24 May 2015

Sabah : Ikan Kelah di Sungai Maroli, Ranau.

selesai di Mata Air Panas Poring ,

Ni tempat terakhir untuk Honeymoon Sabah Day 2 sebelom melelapkan mata.

masa beli tiket beberapa bulan yang sudah.. tempat ni antara tempat yag paaaaaaaling nak pegi.. selain nak merasa menginap di Kundasang yang sejukkk ituh..


amacam ? menarik perhatian takk ? hahaha !

tengok kawan-kawan fb la dok p. yang ni Uyah tak pegi. Seli ja datang dengan geng-geng laki opis. nampak sangat menarikkk.. dalam banyak-banyak binatang.. aku paaaaaalingg suka ikan. rasa tenang gila. bagi makan tu aku paaaling suka..

bila masuk sini.. yang paling gumbiraaaaa.. adalah Mie ! hahaha ! uishhh ! tak penah-penah ok.. mintak camera kat aku banyak-banyak kali nak selfie.. dann takkkk pernah berkali-kali suruh aku amek gambaq dia.. nampak la dia sangattt terujaaaa...

masuk sini pon ada tiket yea..

Dewasa : RM5 ( ni untuk celop-celop kaki jek)
Dewasa Mandi : RM10 (kalau tak salah)
Makanan Ikan : RM2

Disebabkan Mie mandi total untuk kitorang laki bini RM17 .


 Kaum-kaum lelaki memang berniat nak mandi. So, siap-siap la pakai short. Yang pompuan ni tak nak mandi-mandi. nak celop-celop kaki jek.. so.. kitorang tuka suar lain je la..


Kat kawasan parking. ada gerai-gerai makanan kat sini. kot-kot lapar.. boleh makan sini. makan ringan-ringan yea.. kang nanti tetiba nak makan nasi beriani.. memang TAKKK de lahhh.. setakat keropok, air mineral, air dalam tin, air kotak.. memang ade.. air panas untuk buat susu budak tuuu.. aku tak pasti.. 


Ni lahhh manusia paaaaling excited masuk sini..

Naseb bek aku tak lupa nak cerita.. nak masuk sini ikut turn tau. ada nombor. dia bagi setiap orang/group tu masuk dalam 15 minit-20 minit ja.. (kalau tak salah aku lah.. yang pastinyaa.. TAKKK KANN lebih 30 minit punya.. ) so, bila dapat masuk ja.. silalahhh hargai masa yang adaa okk?







Manusia baju kuning ni lahh yangg paaaaaling teruja.









Air memang sejukkkk lah.. nyaman jek.. memandangkan kami dah 1 hari berjalan. sekejap panas.. sekejap sejuk.. kiranya penutup untuk hari ni best ar.. merasa air sejuk nyamannnn macam ni. kitorang orang yang lastt skali masuk sini. dah petanggg dah... 




Kena gigit takk ? 

SEMESTINYAAA ! 

ikan ni menggigitt !! 

tapikk... tak de lahhh sampai boleh rabakkk kaki ko.. rasa geli-geli.. tapi rasa macam nak bubuh penampar.. geli-geli macam nak bagi penampar. paham ke bahasa aku? hahahahah ! susah nak cakap.. nak kata sakit tu tak la.. alah.. macam kita rasa kita gatal.. garu dengan sikat. hahaha ! macam tu ar kottt.. rasa dia.. haha ! senang cita.. kena rasa sendiri nih. hihi ! 

Ikan kelah kat sini size besar-besar gaks.. ko jangann mimpiii nak tangkap la.. licinn wessss ! setakat nak merasa pegang ikan hidup.. ko mampu usap dia jek.. hahaha ! licinn wehh ikan ni.. 


Ni lah jalan masuk untuk ke ikan kelah ni.. tepi jalan jek.. memang kena alert.. sebab tak berapa nak nampak. nak ke sini ikut je signboard Sabah Tea Plantation . tempat ni tak jauh pon dari situ. So, Bila dah sampau area Sabah Tea Plantation tu.. belek-belek kiri (kalau dari Kundasang) cari la pintu gerbang ni. In shaa Allah jumpa. :)

Nampak pelik kan aku tu? hahaah ! ni lepas tuka baju. kan tadi duduk dalam air.. toilet kat sini tak memuaskan. biasa-biasa jek.  kitorang tukar baju dalam gelap. hahaha ! tak pe lah.. kebetulan masa kitorang pegi tu lampu rosak. 

Lepas salin-salin baju tu.. kitorang egi solat kat sebelah je dengan pintu gerbang ni.. ada surau.. aku dah malas nak lilit shawl bagai. aku pakai anak tudung.. lepas tu lilit towel jek. haha ! tu yang selekeh serupa ituuu ! bukan apa.. sebab lepas ni kitorang just nak baik chalet je la. dah tak de na g mana dah.. badan dah letihhh sangat dah.. 1 hari berjalan kan.. bangun awal pagi pulak tu.. adat berjalan kan. kalau tak letih.. bek duk rumah jek.. senang. 


ok, bye ! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...