17 February 2015

Langkawi : Galeri Perdana

Jumaat dan Sabtu adalah hari minggu bagi negeri Kedah. Aku sempat merasai nikmat cuti Jumaat Sabtu ni.. dah lama dah.. sampai lupa macam mana feel Jumaat dah Sabtu adalah hujung minggu.. kehkeh ! Aku orang Perlis. Mie orang Kelantan. dan  Mie membesar di Terengganu. Aku rasa tiada masalah untuk Mie. HAHA ! Disebabkan lama tak merasa berhujung minggu dihari Jumaat dan Sabtu.. kali ni.. dekat 2 minggu aku cuba 'tune' kan diri aku. bercelaru juga jadinya.. (nampakkk..?  aku makin memantapkan diri dalam penggunakan bahasa ibunda) Bila Mie kerja hari Ahad.. aku heran.. kenapa whatsapp group di talifon bimbit ku tidak saling menyahut. rupanya.. hari ni Ahad. majoriti group dalam tu datangnya dari orang yang berhujung minggu dihari Sabtu dan Ahad. di hari Jumaat pulak aku tidak merasa pelik pabila whatsapp group begitu aktif . sebab dah biasa.

KAH! KAH!

Bukan main kelaut lagi mukadimah aku ! padahal aku nak cerita pasai aku p Galeri Perdana.. Galeri mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4. Y.A.B Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad ( 1981 - 2003 )

*image sumber google*

Memandangkan kini kami mencari sesuap nasi di bumi Langkawi ni.. kami mengambil keputusan menerokai Langkawi seminggu sekali. contoh macam minggu ni lah.. kami pegi Galeri Perdana ni. memang la muzium 3d tengah 'in' sekarang ni.. tapi biar lah dulu. kami start dengan tempat yang tak femes dulu. kihkih.. jangan ada sesapa nak sentap dengan aku pulak.. sebab aku cakap tempat tak femes. tak femes bagi aku la.. kalau macam korang semua dah tau.. baguih la.. tetiba jadi kesian kat diri sendiri sebab baru tau. tu pon sebab Mie beria-ia nak pegi. Laki aku tu.. memang suka pegi muzium ! aku? follow ajerrr.. 

pintu masuk

Pintu Masuk
Sebenarnya, Mie bagi pilihan samada nak pegi Taman Burung atau Galeri Perdana. Memandangkan waktu kami keluar tu pukul 2 petang.. aku memang pillih pegi Geleri Perdana la.. sebab ? opkos la masuk muzium tak panas kan? ada aircond gituu.. kehkeh !

Pintu masuk gak. kehkeh


Galeria Perdana ialah tempat untuk anda melihat koleksi hadiah dari pembesar-pembesar negara kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir serta isteri Tun Siti Hasmah sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri.
Diselia oleh jabatan muzium, hadiah-hadiah ini dipamerkan untuk tontonan rakyat kerana Tun Mahathir berpendapat bahawa hadiah-hadiah tersebut adalah untuk rakyat Malaysia dan bukannya untuk beliau dan isteri.Hadiah-hadiah ini dipamerkan di dalam bangunan 2 tingkat yang indah dan meliputi lebih 2,500 cenderahati dari 9,000 jenis hadiah yang diterima beliau dan isteri selama 22 tahun berkhidmat.
Meliputi 3 blok, anda bakal terpesona dengan ukiran kayu, tembikar dan porcelin hinggalah kepada koleksi senjata, fotografi dan kenderaan mengkagumkan yang telah dihadiahkan oleh pembesar-pembesar negara lain kepada beliau.
Jika anda cintakan seni dan ingin tahu mengenai budaya dan adat sesebuah negara, ini adalah tempat tarikan terbaik untuk melihat sendiri seni berharga dari seluruh dunia. Namun begitu, sayangnya banyak hadiah tidak mempunyai nota kaki atau maklumat lanjut tentangnya.

Harga Tiket

Warganegara dengan Mykad
Dewasa — RM5
Kanak-kanak — RM2.00
Pelancong Asing
Dewasa — RM10
Kanak-kanak — RM4.00
Video Camera: RM5.00
Camera: RM2.00

Waktu Operasi

Isnin – Ahad : 8:30 pg – 5:30 ptg 


Masuk sini, aku membayangkan sedang-sedang je bangunannye.. tetapi.. boleh tahannn luass... basah jugak cik keti. kelakauuuuu.. kelakauuuu.. nak lari dari pegi tempat panas.. sekali.. yang tempat ber aircond ni pon boleh basah cik keti. kehkehkeh. 

Layan gambar je boleh ? heeeee :D




cantek kan ? macam daam masjid



besar tempat ni. nampak tak mie tengah jalan tu 


















Bayangkan.. pemberian macam ni pon Tun M simpan dan pamer kat sini.. sapa yang bagi ni mesti terharu..



ni auditorium.. sebenarnya akan ada tayanga la mengenai Tun M kita ni.. tapi besa la.. masa aku  tu ada a 3 keluarga termasuk aku. tu yang lengang gila tu... 

mie ni suka muzium. diaboleh duk lama dalam muzium. dan aku memang tidak. nak lagi lama.. letak dia kat tempat keris. pergh.. semangat pahlawan melayu jati laki aku .. kehkehkeh

Dalam bangunan kedua. bangunan kedua ni la ada kereta, basikal, keris, pedang senapang...


aku paling bekenan kereta nih.. bestnyaa kalau dapatttt 




ni dekat parking.. boleh la bergambar kenangan kat sini. 

Entry kali ni agak bosan aku rasa.. melainkan korang layan gambar.. bukan apa.. masa mood aku nak up entry.. internet lembab gilaa.. hari ni internet laju. tapi idea tak berapa nak ada. haishhhh.. 


sekian, entry malas dari aku. HAHA ! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...