13 August 2014

Susun Atur : Pisau

Kali ni saja nak share tempat aku letak/simpan pisau. Nak kata aku beria menyusun.. erm.. takkkkkkkk kot.. aku buat keja mudah jek..

Taraaaa !!

hehe ! tak sempat nak biarkan pisau tu kering semasa pengambaran berlansung. 
Senang kan keje aku ? hehe ! Pisau ni aku beli memang didatangkan sekali dengan magnet tu.. murah ja.. bawah RM20. beli kat Hot Market. Kalau dekat IKEA.. magnet ni sahaja RM40++ kalau tak salah aku la. tuu harga tak termasuk pisau yea.. pisau lain harga..

Ni la rupa bentuk magnet aku tu..
ada karat sikit-sikit. tapi karat tak lekat di pisau. jadinyaa.. saya tidakk risauuu ! =)
size kat IKEA lagi panjang dan lagiii kukuh dan smart ! padan la dengan harga yang IKEA jual tu.. tak gitu ?

magnet aku ni.. ngam-ngam untuk pisau 4 bilah. Untuk lekat kat dinding, kena drill la sikit.. bila drill dia lagiii kemas dan kukuh. untuk orang kasar macam aku ni.. memang sesuwaiiiiiiiiiii sangatt !  so, best ar.. senang keja. jimat ruang.

Pisau ni aku letak dekat dengan sinki. kenapa tempat ni dipilih ? 

sebab tempat ni je yang sesuai kat dapor aku yang kocikk nih. dan tinggi. bukan apa.. kot-kot la risau.. ade budak capai dan buat main masak-masak ke.. main ninja-ninja ke.. aku memang amat pasti lahh budak memang tak dapat capai. dijamin selamat

Disebabkan ada space lagi.. aku letak gunting dengan penyepit tu kat situ.

Ni ja la cara aku simpan pisau.

oh.. Abaikan tempat sudu dan senduk tu. aku belum dapat wahyu nak pikir mana nak letak bagi lagiii kemas.. hehehe !


Selamat Bersusun Atur ! =)


ok, bye ! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...