku pon berniat nak bagi makan ikan gak la. syok woo tgk ikan dok kurumun makan.
Nampak tak? ikan dok kerumun tuuu. ( sebanaqnyaaa.. mood p snokeling kat Pulau Sapi tak habehh lagikk . KAHKAH ) |
Gigih tak Mak Longgg?? hehehe ! |
Lepas bagi makan ikan.. baru layan adik aku posing-posing.. besa la... tak penah mai.. layankan aja.. oh.. adik aku memang giant. aku katik. tapi size xxl. ekekeke ! Dataran Lang kemarin ramaiiii orang. ada la berbas-bas dok benti. hangat-hangat lagu ni.. aku terpikiaq.. kan bagus kalau aku juai ayaq kat sini. HAHAHA ! macam-macam nak juai. tapi.. sampai laaaa tak p buat lagi SSM. haihhhh ! moga diberi hidayah untuk aku percepatkan urusan.. kihkih ! Musim LIMA.. so, yang mai dari jauh tu..(atas urusan kerja) amek la peluang ni.. jalan-jalan Langkawi.
Yang nampak macam semut tu.. orang. hehe ! hari-hari biasa.. tak seramai ni..bagi aku.. ni kira ramai la... =) |
Ni bukan kakak aku. ni adik aku. dia size giant. aku size sizuka.. ekekek ! |
syok tak sangga la tu.. boleh jumpàk helang. tunggu la cuti sekolah lain pulak.. mai lagi Langkawi.. mai sampai cemuih na.. |
tak la gelut nak kheja.. pastu kat tempat.kheja tak senang duduk sebab kawan-kawan mai ghumah. so, sapa nak mai.. apa lagi.. call ler.. hehehe !
ok, bye ! =)