Kali ni nak cita tempat makan yang aku rasa Tom Yam die best gila ! Aku dok Semenyih.. Pernah la jugak makan-makan kat luar.Selalunya area Kajang & Bandar Baru Bangi la.. Kalau aku cakap hari-hari aku masak, nampak beno aku menipu kan ? haha !
Hari Jumaat lepas, Incit Somi bagi aku 'cuti' masak. lepas keje terus g makan.
(Die dari Shah Alam sampai ke Kajang, memang gelap. Susah nak dapat die sampai Kajang ni petang. Ok aku keja kat Kajang) Kali ni aku ajak makan kat Bandar Baru Bangi Seksyen 7. Restoran ni pon setelah di rekomen oleh
Puan Zura. Dia cakap Tom Yam kat situ sedappp gilaa ! maklum la susah nak cari kedai yang masak Tom Yam sedapp..
(Aku penggemar Tom Yam) Sebelum ni aku penah g jugak dengan Dak Day.Kali ni g dengan Incit Somi pulak.
|
Ni ha restoran dia.. |
Jejak ja kaki.. mak ai ! ramai bebenor ! nampak macam semua meja full ! Tapi Alhamdulillah.. ada jugak yang kosong. hehehe ! rezeki kan :)
Incit Somi sangat cerewet jugak bab makan kat kedai nih.. Before ni banyak restoran dah pegi. Macam-macam die complain.. Restoran ni die cakap OK ! what ??? OK?? payah tu nak dapat restoran yang dia cakap OK. huhu ! Tom Yam mahal sikit RM6.00 tapi berbaloi sebab banyak isi. Nampak gaya, lepas ni boleh pegi lagikk :) hekhek !
Total Kene bayar : RM20.00
Tatatititutu~~