04 August 2015

Makan Malam Di Seashells, (Laman Padi ) Chenang , Pulau Langkawi

Masa anniversary aku yang keempat hari tu.. aku ada la pegi makan malam di satu restoran ni. ada aku tepek gambar kat entry INI 

ok, kali ni aku cerita lebih lanjut. kot-kot lahhhh nanti korang datang Langkawi, nak pegi tempat makan besttt-besttt kat Langkawi nih.. lagi pon.. ramai jugak yang inbox aku kat Fb nak tau aku makan kat mana..(ramai la sangatttt :P )

jeng! jeng !!

Aku makan di Seashells Chenang . ataupon masa mula-mula aku google, aku cari nama restoran Laman Padi . tapi keluar Seashells Chenang ni.. telek punya telek. laaa.. betol lahh restoran yang aku target nak pegi tuu !

Sebenarnyaa.. lama dah aku dok tengok-tengok restoran ni. sebab dimata aku.. restoran ni special sangat. dari trip Honeymoon Berjemaah Langkawi lagi, aku dok usyar jekkk.. lepas tu tengok Romantika, episod Sazzy Falak. erm.. tertariknyaa akuu !  wahhh ! romantiknyaaa! class nyerr ! wow nyerr ! :P

Lepas aku pindah ke Langkawi ni.. kitorang laki bini ni, nak la makan kat tempat cam special sikit. yea lah.. nak sambut anniversary kan ? taon-taon yang lepas, kitorang sambut kat sushi dengan kedai tom yam jek.. so, taon ni macam nak lain sikit la.. kebetulan ade la kawan aku datang bercuti kat Langkawi ni.. dia dah pegi dulu.. aku rujuk kat dia pulak laaa.. :P

So, dapat la serba sedikit detail dari dia.. lantasss terus ku usulkan kepada suami ku encik Azmi. hakhak ! Mie pon cakap.. Jommm ! proceed !!

Kitorang bertolak dari Kuah lepas Isyak. sampai Chenang.. cuaca sedang elok..




mula-mula cadangnya aku nak makan kat pondok-pondok yang dekat sawah padi tu.. adik amek order tu pulak cakap..

"macam nak hujan ni kak.. banyak nyamuk"

yo lah dik.. akak ni baru nak bersopan santun makan bersimpuh. dah ko cakap macam tu.. tak jadi lah..

tak pelah dik.. kitorang duk sini pon okay.. merasa la jugak candle light dinner.. kehkehkeh ! 
Nampak kan belakang kitorang tu sawah padi? best tauu ! sekali sekala ko dengar la bunyi katak melompat.. kahkahkah ! tapi tak de la katak tu boleh melompat sampai masuk kain ko ! dunnn worry!

Bila dapat jek menu.. kitorang laki bini terkejut ! macam tak percaya pon adaa.. laa.. murahhhh la jugakkk makan siniii ! kitorang dah terbayang mahal lagi dari makan kat Nandos.. Laaaa.. boleh sangat lahh nak makan sinii.. suasana romantik. harga pon okay..

amacam korang ? ok kan harga dia ? macam ko makan kat restoran tom yam malam-malam je kannnn ? :)
Bab meng'order' memang aku serah bulat-bulat kat Mie. aku follow jek.. dia ada citarasa sikit. aku ni.. balik-balik.. makan ayam.. ikan.. dengan dia ni lain sket.. so, dia decide nak makan itik . itik ?? aku pon follow je lah. lagi pon aku tak pernah makan itik. so, boleh la try malam ni..

pilih bang.. pilih. anje followwww jekkk... haa.. gittewww
yea bang.. anje follow je abang nak makan apewww.. kahkah 
orang Arab ramai jugak makan sini. yea lah.. kalau aku jadi diorang pon aku terpikat kott nak makan sini. eh! aku tak jadi diorang pon sekarang ni aku dah terpikat kan ?

ada jugak yang celebrate birthday kat sini. curlasstt uols.. sambut birthday dalam suasana romantik macam ni.. jelesss iolsss ! muahahah !

Taraaaa ! makanan dah sampaii ! 
sambal belacan sumpahh sedappp ! 
air ni datang sekali pakej dengan makanan. teh herba. boleh masuk tekak aku.. aku kira ok la tu.. 
Nasi dia.. nasi minyakk kot.. maklum la orang tak pandai masak yang cakap.

amboi.. sedapnyaaaaa ! tak lembik. tak keras.. seroiii mak aku kata. sebijik-sebijik dia jatuh.. sedapp.. tu nasi sahaja ya.. belum masuk lauk..

dah nasi sedap macam tu.. makan pulak itik. ini pertama kali makan itik. lebih kurang makan ayam je la.. sedap jugak ! lepas tu makan ulam cicah dengan sambal belacan dia.. sedap jugakkk ! Mie tu tak berapa nak boleh makan belacan. sebab dia alergik udang. boleh makan pulak kali ni! takde pulak rasa nak muntah dia ! memang holioooo !

TAPIIII !

yang tak bestnyaa.. semua lauk pauk ni sejuk.. kenapa ntahh .. tapi naseb baik laaaa... sejuk-sejuk pon sedapp.. agaknya kalau lauk pauk ni panas.. aku tak tau macam mana tahap sedap dia tuhhh ! lagi sakannn la aku makan agaknya.. silap-silap mintak tambahh !

Katakann la korang datang, tak nak makan set ni.. kat sini jugak ada stall yang jual satay, ko teow goreng, nasi goreng.. so, boleh la order makanan yang ade dekat stall tu..

Nak dijadikan cerita aku ni lebih menarik kata kauu..

Tengah sedap-sedap makan tuhh.. sekaliii.. HUJANNN ! arghh!! makin romantiklahh dinner kitorang.. makan sambil pegang kain sebab sekali dengan angin kuat. bayangkan lah.. lepas tu pakej tempias. air pon dah campor dengan air tempias sikit-sikit.  naseb baik masa tu makanan pon dekat nak habis dahh.. kalau baru nak makan.. kena tuka tempat la nampak gaya..

habiskan makanan mana yang ada.. tak lepak lama dah.. terus balik.. cuaca tak mengizinkan untuk kami lepak lama-lama..

romantik sangat suasana sampaikan aku amek gambar , nampak bayang jek.. kihkihh

Moga-moga kehadiran kami dilain hari, dapat la lauk pauk panas-panas.. dan cuaca mengizinkan. teringin sangat nak makan bersimpuh ! kihhhkihh :P 
Total candle light dinner kitorang : RM30 sahaja..

menarik takkk ? so, kalau nak datang Langkawi nanti.. makesure SeaShells Laman Padi ni ada dalam list okkayyy ??

macam mana nak cari lokasi restoran ni?

ikut signboard ke Pantai Chenang jek.. Ikut signboard tu sampai jumpa Laman Padi. So, memang jumpa lah restoran ni! simple like that ! ecewah akuu .


ok, bye ! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...