14 September 2017

5d Art Museum Langkawi

Sebenarnya ni cerita 2 taon lepas.

tapi..

ada aku kesah kan? hahahahahahahaha! gelak jahat cam setann

5D Art Museum Langkawi ni terletak di Langkawi Fair, Kuah. Beza yer 5d Art Museum dengan 3D Art Museum. 3D Art Museum kat Cable Car nunnn!

Sebenarnya, aku ke sini tanpa dirancang. sebab bosan mereput di rumah, ajak la Mie jalan-jalan. Aku pon tak tau nak kemana dah. Kebetulan nak beli barang dapur, ajak la ke Langkawi Fair.  Kat Langkawi Fair ni ada Billion, Brands Outlet, Mc Donalds, Guardian dan beberapa butik sukan yang lain la. macam Adidas, Puma cam tu.. Vincci & PDI tak ada kat sini. Kena ke Langkawi Parade. Langkawi Parade pon masih di Kuah. Tak jauh pon jarak nya..

Ok, berbalik cerita pasal Langkawi Fair, Langkawi Fair ni kalau korang datang naik feri, lepas ja turun feri, masa on the way tu ada satu shopping mall sebelah kanan korang. tak yah risau sesat. memang confirm lalu punya. Nak jalan kaki boleh kalau tak banyak barang. tapi aku tak rasa pon orang Malaysia rajin nak jalan. haha! mesti naik kereta punya. sebab cuaca Malaysia kan panas.. aku tak cakap pasal orang lain. ni contoh diri sendiri. haha! tapi kalau dah terdesak tu aku jalan kaki jek..

Aku ke sini, masa 1st Ramadhan aku kat sini. haha! kelako kan? 

kan tadi aku cakap cadangnya aku dengan Mie nak g beli barang dapo je. lepas tu dok tengok la banyak banner 5D Art Museum ni. so nak tau la lokasi nya kat mana. sebab berdasarkan landmark.. cakap kat situ jek. tapi aku nampak sunyiiii jek. tak meriah pon. Langkawi Fair ni 2 tigkat. tingkat bawah penuh la dengan kedai. tingkat atas tu tak penuh macam tingkat bawah. yang ada kat atas tu, opis-opis ape ntah. tu pon kecik-kecik. so macam tak sangka la 5D Art Museum tu lokasi nya kat situ. Sebab tu nak pegi tengok tempat dulu.. 

Bila dah sampai, tanya harga tiket, lepas tu opkos la tak ada orang. aku pegi masa tu tengah hari. bulan puasa pulak. Rasa macam aku dengan Mie ja kat situ. Mie tanya aku nak masuk ke tak.. dah aku tengok lengang, kitorang berdua ja. lepas tu apa la aktiviti kat dalam ni selain bergambar jelah kann? 

makanyaaaa..

ayuh la masuk! lagi pun ari pertama puasa beli makanan kat param jek. selalunya hari pertama puasa kitorang, memang kitorang berbuka makanan kat param. sebab yea lah.. param kan? setahun sekali! umpama macam kitorang ni 'welcome' la Ramadhan. 

Ni harga tiket untuk masuk. 
Harga tiket akan menjadi lebih murah kalau korang tunjuk ic yang beralamatkan Langkawi atau kalau kerja kat Langkawi, mesti ada name card kan? Tunjuk ja name card korang tu

Masa aku masuk ni. aku tak tukar lagi ic alamat Langkawi. So hampir kecewa sebab nak harga murah kan? lepas tu Mie try tanya kalau guna name card dia. so boleh. 

nak tau harga tiket kitorang?

RM10!

Kalau normal price RM20 untuk sorang. untuk kitorang, RM20 untuk 2 orang! Yahuuuu ! 

Jom la layan gambar yang kitorang amek dalam ni.. 







































Sila muntah yea.. dalam ni keja nya memang bergambo ja. so, bergambo je la. bagi berbaloi RM10 tuh. kihkih ! 

kalau tanya aku nak masuk lagi ke tak..

cukup la sekali. maybe 10 tahun lagi masuk pulak. haha! 





13 September 2017

Bela Kucing, Buat Kita Tak Boleh Mengandung?

"Shela banyak bela kucing kan? Orang kata, kalau bela kucing, susah nak mengandung!"

Haihhh! 

Aku ni dah kawen 6 taon. Dan baru setaon bela kucing. Yang 5 taon aku tak mengandung dan tak bela kucing, macam mana cita tu? 

Aduhai.. 

Manusia, bila pemikiran sempit, memang suka bagi ayat macam tu. Tolong la berpikiran positif. Ikut logik la. 

Takkan dah kawen lama tak mau anak? 
Takkan la kita usaha makan ubat,jumpa doktor, pergi berubat, kita nak heboh kat orang?

Kita ni manusia. Kita memang pandai merancang. Tapi siapa yang menentukan? Kenapa kita nak kena ambik 'kerja' tuhan ni? Dah dia plan aku tak layak lagi ada anak.. 

Hang nangis air mata darah pon, tetap la tak ada.

Kalau keluar ayat tu untuk buat modal sembang.. 

Please la.. tak ada topik lain ke? 

Aku baru setaon bela kucing. Kadang rasa berterima kasih sebab Allahh gerak kan hati aku untuk bela kucing. Aku menumpang kasih sayang dengan depa. Jaga kesihatan depa, dah macam ada anak. Manja depa macam budak jugak. Cuma depa tak boleh nak bercakap.

ishk... tak kan la hebat sangat kuasa kucing dari kuasa Allah? power gila kucing ni mampu buat aku tak mengandungg..


nanti dah mengandung, lepas tu beranak tak berhenti pulak. masa tu nak cakap kucing jugak ke punca?

tak boleh terima dek akal weh. mengarut semua tu. habis tu yang bertahun-bertahun bela kucing, elok ja dia beranak pinak, macam mana pulak? yang bertahun-tahun TAK bela kucing, tapi tak mengandung tu macam mana?

haihh, tak payah nak amek kerja tuhan.

28 August 2017

Eh, Tetiba Ja Bela Kucing?! - Part 2

sambungan dari SINI

Naseb baik la aku ni rajin jugak mengoogle. google la Che Minah ni boleh ke dimandikan memandangkan dia kan baru lepas beranak. kira macam dalam pantang la kan.. Rupanya, tak boleh. takut bau hilang la, takut antibodi rendah la.. habis tu nak buat macam mana? pon hasil google dan baca dalam group kucing at facebook.

taraaaaa!!!


Guna nihh ! Naseb baik la kat pet shope dalam Langkawi ni ada jual. G la beli.. sekali harga.. RM30 kauuu ! tekejut ler menda alah ni sampai RM30! orang tak pernah bela kucing kann.. pastu belek-belek barang dalam pet shope tu... baru tau, yang barang kucing memang mahal... berhuhu je la. tak pa.. ni kira sedekah.. percaya rezeki Allah bagi..


ni ha ghupa Che Minah masa dispray. spray sambil gosok badan dia. ya Ampunnnn ! busuk gilaaaaa ! dah sama bau dengan taik dah. hahahaha ! yea la.. stray cat kan.. mana penah mandi air bersih. minum pon belum tentu dapat minum air bersih. kesian pulak pikir macam ni. haha ! anak-anak dia aku tak spray la. spray kat dia ja. 

keesokan hari pegang dia.. wahhh ! dah wangi! bulu lembutnyaaaa! aku rasa ajaib betul. jangan pelik aku cakap macam ni eh, aku pestime kot bela kucing. bila pegang bulu dia yg tiba-tiba lebut dari sebelum ni aku jadi kagummmm ! hahaha ! alhamdulillah Che Minah, hang pandai pilih rumah.. hahahahaha ! 



Bila dah bersih. letak kat anak dia.. ok la.. anak-anak dia tak lari pon. lagi menetek ada lah. maybe sebab dah wangi. haha!

aku letak dalam kotak je, senang diorang anak beranak duduk setempat. masa ni anak-anak pon tak pandai keluar kotak lagi. so senang la.. tak de bersepah-sepah. tapi hairan, masa tengah hari, anak-anak ni bising la. macam lapar. tapi Che Minah buat tak tau ja. kitorang ni pelik la. anak nangis kenapa dia buat bodo je. tak sebuk menyusu pon. 

rupanya..


Panas... 

tu anak beranak letak dalam bakul bawak masuk bilik! Mie la ni! masa aku pegi keja, dia bawak masuk. pastu cakap anak-anak dia diam ja. amboi korang.. nak aircond eh.. disebabkan kecik lagi.. letak dalam bakul pon diorang tak keluar. asek menetek je. lepas tu tido..

bila dah makin besar, terpaksa la letak luar bilik. tapi sebelum tido, kitorang ajak masuk bilik dulu.. rasa aircond.. hihi!

geram betol aku tengok Yen masa ni.

agak dah terbongkang, letak kat ruang tamu. kipas kitorang memang on ja. tingkap kitorang tutup. tengah-tengah malam, dengar la diorang dok meow-meow. panas agak nya. mengadaaa tauuu ! Pandai mak hampa pilih rumah. kami dok melayan ja perangai hampa anak beranak.. 

Bila dah bawak masuk Che Minah, automatik kena start beli bekas pasir, sebab tak mau bagi dia keluar masuk rumah. sebab dah elok-elok 'mandi' tak kuasa aku nak bagi mandi hang kerap-kerap. sebab aku dok bayang dia pijak entah apa-apa la.. kendian bawak masuk rumah.. geli pulak. so dia memang memberontak jugak nak keluar. ya lah dia dah dewasa kot. baru nak ajar dok rumah? memang takkk laaaa.. berak pon makan masa 3 hari baru berak! dasyat hang. tak sembelit ka? haha! 

Macam mana tergerak hati nak bela kucing ni?

- masa Che Minah mai rumah aku, genap 5 tahun aku kawen. aku pernah cakap, kalau aku dah genap kawen 5 tahun.. aku nak ambik anak angkat. so, ni lah 'anak angkat' aku

- rasa nak berkasih -sayang dengan haiwan. adik-adik aku pon bela kucing, aku harammm tak sentuh. tak berminat. tapi tak la sampai membenci. kadang ada duit lebih, ada ja aku blanja beli makanan depa.

- nak rajin kemas rumah. mesti pelik kan? kemas rumah k, bukan deko. memandangkan aku bela kucing, aku memang akan vacum rumah hari-hari. mop paling koman, paling malas pon 2 hari sekali. so lantai rumah aku memang macam cermin. kahkah! perasann!

- pengaruh Hanis Zalikha & Fynn Jamal. memang aku akui lah. dok stalk ig depa, rasa macam besttt ja.. bestnya berkasih sayang dengan kucing

mesti ada soalan..

Macam mana nak handle taik kucing, kan? dah la aku ni baru berjinak-jinak bela kucing.. 

mind set. aku ulang, mind set. bila hang kata sayang.. apa-apa pon boleh berubah. disebabkan sayang, masa mula dulu aku pakai mask bila setiap kali buang taik depa. tak pon masa scoop tu aku tahan nafas. lepas tu mind set aku, adalah yang buruk-buruk atau yang busuk-busuk saja. makud aku aku bayangkan kalau tengah tido, kalau kucing berak kat sebelah aku, aku boleh bangun untuk buang taik tu.. kalau tak boleh buat benda ni..dah, tak yah mimpi nak bela kucing. buat tambah stress ja.. nak marah teruk-teruk pon kucing tu binatang. kadang dia paham. kadang dia tak paham. alah, kalau dah sayang kan. apa pon sanggup. lagi 1, ntah-ntah nanti kita tua, kita pon berak merata. anak-anak plak la kena buang taik kita. tak gitu?

gitu lah kesahnya.. bila aku dah boleh handle bab taik ni.. so aku tak da masalah nak handle taik telinga dia, tak hidung dia.. tak da rasa geli. cuma kadang bila nampak stray yang taik telinga penuh tu aku plak jadi geram. geram nk cuci. haha ! 

Opi, Lily & Shiro tu aku beli. sapa la tak suka tengok kucing comel macam tu kan. nak-nak si Shiro tu. geram betul aku masa pertama kali tengok. bekenan habis. haa sekarang, buat perangai suka kencing merata berak pon tak masuk dalam bekas berak dia. stress? ntah la.. aku enjoy ja. sbb dah dari awal aku dah pikir kemungkinan tak elok ni.. so tak da masalah nak handle. lagi pon taik kucing indoor ni tak la sebusuk taik outdoor. yea la minum air bersih. aku bagi minum air yang sama aku minum. makanan pon bagi yang elok so busuk memang la busuk. dah nama taik kan.. tapi tak da la sebusuk taik kucing yang kat luar nunn

Lily @ Puteh

Max @ Amex

Shiromok @ ci gemok @ ci @ aci @aci-o 

opi

Yen @ Ayen

Milo
Sekarang aku punya sensitif, bila tengok movie, kalau kucing dalam movie tu seakan-akan kucing aku, kalau diorang buat apa-apa kat kucing tu macam nak bunuh ke apa.. memang laju ja air mata mengalir.. tacing betul. agaknya kalau ada anak, aku cani jugak kot. haha ! jiwa tisuu.. 

oh mesti tertanya mana lagi 2 anak Che Minah. 

Lagi 2 ekor anak Che Minah aku bagi orang. yea la.. tak larat kot nak bela banyak-banyak. masa kecik ok la. nampak kecik, comel rasa nak picit. bila besar, haaa.. dengan akal baru, makan kuat, bulu makin banyak.. tak lasat weh. dah alang-alang jaga, kena jaga betoi-betoi la. tak mau jaga sambil lewa je kan. aku mampu takat tu jek.. 








27 August 2017

Eh, Tetiba Ja Bela Kucing?!

Lama aku dok pikir isi untuk entry ni. tengah mandi la selalu nya idea mencurah-curah. tapi macam biasa lah.. takkkkk berupdate ponnnn!

bulan 4 2017 genap setahun aku bela kucing.

macam mana tergerak hati nak bela kucing ni? sedangkn si Choky yang adik aku bela tu pon aku tak penah nak pegang belai bagai. ini kan pulak tetiba bela kucing! wowww! kena rasuk ka apa Shela ni???

ok la aku cerita la ni

Kat rumah aku ni, banyak kucing jalanan (stray cat) ada sekor kucing ni, selalu datang rumah mintak makan. memang tak de la makanan nya, dah datang rumah tak bela kucing kan. hampir setiap hari dia akan datang bila dengar gate dibuka. selalunya waktu nak pergi keja dengan balik kerja. masa ni aku baru masuk keja.. Mie ni jenis suka binatang. binatang la senang. rangkum kan sekali. kadang dia suka anjing, kadang suka anjing laut, tapi selalunya dia berangan nak bela harimau dengan ular sawa kat rumah. berdiri bulu roma tak? seramm kan? aku yang selalu dengar angan-angan dia ni, memang aku buat muka derk ja laaa.. tak kuasa lahh aku! gila, tengah-tengah malam tengah tido ular sawa datang belit! euww! nauzubillah ! nak salahkan ular tu pon tak boleh. dah dia memang dilahirkan macam tu kannn...

ok berbalik kepada cerita tadi. dah hari-hari kucing tu datang. kitorang pon beli makanan untuk dia. beli kibble jenis prodiet. 

yang macam ni. tak ingat dah perisa apa. dipikiran aku, senang la bagi makan kibble. tak kotor tempat. dan lalat pon tak mai hurung, lepas tu opkos la sebab aku tak rajin. 

semata-mata nak beli ikan untuk diorang, lepas tu nak meresbus bagai. memang takkkk la kan.. beli jenis ni ja senang. 

mula-mula kitorang beli yang 1kg lebih ja. eh, tak sampai seminggu dah habis. pagi nak g keja dia dah kat depan pintu. dia dengar ja gate bukak, dia berlari datang. ntah dia tido mana la malam tadi tu. tapi selalunya bila petang, dia memang dah ada kat perkarangan rumah aku. dah macam penunggu rumah dah. umpama aku ni tuan dia. so, dalam aku tak de buat apa-apa tu.. aku melayan kan je la dia. sama la kalau Mie balik. dia akan 'sambut'. datang gesel-gesel kat kaki. Mie cakap-cakap dengan dia. gosok-gosok dia. tak pasal-pasal dapat nama. 

Che Minah.



suami aku ni memang kemelayuan dia tinggiiii ! so, dari situ kitorang panggil dia Che Minah. hari-hari dia akan datang.

lepas tu perasan perut dia buncit. Mie cakap dia mengandung. aku ni mana la nak tau. tak pernah ambik tau pon pasal kucing ni. aku cakap ni buncit ! hahahaha ! Mie cakap tak lama lagi ni dia nak beranak sebab dah besar perut dia. aku macam tak amek pot lansung la. Mie siap spare kotak kat luar. konon-konon nya, nanti dia boleh beranak kat situ. letak kotak tu pon disebalik pokok bunga (haa, jangan tak caya rumah aku dah ada tumbuhan ! hehe ) aku biarkan je. tapi kadang bila Che Minah tu datang gesel-gesel tu aku pegang jugak perut dia. cakap dengan dia.

"betoi ka hang pregnant ni? kalau hang pregnant, hang doa la bagi aku pon pregnant sama macam hang"

dalam tak percaya tu kan? tapi cakap jugak..

pestime aku bercakap dengan kucing, aku jadi malu. malu sebab aku tak pernah buat benda macam ni. selalunya aku cakap dengan orang ja. bukan dengan kucing. kali ni dengan kucing. terasa seperti asing sekali. hikhikhik!

2hb 4 2016 (memang aku ingat sangat tarikh ni sebab tarikh selepas April fool)

tetiba ja Che Minah ni mai masuk rumah mintak makan. selama ni dia tak pernah masuk rumah pon. hanya bagi makan kat luar ja. Mie perasan muntot dia ada lendir-lendir darah. lepas tu perut dah kempis! aku macam wahhhhh ! betul la selama ni dia mengandung! kami laki bini berlari keluar cari kotak yang Mie letak tu.. seperti yang dijangkaaa... 

Dah beranakkkk ! 



4 ekor semua nya.

so, kami terus sedia kan bekas untuk letak makanan & minum untuk Che Minah. (sebelum ni letak makanan bila dia datang ja) kiranya Che Minah dah duduk terus dah kat rumah kitorang ni. nak g keja, kitorang jenguk. balik keja pon jenguk. dah serupa ada anak sendiri dah. 

satu hari tu, Mie ubah sikit ja pasu kat tempat Che Minah duduk ni. ubah tu pon sebab tak bagi matahari pagi direct kena anak-anak dia. Dia tu tak pa la, lepas nyusu boleh duduk tempat teduh yang lain.. 

Kitorang balik je keja.. g jenguk.. laaa dah kosong dah. dia dah pindah..

Esok pagi, bukak pintu nak pegi keja, haaa dia dah terpacak kat depan tu. mintak makan. perasaan masa tu seronok ! lepas tu tanya dia mana dia letak anak-anak dia. opkos la dia tak jawab kannn? Mie cakap dia dok rumah selang 2 buah rumah dari rumah kitorang ni. tak pe lah, janji selamat. dan makan dia pon in shaa Allah tak kebulur. makanan ada ja kat rumah kitorang ni.

suatu petang tu, masa tengah melepak kat rumah.. dengar bunyi anak kucing dari rumah sebelah kiri ni. terus Mie keluar pegi tengok. dalam hati aku dah pikir Che Minah ni dengan anak-anak dia dah. bila pegi, memang betul la.. Che Minah ! kebetulan rumah sebelah kitorang ni kosong. terus ambik dia dengan anak-anak yang tengah melalak lapar tu bawak masuk rumah. yeap, bawak masuk. maka, secara rasminya kami bela kucing ! 

tapi, aku letak syarat untuk Che Minah.

Kalau nak masuk rumah kena mandi dulu! So memang kena tunggu hang 'lepas pantang' la Che Minah. sebab aku google ibu kucing yang 'dalam pantang' tak boleh bagi mandi. takut bau dia hilang, anak-anak dia tak nak menyusu.. 

macam mana aku buat?


Bersambunglah.. penat aku taip... hihi!


15 May 2017

Soalan Cepumas

28hb 5 ni genap 6 tahun aku jadi isteri, menantu, kak ipar, adik ipar.

Cuma aku tak jadi 

Mummy/ummi/mak/ibu ja lagi.

Ntah la. Nak cakap pon tak reti. Nak kata berharap sangat tu tidak. Masih berharap la jugak. Cuma peratusan berharap tu ciput ja. Tipu la woi aku tak teringin nak ada anak sendiri! Memang teringin sangat-sangat. Tapi apa boleh buat. Belum rezeki orang kata. Dalam masa yang sama, hampa yang dok baca ni, tolong la doakan aku. Bagi aku merasa jadi mak macam hampaa.. 

Bila tengok anak kakak ipar aku dah sekolah.. (si Suchan tu) sedih la jugak. Mengenangkan kalau aku ada anak, mesti anak aku dah masuk sekolah sekarang. Mesti dah jadi bff dengan si Suchan tu. tapi, apakan daya belum rezeki. 

Aku sedikit risau/gementar/nervous untuk Aidilfitri kali ni.. ( posa ganti tinggai sehari ja weyyy! Esokkkk ja sehariii. Kihkih ) bukan apa pon. Aku dok pikir macam mana nak mengadap saudara mara nanti. Memandangkan rumah mertua aku tu tempat berkumpul. Memang cakap senang. Nak buat tu susah. Hati tisu jugak.. kihkih! 

Tapi bukan sebab raya ja. Sekarang pon aku dah ada perangai pelik. Aku akan mengelak dari mengagah atau bergurau senda dengan budak/bayi. Melainkan anak kawan-kawan atau saudara mara. 

Untuk contoh terdekat. Sekarang kalau ada dinner company Mie, yang boleh bawak isteri dan anak..  aku tegur si isteri tu sahaja. Untuk anak dia aku takkan tegur atau agah. 

Sebab?

Aku nak mengelakkan dari dapat soalan cepumas. So, better tak yah 'bertegur' dengan anak dia. Biasa-biasa sudahhh. Sebab aku dah ada pengalaman. Biasa la kan kita kalau jumpa baby, excited la nak dukung, nak cium.. bila dah dukung beria-ria agah, beria-ria coum dia... tetiba si mak tu bagi soalan cepumas.

"Kak bila lagi?"
"Kak tak p mengurut ka?"
"Kak tak try produk ni?"
"Kak, baik kak usaha bagi ngandung, nanti laki kak kawen lain macam mana?"

Bagi mengelakkan soalan-soalan yang menyakitkan hati bagi kat aku.... sekarang ni senang. Aku takkan tegur, main, cium, dukung anak sesapa pon! 

Melainkan

Anak sedara aku
Anak kawan-kawan aku

Full stop! 

So, kalau nampak aku tak berapa nak mesra dengan budak lepas ni, jangan kata aku tak suka budak pulak. Aku sekarang mengambil langkah untuk berjaga-jaga bagi mengelakkan hati terguris. Kihkih! 

Aku serius ! 

Moga terjawab persoalan kalau aku tak layan anak hampa k? Kalau aku tak layan, maksudnya aku nak mengelak dari soalan cepumas dari mulut hampa tu! 

Sapa tak nak anak weyyyyyy!! 😔


 


23 February 2017

Dear Zindagi

Aku suka jugak layan hindustan ni. Hindustan era baru ni aku layan Dilwale, Bhaajrani Bahijan ( tak sure ejaan betul ke x.hihi) dengan Bajirao Mastani. Tu pon sebab viral jek. Orang cakap best.. best.. aku pon try la tgk.

Ok kali ni tergerak hati nak layan cerita Dear Zindagi. 

Macam mana tergerak? Opkos lah sebab ada SRK kat situ. 

Layan... ermmm. Dekat sejam baru SRK keluar nye. Haha! 

Cerita ni mengenai budak pompuan nama Kaira ni. Cerita pasal kehidupan dia. Pastu dia buat terapi kat SRK. Sinopsis dia mohon google la senang. Sebab bagi aku cerita dia biasa ja. Tak berat pon.

Tapi benda yang aku tertarik dalam cerita ni adalah

Segala macam pemandangan indah dalam filem ni. Pemandangan di India ja. Tapi lawaaa! Pandai yang membikin filem ni. So tak la boring asek nampak India ni kotor ja kan. (Tipikal kalau aku cerita aku berangan nak ke India, mesti orang cakap India kotor padahal dia tak lernah sampai pon) pantai dia cantik, ada sawah pagi, ada laut, deco rumah pon menarik! Hehe! 

Aku kan masih dok teringat filem era 90an. Ya masa tu kan zaman kegemlangan hindustan di Malaysia. Sekarang hindustan tenggelam sikit dek kerana Kpop. 

So bila tengok cerita ni. Walaupon aku rasa cerita ni boring. Tapi aku tunggu jugak sampai habis sebab sukaaaaa sangat view yang ada. Heroin dia biasa la lawa semestinya. Hero biasa-biasa. Masih tak dapat menandingi SRK. Aura SRK masih kuat ya! 

Lagu dalam cerita ni pon biasa saja bagi aku. 

Macam aku cakap tadi. View cerita ni memang lawalahhh! 

Kepada yang nk tengok.. silakan. 

Aku tengok kat web ni 



13 February 2017

Hi,2017!

dah bulan Feb dah pon. baru nak update. hari ni baru moood datang. ntah la aku ni macam mana nak bagi konsisten ntah. ada ari tu aku beria menaip kat hp bajet nak update la kan. ntah macam mana tak publishh pon. tak pa lah ada la tu silap kat mana-mana kan..

aku ni ada mood berbeza bila lap top aku berada di kedudukan yang berbeza.


bila laptop aku dalam kedudukan macam ni, memang takkkk lah aku nak blog walking ke ape. susah nau nak menaip. so bila keadaan laptop aku macam ni, selalunya aku layan movie or drama je sambil baring-baring. hihi !

Bila laptop dalam posisi ni, tetiba aku jad rajin nau nak  menaip. tetiba pulak idea datang. tetiba rajin.. tetiba eh, banyakkkkknya idea nak taip ni.. tetibe eh! nak mula mana 1 nihhhh ! tetiba je semuaaaa ! 

dalam bilik aku ni ada 2 ekor kucing ja yang dibenarkan masuk. si Opi dengan si Shiromok. diorang kalau tengah hari aku ada dalam bilik, memang mencakar-cakar pintu nak masuk. nak tau kenapa? sebab air cond. kemain la tido telentang la menungging la apa. kemain lagi. sekarang Langkawi panas. laaaagi la beria nak masuk bilik. sebab tu la aku akan vacum & mop bilik aku hari-hari.. 

eh! dah tetibe cerita pasal kucing pulakkk ! 


swafoto 2017 kihkih
weh, apa azam korang 2017? bulan Februari baru gigih kannnnn..

kali ni aku cerita eh, just jangan gelak je sebab ada setengah tu azam mengarut jek. tapi aku rasa perkataan yang sesuai untuk aku ni.. Target kot.. azam macam serius sangat. sebab aku ni kadang jadi tak serius ! haha! 

TARGET 2017 -Shela Abd Rohman
  1. income 2k sebulan. haha ! aku je la peniaga yang jenis target 2k je sebulan. peniaga lain target 20k, 30k. aku 2k jek. tak pernah jejak lagi la. jangan kan 2k, 1k pon tak perna sampai lagi. so, aku target, untuk 2017, aku nak capai 2k sebulan. kalau dapat lebih, Alhamdulillah la kan? kata meniaga kannnn
  2. Holiday. aku tak mampu ke eropah lagi. so, pegi ke negara yang mata wang rendah je la yang mampu. lokasi bergantung tiket murah AA! hahaha !
  3. Handphone baru
  4. Kuali non stick Tefal
  5. Periuk Tefal
haa tu je la kot. Zuriat? tu memang sentiasa jadi azam aku. bukan azam 2017 ni ja. tu azam setiap tahun.


semoga segala target dapat dicapai dengan terbaiknyaa.. 

aaminn ! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...