24 May 2015

Sabah : Ikan Kelah di Sungai Maroli, Ranau.

selesai di Mata Air Panas Poring ,

Ni tempat terakhir untuk Honeymoon Sabah Day 2 sebelom melelapkan mata.

masa beli tiket beberapa bulan yang sudah.. tempat ni antara tempat yag paaaaaaaling nak pegi.. selain nak merasa menginap di Kundasang yang sejukkk ituh..


amacam ? menarik perhatian takk ? hahaha !

tengok kawan-kawan fb la dok p. yang ni Uyah tak pegi. Seli ja datang dengan geng-geng laki opis. nampak sangat menarikkk.. dalam banyak-banyak binatang.. aku paaaaaalingg suka ikan. rasa tenang gila. bagi makan tu aku paaaling suka..

bila masuk sini.. yang paling gumbiraaaaa.. adalah Mie ! hahaha ! uishhh ! tak penah-penah ok.. mintak camera kat aku banyak-banyak kali nak selfie.. dann takkkk pernah berkali-kali suruh aku amek gambaq dia.. nampak la dia sangattt terujaaaa...

masuk sini pon ada tiket yea..

Dewasa : RM5 ( ni untuk celop-celop kaki jek)
Dewasa Mandi : RM10 (kalau tak salah)
Makanan Ikan : RM2

Disebabkan Mie mandi total untuk kitorang laki bini RM17 .


 Kaum-kaum lelaki memang berniat nak mandi. So, siap-siap la pakai short. Yang pompuan ni tak nak mandi-mandi. nak celop-celop kaki jek.. so.. kitorang tuka suar lain je la..


Kat kawasan parking. ada gerai-gerai makanan kat sini. kot-kot lapar.. boleh makan sini. makan ringan-ringan yea.. kang nanti tetiba nak makan nasi beriani.. memang TAKKK de lahhh.. setakat keropok, air mineral, air dalam tin, air kotak.. memang ade.. air panas untuk buat susu budak tuuu.. aku tak pasti.. 


Ni lahhh manusia paaaaling excited masuk sini..

Naseb bek aku tak lupa nak cerita.. nak masuk sini ikut turn tau. ada nombor. dia bagi setiap orang/group tu masuk dalam 15 minit-20 minit ja.. (kalau tak salah aku lah.. yang pastinyaa.. TAKKK KANN lebih 30 minit punya.. ) so, bila dapat masuk ja.. silalahhh hargai masa yang adaa okk?







Manusia baju kuning ni lahh yangg paaaaaling teruja.









Air memang sejukkkk lah.. nyaman jek.. memandangkan kami dah 1 hari berjalan. sekejap panas.. sekejap sejuk.. kiranya penutup untuk hari ni best ar.. merasa air sejuk nyamannnn macam ni. kitorang orang yang lastt skali masuk sini. dah petanggg dah... 




Kena gigit takk ? 

SEMESTINYAAA ! 

ikan ni menggigitt !! 

tapikk... tak de lahhh sampai boleh rabakkk kaki ko.. rasa geli-geli.. tapi rasa macam nak bubuh penampar.. geli-geli macam nak bagi penampar. paham ke bahasa aku? hahahahah ! susah nak cakap.. nak kata sakit tu tak la.. alah.. macam kita rasa kita gatal.. garu dengan sikat. hahaha ! macam tu ar kottt.. rasa dia.. haha ! senang cita.. kena rasa sendiri nih. hihi ! 

Ikan kelah kat sini size besar-besar gaks.. ko jangann mimpiii nak tangkap la.. licinn wessss ! setakat nak merasa pegang ikan hidup.. ko mampu usap dia jek.. hahaha ! licinn wehh ikan ni.. 


Ni lah jalan masuk untuk ke ikan kelah ni.. tepi jalan jek.. memang kena alert.. sebab tak berapa nak nampak. nak ke sini ikut je signboard Sabah Tea Plantation . tempat ni tak jauh pon dari situ. So, Bila dah sampau area Sabah Tea Plantation tu.. belek-belek kiri (kalau dari Kundasang) cari la pintu gerbang ni. In shaa Allah jumpa. :)

Nampak pelik kan aku tu? hahaah ! ni lepas tuka baju. kan tadi duduk dalam air.. toilet kat sini tak memuaskan. biasa-biasa jek.  kitorang tukar baju dalam gelap. hahaha ! tak pe lah.. kebetulan masa kitorang pegi tu lampu rosak. 

Lepas salin-salin baju tu.. kitorang egi solat kat sebelah je dengan pintu gerbang ni.. ada surau.. aku dah malas nak lilit shawl bagai. aku pakai anak tudung.. lepas tu lilit towel jek. haha ! tu yang selekeh serupa ituuu ! bukan apa.. sebab lepas ni kitorang just nak baik chalet je la. dah tak de na g mana dah.. badan dah letihhh sangat dah.. 1 hari berjalan kan.. bangun awal pagi pulak tu.. adat berjalan kan. kalau tak letih.. bek duk rumah jek.. senang. 


ok, bye ! =)

14 May 2015

Sabah : Mata Air Panas Poring

Lepas bersuka ria , minum susu, makan ais krim di Desa Dairy Farm , perjalanan diteruskan ke Poring.

Mata Air Panas Poring.


Ke sini bukan nak mandi air panas. tapi nak ke Canopy Walk. Kata Seli kat sana pemandangan cantek... pokok besar-besar.. yea la.. pokok dalam hutan yang tinggi-tinggi dan berapa pemeluk tu.. 


Kat depan pintu masuk ni.. dikenakan tiket jugak.. kan aku dah pesan kat entry ni.. Kinabalu Park 
JANGAN BUANG TIKET. sini la guna nya.. tunjuk balik tiket masa korang g Kiabalu Park tu.. so, tak payah beli tiket baru.. untuk percutian jimat macam kitorang ni, memang la berguna duit ringgit tu. hihi ! 


ok.. ni dah masuk dah.. kanan tu kolam air panas.. mahap lah.. aku sendiri heran mana pegi gambar kolam air panas tu yang tanpa muka aku. abaikan je la minah selfie ni.. sila perhatikan sebelah kiri gambar yea.. 

  

Dalam ni jugak ada Kebun Kupu-kupu. kitorang tak masuk. kitorang lagi berminat dengan Canopy Walk. tiket masuk RM3 seorang. dan kamera pon ada 'tiket' jugak.

Vavavaaaaa! kami terujaaa ! tak sabaq nak naikk !


Boleh nampak keterujaan kan ?


Kena tinggal ! arghhhhhh ! dah hilang rasa terujaaa ! dah tak mau selfie dahh ! dah tak mau senyum senyumm dahhhh ! honeymoon bukan ke jalan-jalan tanpa penat-penat cam ni? ni bukan honeymoon ni... ni jungle tracking !






Berapa kali dah benti.. amekkk napas.. fuhhhh ! Mie asek cakap

"macam mana nak naik Kinabalu nehhh"

adoiyai.. pastu die pulak dok snap muka kami yang huduh termengah-mengah. 

muka dah berpeluh-peluh.. tu luaran. kat dalam ni sendiri mau ingat penangan dia.. basah baju oi ! adoiiiii!!

Dan akhirnyaaa.. sampai jugak tempat yang Seli cakap cantekkkk tuh..


erm.. ye lah.. cantekk.. paham cantek yang dimaksudkan.. tapi dalam kepala otak aku.. sepanjang jalan lah.. ni tak.. bukan sepanjang jalan. ade 1 je la kot.. tempat pokok tinggi-tiggi ni.. gambar len ade.. tapi macam tak sesuai nak tunjuk plak.. boleh la yang ada gambar Mie ni.. kalau tak salah aku.. ni dah puncak dah.. ok la.. tak tinggi sangat. cuma kecewa. len yang dibayangkan.. len yang dapat. kehkehkeh !

Macam biasa.. dan sesiapa pon.. kalau turun bukit mesti la laju kan ? haaa.. same la kitorang. eh! kejap je dah nak sampai dekat-dekat bawah.. 

rupanya ada benda len yang lagi menarik ! 

Titi Gantung !!! 




 Yang ni teruja naik.. dan.. TAK menjerit okk ! Seli pulak pelik.. siap tanya..

"Bukan selalu kalau pompuan naik ni akan menjerit ke? "

memang takkk la untuk aku dengan Day. kitorang tak gayat. siap selamber tengok bawah lagi.. muehehehe !

Seli cakap, sebelum ni die datang dengan trip lelaki, ada yang menjerit. HAHA! sapa tuhhh ? muehehehe !


Lepas turun semua tempat ni.. kitorang pegi makan tengah hari dikedai makan area situ gak. mengecewakan. walaupon dia jual lauk rusa. tak pelah. next time tak pegi dah situ.. 

So, perjalanan diteruskan..  


Letih wehh.. masa dalam kereta ni la baru rasa kaki sakit. 'tekejut' kena jungle tracking. muahahahah ! 


ok, bye ! =)

13 May 2015

Sabah : Desa Dairy Farm, Kundasang


Selesai di Kinabalu Park.. kami ke

Desa Dairy Farm.

Kenapa kami ke sini? Sebab Desa Dairy Farm ni dekat dekat dengan penginapan kami. 1 jalan jek. ikutkan nak pegi check in. sebab dah booking bilik lamaa dah.. tapi tak sampai pukul 2 lagi nak check in pon. pegi check booking semua.. okla.. memang ada la nama aku. fuhh lega.. kalau tak.. siap la aku kena bebel dengan Mie. cuma kitorang tak nak buang masa. lepas check tu turun balik ke Poring dan last skali ke Kelah. next entry ya ! ;)

Desa Dairy Farm  ni opkos aku tengok kat blog Uyah Nazura . lepas tengok kat blog dia baru aku nampak orang lain bergambar kat sini. erm.. maybe sebab aku dah tau tempat Uyah pegi.. pastu bila tengok gambar orang lain.. aku terus dah tau tempat. maybe macam tu la kot. hekhek. Sebelom ni maybe dah penah nampak.. tapi tak tau kat mana.. hikhikhik !



Redhakan la kami berpoyoan disebelah kandang lembu nih.. pakej dengan bau taik skalikk.. 


Kundasang. Lawaaaa ! 


Ni pintu masuk. erm... masuk sini pon kena bayar tiket yer... RM8 sekepala. maaflah untuk kanak-kanak aku tak tau..










Best kan view dia? mendamaikan.. tenang jek.. mata pon rasa sehat.. ecewahhh aku cakap bab sehat pulak dahhh ! erm. parking kat sini luas.. jangan dok risau kot-kot susah nak dapat parking pulak nanti..

Selain kita tengok keindahan padang ragut ni.. dalam ni ada tempat perah susu lembu, ada jual susu, tshirt senang cita ada kedai cenderamata lahh..










Tengok susu yang display.. uhhh ! rasa aku ni sehattttt ! susu ni semua freshhh ! rugi plak kalau tak beli kan. sebab takde kat tempat len.. so, beli la seadanya.. tak la beli sampai tak ingat dunia tu.. beli sorang satu jek.. pastu kan.. aiskrim dia.. sedappp woahhh ! serius ! kena try! aku hari tu konon dah sejuk.. pastu aku memang selesema.. so aku tak nak la makan aiskrim. sekali Day beli aiskrim.. pastu share la.. rasa sorang sikit.. perghh ! sedap baq hanggg ! cuma jadi malas nak beratur balik g beli jek.. tak pe lah.. atleast dah merasa.. kan??



ni tengah makan aiskrim la ni.. 



Selain jualan susu dan cenderamata.. dipersekitaran tu opkos lah ade kandang lembu. tempat perah susu segala.. kitorang hanya pegi kedai cenderamata tu jek. lepas tu dari kedai tu.. nampak la alat-alat untuk perah susu tu. hanya tengok dari situ jek.. ada orang jalan-jalan sampai betol-betol ke kandang dia. kitorang tak jalan sampai situ pon.. kitorang just jalan-jalan area padang ragut nih.. dah raaaaaaaamai gilaa orang bergambar.. tu dah termasuk kitorang lahh.. gila x bergambar? cantekkkkk yang amatt ! dengan cauca sejuk... memang best !




3 gambar ni ada lah lokasi wajib KENA bergambar bila datang sini. hahahaha !



Ok, Bye ! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...