Dah baca tajuk pon dah tau dah kan ? sambungan cerita
part 1
Hari ke dua di Bandung :
Tido malam aku pon sama jugak asek terjaga. sebab ingat dah pagi ! HAHA ! Yang peliknya.. pepagi bangun tak rasa penat ponn ! wahhh ! ;) hari ni kitorang nak pegi Tangkuban Parahu. Sebenarnya aku sendiri pon tak tau tempat ni macam mana. sebab masa nak datang sini dulu.. aku memang serah bulat-bulat kat Dak Liya. HAHA ! okay. aku memang sengal. pagi tu aku terus pakai baju baru. HAHA ! aku tak bawak banyak baju pon. just baju yang aku pakai semalam.. pastu dengan baju tido. naseb bek kulit aku bukan jenis sensitif. aku buat cani sebab nk jimat luggage la. nama pon datang Bandung.. shopping kan....
Gambar breakfast takde. sebab aku rasa makanan kurang sedap jugak.. HAHA !
Jauh jugak perjalanan nak pegi sana. aku tak ingat dah berapa minit. tapi yang pasti.. aku nak terlelap la jugak.. tapi aku tahan.. tak nak terlelap sebab ni tempat orang kan.. rugi la kalau membuta.. hehe !
Nak naik atas ni kene tiket tau.. kita kena bayar untuk diri kita sendiri dan supir tu. kalau supir ada 3 orang... ko bayar lah untuk 3 orang tu.. Sorry.. aku ni tak membantu betul lah.. -_-"
|
Pintu masuk.. |
Sepanjang jalan ke atas.. Pak Supir tak bukak ekon. tetibe die bukak tingkap.. Mashaa Allah ! sejukkkk ! Aku pulak macam bengang. bukannye nak bagitau kitorang tempat ni sejuk. Ahaha ! Aku tak pakai jeans.. aku pakai suar ali baba tu. memang bertambah sejukk la...
Kat puncak ada banyak kedai-kedai menjual pelbagai barangan cenderamata..
|
Sini sejuk. so ade la menda alah ni dijual |
|
skali tengok macam Padang Besaq pon ada kan ? hekhek |
|
Aku syak.. peniaga2 kat sini tido kat sini ar.. huhu |
|
atas ni sejuk. so makanan goreng-goreng macam ni macam best la kan.. tapi aku tak berani beli. aku berani beli makanan or minuman yang dalam kotak jek. kalau was2 bek tak payah kan ? |
|
Kawah gunung berapi |
|
tempat wajib kalau datang sini |
|
Kat sini pon same. jaga-jaga la beg korang. penjual ni pon akan mengekori korang macam korang ni artis fofulerr. orang kita tolak bebaik. orang diorang.. buat tak tau je.. pastu masuk kete tutup. |
|
ini belerang gunung berapi. so boleh baca die punya kebaikan :) |
Turun ja gunung berapi.. kitorang dah cari nak cari toilet.. sebelum sampai toilet.. kitorang berhenti kat ladang teh. memang macam cameron la..
Okay.. bu haa toilet yang dimaksudkan..
|
masuk duit sini.. aku ade tanya pak supir.. kalau tak letak duit boleh tak ? die cakap boleh. semua ni ikhlas . sebab air kat dalam toilet tu air bukit.. |
|
ni ha toilet dia. jangan dok tekejut lak.. aku dah nak terkencing... aku tak peduli dah |
Sejukkkk nak mamposss ! rasa macam air ais.. hewhew !
Balik dari Tangkuban Perahu.. pegi makan...
Aku memang kureng la.. makanan macam ni. Dak leya ni.. memang berselera... -_-" oh ! masa kitorang makan... supir tak join.. die akan biar kita makan. ada supir yang tunggu diluar.. ada yang makan jugak. makan di 1 sudut geng2 supir je. tokei kedai pon dah tau diorang ni supir. maybe supir ni dapat makan free or ade less. tapi aku dok rase.. diorang dapat makan free. sebab diorang yang bawak kitorang g makan kat kedai makan ni kan ? tak kan tokei tak hulur2.. ikut logik aku la. hehe
Lepas makan.. kitorang g shopping lagi. tapi aku tak shopping pon. sebab duit dah takde. 2 ekor ni semangat shopping. haha ! Ruma Mode ni.. memang murah gila. barang-barang branded dia memang murah... lagi 1. jangan risau.. dalam Rumah Mode tu ramaiii orang Malaysia. sempat la jugak aku bekenalan dengan sorang mak cik dari Shah Alam. hikhik !
balik Rumah Mode.. kami dibawa ke Trans Studio. Tapi kitorang tak masuk main pon. just jalan-jalan sekitar. hikhik !
|
Dudud cakap aku pakai suar tido -_-' |
|
aku disayangi :) |
Lepas g Trans Studio.. kami g makan. kali ni mintak nak makan seafood. Alhamdulillah.. ade jugak kedai seafood. kedai biasa2 ja. tapi bukan yang tepi jalan. kalau korang nak makan makanan murah.. korang memang kena cakap kat supir. kalau tak. memang diorang bawak korang g tempat yang 'mahal' la. bagi kitorang.. kitorang bukan nak makan kat tempat yang ber classs bagai... just hanya dapat isi perut dan harga pon murah lah ..
Aku sajikan kan gambar-gambar yang aku rasa menarik di Bandung . yang aku rasa sangat bersyukur aku dilahirkan di MALAYSIA ;)
|
pengamen. |
|
asal boleh. janji dapat cari rezeki halal |
|
orang silver ni mintak derma untuk anak yatim. |
|
pengamen. maybe ni kawan-kawan Tegar. HAHA |
|
kat sini ada angkutan kota. ni macam bas mini la. dalam ni pon ade pengamen. kitorang tak naik. sebab kitorang dah amek supir. maybe next time kalau datang dengan suami.. secara backpakers.. in shaa Allah akan dicuba. Bandung memang jem gila. lagi terukkk dari KL. |
|
kat sini still pakai plug 2 macam ni. aku pon tak tau.. berbaloi ke tak korang beli kat malaysia.. then bawak g sana. sebab guna sekejap je kan.. macam kitorang ni.. supir yang sediakan plug untuk kitorang. |
Aku ada kat sini 2 hari ja. sebab hari ke 3 flight aku awal. pukul 10am. so awal pagi dah kena ada kat airport. rugi rasa. HAHA! Pastu Liya dengan Dayah sambung jenjalan !!! kesian kat aku kan ??? Haha ! in Shaa Allah next time.. kalau ada rezeki... akan sampai sini lagi bersama Incit Somi. :)