21 October 2013

Kerjalan : Tawau

10 - 11 Oktober lepas aku g Tawau.

OPSS !! NO.. NO.. NO... Bukan berhoneymoon hokkay ?! Aku outstation. Alhamdulillah... merasa la kerja + jalan-jalan = KERJALAN

Flight kitorang kul 715am. sampai Tawau 10 lebey. (aku tak ingat dah !)

Indah ciptaan ALLAH
Sampai sana terus gerak g buat kerja. cari lokasi. dan aku memang banyak tido jek dalam keta !

Keesoakan harinya.. baru kitorang pegi jalan-jalan..

Oh ! Lupa.. kitorang menginap di MB Hotel.
Tawau disiang hari

Tawau Di waktu malam
lepas breakfast kitorang terus g Pasar Gantung. errr.. Aku pon tak tau apa yang gantung nyer..
Kitorang jalan kaki jek. Tak sampai 5 minit dah sampai dah :)


Ni lah Pasar Gantung ....

ade jual baju.. telekung

kiranya pakaian pompuan banyak la kat sini

dan... semestinya la kan.. ada mutiara !

Hari ni jugak la aku balik. Flight pukul 615pm. so.. kitorang ada banyak masa lagi untuk menjelajah Bandar Tawau.. 

Lepas pegi Pasar Gantung.. kami semua pegi Pasar Tanjung Tawau.. 










Ni haa pasar dia
Apa nak cari kat sini ??? 


ikan kering, ikan bilis, sotong kering.. macam-macam.. tapi beragak sikit la kalau nak beli yea.. kalau boleh dapat kat semenanjung.. tak yah la bersusah payah beli kat sini. =)


dan semestinya.. Rumpai Laut. maklum la kat semenanjung brapa gram je pon dah puluh hengget.. haa.. kalau nak borong.. memang dipersilakan.. murah gilossss !

rumpai laut yang aku pegang ni RM8 sahaja ! aku rasa berat dia dalam 1kg stengah ni. berat jugak... murah kan ??  Aku beli yang purple 1.. yang hijau 1. hijau dikatakan rumpai laut yang lebih berkualiti. aku pon tak tau. harga dia pon dah beza. yang hijau tu RM10. aku beli ja dua-dua. 

dah nama pasar.. ade la jugak makanan ringan macam ni. sekali tengok macam Padang Besar je kan ? :)

Kalau dari pandangan sini.. macam pasar Siti Khadijah, Kelantan
Ade cerita kat pasar ni.. aku didatangi perempuan yang sedang menyusukan anaknya. datang meminta sedekah. aku kesian sangat tengok anak dia. so aku hulur la sikit. tetiba.. datang dalam 3 -4 orang budak kat aku.. cuit aku.. buat muka garang.. buat isyarat tangan.. mintak duit. uishh !! berdebar aku dibuatnya ! siap tarik lengan baju ! terus aku jalan kat Sharil. eee.... !

ok lepas pegi pasar.. kitorang pegi makan tengah ari. kitorang main redah jek. tips nak cari kedai sedap.. senang je.. cari je KEDAI YANG BANYAK ORANG. hahaha ! memang yang tu ja lan tips nye.. kitorang order NASI LALAP AYAM. semua sama. aku cam tertarik nak try sebab tengok nama dia kan.. maklum la mana la aku penah dengar nama nasi cenggini.. 

Ni haa NASI LALAP AYAM. Boleh tahan la rasa.. nak kata sedappp sangat.. tak la kot...  boleh la... 

lepas makan.. disebabkan jarak antara Pasar Gantung dan Pasar Tanjung Tawau berdekatan..kami balik semula ke hotel. Baru nak check out ! so, boleh bayang la kot.. dekat-dekat ja tempatnya.. Lepas check out... seyes kitorang dah tak tau nak pegi mana dah.. nak ke pulau.. masa tak mencukupi. kitorang ada beberapa jam je untuk balik semenanjung. Tapi bila di Tawau.. seyes.. kitorang dah tak tau nak ke mana.. -_-"


Kitorang pegi Eastern Plaza yang atasnya Hotel Permenade. Jalan-jalan sana.. kitorang rasa macam kitorang je kot yang pegi kat situ.. (selain pekerja kedai la) erm.. maybe jugak sebab ari bekerja..

Bos aku nama Ell. tu dia tengah amek gambor kedai nama dia sendiri. HAHA ! Jauh nauu ! bukak kedai ! HAHA !

lepas tawaf sini .. kitorang ada banyak masa lagi.. kitorang g jenjalan kat GIANT. yea.. GIANT ! hahaah! jalan-jalan untuk buang masa sementara nak tunggu flight... kat GIANT aku tak amek gambar la.. sama ja kat semenanjung ni kot... mengada sangat kalau aku nak tunjuk GIANT Tawau semata.. heshhh ! 

Lepas pusing-pusing GIANT.. kitorang terus ke airport. bapakk awal kitorang sampai . HAHA ! dah tak tau nak kemana dah... 

Airport Tawau



Bye² Tawau ! - 615pm


**In shaa Allah kita ketemu lagi ya Tawau ! kali ni nak g Mabul or Samporna pulak ! Mudahan murah rezki aku dan Incit Somi. Amin !! **

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...