27 August 2017

Eh, Tetiba Ja Bela Kucing?!

Lama aku dok pikir isi untuk entry ni. tengah mandi la selalu nya idea mencurah-curah. tapi macam biasa lah.. takkkkk berupdate ponnnn!

bulan 4 2017 genap setahun aku bela kucing.

macam mana tergerak hati nak bela kucing ni? sedangkn si Choky yang adik aku bela tu pon aku tak penah nak pegang belai bagai. ini kan pulak tetiba bela kucing! wowww! kena rasuk ka apa Shela ni???

ok la aku cerita la ni

Kat rumah aku ni, banyak kucing jalanan (stray cat) ada sekor kucing ni, selalu datang rumah mintak makan. memang tak de la makanan nya, dah datang rumah tak bela kucing kan. hampir setiap hari dia akan datang bila dengar gate dibuka. selalunya waktu nak pergi keja dengan balik kerja. masa ni aku baru masuk keja.. Mie ni jenis suka binatang. binatang la senang. rangkum kan sekali. kadang dia suka anjing, kadang suka anjing laut, tapi selalunya dia berangan nak bela harimau dengan ular sawa kat rumah. berdiri bulu roma tak? seramm kan? aku yang selalu dengar angan-angan dia ni, memang aku buat muka derk ja laaa.. tak kuasa lahh aku! gila, tengah-tengah malam tengah tido ular sawa datang belit! euww! nauzubillah ! nak salahkan ular tu pon tak boleh. dah dia memang dilahirkan macam tu kannn...

ok berbalik kepada cerita tadi. dah hari-hari kucing tu datang. kitorang pon beli makanan untuk dia. beli kibble jenis prodiet. 

yang macam ni. tak ingat dah perisa apa. dipikiran aku, senang la bagi makan kibble. tak kotor tempat. dan lalat pon tak mai hurung, lepas tu opkos la sebab aku tak rajin. 

semata-mata nak beli ikan untuk diorang, lepas tu nak meresbus bagai. memang takkkk la kan.. beli jenis ni ja senang. 

mula-mula kitorang beli yang 1kg lebih ja. eh, tak sampai seminggu dah habis. pagi nak g keja dia dah kat depan pintu. dia dengar ja gate bukak, dia berlari datang. ntah dia tido mana la malam tadi tu. tapi selalunya bila petang, dia memang dah ada kat perkarangan rumah aku. dah macam penunggu rumah dah. umpama aku ni tuan dia. so, dalam aku tak de buat apa-apa tu.. aku melayan kan je la dia. sama la kalau Mie balik. dia akan 'sambut'. datang gesel-gesel kat kaki. Mie cakap-cakap dengan dia. gosok-gosok dia. tak pasal-pasal dapat nama. 

Che Minah.



suami aku ni memang kemelayuan dia tinggiiii ! so, dari situ kitorang panggil dia Che Minah. hari-hari dia akan datang.

lepas tu perasan perut dia buncit. Mie cakap dia mengandung. aku ni mana la nak tau. tak pernah ambik tau pon pasal kucing ni. aku cakap ni buncit ! hahahaha ! Mie cakap tak lama lagi ni dia nak beranak sebab dah besar perut dia. aku macam tak amek pot lansung la. Mie siap spare kotak kat luar. konon-konon nya, nanti dia boleh beranak kat situ. letak kotak tu pon disebalik pokok bunga (haa, jangan tak caya rumah aku dah ada tumbuhan ! hehe ) aku biarkan je. tapi kadang bila Che Minah tu datang gesel-gesel tu aku pegang jugak perut dia. cakap dengan dia.

"betoi ka hang pregnant ni? kalau hang pregnant, hang doa la bagi aku pon pregnant sama macam hang"

dalam tak percaya tu kan? tapi cakap jugak..

pestime aku bercakap dengan kucing, aku jadi malu. malu sebab aku tak pernah buat benda macam ni. selalunya aku cakap dengan orang ja. bukan dengan kucing. kali ni dengan kucing. terasa seperti asing sekali. hikhikhik!

2hb 4 2016 (memang aku ingat sangat tarikh ni sebab tarikh selepas April fool)

tetiba ja Che Minah ni mai masuk rumah mintak makan. selama ni dia tak pernah masuk rumah pon. hanya bagi makan kat luar ja. Mie perasan muntot dia ada lendir-lendir darah. lepas tu perut dah kempis! aku macam wahhhhh ! betul la selama ni dia mengandung! kami laki bini berlari keluar cari kotak yang Mie letak tu.. seperti yang dijangkaaa... 

Dah beranakkkk ! 



4 ekor semua nya.

so, kami terus sedia kan bekas untuk letak makanan & minum untuk Che Minah. (sebelum ni letak makanan bila dia datang ja) kiranya Che Minah dah duduk terus dah kat rumah kitorang ni. nak g keja, kitorang jenguk. balik keja pon jenguk. dah serupa ada anak sendiri dah. 

satu hari tu, Mie ubah sikit ja pasu kat tempat Che Minah duduk ni. ubah tu pon sebab tak bagi matahari pagi direct kena anak-anak dia. Dia tu tak pa la, lepas nyusu boleh duduk tempat teduh yang lain.. 

Kitorang balik je keja.. g jenguk.. laaa dah kosong dah. dia dah pindah..

Esok pagi, bukak pintu nak pegi keja, haaa dia dah terpacak kat depan tu. mintak makan. perasaan masa tu seronok ! lepas tu tanya dia mana dia letak anak-anak dia. opkos la dia tak jawab kannn? Mie cakap dia dok rumah selang 2 buah rumah dari rumah kitorang ni. tak pe lah, janji selamat. dan makan dia pon in shaa Allah tak kebulur. makanan ada ja kat rumah kitorang ni.

suatu petang tu, masa tengah melepak kat rumah.. dengar bunyi anak kucing dari rumah sebelah kiri ni. terus Mie keluar pegi tengok. dalam hati aku dah pikir Che Minah ni dengan anak-anak dia dah. bila pegi, memang betul la.. Che Minah ! kebetulan rumah sebelah kitorang ni kosong. terus ambik dia dengan anak-anak yang tengah melalak lapar tu bawak masuk rumah. yeap, bawak masuk. maka, secara rasminya kami bela kucing ! 

tapi, aku letak syarat untuk Che Minah.

Kalau nak masuk rumah kena mandi dulu! So memang kena tunggu hang 'lepas pantang' la Che Minah. sebab aku google ibu kucing yang 'dalam pantang' tak boleh bagi mandi. takut bau dia hilang, anak-anak dia tak nak menyusu.. 

macam mana aku buat?


Bersambunglah.. penat aku taip... hihi!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...