18 October 2013

Bandung : 3 Budak Gemok Bercuti Di Bandung - Akhir

Dah baca tajuk pon dah tau dah kan ? sambungan cerita part 1


Hari ke dua di Bandung :

Tido malam aku pon sama jugak asek terjaga. sebab ingat dah pagi ! HAHA ! Yang peliknya.. pepagi bangun tak rasa penat ponn ! wahhh ! ;) hari ni kitorang nak pegi Tangkuban Parahu. Sebenarnya aku sendiri pon tak tau tempat ni macam mana. sebab masa nak datang sini dulu.. aku memang serah bulat-bulat kat Dak Liya. HAHA ! okay. aku memang sengal. pagi tu aku terus pakai baju baru. HAHA ! aku tak bawak banyak baju pon. just baju yang aku pakai semalam.. pastu dengan baju tido. naseb bek kulit aku bukan jenis sensitif. aku buat cani sebab nk jimat luggage la. nama pon datang Bandung.. shopping kan.... 

Gambar breakfast takde. sebab aku rasa makanan kurang sedap jugak.. HAHA ! 

Jauh jugak perjalanan nak pegi sana. aku tak ingat dah berapa minit. tapi yang pasti.. aku nak terlelap la jugak.. tapi aku tahan.. tak nak terlelap sebab ni tempat orang kan.. rugi la kalau membuta.. hehe ! 

Nak naik atas ni kene tiket tau.. kita kena bayar untuk diri kita sendiri dan supir tu. kalau supir ada 3 orang... ko bayar lah untuk 3 orang tu.. Sorry.. aku ni tak membantu betul lah.. -_-"

Pintu masuk.. 
Sepanjang jalan ke atas.. Pak Supir tak bukak ekon. tetibe die bukak tingkap.. Mashaa Allah ! sejukkkk ! Aku pulak macam bengang. bukannye nak bagitau kitorang tempat ni sejuk. Ahaha ! Aku tak pakai jeans.. aku pakai suar ali baba tu. memang bertambah sejukk la... 

Kat puncak ada banyak kedai-kedai menjual pelbagai barangan cenderamata..


Sini sejuk. so ade la menda alah ni dijual 

skali tengok macam Padang Besaq pon ada kan ?  hekhek

Aku syak.. peniaga2 kat sini tido kat sini ar.. huhu



atas ni sejuk. so makanan goreng-goreng macam ni macam best la kan.. tapi aku tak berani beli. aku berani beli makanan or minuman yang dalam kotak jek. kalau was2 bek tak payah kan ?





Kawah gunung berapi




tempat wajib kalau datang sini 


Kat sini pon same. jaga-jaga la beg korang. penjual ni pon akan mengekori korang macam korang ni artis fofulerr. orang kita tolak bebaik. orang diorang.. buat tak tau je.. pastu masuk kete tutup. 



ini belerang gunung berapi. so boleh baca die punya kebaikan :)

Turun ja gunung berapi.. kitorang dah cari nak cari toilet.. sebelum sampai toilet.. kitorang berhenti kat ladang teh. memang macam cameron la..






Okay.. bu haa toilet yang dimaksudkan.. 

masuk duit sini.. aku ade tanya pak supir.. kalau tak letak duit boleh tak ? die cakap boleh. semua ni ikhlas . sebab air kat dalam toilet tu air bukit.. 

ni ha toilet dia. jangan dok tekejut lak.. aku dah nak terkencing... aku tak peduli dah

Sejukkkk nak mamposss ! rasa macam air ais.. hewhew ! 

Balik dari Tangkuban Perahu.. pegi makan...



Aku memang kureng la.. makanan macam ni. Dak leya ni.. memang berselera... -_-" oh ! masa kitorang makan... supir tak join.. die akan biar kita makan. ada supir yang tunggu diluar.. ada yang makan jugak. makan di 1 sudut geng2 supir je. tokei kedai pon dah tau diorang ni supir. maybe supir ni dapat makan free or ade less. tapi aku dok rase.. diorang dapat makan free. sebab diorang yang bawak kitorang g makan kat kedai makan ni kan ? tak kan tokei tak hulur2.. ikut logik aku la. hehe

Lepas makan.. kitorang g shopping lagi. tapi aku tak shopping pon. sebab duit dah takde. 2 ekor ni semangat shopping. haha ! Ruma Mode ni.. memang murah gila. barang-barang branded dia memang murah... lagi 1. jangan risau.. dalam Rumah Mode tu ramaiii orang Malaysia. sempat la jugak aku bekenalan dengan sorang mak cik dari Shah Alam. hikhik ! 



balik Rumah Mode.. kami dibawa ke Trans Studio. Tapi kitorang tak masuk main pon. just jalan-jalan sekitar. hikhik ! 



Dudud cakap aku pakai suar tido -_-'


aku disayangi :)

Lepas g Trans Studio.. kami g makan. kali ni mintak nak makan seafood. Alhamdulillah.. ade jugak kedai seafood. kedai biasa2 ja. tapi bukan yang tepi jalan. kalau korang nak makan makanan murah.. korang memang kena cakap kat supir. kalau tak. memang diorang bawak korang g tempat yang 'mahal' la. bagi kitorang.. kitorang bukan nak makan kat tempat yang ber classs bagai... just hanya dapat isi perut dan harga pon murah lah .. 

Aku sajikan kan gambar-gambar yang aku rasa menarik di Bandung . yang aku rasa sangat bersyukur aku dilahirkan di MALAYSIA ;)

pengamen. 

asal boleh. janji dapat cari rezeki halal

orang silver ni mintak derma untuk anak yatim. 


pengamen. maybe ni kawan-kawan Tegar. HAHA

kat sini ada angkutan kota. ni macam bas mini la. dalam ni pon ade pengamen. kitorang tak naik. sebab kitorang dah amek supir. maybe next time kalau datang dengan suami.. secara backpakers.. in shaa Allah akan dicuba. Bandung memang jem gila. lagi terukkk dari KL. 
kat sini still pakai plug 2 macam ni. aku pon tak tau.. berbaloi ke tak korang beli kat malaysia.. then bawak g sana. sebab guna sekejap je kan.. macam kitorang ni.. supir yang sediakan plug untuk kitorang. 
Aku ada kat sini 2 hari ja. sebab hari ke 3 flight aku awal. pukul 10am. so awal pagi dah kena ada kat airport. rugi rasa. HAHA! Pastu Liya dengan Dayah sambung jenjalan !!! kesian kat aku kan ??? Haha ! in Shaa Allah next time.. kalau ada rezeki... akan sampai sini lagi bersama Incit Somi. :) 

17 October 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha


Taon ni beraya di Kolumpo sajer..
Rindu nak raya kat Perlis.


Ni gambar umah last kitorang beraya. Gambar umah lain.. terlupa pulak nak bergambar bagai. (Boleh pulak lupa kan?) Umah last ni sebab kitorang lepak lame. Sebab.. bila nak balik je.. ade je.. yang nak solat la.. nak berak la... tukar pempers la... sebab tu jd lame lepak sini.. makan pon dah jadi berapa kali tambah. Kat sini la makan. Kat sini jugak membuang. Hadoi !

Selamat Hari Raya Aidiladha !!

**tiada mood untuk berblog. Tapi banyak mood untuk uplod gambar ;) **

adik beradik Incit Somi. ipar duai aku la

incit Somi bukan dalam mood bergambar -_-"

Kakak Ipar saya yang santek tanpa perlu berusaha :)


jaudah dihari raya
budak nakal & bijak Sarah Zhufairah 2 Suchan









14 October 2013

Bandung : 3 Budak Gemok Bercuti Di Bandung (Day 1)

hohohoh ! jangan salah sangka. ni ceghita taon lepaih punyaa ! punya lah lama aku peramm. bukan apa.. seyes aku takdaq mood nak ceghita pasai Bandung. sampai la sekarang. baru tergerak hati.. hehe !

Segalanya bermula bila Dak Liya ajak pegi Bandung. sebab ? masa tu Air Asia ada buat tiket murah. Pegi balik untuk sorang RM300 lebey termasuk luggage kalau tak salah. Aku ni tau follow jek. Memula masa diorang suma decide nak pegi..(Uyah, dayah, Dak Liya, Ibu ) aku tak dapat pegi sebab Incit Somi tak bagi. Pastu dekat2 nak pegi tu Dak Liya ajak lagi. pujuk punya pujuk.. akhirnya... dapat jugak aku pegi.. hehehe ! Tapi last minute... diorang semua tak dapat pegi melainkan aku, dayah & Liya..

TAPI benda yang tak bestnya.. aku kena fly SORANG2. diulang SORANG2. dah la flight aku tu malam. Dak Leya dengan Dayah fly petang. Aku pon terpedaya la dengan pujuk raju Dak Liya.. cakap diorang akan tunggu aku kat air port.. Percaya la aku nih...

Malam nak fly tu.. Incit Somi antar ke airport. Aku happy gila + nervous la nak pegi negara orang. tambah pulak aku tak pernah pegi jauh kan.... Incit Somi muke ketat ajek. haha ! nak kena tinggal kan.. Sampai je kat bawah... lepas cop passport sume.. aku risau sebenarnye.. sebab aku rase aku tak bagus dalam English.. so.. aku rasa susah nak berkomunikasi tu.. So.. bila tibanya di bawah... Alhamdulillahh ! RAMAINYAAAAAA orang Melayu nak ke sanaaa !! Siap sembang2 la merungut flight delay.. HAHA !

Masa dalam flight pulak aku nampak BANYAKKKK kerusi kosong. maybe diorang cancel last minute macam kawan2 aku tu la kot.. Aku duduk sebelah lelaki Indonesia. orang dia jenis educated. bukan Indonesia buat rumah tu yea.. senyap je aku... yea la.. pukul 12.15am kottt mase tu.. memang mase tido laaa ! aku selamba je tido. TAPI aku ni memang sengal. Aku tak teringat nak bawak sweater nak pakai. cube ko bayangkan... naik flight.. orang tak ramai.. sejuk dia... ya ampunnnn !! hoishh !! aku dok peluk tubuh ja.. tido x lena pon. asek jeling orang sebelah aku je la.. bertambah sengal.. aku tak bawak pen untuk isi borang melawat tu.. ape ntah diorang panggil.. lagi 1.. memang aku tak tau ponn kena isi ! adoi ! memang sengal berjuta-juta lemon... Liya bukannye nak ingatkan aku !! huhh ! malu ja aku.. naseb bek ade mat saleh handsome tolong hulurkan pen. maybe sebab dia tau aku macam terpinga-pinga macam orang bodoh,. haha !

Sampai airport Husein Sastranegara , Bandung.. Aku dapat 1 'kejutan' Dak Leya & Dayah tak datang jemput.. Agak takot jugak aku masa tu. Tapi aku banyakkan baca ayat kursi. Ntah.. aku memang macam tu.. kalau sampai tempat baru.. aku selalu amalkan ayat kursi. aku tenang ja.. tak mengelabah. muka takot memang tak la.. jalan nak masuk air port semua.. aku follow line orang jek. kat mana ramai orang.. kat situ la aku join. hahah ! masa kat airport aku sorang. Ade imegresen ni tahan aku. banyak tanye pulak. aku tengok orang lain die tak tanya banyak macam aku pon... erm..Maybe sebab aku tak reti nak jawab aku tinggal kat mana nant. Memang aku blur.. yea la.. salah aku jugak.. memang 100% aku percaya si Liya ni. kalau dia tipu aku.. memang aku tak balik agaknya ari tu... T_T. keluar dari pintu.. Aku teringat Dak Leya pesan.. cari orang yang angkat nama dia. aku pon cari.. ok done jumpa.. "Akmalia". Dalam hati.. aku takotttt sangat2.. takot si supir ni.. bawak aku g tempat lain.. haru aku.. masa dalam keta.. aku pon cool je la.. tengok2 bandar Bandung dikala malam hari.. excited la jugak. sebab aku sekarang bernafas ditanah orang. tapi dalam hati.. memang tak putus2 baca ayat kursi... Lama betoi aku rasa nak sampai kat guest house tuh. haihh ! risauuuu !

Akhirnya aku sampai la guest house tu.. guest house tu biasa ja. tapi memang bersih gila. Pak Supir Endang ketuk bilik diorang. Banyak kali jugak baru diorang nak bukak pintu ! huhh ! dah la tak tunggu aku kat airport. tido tak hengat duniaa !! grrrrr ! pastu lepas Liya bukak pintu.. aku pon masuk.. pak Supir Endang tu pon mintak diri nak balik.. aku terusss peluk diorang... pelukk liya... pelukk Dayah... yang bestnya... Liya buat muka pelik. siap cakap "Pehal ni?" Dayah lak " Sel, boleh tak tido jek.. ko ni pehal ? " What theee... kepala hotak diorang ! aku dah la sampai sini sensorang !! aku punya happy sebab aku rasa aku selamat ! korang boleh marah aku ????? kojaq gilaaa !!!  aku excited jumpe diorang.. aku ajak sembang-sembang.. Dayah dengan Liya marah aku lagi.. Haihh ! diorang tak paham ke ?? aku ni excited jumpe diorang ??? aku rasa macam ... "weyy !!! aku selamat jumpak hampa wey !!! "  sian aku.. diorang buat dunno jek kat aku -_-"


Malam tu aku tido sebelah Dayah. Katil empuk gilaa ! memang lena tidurrr.. tapi aku terjaga dalam pukul 4am macam tu.. sebab aku nampak kat tingkap ari dah pagi !! macam pukul 7 macam tu.. capai hp.. tengok jam.. mak ai ! pukul 4 pagi wey ! kitorang nak start jalan2 pukul 9 ! sambung tido. pastu asek terjaga jek.. sebab rasa hari betul2 dah siang.. HAHA ! sian aku.. tak pernah rasa macam ni.. -_-"



Pagi tu kitorang breakfast kat guest house. erm.. sedap tuu.. aku sendiri tak tau nak cakap. sebab lidah aku bukan lidah indon.. lidah aku lidah siam. (sebab suka makan tom yam)

manggi goreng
Lepas breakfast kitorang dibawa ke Pasar Baru. syurga untuk membeli belah. sebab apa aku cakap syurga ? Sebab tempat macam-macam ada.. Murah.. tu sememangnye lah.. kalau tak murah takkan orang dari Malaysia ni sanggup pegi Bandung untuk borong barang sana.. pastu jual kat Malaysia...


Kedai kain pertama dan PALING lama. tak kuasa aku.. tapi ni kerja Dak Leya ni.. shopping kain lace.. die cakap murah gila. aku pon tak tau la. sebab aku dah kawen. so tak amek pot sangat lah. Okay.. kalau perasan.. kitorang galas bag ke depan.. tu ade sebab tau.. sebabnya.. supir kitorang suruh galas kedepan.,. sebab takot pencopet.. so berhati-hati ya... lagi 1.. bagi aku.. baca ayat kursi banyak-banyak. 

ni lah antara kedai yang kitorang pegi.. biasa la.. masa shopping mana nak ingat amek gambar kan ? haaa.. gambar tong yang ade minuman tu.. memang untuk dijual pon.. diorang akan pusing 1 mall ni.. sambil berniaga.. jangan risau lah.. kot2 dahaga.. bawak air dari Malaysia,. kat sini bersepah.. sampai kan kitorang rase nak marah pon ade.. sebab yang berniaga ni ade jenis mcm memaksa kita amek. selalunya.. kita kalau orang berniaga.. kita tolak bebaik.. tapi.. aku asa,.. tak payah la.. sebab bila kita baik.. diorang ni ingat macam kita nak beli pulak.. 
Tengah hari.. kitorang makan kat foodcourt Pasar Baru jek. rasa macam retis pon ado. HAHA ! Ramai sangat pembantu kedai yang datang berkerumun. sambil bawak menu dia. kat food court ni tak ramai orang Indon. maybe sebab aku rasa.. makanan kat sini mahal bagi orang sana la. harga makanan kat sini.. sama ja macam kat food court kat Malaysia. So.. kesimpulan aku rasa memang mahal la bagi diorang..

Lauk ayam penyet jugak. HAHA ! 

Lepas makan.. kitorang sambung shopping lagi.. sampai kedai-kedai kat sini tutup.. kedai kat sini tutup pukul 5. so.. Pasar baru ni tak bukak malam. Kalau bukak.. majikan kena bayar OT. kebanyakan majikan TAK NAK bayar. so... sebab tu lah pukul 5pm dah tutup kedai.. aku cerita ni berdasarkan apa yang Supir bagitau ler..  Tengah-tengah shopping bagai.. ok.. jumpa la si Dudud ni.. ala.. lagi pon lupa nak cerita.. korang jangan risau sangat. memang ramai orang Malaysia kat sana. korang shopping beria-ia.. pastu belek orang sebelah. haaaa orang Malaysia. HAHA

Dudud sekeluarga


Lepas pukul 5pm.. kami dibawa ke Factory Outlet.. aku tengok bila di' convert' kan.. lebih kurang sama je dengan harga sini. so tak membeli pon.. lagipon tengok barang-barang dia pon macam boleh dapat ja kat Malaysia. bagi aku.. kalau pegi tempat orang.. kalau nak shopping.. shopping benda yang tak de kat tempat kita.. or.. shopping barang yang mahal kat tempat kita..

Lepas habis shopping.. penyudah dia.. kitorang g makan malam.. sebelum balik ke guest house..

Ntah la.. aku pon dah lupa nama menu ni.. kitorang sangat tertarik sambal yang diletak dalam lesung tu.. haha ! harga makanan sini ? lebih kurang harga makan kat food court Malaysia jugak. Tempat ni kira tempat yang class jugak la bagi orang sana..  Kitorang kat sana memang macam orang kaya.. makan tempat class aje.. rase.. tak sedap mana pon ! HAHA ! haaa.. sebelah meja kitorang.. orang Malaysia. orang Penang ! 
Kalau pergi Bandung.. korang jangan risau.. mudah cari makan kat sini. sebab kat sini ramai orang Islam. harga makanan pon lebih kurang harga makanan kat Malaysia ja. kira yang tu kita boleh dapat tempat yang class la.. kitorang tak berani nak try makan kat gerai-gerai. bukan belagak.. tapi kita kan bukan orang sana.. nant order nasi goreng ayam.. tak pasal-pasal daging ayam tu daging kucing.. acaner tu... ? HAHA ! nak elakkan menda was-was ni.. sonang jo.. korang order IKAN ! hehe ! lagi satu.. kalau pegi makan kat gerai-gerai tepi jalan tu.. risau pasal kebersihan. jangan macam-macam.... tengah seronok bercuti.. tetiba sakit pulak. rugiii datang jejauh... hihi ! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...