Assalamualaikum
Kali ni aku nak cerita hari kedua dari 5 hari aku bercuti. wahh ! bercuti sangat la kan ? Di sebab kan hari ke 2 ni hari Jumaat.. kami decide nak jenjalan lepas Solat Jumaat la. senang sikit kan? maniss sikit kuar.. untuk Incit Somi la... tak la buruk sangat tengah ari waktu orang solat Jumaat dia dok melilau sama dengan kami.. :)
Selesai ja Incit Somi balik.. lepas lunch.. kitorang gerak g Simpang Empat untuk amek Mak Jang aku dengan 2 orang anak dia. Ilyas dengan Shikin. Aku suka bawak diorang ni jalan-jalan. Ilyas ni mesra alam.. ada-ada ja topik dia sembang. Baru darjah 5.. pak lawak pon ya jugak.. sebab tu suka bawak. Adik-adik aku dah besaq panjang. 3 orang tak ada kat rumah. tinggal sorang ja.. si Maggi ja yang tinggal. Sejak dia makin besar ni.. dia makin malu pulak.. malu dengan Incit Somi la.. Semalam masa majlis Along bertunang tu.. aku dah cakap siap-siap kat Mak Jang aku. ari ni nak bawak diorang jenjalan..nak p bekelah. Plan asal aku nak p Gua Kelam. Tapi dapat tau pulak Gua Kelam tak boleh mandi sebab kes kencing tikus. Terus tak jadi p. Tapi untuk masuk gua tu boleh la.. heshh ! aku tak mauuu la p.. sebab motip utama aku.. aku nak berendammmm !! Masa bagitau ni.. Mak Jang aku cakap Ilyas ngadu demam.. lepas Mak Jang cakap aku ajak p bejalan,, terus baik demam dia.. ! haha ! bukan men lagi kan ang Ilyasss!! Aku cita kat incit Somi.. gelak besaq dia.. hehe! seronok layan budak-budak ni.. :)
Seyess Perlis panasss gilosss... Petak @ sawah padi memang kering kontang.. so, sekarang masa terbaik untuk menuai. banyak la mesin padi.. sorry aku terlupa nak amek gambar.. aku baru taw... ada orang tak penah tengok mesin padi.. kikikiki ! next time aku balik... aku amek gambar banyak-banyak yea... :)
Dalam pukul 3.30pm kitorang sampai rumah Mak Jang. Cepat ja si Ilyas kuar. Tak sabar g jenjalan kan.. dengaq pulak nak p main ayaq.. lagi lahh.. dah siap-siap bawak beg dah.. nak masuk dalam keta.. hehehe ! Ilyass.. Ilyass... terhibur la ada hanggg ! hahaha !
Kami sampai Bukit Ayer dalam pukul 4.30pm macam tu. tak ramai sangat orang masa tu.. Maybe sebab dah petang la kot.. before ni kalau aku p.. waktu pagi.. kitorang lunch kat sana.. maybe sebab faktor tu jugak kot orang tak ramai.. nampak ja ayaq.. aku terusss tak sabaq.. haha ! bukan budak-budak tu yang tak sabaq,.. aku ni yang tak sabaq... kikikiki ! mak aku dok tak bagi kitorang mandi. mak aku kata takot kencing tikus.. aku cakap.. kencing tikus tu kan kat Gua Kelam ja.. mana nak sampai sini.. tudiaa.. ounya ketegaq nak mandi kan ? kikiki !! oh yaa ! lupaa... kali ni atas permintaan Maggi.. aku masal la spagetti.. masak banyak-banyak bawak skali. lepas berendam.. makan-makan. lepas tu mandi balik.. kikiki ! aku ni sama ja dari dulu.. macam budak-budak ja kan ? aku rasa.. kalau orang lain besaq aku ni.. mesti tak minat mandi manda macam tu. tapi aku tetap kata aku ni muda.. hahahaha ! yang bestnya si Ilyas ni.. ntah dengan sapa-sapa jaa dia berkawan.. haha ! mudah dapat kawan dia ni.. tengok-tengok dah dok mengelungsor dengan kawan baru. haha ! Ilyassss oiii !!! Haa.. sepanjang kitorang dok piknik ni.. dah macam retis dibuatnya.. haha ! mana tak retis.. monyet asek mengekoq sebab nak makanan.. mak aku tak senang duduk. si Ilayas, Shekin , Maggi tak habis-habis dok gelakkan mak aku.. hahah !
Sorry la.. sepanjang aku dok berendam.. makan.. semua aku tak amek gambaq.. telupa, hahah ! kitorang bergambar masa nak balik ja... hihih !
yang pakai spek tu mak aku. yang pakai kameja ungu tu Mak Jang aku. Si kecit tu Shikin |
yang ni.. mestila kesayangan aku :) |
ini Ilyas,. tengok muka dia pon dah taw kan dia ni mesra alam :) |
Shikin tak nak masuk sebab dia kata dia comot makan aiskrim. hamboi! bukan men kan.. tapi teselit jugak.. :P Maggi sejak 2 menjak ni tak suka bergambaq. tak taww pasai apa.. haha |
Keesokan hari aku dapat sms dari Along :
Agaknya kalau bawak p i-city tak taw la macam mana Ilyas dengan Shikin dok cerita.. hahaha !