20 September 2015

Pantai Pasir Hitam, Langkawi

Kalau tak disebabkan duduk Langkawi.. aku rasa aku tak tau pon ada tempat nama dia Pantai Pasir Hitam nih.. hikmah la tu.. kan? duk sini dapat tau ada tempat melancong macam ni..

welcome to Pantai Pasir Hitam !
masa kami mai sini.. cuti weekend. Jumaat Sabtu. aku tak ingat dah hari apa kami mai jalan sampai sini. haha ! ya lahh .. duduk berdua, bosan dok rumah.. kami keluar berjalan la. jadi pelancong. heee :D



Nampakkkk takkk ? lengang woo.. aku tak pasti la samada sebab tempat ni pemes ataupon sebab cuti hujung minggu.. parking sini PERCUMA. nak masuk pon PERCUMA. ni antara lokasi PERCUMA untuk dilawati di Langkawi. pasai apa aku kata lagu ni? sebab.. kebanyakan tempat kat Langkawi  ni, kena bayar na.. tak semua percuma.. 

dekat-dekat parking ni ada la lori juai makanan ringan. boleh la beli buat makan masa dating tepi pantai nanti :)

sebelum sampai ke pantai juga.. ada deretan kedai yang juai pelbagai cenderamata Langkawi 



Selain cenderamata.. sini pon ada gerai makan. incase la kot-kot hampa dah lapaq. tak dan nak lunch ka apa.. sini ada gerai. ikut hampa la nak pilih hat mana..

aku amek gambaq dari jauh ja la. 
kita dah nak ke pantai ! yeayy ! 
lengang ja pon tempat ni.. kat tangga ni pon tak da orang. dan boleh dikatakan tak da orang pon kot-kot nak selisih ka.. tarakk.. aku rasa tak cukop pemes kot nih.. haha ! 

Aku suka pantai. tapi kadang-kadang rasa takut. takut apa? takut bila terbayang Tsunammi.. 
kot-kot korang nak g berjalan-jalan amek-amek gambar, nak yang jenis FREE.. meh la Pantai Pasir Hitam ni. Layan gak la amek gambar..


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


baru-baru ni pon aku ada pegi.. bawak adik aku. dia nak p tempat yang tak kena bayar tiket. so, kepala otak aku memang terpikir ni ja lah.. lagi pon dia sama ja dengan aku. jakun tengok pantai ! heee ! rasa nya majoriti orang Perlis macam aku la kot kan ? heee :D

nak kata muka aku tak sama adik aku la tu kan ? dia ikut muka mak. aku ikut muka abah. senang cerita :)
Ni pemandangan Pantai Pasir Hitam. masa ni ada la mat salleh 2 3 orang mai. selfie-selfie macam kami gak.. lepas tu.. blah..


Pasir pantai memang hitam. bukan sebab pencemaran ka apa.. semulajadi


Aku tak berapa nak pasti pantai ni boleh mandi manda ka tak. tapi sepanjang aku dah sampai selama 2 kali ni.. kali kedua aku nampak ada budak mandi. tu pon sorang ja . mat salleh or minah salleh berjemur tu.. memang tak dakk la.. 

takat tu ja la kot aku cerita pasai Pantai Pasir Hitam ni.. 


ok, Bye ! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...