Disebabkan kitorang laki bini dah pindah ke Langkawi. nak tak nak.. terpaksa la amek flight ke Klia2. boleh nak naik kereta or keretapi, tapi kena amek cuti 1 ari dan kos bawk kereta lagi banyakkk dari naik flight.. so.. amek flight ja ler..
flight ke Kota Kinabalu tengah hari. so, kitorang sampai sana pagi la. kira macam transit lah.. hoihh.. dengar perkataan transit macam pegi obersea uolss ! kuikui !
Naik ketebang, tak best ar tak amek gambar macam ni, kan? nak-nak pulak siang hari.. dapat seat tepi tingkap. aku kalau beli tiket, tak pernah nak pilih seat. nak bayar RM10 semata nak tuka tempat tu tidak lah.. redho jek dapat duduk kat mana pon. pernah ja aku dok asing-asing dengan Mie. die kat depan.. aku kat blakang. Die cakap..
"buat apa lah nak membazir ni.. kita ni 1 flight jugak. setakat Langkawi - Kl je pon.. "
hurm..yolahhhhh...
Dari Langkawi dipagi hari.. so, aku ni tak ngantuk la. rasa tak sabar nak sampai Kl. 1 jam tu rasa lame.. so, sepanjang 1 jam tu aku dok amek-amek gambar je la.. hoho!
Sampai kat Klia2, Seli dengan Day dah sampai dah.. ok la.. lepak-lepak dulu.. Day siap bawak bekal sandwich bagi alas perut takut kebulur. sooo swettt !
orang lain sebok cari tempat. aku sebook selfie.. |
"but first, let me take a selfie"
aku pon.. apa lagi.. ni sengeh macam kerang busuk sebab pramugara tu tego.
"kena dengan lagu laaa "
terus senyum malu, siap Mie gelakkan aku. cehhhh !
naseb bek la kali ni diorang naik xde orang yang tak mandi. tahun lepas masa cuti-cuti g Langkawi, Seli duduk sebelah orang tak mandi. 1 jam pon jadi lama la.. sesakk napass.. haha !
Bila diatas ni.. memang tak lepas peluang amek gambar awan.. cantiknyaaa Subhanallah..
Sempat warnakan kuku wei ! tak boleh nak tido lagi waktu ni.. aku tengok Day la.. dok warna kan kuku. pewarna ni halal punya. tapi nak solat kena buang la. siap Mie tolong warnakan sebelah kuku aku. hahaha !
"Yang, macam mana la MH370 tu kan.. haihhh ! b rasa jantung kat atas dah ni"
panggg ! aku kena penampaq kat peha...
"Boleh diam tak? apa cakap benda macam ni? "
kena marah beb ! aku rasa orang sebelah aku mesti gelak-gelakkan aku.. dalam masa yang sama mesti dia kutuk aku. aku celupar. kot yea pon nak cakap.. biar la dah selamat sampai, kan? hoihh ! tetibe aku rasa bodohnyee akuuu ! Alhamdulillah laaa.. aku sampai dengan selamatnya.. sebab tu la la aku tido.. senang.. aku tak nak cakap dah. tapi tido-tido ayam jela.. dalam hati... dok istigfar jek..
Dah selamat touch down, Mie cerita dekat Day dengan Seli apa aku cakap masa dalam flight tadik.. dah kena maki dengan Day..
"Bodoh la ko nihh ! "
hahaha ! aku pon rasa bodoh weyy ! ntah macam mana aku boleh slumber cakap macam tu.. muahahaha !
Kami sampai sana, Abang Seli yang datang amek. Kitorang bermalam di rumah abang Seli. tumpang tido sana 1 malam. So, masa tu abang dia cam lambat sikit sampai sebab nak amek anak dia balik sekolah semua.. so, kitorang pon melambatkan perjalanan kitorang. kitorang jadi orang last keluar flight. masa ni nak beratur isi form tu.. aku bawak passport. haha ! sebab passport tak penah guna lagi. nak jugakk la pasport aku tu ber cop. kihkih !
Rumah abang Seli ade la dalam 30 minit dari Kota Kinabalu. rumah abang dia di Tuaran. dekat dengan Rumah Terbalik tuuu.. sebelum sampai rumah, abang dia bawak kitorang dinner dulu. baru ku tahu, Kota Kinabalu sangat pemes dengan kepak ayam.. hoihh ! pestime aku makan beria.. aku tak minat makan kepak. selalu aku makan dada ayam. memang minat sangat dengan isi. tak minat sangat makan tulang temulang. so, kat Kota Kinabalu ni la makan dengan bersungguh nyaa.. sedapppppp sangatttt !
Sebelah Mie tu, Abang Seli. sebijik muka Seli. rasa macam tengok cerita Doraemon Stand by me plak . Nobita sekarang dengan akan datang. ehehe ! macam ni la. so, nak tengok Seli masa tua.. tengok abang dia sudah.. kehkeh ! muka aku tu nampak nau ngantuknya.. tu sebab tak de kening je tu.. betapa effectnya kening untuk muka aku. KAHKAHKAH !
Tq , Abang Din dan isteri. Semoga murah rezeki dan dipermudahkan urusan.. :)
Selesai hari pertama merangkap hari perjalanan kami.
ok, bye ! =)